Isnin
10 Syawal 1447H.


Suboh SuraAlAmin. 

*NCS @ 10 SYAWAL 1447 H* * Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanafaat
* Bersama usta Dr mat rofa. Ber kisarkan pada maklumat terkini berkenaan perang Iran vs US-Israeil* PART 1. 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat pagi dan salam 10 Syawal. Semoga pagi ini ber semangat baru untuk kita kembali produktif sambil mengekalkan ukhuwah sepanjang musim perayaan ini. Dah seminggu lebih Syawal Dan di awal pagi isnin begini, biasanya hari ke 10 Syawal ni ramai yang baru nak "panaskan enjin" kat pejabat selepas cuti panjang. “ Selamat menyam bung tugas dengan ceria!" Semoga segala urusan kita dipermudahkan hari ini. Jom mulakan dengan bismillah!

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْ

Melangkah keluar rumah hari ini dengan lafa niat kerana Nya, jadi kan kerja itu satu ibadah. Maklum lah, banyak masa satu hari di habis kan untuk berada di ofis, rugilah pada hakikat nya kalau kerja hanya berniatkan kepada “Gaji” semata.  Memulakan tugas dengan sandaran kepada Allah bukan jer mendatang kan pahala, tetapi juga mem beri ketenangan luar biasa ditengah kesibukan kerja2 pejabat. Hanya yang faham hakikat setuju dengan ini. 
Bekerja bukan sekadar rutin, tapi sebagai amanah dan ibadah kerna Allah swt. Semoga setiap titik peluh kita diberkati. lillahi ta'ala. Moga semangat Syawal ini membawa keberkatan dalam setiap tugasan yang kita laksanakan. Selamat bekerja pada pekerja, selamat belajar pada pelajar. 

Selaku pelajar kulliyah2 subuh dan maghrib pun sudah mula terasa panas nya enjin kerana kulliyah dah mula berlangsung. Semalam di surau al amin, sempat menghadiri kulliyah subuh bersama ustaz mat rofa. Dan disini pagi ini disertakan nota nota nya. Berkisarkan pada maklumat terkini berkenaan perang Iran vs US-Israei. 

Terimakasih Allah. 

* Bersama usta Dr mat rofa. Ber kisarkan pada maklumat terkini berkenaan perang Iran vs US-Israei. 
* ⁠< PART 1> 

Al imran 103

وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًۭا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءًۭ فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوَٰنًۭا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍۢ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai berai; kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka men jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamat kan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Pesanan hebat dari Allah, tapi islam memilih untuk tidak bersatu. Di Ghaza, Palestine , Yahudi telah halal kan pembunuhan terbuka orang orang palestine yang ditangkap. masjidil Aqsa ditutup sepanjang Ramadhan tiada solat terawikh dibenarkan. Sudah 4 kali jumaat masjdil aqsa di dalamnya tidak di benarkan solat. Umat islam pula hanya bersolat di luar masjid saja.

Ini tanda masjid Aqsa akan di runtuh kan. 

Dan Kita muslim masih memilih utk berpecah belah. Hanya iran saja melawan si syiah inilah hanya yang ada. Sedangkan ingatlah balik bagai mana sultan salahudin al ayubi bangsa qurdish yang telah menawan masjidil aqsa, kata kata nya sebelum itu..

#The Famous Quote 

Historical narrations, such as those by his biographer Baha' ad-Din ibn Shaddad, mention that Salahuddin was rarely seen smiling while Jerusalem was under occupation. When asked why he was so grave, he famously replied:

"How can I smile, and how can food and water taste good to me, while AlAqsa is in the hands of the Crusaders?"

Kenapa Sultan Salahuddin jarang senyum? Sebab Baitulmaqdis masih dijajah. Orang tanya, "Kenapa tuan ku serius sangat?" Dia menjawab: "Bagaimana aku nak ketawa sedangkan Masjidil Aqsa masih lagi ditawan dan umat Islam sedang menderita?" Dia tak berehat, tak bermewah mewah, sampailah dia berjaya membebaskan Palestin. Bila dia wafat, hartanya cuma ada beberapa keping wang perak. Tak cukup pun untuk kos pengebumian. Hartanya habis diinfakkan untuk perjuangan.

Kita hari ini, Palestin masih lagi berdarah. Apa kah dia sumbangan kita? Sekurang kurangnya, jangan berhenti berdoa dan boikot apa yang benar benar relevant. Itu lah selemah lemah iman.

Free Palestine. Moga lahir lagi Salahuddin baru zaman ini.

KINI TINGGAL SO called SYIAH untuk berjuang kedaulatan tanah Palestine. - sambung esok. 

#Akhirulkalam 

Memang panjang nota kali ini, tapi ianya akan di kongsi kan secarq berperingkat. Semoga adalah jua motivasi untuk kita membawa hati ke arah kuatkan Islam sejagat. Dari perang Iran-US, moga adalah juga motivasi untuk kita membawa hati ke arah kuatkan Islam sejagat.

Ini satu kaitan yang sangat mendalam. Di sebalik nya ketegangan geopolitik yang berlaku, ini sebenarnya satu peringatan besar untuk kita kembali kepada perpaduan ummah dan memperkasa kan nilai Islam dalam setiap tindakan.

Memulakan tugas di 10 Syawal dengan semangat ini adalah satu bentuk jihad kecil. Apabila kita bekerja kerana Allah, sebenarnya kita sedang menunjukkan izzah (kemuliaan) Islam melalui integriti dan kualiti kerja kita.

Apa lagi si kafir menegas kan, syiah ke suni ke, islam adalah musuh. Dan apabila musuh tidak lagi membeza kan antara Suni atau Syiah dalam naratif kebencian mereka, itu satu  "isyarat keras" untuk kita kembali kepada perpaduan ummah.

Selamat berjuang!

Barakallahufikum
Wallahualam 
Wassalam

*#Copyright © by: Ncs68*
*30 March 2026*

Comments

Popular posts from this blog