Jumaat
*NCS @ 28 SYAWAL 1447* •Tetaplah memberi akan peringatan, peringatan itu bermanafaat. Nota ketika di Masjid assyakirin, Jalan Gombak; Hadis "Ummu Sunnah" 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Jumaat terakhir Syawal 1447H! Semoga hari ini membawa suatu keberkatan, pengampunan kepada dosa dosa kita dan segala amal ibadah semua sepanjang bulan Syawal diterima. Alhamdulillah, kita dah hampir meleng kapkan bulan Syawal dengan baik.

Bersedia lah melangkah ke bulan seterusnya dengan semangat baru. Semoga cahaya Jumaat ini akan menerangi hati hati yang gelap, menyembuhkan jiwa yang tenat, malah pastinya membahagiakan semangat yang setia pada Allah. 

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِي

Memulakan pagi Jumaat dengan nama nama Allah (Asmaul Husna) amalan sangat mulia, seeloknya dimula menyebut kalimah Bismillah atau pun berzikir puji keagungan Nya. Syukur sangat lah di surau Al amin BTHO, setiap pagi seusai solat subuh ber jemaah, wirid, dan doa, akan diikuti dengan laungan asamaul husna yang di ketuai imam; ya di setiap pagi! Semoga menenangkan jiwa dan juga mengukuhkan ukhuwah di sesama para jemaah surau Al Amin BTHO. Pendapat peribadi, amalan sebegini, membantu membentuk satu suasana surau yang hidup dan juga harmoni. Surau AlAmin BTHO ini memang terkenal dengan program kuliah. Setiap hari selepas maghrib menunggu isya. Kulliyah subuh sabtu dan Ahad, dan pantang ada hari cuti. Semoga amalan ini terus konsisten memberi inspirasi kepada surau lain..

Untuk pagi ini, sukalah nak kongsi kan nota nota yang ada didalam simpanan dan semoga bemanafaat. 

#Nota ketika di Masjid assyakirin Jalan Gombak; Hadis “"Ummu Sunnah" 

Sepotong doa dari surah albaqarah dari ayat 32 diucapkan oleh para malaikat, satu bentuk pengakuan kelemahan manusia dan makhluk juga menyatakan kemuliaan Allah SWT.

‎سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

Manusia tidak akan ada pengetahuan sedikitpun kecuali apa yang Allah ajarkan.

Hadis ke 2  kitab hadis 40 - tentang tiga tunjang utama dlm agama islam: Islam (perbuatan zahir), Iman (kepercayaan batin), dan Ihsan (penghayatan hati)

Daripada Umar ra berkata maksud nya: “Pada suatu hari ketika kami sedang duduk di dalam satu majlis bersama Rasulullah saw, tiba2 tampillah di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut sangat hitam, tidak terllihat padanya tanda2 bekas perjalanan,  tidak seorang pun antara kami yang mengenalinya. Lalu duduklah dia depan Nabi, kemudian menyan darkan lututnya pada lutut Nabi dan juga meletakkan tangannya di atas paha Nabi. Dia berkata: ‘Hai Muhammad, beritahukan kepadaku tentang Islam! Jawab Rasulullah saw:  Islam itu engkau bersaksi sesungguhnya tiada tuhan selain Allah dan sesung guhnya Muhammad itu utusan Allah, kau dirikan solat, keluarkan zakat, ber puasa di bulan Ramadan, dan menunaikan haji jika  mampu melakukannya. Orang itu berkata: ‘Engkau benar.’ Kami pun berasa hairan, kerana dia bertanya lalu membenarkan. Orang itu berkata lagi: ‘Beritahu kan kepadaku tentang iman!” Nabi menjawab: ‘Engkau beriman kepada Allah, kepada para malaikat Nya, kepada kitab kitab Nya, kepada utusan utusan Nya, kepada hari kiamat, dan kepada takdir, yang baik mahupun yang buruk.’ Berkatalah orang tadi: ‘Engkau benar:’ Orang itu berkata lagi: ‘Beritahu pada ku tentang ihsan.’ Nabi saw: ‘Engkau beribadah kepada Allah, seakan akan engkau melihatbNya. Jika tidak melihat Nya, sesungguhnya Dia pasti melihatmu.’ Orang itu berkata lagi: ‘Beritahu kepadaku tentang kiamat.’ Nabi menjawab: ‘Orang yang ditanya tentang itu tidak lebih tahu daripada yang bertanya.’ Selanjutnya dia berkata lagi: ‘Beritahu kepadaku tentang tanda nya.’ Nabi pun menjawab: Jika hamba perempuan telah melahirkan tuannya, jika eng kau melihat orang yang tak beralas kaki, tidak berbaju, miskin dan juga penggembala kambing berlumba lumba dalam mendirikan bangunan. Kemudian orang tersebut pun beredar tetapi aku masih diam tercengang (beberapa lama). Kemudian Nabi bersabda (kepadaku): Wahai Umar, tahukah kau siapakah yang bertanya itu?’ Aku menjawab: ‘Allah dan Rasul Nya lebih men getahui.’ Nabi SAW berkata: ‘Dia ialah Jibril. Dia datang kepada kamu mengajar kan pada kamu agama kamu.” (Riwayat Muslim No. 8)

Hadis ini menekankan iman yang sahih (Iman) perlu lah dibuktikan melalui amalan lahiriah (Islam) dengan penuh keikhlasan dan kesempurnaan (Ihsan).

Islam: 5 rukun Islam (syahadah, solat, puasa, zakat, haji).
Iman: 6 rukun iman (percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat, Qada' & Qadar). 
Ihsan: Beribadah kepada Allah seolah olah melihat-Nya, atau yakin bahawa Allah melihat kita.
Tanda Kiamat: Antaranya hamba perempuan yang melahirkan tuannya dan manusia berkaki ayam berlumba lumba membina bangunan tinggi.
Adab: Pentingnya bertanya tentang agama, menuntut ilmu. 

Hadis ini adalah "Ummu Sunnah" (ibu sunnah) kerna merangkumi seluruh ajaran agama

#Akhirulkalam 

Perjalanan permusafiran ke melaka hari semalam walau pendek sahaja tetapi ianya menguatkan suatu ikatan ukhuwah sesama kami kerana sesungguhnya bermusafir adalah ujian. Bermusafir, walau singkat, cara terbaik untuk menguji kesabaran dan mengerat kan ukhuwah. Ia membantu lebih mengenali peribadi rakan seperjalanan.

Mengajar erti sabar dan toleransi. Bina kepercayaan dan juga kenangan manis bersama. Solat semuanya jamak takdim, walaupun persembahan golf tidak seberapa tapi on the way balik sempat juga pekena “durian” dan teh tarik di TAQWA Bandar Putra - last stop - sebelum berpisah kerana Nya. Semoga nya persahabatan ini kekal utuh. Terimakasih AZHAR selaku President of Handicap dan “si tajam” FIZI. 

Terimakasih ya Allah atas segala nya. Nikmat semua nya disyukuri dengan di malamnya bertandang ke surau al amin menyatuni majlis doa selamat bagi meraikan tetamu Allah yang bakal tunaikan haji tahun ini di kalangan jemaah surau al Amin. Semoga dapat haji mabrur semuanya…

Wallahualam 
Barakallahufikum 
Wassalam

*#Copyright © by: Ncs68*
*17 April 2026*

Comments

Popular posts from this blog