Khamis

Semalam Di Nasi Arab Damsyik, Senawang.

 *NCS @ 6 SYAWAL 1447 H* * Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanafaat.TAMATLAH KEMBARA “Eid”. 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam 6 Syawal, memasuki fasa seminggu AidilFitri dah di raikan. Pejam celik sudah hampir seminggu meraikan kemenangan. Sudah ramai dah mula kembali kepada rutin, Lihatlah diri dimana kita, “lihatlah diri". Selepas satu bulan dididik di dalam Madrasah Ramadan, bulan Syawal ialah waktu terbaik nak tengok sama ada "vibe" baik, sabar, disiplin yang di bina itu masih melekat atau sudah pun mula hanyut dek ketupat rendang. 

Tahniah lah pada yang dah mula Puasa Enam. Apa pun fasa kita sekarang, semoga istiqamah dengan kebaikan yang dibawa dari Ramadan.

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Hanya kerana Allah saja lah hati kita akan lapang. Rasa nya ada yang tidak suka kerana masih sibuk nak kaitkan Ramadan dalam syawal tapi ada yang suka juga. Mungkin ada yang merasa rimas; selepas  sebulan berdisiplin dalam menahan diri, Syawal ini sepatutnya jadi fasa untuk rileks, makan sedap, erat kan silaturahim tanpa rasa bersalah keterlaluan. Ter Kadang kadang, peringatan yang terlalu "berat" boleh buat mood raya terasa hambar atau buat kita rasa tak cukup bagus walaupun dah buat yang terbaik masa puasa hari tu. So, Jadikan cerita Ramadhan sebagai refleksi manis kejayaan disiplin diri, bukan beban.
Tenanglah, menganggap Ramadhan bukan sekadar puasa, tetapi tarbiah jiwa yang berterusan. Anggap cerita Ramadhan sebagai ingatan tentang tarbiah yang telah dilalui. Dengan perspektif ini, cerita perihal Ramadhan di bulan Syawal akan terasa lebih bermakna dan menenangkan.😀

#Jangan Benci Tazkirah

Peringatan bermanfaat bagi orang beriman berakar daripada perintah Allah  dalam AlQuran, khususnya melalui Surah Az-Zariyat (51:55)- "Dan tetap tekun lah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang orang yang beriman". 

Kukuhkan iman dan ama dengan menjaga Lidah dan Hati: Iman yang sempurna tercermin melalui hati yang bersih daripada niat buruk dan lidah yang dijaga daripada ucapan sia sia, umpat keji, atau fitnah.  Kekhusyukan dalam Solat: Solat bukan sekadar rutin, tetapi harus dilakukan penuh penghayatan dan bukan secara sambil lewa untuk mencapai kejayaan di akhirat. Menjadi Insan yang Bermanfaat: Orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain melalui pertolongan dan kebaikan. Menuntut Ilmu Syariat: Suburkan keimanan dengan mem pelajari ilmu akidah, feqah, AlQuran, dan hadis untuk elakkan suatu kelalaian. Jangan lupa Saling Menasihati dengan Hikmah: Memberi teguran perlulah dilakukan dengan lemah lembut dan bijaksana (hikmah), sebagaimana perintah Allah kepada Nabi Musa AS ketika berhadapan dengan Firaun . Juga Men gingati Mati dan Akhirat: Sentiasa mem baca tasbih dan tahmid bersiap sedia dengan amal soleh sebagai bekalan menuju hari pembalasan. 

“Sesungguhnya agama itu adalah nasihat, sesungguh nya agama itu adalah nasihat, sesungguhnya agama itu adalah nasihat.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagi siapa?” Baginda menjawab, “Bagi Allah, kitabNya, rasul Nya, pemimpin kaum mukminin dan orang orang awam (rakyat) mereka, atau 
“Pemimpin kaum muslimin dan orang-orang awam (rakyat) mereka.” (Riwayat Imam Abu Daud – Sahih)

#Akhirulkalam 

Alhamdulillah. Selamat sampai ke KL jam 10 di KLIA2. Sekesai semua urusan sehingga jam 1 pagi. Tidak sempat berbuat apa apa malam tadi terjaga jam 5 pagi, terus usaha menulis pagi. Semoga ada manafat untuk semua. In shaa Allah bermula Lah semula sebuah kehidupan yang telah biasa di lalui. Kita berdepan  rutin atau ujian yang sama dengan jiwa dan semangat yang lebih kuat. Berkat Ramadhan.

Selamat lah semuanya.

Tamatlah kembara Aidilfitri. Tamat lah sudah kembara Eid suatu tanda transisi dari suasana keraian yang meriah kembali kepada realiti hidup yang tenang. Kekalkan solat solat berjemaah, tadabbur AlQuran, dan zikir yang telah menjadi kebiasaan sepanjang bulan puasa.

Pulang ke "kehidupan yang biasa" dengan hati yang telah "dicas" semula adalah satu nikmat yang besar.

Barakallahufikum
Wallahualam 
Wassalam

*#Copyright © by: Ncs68*
*26 March 2026*

Comments

Popular posts from this blog