Khamis
*NCS @ 5 DzulKaedah 1447 H*
* Tetaplah memberi peringatan,
* Ia bermanfaat
* mengelakkan diri dari menjadi seperti Ashabul Jannah
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Memulakan pagi dengan meng harapkan keberkatan Allah adalah amalan yang sangat dituntut, kerana pagi adalah waktu yang penuh rahmat, rezeki, dan juga keberkahan.
"Rabbi yassir wala tuassir Rabbi Tamim bilhair" - Wahai Tuhanku, permudah kanlah, jangan susahkan.
Tahniah pada yg menunai kan solat Subuh tepat pada waktunya apa lagi di rumah Nya dan tidak tidur semula, diikuti zikir m, in syaa Allah akan ada perlindungan dan kelapangan rezeki dari Nya. Menghargai waktu pagi dengan ibadah dan juga berusaha, akan menjadikan hari lebih produktif dan diberkati…
Tanpa lengahkan masa , kita terus ke pengisian pagi dengan satu lagi nota dari Kesinambungan tafsir surah al Qalam oleh ust Khairullah Mamat, dan ini adalah cetusan dari nya dan kesan dari satu penggalian. Sama sama ambil manafaat.
#mengelakkan diri dari menjadi seperti Ashabul Jannah( pemilik kebun dalam Surah AlQalam yang telah dihukum Allah kerana sombong dan kedekut), kita perlu elakan darioada sifat sifat keji yang mereka miliki.
Berdasarkan kisah tersebut, berikut adalah cara untuk mengelakkan diri menjadi seperti mereka:
•Jangan Sombong dengan Nikmat: Bersyukur dan akui setiap harta, kesihatan, dan rezeki hak milik Allah, ianya bukan hasil usaha sendiri semata mata.
•Tunaikan Hak Harta (Zakat dan juga Sedekah): Ashabul Jannah dihukum kerana berniat tak mahu memberi hak fakir miskin. Kita wajib mengeluarkan zakat dan digalakkan bersedekah agar harta diberkati dan tidak men jadi punca kebinasaan.
•Elakkan Sifat Kikir (Kedekut): Jangan lah menahan rezeki daripada mereka yang memerlukan. Kongsi rezeki demi untuk membersihkan jiwa dan harta.
•Segera Bertaubat dan Berubah: Jangan lah bertangguh melakukan kebaikan atau bertaubat jika tersilap, kerana ajal tidak menunggu sesiapa
•Ikhlas dalam Beramal: Lakukan pekerjaan dan sedekah hanya kerana Allah, bukan menunjuk nunjuk atau berasa bangga diri.
•Sentiasa Mengingati Kematian; Mengingati mati membantu meng urangkan cinta dunia melampau dan mengelakkan sifat tamak.
Ringkasnya, jadilah orang yang bersyukur, pemurah, dan tidak sombong dengan harta dipinjamkan Allah. Elakkan Sifat Kikir Kedekut. Jangan menahan rezeki daripada mereka yang memerlukan. Kongsi rezeki untuk membersihkan jiwa dan harta. Jadilah orang yang bersyukur, pemurah, dan tidak sombong dengan harta yang dipinjamkan oleh Allah.
#Akhirkalam
Besyukurlah kerana Allah mengembali kan perasaan kemanisan beribadah.
Alhamdulillah, sesungguh nya rasa kemanisan dalam beribadah adalah salah satu nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada hamba Nya. Apabila Allah mengembalikan rasa itu, ia adalah tanda kasih sayang Nya dan jemputan untuk kita terus mendekatkan diri kepada Nya.
“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kemanisan dalam solat, kelazatan di dalam membaca Quran, dan keikhlasan dalam setiap ibadah kami."
Kemanisan ibadah selalu nya datang selepas fasa mujahadah; kesungguhan melawan rasa malas.
Ingatlah bahawa iman manusia bersifat dinamik; ada masa naik dan ada masa turun. Bila sedang berada dipuncak perasaan kemanisan ini, gunakannya sebagai "bekalan" atau momentum untuk terus bertahan ketika melalui fasa futur (lemah semangat) kelak. Semoga Allah terus menetapkan hati dalam ketaatan dan memelihara rasa kelazatan beribadah ini hingga ke akhir hayat.
Wa ilal liqa’. Jumpa esok. In shaa Allah
Barakallahufikum
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
*23 April 2026*

Comments
Post a Comment