Jumaat
Musafir ke Kuala Terengganu


Exit Gambang

*NCS @ 13 ZulKaedah 1447* 
* Tetaplah memberi peringatan,
* Ia bermanfaat
•Kulliyah Maghrib  @ Surau Al Amin btho - esoknya cuti hari buruh.  40 hadis. (Pt 1)

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SALAM JUMAAT BAROKAH, dalam dakapan liburan. Di pagi sebening gini di hari merai kan semua pekerja seluruh dunia, berehat berehlah semua kita dan jadikan lah hari ini penuh manafaat dunia dan akhirat. Luangkan masa berkualiti quality time bersama ahli. Berehat bukan lah sekadar melepaskan penat badan, tapi juga menyegar kan semula jiwa.

Rehat yang sebenar bukan sekadar fizikal, tapi ianya juga melibatkan ketenangan minda dan rohani. Duduk dalam majlis ilmu atau kuliah agama adalah salah satu bentuk rehat yang terbaik, kerana ia memberi satu ruang untuk merenung, membersih kan hati, dan men dapat panduan hidup yang menenangkan jiwa jika ianya sedang serabut.

Mendengar tazkirah umpama men yiram hati yang kering. Suasana majlis ilmu yang dipenuhi dengan peringatan tentang Allah dan Rasul Nya menjanjikan ketenangan dan kedamaian dalaman yang sukar dicari di tempat lain.

Manafaatkan percutiaan …

Terimakasih Allah kerana mengizin kan duduk dalam majlis ilmu malam tadi di surau al amin Btho. Dari pengisian nya tak dapat tidak nak juga kongsikan disini. Usai saja kulliyah terus bertemu ustaz yang menyampqikan nya dengan ber salam dan ucapan Jazakallahkhair.

Semoga bermanafaat 

•Kulliyah Maghrib @Surau Al Amin btho - esoknya cuti hari buruh.  40 hadis. (1)

Al Ahzab ayat 56

‎اِنَّ اللّٰهَ وَمَلٰۤىِٕكَتَهٗ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّۗ يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا ٥٦

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh peng hormatan kepadanya."

Syukur sangat dipilih untuk duduk dalam majlis ilmu di surau al amin. 

Hadis 21: Berbakti pada ibu baoa.

Sahabat dtg menemui nabi saw dan berkata Sesungg uhnya aku ingin berjihad ke jalan Allah, tanya nabi saw, apakah kamu masih ada ibu. Lalu berbakti lah padanya

Yang di mintak Tolhah ada sesuatu yang besar pahalanya iaitu jihad tapi bila dia ada ibu adalah lebih besar untuk dia berkhidmat kepada ibunya. Antara doa malaikat yang diaminkan nabi ketika naik mimbar, SIAPA YANG MASA HAYATNYA ADA IBU DAN AYAH TAPI TIDAK MAMPU BERBAKTI, maka celakalah dia. 

Seorang sheikh menegur suatu hal yang bukan tak baik tapi baik cuma tambahbaik, suatu hal di nusantara 
RAMAI ORANG MENG HORMATI PARA ULAMAK ( bagus perkara ini) TETAPI ada lagi yang lebih tinggi dari ulamak, meraka itu adalah ibu dan ayah kita. Ramai lupa hormat pada makayah, ada juga yang tak pernah cium tangan mak ayah. Dan ssghnya mereka

Mak ayah tinggi martabat, redha Allah terletak pada redha mak ayah, murka Allah terletak pada murka mak ayah. Kalu ada yang tak kena pada mak ayah, kena bercakap dan nasihat mereka dengan cara yang paling lembut. Jika ada yang kurang sangat pasal mak ayah itu adalah urusan mak ayah dengan Allah. Selagi kita berbin berbinti dan mak yang melahirkan kita, bagus ke tak bagus, baik ke tak baik, anak tidak ada hak nak kurang ajar dengan mak ayah. Maka selama mereka masih ada, kena jaga suara dan bahasa kita dengan mereka. Jadi lah imam besar sekali pun mak, ayah tetap tempat untuk kita hormati. Mak ayah adalah semulia makhluk yang perlu kita santuni dan jagai. Itulah adab kita selaku orang yang percaya Allah dan hari kiamat. 

Lihatlah sendiri mereka yang layan mak ayah dengan baik dibanding dengan yang melayan mak ayah nak tak nak pandang mata sebelah. 
Kalaulah kita dapat mak ayah sebut bahawa mereka ampunkan kita halal kan susu nya dunia akhirat, beruntung lah mereka, syurga besar menanti. Maka jika ada peluang berbakti lah sebaik

Allah tuntut kita abdikan kasih sayang pada mak ayah selari dengan


 Surah Al-Isra' Ayat 23

"Dan Tuhanmu telah meme rintah kan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."


Sambung esok…

#Akhirkalam 

Dalam tradisi ilmu agama, konsep berehat ini sering dikaitkan dengan istilah "Irtiyah" (ketenangan) atau "Tajdidun Niyat" (memper baharui niat).

Rehat dalam Ibadah, pesan Nabi SAW kepada Bilal RA, "Rehatkanlah kami dengan solat, wahai Bilal." Di sini, solat bukan beban, tapi 'stesen pengecas' untuk jiwa yang lesu dengan urusan dunia . Seni 'Uzlah' moden, para guru agama sering pesan supaya kita mengambil masa untuk diam sejenak daripada hiruk piruk manusia (medsos, kerja, gosip) untuk bermuhasabah. Inilah waktu jiwa "bernafas" kembali 

, "Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28)

Rehat yang paling ampuh bagi jiwa yang berkecamuk adalah kembali berhubung dengan Penciptanya. Ringkasnya, badan berehat dengan tidur, tetapi jiwa berehat dengan mengingati Tuhan.

SELAMAT BERCUTI HATI PEKERJA..

Insya Allah, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk kita bersua lagi esok pagi.

Wallahualam 
Barakallahufikum 

*#Copyright © by: Ncs68*
*1 MAY 2026*

Comments

Popular posts from this blog