Sabtu
*NCS: 29 SYAWAL 1447* •Tetaplah memberi kan peringatan, Ia bermanfaat
~ Coretan jiwa yang lara
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, selamat pagi selamat memulakan sabtu yang penuh barakah. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik, sudah nak habis dah bulan raya. Ikut kalendar Islam, hari ini Sabtu, 18 April 2026, 29 atau 30 Syawal 1447H (ia nya bergantung kepada penampakan anak bulan), menandakan hari terakhir bulan Syawal bagi tahun 1447 Hij. Esok, Ahad, 19 April 2026, dijangka ber mulanya Zulkaidah 1447H.
Kita cerita pasal bulan baru esok. Kita akan memasuki bulan yang ke 11 di dalam kalendar Hijriah, salah satu dari empat bulan haram - ya, bulan yang dimuliakan. Untung menjadi umat islam, setiap bulan ada peringatan ibadah, membantu untuk
sentiasa bermuhasabah dan tidak leka. Semoga akan konsisten iman dan ketaatan kepada Allah swt. Dek kerana itu kena hidup dengan bulan dalam Islam, dalam setiap bulan dalam kalendar Islam ada makna dan peristiwa tersendiri. Ada yang berpendapat, takwim hijrah lebih selaras dengan fisiologi dan juga "geometri tubuh" manusia jika di bandingkan kalendar masihi.
Singkatnya, hidup yang berpandukan bulan islam membantu seorang Muslim untuk sentiasa "reset" niat dan arah hidup; sentiasa berada dalam landasan syariat.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah, ini adalah satu bicara pagi menambah ilmu. Buka hari dengan zikir dan niat cari ilmu, amalan yang sangat mulia, seiring dengan ajaran Rasulullah saw. Salah satu doa pagi diajarkan untuk memohon ilmu bermanfaat:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu ilmu yang ber manfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima." (Ibnu Majah)
Perkongsian pagi ini, suatu coretan dari sebuah jiwa yang sering keliru dengan dunia, syaitan, nafsu dan iman.
#Coretan jiwa yang lara
Dunia ini riuh, tetapi jiwa seringkali sunyi di tengah persimpangan. Ada saatnya tertipu pada kilauan dunia, sangka apa yang nampak di mata adalah abadi, padahal cuma bayangan yang kian menjauh saat dikejar. Hadir syaitan yang tidak pernah jemu, membisik ragu dalam halus, membungkus yang salah jadi indah, membuat kan merasa punya banyak waktu, sedang nafsu pun sedang menghitung sisa usiaku. Nafsu pula seperti anak manja; dituruti, ianya merosakkan, jika ditahan tahan kan, memberontak. Ia sering memujuk memilih yang mudah, bukan yang benar. Namun, mujur di celah celah kekeliruan itu, ada cahaya iman yang kecil tapi tekal; kompas dilitupi debu; walau dilitupi silap dan dosa, jarumnya tetap menunjuk ke arah Tuhan.
Aku hanya seorang hamba yang sedang belajar tidak mahu membiarkan dunia menguasai hati, tidak nak biarkan syaitan jadi teman bicara, dan tidak nak biar
kan nafsu menjadi nakhoda. Kerna pada akhirnya, hanya iman yang bakal membawa kita semua pulang kepada kepelukan ketenangan yang sebenar.
Jujurnya, hidup ini memang satu pergelutan yang amat meletihkan. Sekejap rasa kuat dengan iman, sekejap lagi tewas dengan nafsu yang selalu nak menang. Dunia ni pandai betul buat kita keliru, di tambah lagi dengan 'bisikan bisikan' laknatullah syaitan yang nampak macam betul tetapi sebenarnya salah jalannya. Tetapi tak apa, selagi kita sedar kita tengah keliru, maknanya iman tu masih ada. Kita bangun lagi, kita cuba lagi. Jadi, di panggung fatamorgana ini, jaga lah diri jangan cepat terpukau pada bayang dunia yang selalu sirna. Pecah kan janji janji manis nafsu yang merantai hati, jaga2 dengan tenunan hijab halus antara kita dan Allab oleh si iblis. Cari lah punca nya kerana di ceruk sanubari yang paling sunyi, iman masih berbisik; dan ia macam lilin di tengah badai; ingat bahawa rumah yang sebenar bukanlah di sini, melainkan di dalam redha Nya.
