Ahad
*NCS @ 1 DzulKaedah 1447 H*
* Tetaplah memberi peringatan,
* Ia bermanfaat
* Ustaz khairullah mamat - tafsir al qalam ayat 26 -33
* <PART 1>
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
salam Dzulkaedah 1447 salah satu bulan haram di dalam islam semoga nya berpahala kita memasuki nya, dan juga segala amal ibadah dan niat baik kita sepanjang Dzulkaedah 1447 ini diterima Allah swt. Sebagai salah satu dari pada empat Bulan Haram (bulan yang dimuliakan), ini waktu yang sangat baik lah untuk kita: tingkatkan amal soleh kerana pahalanya digandakan. Sama sama kita berazam menjauhi maksiat dan pergaduhan demi menjaga kesucian bulan ini. Bagi yang sedang membuat persiapan untuk ibadah Haji banyakkan doa, BIIZNILLAH; bulan ini akan membawa ketenangan dan keberkatan buat semua.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Ahlan wa sahlan! Selamat datang Zulkaedah; sambil sambil tu juga persiapkan diri menuju bulan Zulhijjah.
Prinsipnya, si Dzulkaedah macam juga waktu, masa, bulan, dan tahun yang lain; adalah salah satu dari pada makhluk ciptaan Allah swt.
Ini adalah bulan untuk kita tingkatkan momentum kita dalam ibadah selepas bulan Syawal dan sebelum tiba nya si Zulhijjah. Bulan ini selalunnya akan menjadi Kesinambungan digunakan merancang ibadah haji dalam usaha tingkatkan taqwa sebelum puncak ibadah haji pada bulan Zulhijjah nanti.
Alhamdulillah. Malam tadi usai maghrib bermulanya Dzulkaeah, ianya dimulakan dengan bersolat maghrib berjemaah di surau walau pun tiba lewat selepas santuni majlis silaturahim anak anak di coalfield. Ada seorang hamba Allah pun tiba lewat juga, maka, kami sama sama berniat iktikaf di surau, dan berjenaah. Itulah untung singgah solat surau walau lepas waktu jemaah utama. Selepas itu barulah ke surau al amin, duduk dalam majlis ilmu bersama ustaz Khairullah mamat kulliyah tafsir al Qalam 26-33 tapi sempat ke ayat 28 sahaja.
So, pagi ini saya cuit sedikit diserta kan disini isi kulliyah nya: manafaat bersama..
#Ustaz khairullah mamat - tafsir al qalam ayat 25-33
<PART 1>
AlQalam ayat 26
فَلَمَّا رَأَوْهَا قَالُوا إِنَّا لَضَالُّونَ
"Maka apabila mereka melihat kebun itu, mereka berkata: 'Sesungguhnya kita adalah orang orang yang sesat (jalan).'
Ayat ke 26 dari surah ke 68 surah al qalam mencerita kan titik kesedaran atau kekecewaan yang amat men dalam dalam kisah "Pemilik Pemilik Kebun" (Ashabul Jannah).
Ayat ini sebahagian dari pada kisah sekumpulan pemilik kebun yang berniat jahat nak petih hasil tuaian secara rahsia di waktu pagi supaya tidak perlu mem bahagikan sedikit pun kepada golongan fakir miskin. Akhirnya, mereka terkejut dengan musnah nya kebun mereka. Apabila tiba di kebun di waktu pagi, mereka dapati kebun yang dahulunya subur hangus terbakar dan musnah sama sekali oleh azab Allah. Pada mulanya, kerana kebun itu sudah tak dapat dikenali, mereka sangka mereka telah "tersesat jalan" dan sampai ke tempat yang salah. Tapi, setelah men yedari itu memang kebun mereka, maksud "sesat" di sini berubah menjadi peng akuan mereka sebenarnya sesat daripada kebenaran dan melakukan kesilapan besar kerana sifat bakhil dan sombong mereka.
Ayat ini sering dijadikan peringatan tentang penting nya sifat pemurah dan bahayanya mengabaikan hak golongan yang memer lukan. Biar lah Harta yang kita ada memberi kebaikan kepada kita. Jangan lah kita terhalang dari kebaikan…
Kebaikan yang dikira disisi Allah itu kena beriman pada Nya dulu, kalau si kafir buat baik dia tak akan dapat apa apa dari Allah. Hendak buat baik kena beriman dulu, barulah ada kira kira disisi Allah.
Esok; Sambungan kisah tersebut dalam ayat ke 27 menggambarkan detik kebenaran yang sangat pahit buat pemilik pemilik kebun itu.
#Akhirulkalam
Saya sempat menggali, dari segi bahasa, Zulkaedah (ذو القعدة) bermaksud "pemilik duduk, duduk diam. Secara kiasan, ia bermaksud bulan untuk duduk berehat dari pada peperangan atau pun perjalanan jauh dan fokus kepada ibadah di rumah atau masjid.
Secara keseluruhannya, Zulkaedah adalah makhluk Allah dalam bentuk waktu yang suci, menuntut kita manusia menghormatinya dengan meningkat kan amalan, menjaga akhlak, dan menahan diri daripada perbuatan mungkar.
SAMA2 KITA OBSERVE INI SEMUA DI SEPANJANG DZULKAEDAH…
See you all tomorrow
In shaa Allah
Wallahualam
Barakallahufikum
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
*19 April 2026*
Sekadar Bacaan
ILMU
Apa itu Ilmu secara hakiki?
Pertama kena faham otak.
Ada otak lembab
Otak biasa
Otak cerdas.
Keupayaan berfikir tentang norm disebut Cognitive.
Atas lagi Intelligence
Atas lagi Highly Intelligence
Atas lagi Genius
Atas lagi Fathonah
Mind atau Minda pula pola fikir yang membentuk caracter
Think guna otak atau akal
Thought pula guna Minda kerana ia persepsi yg terhasil
Kita belajar
Yang kita collect adalah pengetahuan
Membaca
Mendengar
Menempuh
Hal hal ini berada pada lapisan pertama akal kita.
Dalam Quran disebut Sadr atau dada.
Faham adalah persepsi dari pengetahuan.
Ia berada di Qalbu atau Hati.
Apakah faham dan persepsi kita sama dengan faham dan persepsi Rasulullah dan Sahabat, inilah isunya.
Kerana bertepatan dengan faham Rasulullah dan Sahabat bukan lagi urusan alam dunia zahir.
Ia sudah urusan Alam Malakut, Alam Jabarut dan Alam Lahut
Disinilah artikel sebelumnya menyatakan perlunya menghidupkan frequency Ruh Ruhani, frequency Ruh Sulthoni dan frequency Ruh al Quds.
Inilah dunia Tareqat
Al Faqir Ibnu Bahloul Ibnu Sina
014 4002611

Comments
Post a Comment