Isnin

Putrajya Pers 9.

*NCS @ 9 DzulKaedah 1447 H* 
* Tetaplah memberi peringatan,
* Ia bermanfaat
•#Dari kulliyah Ustaz Dr Fairuz

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga ketenangan dan kedamaian itu mengiringi langkah sepanjang hari ini. Walaupun Isnin selalunya penuh dengan senarai tugas yang panjang, sedikit ketenangan di waktu pagi boleh menjadi "penawar" mengharungi kesibukan dengan lebih teratur. Mula kan hari dengan syukur dan doa. Doa pagi bukan sahaja membuka hati bersyukur, tapi juga jadi permulaan yang positif kerana kita tahu kita hanya ada Allah untuk pergantungan penuh (tawakal). Inilah dia kunci ketenangan dan juga satu keberkatan. 

“Ya Allah, berkatilah langkah kami hari ini, lapangkan dada kami, dan cukupkan kami dengan rezeki yang halal. Ya Allah, bantulah aku untuk meng ingatiMu, bersyukur kepada Mu, dan beribadah dengan baik kepada Mu. Ya Allah, sesungguh nya aku ber tawakal kepada Mu, dan aku memohon perlindungan Mu dari gangguan syaitan." 

Semoga TER "reset" lah jiwa dan minda; ingatkan kita walaupun dunia ini sibuk dan mencabar, kita punya sandaran yang Maha Kuat. Semoga hari anda penuh dengan kemudahan dan dilimpahi rahmat Nya.

Untuk pagi ini di sertakan ada satu nota ditemui yang dicatat di minggu lepas saat bersama dengan Ustaz Dr Fairuz. Moga bermanafaat.

#Dari kulliyah Ustaz Dr Fairuz

Marah kena ada dalam diri, nabi pun marah. Tapi ikut keperluan. Penting jaga marah bukan ikut perasaan dan ianya ikut keadaan yang di benarkan dalam agama. Ini adalah sifat orang yang beriman. Sebab itu nabi saw ajar kita untuk ambil wudhu bila dilanda perasaan marah. Kenapa? Kalau tak nabi dah ajar cara lain untuk menahan marah. 
Nabi Muhammad saw mengajar kita untuk mengambil wuduk ketika marah kerana wuduk berfungsi sebagai terapi fizikal dan rohani yang berkesan menenangkan jiwa, memadam "api" kemarahan, dan memutus pengaruh syaitan.

Lukman as berkata pada anaknya: “Wahai anakku, jangan kamu lepas kemarahan kamu dengan kecelaan. (Bila Marah jangan memaki dan mencela”.

Kata nabi ayub as: hei musaamah, bersabar bertenang (cool) sesaat sedetik dia berjaya megelakkan kemarahan dan elakkan perkara perkara buruk”

Terlalu penting, untuk kita tidak memulakan kemarahan..

Berhimpun lah para ulamak sofia atsauri, abu huzaimah dan fudhail bin iyad dan ulamak lain; mereka ini berkumpul dan bersepakat sebaik2 amal ketenanangan kesabaran diketika kita marah.  Ertinya bila dah dimaki terus tumbuk itu bukan sabar. Sesungguh nya sebaik baik sabar adalah di saat kejadian. 

Seorang lelaki berkata pda Omar, Wahai Omar kamu tak adil. Kamu tidak bagi apa yang sepatutnya, maka omar marah. Ada seorang lelaki lain menasihati Omar, wahai amirulmukminin, tidakkah kamu tahu Allah bersabda; ambilah akan keampunan, suruh kenaikan dan berpaling dari orang jahil. ( jangan berdebat dengan mereka.  Kata omar benarlah kata kata mu. Lalu omar menahan matahmya. Ya betapa mya omar yang dah dijanji kan syurga pun ada rasa marah. 

Dari Muhammad bi kaab ra 
Ada tiga perkara yang siapa ada sempurna lah iman nya kepada Allah, pertama bila dia suka redha itu tidak lah membawalah benda disukai itu kearah yang batil. Kedua nya, bila dia marah marah itu tidak bawa dia keluar kebenaran. Ketiga, bila berkuasa mampu buat sesuatu ada kuasa tapi tidak ambil apa yang bukan hak nya. 

Kita tak elak kita akan marah TAPI batasilah kemarahan itu pada hal hal yang mengutungkan. Jadikan lah prinsip ini dalam hidup

Berkata salman alfarisi, ya nabi saw tolonglah nasihat
kan aku. ( ausimi) < jadi kan mohon nasihat Dari alim ulamak sebagai budaya. Bukannya hanya selfie sahaja, > jawab nabi saw jangan marah. Kalau tidak mampu, bila kamu marah tahan lidah dan muka . Jangan buat apa apa. 

#Akhirkalam 

Walaupun bermacam ada aktiviti pada hari semalam, solat tetap ber jemaah. Risau jiwa fikirkan khuatir semua nikmat ini Allah tarik balik. Kulliyah subuh pun sempat duduk seketika  di pagi Ahad di masjid asyarif. Semoga rasa khuatir atau khauf(takut) itu jaga kita supaya tidak leka dan sentiasa menghargai setiap detik peluang ibadah yang Allah berikan.

Bukan mudah nak kekal istiqamah berjemaah selepas hari yang padat dengan aktiviti, apatah lagi sempat singgah menuntut ilmu di Kuliah Subuh Masjid As-Syarif. Itu sendiri adalah satu nikmat besar yang ramai orang terlepas. Moga Allah terus mengurniakan ketetapan hati (istiqamah) dan memberkati setiap langkah kita semua ke rumah Nya. Indeed,  Ia adalah hukuman dunia yang paling mengerikan kerana ia menunjukkan hati mula mati rasa dan jauh daripada Allah. 

Wahai ncs: Beristighfar dan akui kelemahan diri di hadapan Allah. Teruskan ibadah yang kecil dan konsisten walaupun rasa berat. Periksa hati dan hindari maksiat yang boleh mengeraskan hati.

Terimakasih Allah..

Terus lah berjalanlah teruskanlah di atas keberkatan Allah. Wa ilal liqa’. Jumpa esok. In shaa Allah 

Barakallahufikum 
Wassalam

*#Copyright © by: Ncs68*
*27 April 2026*

Comments

Popular posts from this blog