Khamis

Zuhor Surau AlAmin



 NCS @ SAHUR 29 RAMADHAN 1447 H* 
* Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanfaat.
* Ust Meeftah : Malam 28 Ramadhan: Nasihat dari Ibnu AZZUBAIR

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Ramadhan 1447 H ATAU 2026M hampir melabuhkan tirainya.
Jika Aidilfitri jatuh pada Sabtu, hari ini dan esok adalah peluang terakhir kita memaksimumkan ibadah dbulan Ramadan tahun ini. Usahakanlah m.

Masa yang berbaki ini adalah permata yang paling berharga. Selagi fajar Syawal belum men yingsing, pintu rahmat Ramadan masih terbuka luas untuk direbut. Guna kan waktu sunyi malam lmemohon keampunan yang sedalam dalam nya. Jangan asyik sibuk dok bersiap kueh raya. 

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Percayalah; apabila malam yang terakhir Ramadan berlalu, maka berakhirlah juga solat sunat Tarawih yang dah  menjadi peneman setia kita sepanjang bulan ini. Bunyi bacaan imam di masjid saat suasana berjemaah itu yang paling akan dirindui. Walaupun Tarawih terhenti, kita boleh teruskan momentum ibadah malam dengan Tahajjud Witir di bulan bulan biasa. Semoga setiap rakaat Tarawih yang dah di laksanakan sepanjang Ramadan 1447H ini menjadi saksi kebaikan d akhirat.

Alhamdulillah. Malam 29 ini dapat bersama ustaz Rejab Selamat bertahajjud qiam di surau al amin. Malam ke 29 adalah antara malam ganjil terakhir sangat kritikal untuk memburu Lailatul Qadar kerana masa ini ramai sudah tidak pedulikan ibadah teruja dengan hari Raya. Tapi saat ini dapat lagi bertahajjud dan qiam dalam berjemaah pasti ia memberi kekuatan rohani yang luar biasa sebelum Ramadan ini melabuhkan tirainya.
Semoga segala rintihan doa, titisan air mata dek taubat, tiap rakaat solat bersama jemaah akan  diterima Allah sebagai amalan yang paling ikhlas.

Untuk pagi ini terimalah satu pengisian.

#Ustaz Meeftah; Malam 28 Ramadhan : Nasihat dari Ibnu AZZUBAIR

Dua hari lagi Ramadhan akan pergi tinggalkan kita selama nya.

Ibnu Azzubair ra: wahai manusia seseorang itu tak akan mati sehingga habis rezekinya. Oleh yang demikian jangan lah kamu mengambil kira menyempitkan rezeki dan bertawqalah kepda Allah, perelokkan lah cara kamu mencari rezeki. Ambil lah apa yang dihalalkan oleh Mu dan tinggalkan perkara baki dari riba dan yang diharamkan Allah. 

Kata kata Ibnu Azzubair ra ini sangat mendalam, terutamanya apabila kita sedang berada di penghujung Ramadan. Ia bawa ketenangan jiwa yang luar bias: setiap nafas dan suapan yang kita ambil sudah pun dalam jaminan Allah. Benarlah, selagi hayat kita dikandung badan, rezeki itu akan tetap sampai.

Maknanya; hidup kita ini dah ada rezeki yang bukan hanya dari segi duit, pangkat, harta, tapi banyak lagi nyawa dan udara, makan, minum. Makna kata dah abih dah semua semua tu Allah akan men cabut nyawanya. 

Allah boleh sempit kan atau mudahkan rezeki, maka cari rezeli yang baik. Jangan sempit kan rezeki orang lain. Kerana itu carilah rezeki dengan cara yg di redhai Allah. Rezeki diberkati adalah yang diperoleh melalui usaha gigih, menjaga solat, bersedekah, dan bertawakal penuh pada Allah

Kunci keberkatan rezeki bukan pada jumlahnya, tetapi pada kepatuhan kepada syariat dan juga keridhaan Allah dalam setiap proses mendapat kannya.

#Akhirulkalam 

Tiada siapa tahu jika kita akan bertemu lagi dengan Ramadan tahun hadapan. Usahakanlah sehabis baik supaya tak  menyesal bila ia benar benar dah pergi. Adalah lebih baik menyesali perkara yang dah kita usaha walau pun usaha  itu tidak membuahkan hasil, dari menyesali perkara yang kita tak  pernah buat. 

Jangan lupa tahajjud malam raya… 

Insya Allah, sama sama kita usahakan untuk tidak terleka dengan persiapan raya hingga lupa ibadah di malam raya yang sebenarnya  juga penuh keberkatan. 

Menghidupkan malam raya  dengan ibadah solat Tahajjud, tasbih, dan doa adalah satu amalan yang sangat dituntut (sunah) kerana ia antara malam yang mustajab doa.

"Sesiapa yang mendiri kan (beribadah) pada dua malam hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dengan mengharapkan keredaan Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hari mati nya hati hati (manusia)."

Semoga amalan semua diterima dan semua nya dapat keberkatan di hari kemenangan nanti.

JANGAN ABAIKAN MALAM MALAM 1 syawal… 

Barakallahufikum
Wallahualam 
Wassalam

*Copyright © by: Ncs68*
*19 March 2026*


Apakah HAK Seorang Muslim?
Hadis Enam Hak Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
“Hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain ada enam:”
Para sahabat bertanya: Apakah ia wahai Rasulullah?
Baginda bersabda:
Apabila engkau bertemu dengannya, ucapkan salam.
Apabila dia menjemputmu, penuhilah jemputannya.
Apabila dia meminta nasihat, berilah nasihat.
Apabila dia bersin lalu memuji Allah, doakan dia.
Apabila dia sakit, ziarahilah dia.
Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya.
Riwayat: Imam Muslim


Aturcara malam Raya

1. Ucapkan Selamat Hari Raya
2. Bykan takbir
3. Bnyakn Solat Sunat
4. Mandi sunat idil fitri
5. Pakai2an baru dan bau2an.
6. Jamah makanan seblum solat Hari.Raya
7. Lalu jlan balik lain
8. Dengar khutbah raya.

Comments

Popular posts from this blog