Khamis

*NCS @ 12 ZulKaedah 1447* 
* Tetaplah memberi peringatan,
* Ia bermanfaat
* Ustaz Hasnul @ Surau al amin: 
* Tenang tenang santai santai

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam pagi bersama sama semangat Zulkaedah yang semakin laju menuju ke Zulhijjah, yang roh ibadat haji semakin kuat di rasa kan. Semangat Zulkaedah ini ada lah sememangnya satu "pecutan" rohani yang sangat istimewa. Ibarat berada di pintu gerbang, debaran dan kerinduan pada Baitullah itu semakin terasa, bukan sahaja bagi mereka yang bakal menjadi tetamu Allah, malah buat semua yang mengharap kan limpahan rahmat Nya.

Semangat ibadah haji yang bertiup di bulan Zulkaedah ini, di bawa bayu ketibaan jemaah yang pertama dari Malaysia; sudah pun tiba di bumi haramain sejak 19/4,  ia memang membangkitkan kerinduan dan keinsafan di hati; terutama pada yang sudah mengerjakan haji. 
Untuk lebih merasa roh haji; sama2 lah ambil bahagian Qurban pada tahun ini. 

Semoga hari2 yang berbaki dalam Zulkaedah ini dapat kita di isi dengan persiapan hati dan amalan, agar bila tiba Zulhijjah nanti, roh roh ibadat itu benar hidup di dalam diri kita.

Amin. 

Untuk perkongsian pagi ini terima lah satu nota dicatat ketika kulliyah maghrib di surau Alamin malam lalu, 
Semoga bermanafaat..

#Ustaz Hasnul @ Surau al amin: Tenang tenang santai santai

_POINT 1_ 

Siapa yang beriman dengan hari akhirat dan perkara di akhir zaman; bercakaplah yang baik baik kalau tak diam diam saja. Keimanan yang sempurna kepada Allah dan hari akhirat in shaa Allah boleh digapai dengan cara menjaga lisan. Ertinya, ber kata kata yang bermanfaat atau diamkan diri untuk mengelak dosa. 
Setiap kata kata akan diper tanggungjawabkan di sana di akhirat nanti. 

Nasihat atau ada hadis yang berbunyi "Berkatalah yang baik baik atau diam" (Cakap baik baik atau diam sahaja) Ini hadis sangat lah masyhur sahih, diriwayat kan Imam Bukhari dan Muslim daripada sahabat Abu Hurairah ra. 

"Barangsiapa yang beriman  pada Allah dan Hari Akhirat, maka hen daklah ia berkata baik atau diam." (Bukhari 6018/ Muslim 47) 

Di akhir Zaman, menjadi tanda beriman bilamana lisan dijaga. Ini perisai akhir Zaman yang mana fitnah penuh dengan kecaman, cacian dan perdebatan, diam lebih baik daripada berbicara perkara yang sia sia, fitnah, atau menyakiti hati orang lain. Pilihan yang paling selamat adalah jika tak mampu menyusun kata kata yang baik, atau bernilai ibadah, atau mendamaikan, jalan yang terbaik, pesan si  Nabi saw pilihlah DIAM. 

Ini ajaran Nabi Muhammad saw sebagai panduan jaga diri dari dosa lisan, teruta manya di saat akhir zaman dimana fitnah akhir zaman berleluasa.

_POINT 2 _

Bersangka baiklah. Kalau imam mazhab pun boleh menyebut wallahu taalam, kenapa tidak kita pun juga. Ungkapan  "Wallahu a'lam" - dan Allah swt lebih meng etahui, sering diucapkan oleh para imam mazhab dan ini menunjukkan sifat rendah diri tawaduk dan pengakuan ilmu manusia terbatas, ianya tak ubah, setetes air dilautan luas. Sedangkan ilmu Allah itu mutlak meliputi segala sesuatu di langit dan bumi.

Ini mengajar kita untuk tak sombong dengan pendapat sendiri. Sentiasa terbuka untuk menerima kebenaran yang lebih sahih. Menguta makan persaudaraan merai kan perbezaan pandangan ikhtilaf. 

Semoga kita semua akan sentiasa dikurniakan hati yang bersih dan fikiran yang positif.

#Akhirkalam 

Alhamdulillah ‘Ala kulli hal. Jemaah dapat untuk semua waktu hari ini. Terimakasih Allah. Walau pun Maghrib hampir terlepas jemaah bila singgah lewat di masjid tepi lebuhraya lingkaran tengah. Tapi izinNya dihadirkan rasa lebih baik solat di masjid. Walau pun lewat kerana ada pahala i’tikaf dan kemung kinan join berjemaah tinggi. Setibanya, sudah pun diberi salam, tapi ada makmum bangun untuk sempurna kan rakaatnya yang ter tinggal. Alhamdulillah, menjadi makmum 3 rakaat sempurna bersamanya. Benarlah, bila kita dahulu kan urusan dengan Allah, Dia akan lorongkan jalan yang terbaik walaupun dalam keadaan yang ia nampak sepeti kesuntukan waktu.

Keputusan untuk tetap juga singgah ke masjid moganya menjadi suatu langkah yang berkat. Allah bukan sahaja izinkan mendapat pahala berjemaah, malah dikurnia kan pula pahala i'tikaf dan juga ketenangan dalam solat. Inilah indahnya bila kita jaga hubungan dengan Si Pencipta; bantuan Nya itu hadir dalam bentuk gerak hati yang tepat.

Semoga istiqamah dalam menjaga solat berjemaah! Jom mulakan lah dengan subuh pagi ini. 

Insya Allah, moga moga panjang umur, dimurahkan rezeki untuk kita bersua lagi esok pagi.

Wallahualam 
Barakallahufikum 

*#Copyright © by: Ncs68*
*30 April 2026*

Comments

Popular posts from this blog