Selasa




*NCS @ 3 DzulKaedah 1447 H* 
* Tetaplah memberi peringatan,
* Ia bermanfaat
* Ustaz khairullah mamat - tafsir al qalam ayat 26 -33
* <PART 3>

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Salam bahagia di pagi hari selasa bersama Allah swt dalam jiwa dan perbuatan kita. Indah sekali memula kan pagi dengan meletak kan Allah sebagai niat dalam setiap gerak-geri kita. Natijahnya, semoga akan terhasillah kebaikan dan keikhlasan untuk mengiringi tiap langkah dan keputusan kita hari ini. In shaa Allah, waktu solat dan rehat terpelihara. Doa dan zikir diamalkan sepanjang bekerja. Itulah kita, setiap pagi ada lah anugerah untuk berjuang dan memperbaiki diri.

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Itulah kita disisiNya. Ini membawa maksud yang sangat mendalam tentang hakikat diri kita sebagai hamba. Sejauh mana kita meletak kan Allah dalam hati dan kehidupan kita, sejauh itulah sebenarnya akan kedudukan atau nilai kita di sisi Nya. Walaupun semalam kena terima satu hakikat Allah dah takdirkan solat isya kena sendirian tapi dapat membalasnya sendiirian dengan mem baca ayat ayat terakhir dari surah Al baqarah di rakaat yanb pertama dan suran al mulk pada rakaat kedua. Terasa kesyahduan nya juga dan ihsanya, apabila hati terhubung rapat denganNya melalui bacaan ayat ayat suci itu. Terima kasih Allah memberi satu ingatan pada ayat ayat itu. Semuanya dengan izin Mu. 

Untuk pagi ini diteruskan akan perkongsian nota dari kulliyah ustaz Khairullah Mamat dan ini adalah part 3 . Tak dan ke ayat 33 pun ustaz mengupas, dia ber henti di ayat ke 28 surah Al Qalam. Sama sama ambil manafaat…

* Ustaz khairullah mamat - tafsir al qalam ayat 26 -33
* <PART 3>

Ayat 28 Al Qalam

‎قَالَ أَوْسَطُهُمْ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ لَوْلَا تُسَبِّحُونَ

Ayat ke 28 cerita watak seorang "penengah”,  ini lah individu paling rasional di antara mereka. Dia sudah sebenarnya pernah meng ingatkan mereka sebelum kejadian berlaku.

"Berkatalah orang yang paling baik (fikirannya) di antara mereka: 'Bukankah aku telah katakan kepada kamu: hendaklah kamu bertasbih (mengingat Allah)?'"

Pelajaran Penting daripada Ayat : Watak 'Awsatuhum':  Perkataan awsatuhum merujuk kepada orang yang paling adil, bijak, terbaik pemikirannya. Dia adalah orang yang sebenarnya tidak bersetuju dengan rancangan jahat saudara saudaranya, tapi mungkin suaranya tenggelam sebelum itu. Kepentingan Bertasbih:  "bertasbih" di sini bukan nya sekadar menyebut Subhanallah, tetapi juga bermaksud mengingat kekuasaan Allah, mensyukuri nikmat Nya, dan mengakui rezeki itu datang dari Nya (bukan atas usaha sendiri semata-mata). Teguran "su dah Terlambat":  Dia meng ingatkan kembali nasihat yang pernah diberikannya dahulu. Ini menunjukkan dalam kelompok yang buat kesilapan, biasanya akan ada seorang yang cuba menegur, namun seringkali diabaikan.

Kisah ini mengingatkan kita semua supaya sentiasa mendengar nasihat yang baik sebelum "kebun" dalam hidup kita (rezeki, kesihatan, peluang) iitu ditarik balik oleh Allah.

#Adil disisi agama ber makna kita ini adil. Mele takkan sesuatu di tempat nya. Ini adalah akal kita dan hendak mengatakan ini betul atau tidak ianya kena mengikut wahyu. Adil itu bermakna tidak zalim. 

#Allah melihat dengan sifat tuhan, manusia melihat dengan sifatnya sebagai manusia kerana itu hanya Allah yang boleh di sembah. 

Ayat 18 ada hubungan dengan ayat 28. 

Untuk mengelakkan diri daripada jadi Ashabul Jannah (pemilik kebun dalam Surah AlQalam yang dihukum Allah kerana sombong dan kedekut), kita perlu elakkan sifat sifat keji yang mereka miliki.

So esok, berdasarkan kisah tersebut  kita cari cara untuk mengelakkan diri menjadi seperti mereka..

Jumpa esok 

#Akhirulkalam 

Membaca dua ayat terakhir Surah AlBaqarah (285 286) dan Surah AlMulk di dalam solat sendirian ada suatu kelebihan yang besar:

* Dua Ayat Terakhir AlBaqarah: Disebutkan dalam Riwayat al Bukhari bahawa sesiapa yang bacanya pada waktu malam, ia mencukupi baginya (melindungi dan memberi ketenangan).
* Surah AlMulk: Surah ini dikenali sebagai pelindung daripada azab kubur, dan membacanya di malam hari membawa keberkatan.              

Kekadang bagus juga Solat sendirian kerana ianya mem beri peluang untuk khusyuk dan berkomunikasi secara langsung dengan Allah tanpa gangguan. Semoga Allah menerima solat dan bacaan alQuran kita, dan sentiasa memberikan satu ketenangan hati.

Jumpa esok jika masih ada usia lagi In shaa Allah

Wallahualam 
Barakallahufikum 
Wassalam

*#Copyright © by:Ncs68*
*21 April 2026*

Comments

Popular posts from this blog