Jumaat


*NCS @ 5 DzulKaedah 1447 H* 
* Tetaplah memberi peringatan,
* Ia bermanfaat
* Masih hasil cetusan ashabul jannah; hubungan ayat 18 dan ayat 28 Surah Al-Qalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Jumaat yang mulia. Semoga pagi ini membawa ketenangan jiwa, damai di hati, keberkatan melimpah dalam lingkungan rahmat Allah. Carilah ketenangan sebalik amalan amalan agama yang kita kena lakukan terutama nya di Hari Jumaat;  penghulu segala hari (Sayyidul Ayyam). Sesungguhnya, 
ketenangan sejati bukanlah pada tiadanya masalah, tapi pada hati yang berpaut kepada Pencipta semasa berhadap ujian. Amalan agama, jika dilakukan dengan penghayatan, adalah "baja jiwa" yang menyuburkan ketenangan. 

Percaya ke tak percaya ke, ini kata kata nya :  "Hanya dengan meng ingati Allah hati menjadi tenang" (Ar-Ra’d: 28)

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Pemurah dan pengasihnya Allah swt. Apa lagi kalau seawal pagi lagi sudah di asak fikiran dengan perkara
yang senang cakap susah nak buat; perihal menerima ketentuan Allah (qada' dan qadar), sebaliknya itu ada lah ketenanganya berkat sabar. Apabila kita yakin bahawa Allah mengatur yang terbaik, hati tidak akan mudah goyah oleh ujian.

Syukur lah semalam diuji menunggu sejak jam 9 pagi, jam 3 petang baru di jemput masuk ke mesyuarat demi selesaikan kerja tambahan “refurbishing” Pengkalan Udara Kuantan menjangka kan ketibaan Jetfighter KAI. Semua tinggal doa, semoga dipermudahkan urusan tadi walau terpaksa menunggu ke jam 9 malam barulah Allah hadirkan keputusan yang melegakan. In shaa Allah PU KUANTAN be ready for Jetfighter from Korea. Sehari sebelumnya, temani anak di acara sukan  memanah peringkat Daerah dia wakil sekolah. Di suakan dengan suasana sebak bila mana anak dan kawannya hilang haluan kerana gagal memamanah dengan baik kerana tiada kehadiran Coach nya. Maklumlah coachnya private dan dia wakil ni sekolahnya. Atas kurnia Allah berikan ilmu physic, sempat juga jadi personal coach mereka dengan menceritakan bagaimana si busur panah terbang ikut teori physic - accelaration, resistance, force and mass. So, it is them to adjust the arrow journey. Coach dah ajar cara nya tinggal nak guna akal jadikan expert. Syukur petangnya dikhabar yang performance nya adalah peningkatan. Untuk kawan nya pula yang baru terlibat, meleleh airmata kecewa dan sedih, hanya berpesan pada nya, no pain no gain dan INGAT selepas susah ada senang, seterusnya begitulah.. 

“Oleh itu, maka (tetap kanlah kepercayaan mu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” Al insyirah: 5 

So, senang pun tak selama nya susah pun tak selama nya. Terima kasih Allah dengan semua sketsa itu, hanya sebuah kehidupan dunia, akhirat jua selama nya.

Nota perkongsian pagi hari ini adalah sambungan dari cetusan ashabul jannah..

#cetusan dari kisah ashabul jannah; hubungan ayat 18 dan ayat 28 Surah AlQalam


Ayat 18 dan ayat 28 Surah Qalam berhubungan sangat rapat kerana kedua2nya merupakan sebahagian daripada kisah Aṣḥab al Jannah (pemilik pemilik kebun) yang bakhil dan sombong. 

Hubungan kedua dua ayat ini menunjukkan peralihan daripada keangkuhan pada kesedaran dan penyesalan setelah ditimpa bencana. 

* Ayat 18 Surah Al-Qalam (Punca Bencana):"Serta mereka tidak menyebut pengecualian."
    
Pemilik kebun bersumpah untuk memetik hasil kebun mereka pada waktu subuh tanpa berniat memberi hak pada orang miskin. Mereka angkuh dan tak mengucap kan "Insya Allah" - penge cualian. Mereka yakin kebun itu milik mutlak mereka dan lupa akan kekuasaan Allah.

* Ayat 28 Surah AlQalam (Akibat dan Penyesalan) 
"Berkatalah seorang yang paling bijak di antara mereka, "Bukankah aku telah mengatakan kepada mu, mengapa kamu tidak bertasbih (kepada Tuhan mu)."

Setelah kebun mereka musnah dimakan bencana, salah seorang dari mereka yang lebih bertakwa (yang bijak) ingatkan tentang hal kesombongan yang mereka lakukan di ayat 18.

Akibatnya, mereka akhirnya mengaku zalim dan lahir lah rasa menyesal, tapi semua penyesalan itu terlambat. 

Surah AlQalam ayat 17-33 mem berikan rumusan dan pengajaran yang sangat mendalam tentang perihal kehidupan, kekayaan, dan kebergantungan kepada Allah.

#Akhirkalam 

Terimakasih Allah dengan segala sketsa dalam hidup yang di lihat dengan mata hati membawa ke manafaat dunia akhirat. Semoga Allah menjadikan setiap detik, langkah, dan hela napas kita sebagai ibadah yang bernilai pahala, membawa manfaat hakiki untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tetap semangat dalam husnudzon (berpra sangka baik) kepada Allah atas segala skenario Nya. Melihat dengan mata hati memang mengubah cara kita memandang setiap ujian dan nikmat yang pahit menjadi pengajaran, yang manis menjadi kesyukuran. Semoga setiap "lakaran" dalam hidup anda terus membawa ketenangan dan dihitung sebagai amal jariah berpanjangan. Teruskan lah melangkah dengan penuh yakin dan tawakal.

Selamat melangkah di hari Jumaat. 

"Sirru 'ala barakatillah" 

Jumpa esok. In shaa Allah 

Barakallahufikum 
Wassalam

*#Copyright © by: Ncs68*
*24 April 2026*

Comments

Popular posts from this blog