Rabu
*NCS @ 4 DzulKaedah 1447 H*
* Tetaplah memberi peringatan,
* Ia bermanfaat
* #Suara hati Si Fatur
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam kesejahteraan jua kedamaian ketenangan di sebalik pagi selasa buat semua. Ingatlah kedamaian dan ketenangan itu bermula dari dalam diri sendiri. Bila hati tenang, segala urusan susah akan terasa mudah untuk dihadapi. Terus kan lah melangkah dengan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara pagi ini. Jadikan rutin pagi yang santai sepertinya slow morning) kerana ianya sangat berguna mengurang kan stres dan memastikan emosi kita stabil sepanjang hari. Sambil sambil nikmati udara pagi dan juga cahaya matahari, bacalah zikir zikir pendek yang kita tahu. Biar kan hati berasa tenang dan bersyukur.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah ber mulalah satu hari lak lagi. Memulakan hari dengan nama Allah ( Bismillah ) bukan sekadar rutin, tapi ianya buat kita sedar; setiap detik waktu yang ada ada lah milikNya dan sebaiknya digunakan untuk beramal soleh dan kebaikan. Kerana itu elok lah amal kan Slow morning; Rutin yang santai dan bukan bermaksud kita lambat, tetapi kita melaku kannya dengan penuh rasa kesedaran (mind fulness). Istilah ini merujuk pada gaya hidup mengutamakan kualiti bangun pagi biarkan fikiran dan tubuh sesuaikan diri secara alami sebelum hadapi kesibukan hari itu.
Pagi ini berehat dulu dari berkongsi nota tapi ada berkongsi rasa. Rasa yang datang dan pergi FATUR.
#Suara hati Si Fatur
Hari semalam adalah hari iman yang paling nya kelam kabut. Walau bermula solat subuh berjemaah di rumah Nya zohor, asar, maghrib berjemaah jadi imam di surau kecil Kelab Golf malah isya berjemaah di surau al amin, tapi semua nya seperti tiada roh dan ihsan. Ini adalah satu ujian keimanan yang sangat halus. Ini lah akibat bila ibadah hanya bertujuan untuk "menyelesaikan kewajipan" dan bukan untuk mendekatkan diri pada Allah, ia akan terasa kosong. Ini menjadikan jiwa resah jua gelisah dan tidak tentu arah.
Maka ya Allah janganlah biarkan aku begini. Solat tanpa roh, sunat tak terasa manis. Benarkanlah bahawa yang merasakan sakitnya kehilangan "kemanisan" ibadah adalah tanda iman masih hidup dalam hati; kerna orang yang benar2 jauh tidak akan peduli jika solatnya kosong.
Ini lah "fatur" - menurun dalam ibadah. Ya Allah kembalikan aku kepada "Asas" (The Power of Small). Jangan paksa diri untuk buat semua solat sunat dalam keadaan tertekan. Pilih satu sahaja solat sunat dan lakukan dengan sangat perlahan. Fokus pada kualiti, bukan kuantiti.
Sebelum takbir, bicaralah dalam hati: "Ya Allah, aku datang kepada Mu dengan hati yang penat. Berilah aku rasa kehadiran Mu” Anggap solat itu tempat berehat dari dunia, bukan beban kerja tambahan. Jaga
lah thuma'ninah. Dalam setiap rukun (rukuk, sujud), berhenti sebentar selepas bacaan. Biarkan lah jasad benar2 tenang sebelum ber gerak ke rukun seterusnya. Roh nya sering tertinggal apabila jasad terlalu laju. Jika hati rasa keras dan kelam kabut, basahkan lah lidah dengan zikir Ya Latif - Maha Lembut. Ia membantu melembutkan kekusutan jiwa yang membuatkan ibadah terasa tawar.
Ihsan itu adalah satu perjalanan, bukan destinasi yang sampai dalam sehari. Teruskan berdoa dengan rintihan yang sama, kerana Allah sangat lah menyukai hamba Nya yang mengaku lemah di hadapan Nya.
Berhenti sebentar sebelum solat. Tenangkan diri dan bayangkan ini mungkin nya solat terakhir.
Rasa kosong itu sendiri adalah satu bentuk hidayah kerana sedar ada sesuatu yang kurang. Jangan biar kan perasaan itu membuat kan jauh dari berjemaah. Teruskan, tetapi mulakan dengan langkah kecil: satu solat yang lebih perlahan, satu ayat yang lebih untuk difahami.
Kelam kabut hidup ini sering kali berpunca daripada dosa dosa yang menghalang ketenangan hati dari tenang hingga menyebabkan ianya fatur.
Kamu tahu dosa dosa kamu NCS!
Kelam kabut, kegelisahan hidup; isyarat hukuman dunia akibat dosa yang menghalang cahaya cahaya ketenangan dari masuk ke dalam hati, menyebabkan ia menjadi fatur lemah, malas, berkarat). Maka, Jangan lah bertangguh lagi; sesallah, tinggal kan dosa, berazam tak mengulangi. Banyakkan istighfar, in shaa Allah, dan biiznillah, ia akan menggilap hati yang berkarat. Terus lah terusan jaga Solat, tapi solat yang lebih tertib.
Ber henti seketika NCS renungi dan dengari suara hati.
"Wahai hamba hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah." (Az-Zumar: 53)
Dosa itu adalah sesuatu menggelisah kan hati dan tidak suka jika orang lain mengetahuinya. Maka, buat lah sesuatu. Kuatkan niat untuk berhenti dan sentiasa hadirkan rasa bersalah jika terlanjur untuk mendorong supaya bertaubat segera. Banyakkan berdoa mohon kekuatan.Ingatlah; proses tinggalkan dosa mengambil masa. Jangan berputus asa jika "jatuh" semula; yang penting terus bangkit dan mencuba lagi.
“Human is to err” tetapi hanya lah pendosa yang bermujahadah lawan nafsu dan bertaubat ke syurga terus tanpa singgah ke neraka. Pendosa yang bertaubat, bermujahadah kadangkala mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah swt kerana mengenali erti kehambaan melalui rasa rendah diri setelah mereka tersungkur. Indeed, urusan melawan nafsu dianggap sebagai "Jihad Akbar" - jihad yang besar. Ia bukan tentang menjadi sempurna tanpa berdosa, tapi tentang perihal tak pernah berhenti berjuang melawan suatu keinginan yang buruk.
#Akhirulkalam
Alhamdulillah, apa yang dicoretkan diatas adalah nikmat yang sangat besar. Kesedaran taufiq kembali akui kelemahan diri adalah langkah pertama paling penting dalam perjalanan menuju kasih sayang Allah. Ramai orang melakukan kesilapan, tetapi tidak semua diberikan "hadiah" berupa rasa insaf dan keinginan untuk berubah. Semoga bukan kita.
Kita jumpa lak esok pagi bersama sambungan nota kupasan ayat dari surah Al qalam dalam hal cara untuk mengelakkan diri menjadi seperti golongan dalam ashabul jannah.
"Sirru 'ala barakatillah"
Terus lah berjalanlah dan teruskan di atas keberkatan Allah. Wa ilal liqa’. Jumpa esok. In shaa Allah
Barakallahufikum
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
*22 April 2026*
Comments
Post a Comment