Jumaat
Jumaat. SAA
*NCS @ SAHUR 30 RAMADHAN 1447 H*
* Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanafaat.
* SELAMAT TINGGAL RAMADAN : AIRMATA DI WITIR TERAKHIR MALAM 30 RAMADHAN 1447
* PESAN UST RAMLY ABU BKAR
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
"Sesiapa yang mendirikan (beribadah) di pada dua malam hari raya (Aidiladha dan juga Aidilfitri) dengan mengharapkan keredaan Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hari mati nya hati hati (manusia)"
Bersiaplah untuk meninggal kan Ramadhan; tutup lah ia dengan baik dan teruskan lah jua beribadah selepas Ramadhan berlalu, kerana takwa tidak terbatas pada satu bulan sahaja. Moga hati tenang, iman makin teguh, tidak gentar saat saat kematian mahu pun dihidupkan semula.
PINNACLE! 🫶🏻
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Di sangka beraya kita hari ini, rupa nya esok dek tidak kelihatan anak bulan syawal maka, tidak lah di lepas kan peluang sambung solat terawikh yang terakhir kalinya. Alhamdulillah, walau tiada kedukaan melampau di kesempatan tunaikan solat Tarawih terakhir malam tadi tapi tetap yakin itu adalah nikmat besar; Memanfaat kan malam malam akhir Ramadan dengan ibadah, berdoa, dan masih juga terus harap kan keampunan ganjaran Lailatul qadar. Moga amal ibadah diterima Allah. TAPI; Akhirnya air mata mengalir dihujung rakaat witir terakhir bila sedari itulah terakhir kerana tahun depan belum pasti di tandangi lagi. Insaf syahdu di penghujung Ramadan. Witir terakhir suatu detik perpisahan dengan bulan penuh rahmat, diiringi juga kebimbangan sama ada diberi peluang oleh Nya untuk bertemu lagi di tahun depan. Semoga air mata itu menjadi saksi keikhlasan hati dan asbab kepada satu pengampunan dosa.😭
Terimakasih Allah untuk semua nya.
SEDIKIT pengisian dipetik dari nota ditulis saat saat berkulliyah di Ramdhan lalu.
#Pesan Ustaz Ramli Abu Bakar.
Syukur pada Allah berikan kita kesihatan sehingga dapat buat dari sekecil kecil amalan hingga ke besarnya, moga Allah terima segala amalan.
Esok kalau raya, sudah tak dak dah lah solat terawikh, Ramadan pergi tinggalkan kita.
Ya ayyuhalazi naamanu qutiba alaikumussiyyam…
Perintah berpuasa bukan perintah yang mudah nak di laksanakan; sebab itu Allah seru orang2 yang beriman kerana hanya yang beriman saja yang mampu berpuasa. Puasa juga telah di fardhu kan keatas umat umat yang terdahulu dengan berbagai syariat. Tentunya bukanlah mudah kerana hanya yang beriman saja mampu sahut seruan Allah.
Sama sama lah kita jadikan ramadan bukan bulan yang lemah dan letih. Perang badar pun di ada kan dalam perang ramadhan. Malah islam menang kalahkan kafir Quraish. Maka, ambil lah semangat ini untuk ber jihad tahan nafsu jayakan puasa yang terbaik
ADA YANG diserukan bila sudah tiba masa kena pergi berperang, ini adalah bila dah sampai masa. Allah jadikan sesuatu ada awal ada akhirnya. Semuanya adalah dalam ketentuan Allah. Siang di tamatkan malam, kaya miskin, semua ada pasangan…
Dalam Ramadan sama sama tunaikan tanggung jawab kita.
Bila waktu aman tenang bina zahariah batiniah kita dalam membina jati diri untuk mem pertahankan agama dan juga negara.
Waktu tenanglah kena bersedia untuk berperang.
Sejarah seluruh dunia, dari barat Ke Timur sehingga tanah melayu, terbukti melayu adalah bangsa yang kuat.
Paling penting dalam Ramadhan, Kena ambik peluang satukan kita bangsa melayu umat Islam.
“Wahai muhammad ini lah umat kamu umat yang satu (bersatu)” - Quran.
Kesatuan kita mesti didasar kan alquran dan juga hadis, kamu kumpul kan dan satu kan mereka melalui hadis dan alquran.
Kita umat hebat..
#Akhirulalam
Salam akhir Ramadhan dan salam yang teristimewa 10 dinihari ramadan di rumah Mu ya Allah.
Memang satu perasaan yang sukar digambarkan apabila kali ini dapat meng habiskan 10 dinihari malam terakhir sempurna di rumah Allah. Ada rasa puas yang tenang, syukur mendalam, dan sedikit hiba kerana Ramadan bakal melabuh kan tirai. Berada di surau pada waktu dinihari buat qiamullail adalah saat paling "mahal" untuk berbisik terus kepada Pencipta ketika dunia yang lain sedang sepi.
Semoga segala penat lelah, titisan air mata, dan dahi yang sujud di lantai surau itu menjadi saksi yang memberatkan timbangan amal kelak. Semoganya istiqamah ini berterusan walaupun Ramadan sudah berlalu.
“Jumpa lagi tahun depan”🫡
JANGAN ABAIKAN MALAM MALAM 1 syawal…
Barakallahufikum
Wallahualam
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
*20 March 2026*

Comments
Post a Comment