Sebab itu selagi hidup kena banyak habis kan ke masjid, walau di masjid tu pun ada yang kita tak setuju. Kerna
masjid bukan sekadar satu bangunan, ia "perhentian" untuk jiwa yang sedang lelah dengan hiruk piruk dunia. Apabila menapak ke masjid, kita sebenarnya sedang jarakkan diri dari Dunia; tinggalkan seketika beban kerja dan urusan yang tak pernah habis di luar pintu gerbang. Juga di masjid, kita akan meredam Nafsu, ada suasana yang tenang dan suci memaksa nafsu tunduk dan akur pada kebesaran pencipta. Di situ juga, jaga diri dari Syaitan, ada dalam jemaah dan di rumah Allah adalah suatu perlindungan terbaik dari bisikan yang menyesatkan. Yang pasti nya, kita subur kan Iman; mendengar azan, bersujud, dan tengok wajah wajah yang juga mencari Tuhan. Itu semuanya akan mengecas semula bateri iman yang makin malap. Sedikit tak kena sana sini itu maknanya dunia; tiada yang sempurna.
Kadangkala, satu sujud di atas permaidani masjid itu akan lebih menenangkan daripada seribu kata kata motivasi yang kita baca.
Lahir dari jiwa yang lalai dan leka.
#Akhirulkalam
Jika nak tambah lagi dekat denganNya dan agama Nya, sama sama harungi hidup berlandaskan hari mengikut bulan islam kerana:
•Kalendar solar (Masihi) bersifat linear untuk tujuan pentadbiran, manakala nya kalendar lunar pula ia lebih "organik" kerana mengikut perubahan fizikal boleh dilihat terus dilangit, dan ia menghubungkan manusia secara geometri dengan kedudukan mereka di ruang angkasa.
•Takwim Hijrah berasaskan orbit bulan yang bersifat bulat (siklikal). Ini selari dengan geometri tubuh seperti peredaran darah, struktur DNA, dan pusingan atom dalam sel.
Apa apa pun, sama sama perkasakan penggunaan Takwim Hijri yang juga warisan tamadun Islam. Sempena kadatangan tahun baharu yang dah nak sampai pagi lagi dua bulan,,
ayuh kita azam dalam hati masing2 yang kita semua akan memanfaatkan akan penggunaan Takwim Hijri di dalam urusan kita seharian. Memperkasakan kalendar dalam Hijrah juga satu cara mengangkat syiar Islam; di pada masa yang sama, ia nya mengembalikan jati diri umat Islam. Kalendar Hijrah, yang diasaskan di zaman Khalifah Umar alKhattab, bukan lah hanya sekadar alat pengiraan masa tetapi berkait rapat juga dengan ibadah dan sejarah penting Islam.
Perkasakan syiar Islam, kekalkan warisan budaya Islam.
Semoga Allah memberkati usaha kita, mempermudah urusan dan memberikan kefahaman ilmu yang mendalam hari ini.
Wallahualam
Barakallahufikum
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
*18 April 2026*
PERJALANAN IMAN
Allah kurnia kita 3
Ruh
Nafs
Basyar/tubuh
Ruh memiliki 4 frequency
Ruh Jasadi
Ruh Rohani
Ruh Sulthoni
Ruh al Quds
Nafs memiliki dua usb port
Nafs Takwa untuk Malaikat
Nafs Fujur untuk Syaiton
Basyar
Memiliki keperluannya, disebut ilmu pemakanan
Memiliki rintangannya lalu terjadi penyakit maka perlu kepada ilmu kedoktoran
Ujian diberi dalam 5 perkara
Kelaparan
Ketakutan
Kekurangan harta
Penyakit dan kematian
Persediaan makanan yang musnah.
Tidak kuat emosi menahan ujian atau tidak redho terhadap ujian terjadilah stress
Stress menjadi mental disorder
Mental disorder menjadi gila / Majnu
Tidak kuat Minda menahan Hijap yang Allah buka maka terjadi juga kegilaan.
Ini disebut Wali Majzub.
Jikapun Mindanya kuat tetaplah menempoh Dilema
Bersyahadah kepada Mursyid yang memiliki salasilah hingga Rasulullah.
Dibimbing untuk Takhalli/pembersihan jiwa.
Dibimbing untuk Tahalli/pengisian jiwa.
Menempoh Musyahadah.
Lalu diTajalli melalui
Ilham
Firasat
Kasyaf
Laduni
Mimpi yang benar
Dari 5 inilah jika tidak kuat menjadi Majzub, jikapun kuat mempoh Dilema
Al Faqir Ibnu Bahloul Ibnu Sina
014 4002611

Comments
Post a Comment