Isnin

Yong Peng


*NCS @ 3 SYAWAL 1447 H* 
* Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanafaat.
* TULISAN KEMBARA AIDILFITRI: ziarah kubur suatu sunnah

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Aidilfitri hari ke 3! Semoga kemeriahan Syawal terus dirasai bersama keluarga dan sahabat tercinta dengan penuh kemaafan dan juga kegembiraan kerana hari ini masih lagi di kira  berada di percutian. 

Kekal ceria dan jaga kesihatan!

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Pemergian ibunda Kluang akhir tahun lepas hampir melenyapkan kemeriahan tetamu teramu sedara mara yang selalunya bertandang raya di pondok kami Jalan Sejahtera belakang hospital sebelaj kem askar Kluang. Dan nyatanya, sebahagian hari semalam diisi dengan acara menziarahi dua kubur. Semoga ada sesuatu untuk kami: hadiri “rumah” yang juga bakal kami duduki di suatu hari nanti. Kubur pertama adalah Tanah perkuburan islam padang tembak ( alhamdulillah kubur baru dan tersusun rapi). Kubur ke dua adalah kubur berdekatan kem askar.

Alfatihah untuk semua arwah arwah

Majlis ilmu pun dah lama juga tidak di santuni sejak berakhir nya malam terakhir di 30 Ramadan lalu. Moga nya, perasaan rindu pada suasana majlis ilmu itu ada lah sebenarnya satu tanda hati yang hidup.

Maka untuk pagi ini di korek suatu perihal berkenaan hal apa sepatut nya didapati bila berkunjung ke kubur. 

#ziarah kubur suatu sunnah. 

Ziarah kubur ialah saranan Nabi Muhammad saw untuk memecah kekerasan hati dan mengingatkan bahawa kehidupan dunia bersifat sementara. 

Kelebihan utama dalam menziarahi kubur adalah untuk mengingatkan diri tentang kematian dan juga akhirat, juga melembutkan hati, dan juga mendoakan kesejahteraan ahli kubur. Ia juga menjadi terapi rohani yang mendidik jiwa agar lebih bersyukur, memberi ketenangan batin, mengu rangkan perasaan cinta dunia melampau. 

Bila ke kubur sepatutnya, merenungi kematian dan menerima akan kenyataan kehilangan dengan lebih ikhlas dan tenang. Semoga terkikis iri hati, dendam, juga kebencian dengan menyedari bahawa semua manusia akan menemui ajal. Di masa yang sama, masa sewaktu melangkah masuk ke kubur kita akan ucapkan salam pada semua ahli kubur, secara tak langsung memenuhi hak ahli kubur untuk diziarahi, untuk diberi salam dan juga didoakan. 

"Assalamu’alaikum ahlad diyaar minal mu’minin wal muslimin..."

Adab ziarah kubur:

* Ucapkan salam kepada ahli kubur
* Doakan mereka (misa lnya membaca AlFatihah atau doa lainnya)
* Tidak buat perbuatan syirik (seperti meminta kepada orang yang sudah meninggal)
* Jaga kesopanan dan tidak berlebihan (misalnya meratap)

Hukum ziarah kubur; ia nya dianjur sebagaimana sabda Nabi saw: 

"Dulu aku melarang kalian ziarah kubur, sekarang berziarah lah, kerana itu dapat mengingatkan kalian kepada akhirat."(Muslim)

Cuma kena ingat; meng hususkan ziarah kubur pada pagi raya hukum nya makruh atau bidaah meng ikut  kata sebahagian ulama kerana tiada dalil khusus. Di makruhkan kerna  dianggap mengkhusus ibadah tanpa dalil. DiMalaysia ; ziarah kubur di hari raya lebih pada tradisi budaya.  Rujuk hadis diatas. Ziarah kubur diharuskan pada bila bila masa dan tidak terhad pada hari raya. Ia adalah sunnah secara umum mengingati mati. Walau pun begitu, ada Sebahagian mengharus kan kerana ziarah kubur sendiri sunnah umum, dan hari raya adalah waktu yang memudahkan saudara mara berkumpul. Apa apa pun yang paling penting, ziarah lah kubur demi untuk ambil iktibar, bukannya memper baharui kesedihan atau berlebih lebihan. 

#Akhirulkalam 

Raya raya juga tapi mungkin dah sampai masa untuk kita "mengecas" semula iman dalam suasana di taman syurga. Moga jiwa kembali tenang. 

Sentimen "mengecas iman" selepas berakhirnya bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya adalah sangat penting untuk memastikan kualiti ibadah tidak merosot sebaik sahaja bulan mulia berlalu.

Iman kita ini sememangnya bersifat yazid wa yankus (bertambah, berkurang). Oleh itu, usaha mengecas nya semula melalui suatu persekitaran yang baik dan majlis ilmu adalah satu keperluan.

Selamat berhari raya dan juga ber mujahadah.

Barakallahufikum
Wallahualam 
Wassalam

*#Copyright © by: Ncs68*
*23 March 2026*

Comments

Popular posts from this blog