Selasa
Sek Hishamuddin, Kuala Lumpur.




*NCS @ 10 D’zlKaedah 1447* 
* Tetaplah memberi kan peringatan. 
* Ia bermanfaat
* Cetusan kulliyah ustaz Saifudin; susunan kronologi perjalanan kehidupan nabi musa as. 

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Selasa, masa sudah memang terasa tergesa gesa, hari hari setiap hari silih berganti. Selasa kembali lagi dan pusingan minggu seolah2 memecut tanpa sempat kita menarik nafas panjang. Ber temu lagi di se awal Pagi sebelum subuh hari ini hari selasa yang juga semakin tergesa2 tinggal kan setiap kita pada saban minggu, kejap lagi tiba lah maghrib menanda kan hari baru bakal bermula. Fikir fikir kan, renung dan renungkan, ke manakah kita semua agaknya?

Di tengah2 dunia yang se makin "tergesa-gesa" ini, kita semua ini sebenarnya sedang mencari titik henti ketenangan (peace of mind); menjaga diri moganya tidak terus hanyut dalam arus kesibukan yang tiada hujungnya. Sedar tak sedar, setiap rutin pagi, kerja dan lelah kita yang sebenarnya adalah batu bata yang atur menyusun masa depan. Persoalan, adakah batu2 "bangunan" yang kita bina itu sesuatu yang akan pasti  membahagia kan kita nanti?

Renungan yang sangat mendalam di keheningan pagi.

Sebelum waktu Maghrib itu tiba dan hari bertukar, yang kita ada hanya lah detik ini. Mungkin "ke mana kita" itu jawapannya ada pada apa yang kita lakukan untuk orang sekeliling kita saat ini. Moga sentiasa melangkah melalui bimbingan Nya.

Sebenarnya, dah beberapa hari tak diberi kesempatan benar benar duduk di majlis ilmu secara sepenuh masa - bermula sejak usai solat maghrib hingga tiba waktu isya; tapi dalam menyingah itu ada sedikit sebanyak ilmu di korek dari hujung hujung nya kulliyah. Dalam banyak banyak kulliyah, kulliyah ustaz Saifudin mengundang cetusan kerana di kulliyahnya banyak cerita nabi musa as, dan kisah nabi musa ini ianya ada disurah surah berlainan; maka pagi ini tergerak di hati untuk share susunan perjalanan nabi musa as. 

#kronologi kisah Nabi Musa as

- Kelahiran dan dihanyut kan di Sungai Nil

Nabi Musa lahir di Mesir zaman Firaun yang telah memerintah kan setiap bayi lelaki Bani Israil dibunuh; setelah mendapat mimpi bahawa kerajaannya akan dimusnahkan. Tapi Ibu Nabi Musa dapat ilham dari Allah untuk hanyutkan Musa di dalam peti ke Sungai Nil. Peti itu ditemukan Asiah, isteri Firaun, Musa diangkat sebagai anak angkat.

- Membesar di Istana Firaun

Musa membesar di dalam istana Firaun, namun Allah mengatur Musa disusukan semula oleh ibu kandung nya sendiri. Musa as besar jadi seorang yang gagah dan bijaksana.

- Insiden Membunuh dan Pelarian ke Madyan

Musa secara tidak sengaja membunuh seorang lelaki Mesir (pengikut Firaun) ketika cuba meleraikan pergaduhan. Bimbang ditangkap, telah lari ke Madyan. Di Madyan, bekerja dengan Nabi Syuaib as dan mengahwini salah seorang puterinya.

- Menerima Wahyu di Bukit Sinai

Selepas 10 tahun duduk di Madyan, rindu mesir; Musa as dalam perjalanan pulang ke Mesir melihat api di Bukit Sinai (Thur Sinai). Di sana, Allah swt melantik Musa as sebagai Nabi dan Rasul, di beri pula mukjizat utama:  tongkat jadi ular dan tangan bercahaya.

- Dakwah kepada Firaun

Nabi Musa balik semula ke Mesir bersama, Nabi Harun berdakwah kepada Firaun dan menuntut pembebasan Bani Israil. Firaun menolak dan mencabar Musa dengan mengumpul kan ahli sihir terbaik. Mukjizat tongkat Musa telah kalahkan semua sihir Firaun, menyebabkan ramai ahli sihir beriman kepada Allah.

- Keluar dari Mesir dan Terbelah nya Laut Merah

Firaun semakin zalim, yang akhirnya memaksa Nabi Musa membawa Bani Israil keluar dari Mesir di waktu malam. Firaun dan tentera nya kejar mereka hingga ke tepi Laut Merah. Lalu, Allah memerintah kan Nabi Musa memukul laut guna tongkat nya, lalu laut terbelah, mem berikan jalan kepada Nabi Musa as dan pengikut nya. Firaun dan juga tenteranya tenggelam ketika juga cuba seberangi di laluan sama.

- Kehidupan Bani Israil dan Taurat

Nabi Musa bawa kaumnya ke Bukit Sinai dan terima kitab Taurat. Pertemuan antara Nabi Musa as dan Nabi Khidir as ber laku pada fasa ini juga; semasa mereka berada dalam tempoh pengembaraan. Sepanjang dakwah, Nabi Musa berhadap kedegilan Bani Israil, termasuk kisah penyembahan lembu emas samiri.

Wafatnya Nabi Musa, Nabi Musa as wafat belum sempat masuk tanah suci (Palestin) yang dijanji kan, setelah di habiskan usianya pimpin kaum Bani Israil. 

#Akhirkalam 

Kisah Nabi Musa adalah antara yang paling banyak diceritakan di Quran kerana pengajaran nya yang mendalam tentang IMAN, SABAR,  KEKUASAAN ALLAH.  Cukup kita tahu kisah kisah itu dan menjadikannya 
sandaran di gunakan dalam hidup. 

Yakinlah, walaupun jalan keluar seakan tertutup, Allah sentiasa bersama orang yang bertakwa. Sentiasalah rasa dahaga akan ilmu dan jangan lah sombong, walau sudah berilmu.

Kisah Nabi Musa ni bukan sekadar sejarah, tapi ianya "manual" untuk kita hadapi cabaran hidup; Sesungguh nya, kebatilan pasti hancur dan kebenaran pasti nya menang dengan izin Allah.

Alhamdulillah; terimakasih Allah izinkan kami ulangkaji kisah nabi musa as yang hikmah nya di balik setiap takdir Allah yang tidak ter jangkau akal manusia. 

In shaa Allah, semoga Allah swt permudahkan urusan menyambung perkongsian lagi.

Barakallahufikum 
Wassalam

*#Copyright © by: Ncs68*
*28 April 2026*

Comments

Popular posts from this blog