Sabtu
*NCS @ 7 DzulKaedah 1447 H* 
* Tetaplah memberi peringatan,
* Ia bermanfaat
•Ustaz Saifudin 
* Kulliyah subuh Ahad seawal pagi 1 DzulKaedah 1447 Hijrah. 
* Perbincangan kisah perjalann nabi dan rasul yang tercatat dalam al Quran 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Didoakan semoga semua dalam perhatian Allah swt bersempena  menerus kan sebuah lagi hari sabtu. Dan Selamat berehat dan juga  beramal soleh di hari Sabtu yang mulia ini. Semoga doa doa yang sama itu berbalik kepada semua, berkat doa memdoakan sesama kita. Ini adalah inti kepada dari keimanan kita.. 

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Ya Allah sibukkan lah aku dengan kebaikan sehingga aku lupa pada kesedihan. Dan jauhkan aku dari rasa malas hingga aku selalu ber syukur atas kurniaan Mu.

INNA FATAHNA LAKA FATHAN MUBIINA. اِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِيْنًاۙ

 "Sesungguhnya Kami telah menganugerahkan kepada mu kemenangan yang nyata."

Semoga rezeki yg mengalir setiap hari sepeti air zam zam tiada akan hentinya.

Untuk pagi ini terimalah perkongsian nota …

#Ustaz Saifudin. Kulliyah subuh Ahad seawal pagi 1 DzulKaedah 1447 Hijrah. 
Perbincangan kisah perjalanan nabi dan rasul yang tercatat dalam al Quran 

Sebelumnya Allah swt ada memerintah nabi musa as bermunajat di gunung attur di sinai, disebut juga bukit tursina. ( dan kawasan ini pernah juga di tawan oleh Israel berserta bukan golan, hinggakan mesir mintak israel serah balik pada mereka). Gunung ini kalau nak ke puncak 5-6 jam masa perjalanan. Dalam kembara wahyu, kisah nabi musa di ceritakan, dalam dokumentari itu crew memanjat dan naik malam sebelum jam 12 dan tiba subuh, itu dikira zaman sekarang jalan dan denai sudah cantik untuk ke puncak, bayangkan lah bagaimana nabi musa as memanjat hendak ke sana di zaman baginda) 

Masa itulah nabi musa as diarah lihat satu gunung, nabi musa as tak tahan sehingga gunung itu pecah, dan nabi musa berjanji dengan kaum nya pergi bersuluk 30 hari sahaja. Tapi bila masanya melebihi, ada seorang yang ada masa bersama nabi musa, yang kelihatan taat tapi bila tiada nabi musa yang bermunajat lebih dari 30 hari, dia telah sesatkan kaum israel. 

Setelah selesai urusan allah berfirman pd nabi musa: as ssghnya kami telah kena kan pada kaummu dengan fitnah dan mereka disesat kan oleh samiri, .surah toha ayat 85 - 86

قَالَ فَإِنَّا قَدْ فَتَنَّا قَوْمَكَ مِنۢ بَعْدِكَ وَأَضَلَّهُمُ ٱلسَّامِرِىُّ ٨٥

(Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa: "Sesun gguhnya Kami telah meng enakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri"

Ada riwayat mengatakan samiri ni dikata kan musa atau harun samiri. Tak penting yang itu yang paling penting dalam quran sebut nama nya SAMIRI. Dia dikira sebagai seorang munafik kerana dia telah sesatkan kaum bani israel ketika tiadanya nabi musa bermunajat di bukit Tursina. Israel ni dah di seksa zaman firaun, puak kibti. Allah telah selamat kan puak israel ini dengan hadirnya nabi musa. Selepas semua ini, saat nabi musa seru jihad lawan jabarin yang takluki masjidil Aqsa masa itu, mereka menolak mentah mentah. Para sahabat nabi saw, saat mendengr kisah ini cukup terasa marah kerana mereka pantang di ajak berjihad. Ssghnya jihad tak akan pupus sehingga lah kiamat. Kena ada cita cita berjihad ke jalan Allah ikut bidang masing2. Puak puak bani israel ini telah di sesat tidak boleh kelaur dari tempat mereka di tinggal kan nabi musa.

Jumpa esok

#Akhirkalam 

Menuntut ilmu yang ber manfaat adalah kewajipan dan jalan mulia yang memu dahkan seseorang menuju ke syurga. Setiap langkah mencari ilmu, baik agama mahupun umum yang mem beri manfaat adalah usaha yang dihargai dan dimudah kan jalannya oleh Allah swt
Teruskan menuntut ilmu tanpa jemu dan jangan pernah merasa cukup, kerana hakikatnya semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang kita tidak tahu.

Ilmu adalah cahaya dalam kegelapan, membimbing manusia ke jalan yang benar dan bermanfaat. Pastikan niat menuntut ilmu adalah untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah, serta beramal dengan ilmu tersebut.

Ilmu yang berkah adalah ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah dan memberi manfaat kepada diri serta orang lain. 

Teruslah berusaha mening katkan ilmu pengetahuan agar hidup lebih terarah dan diberkati.

Selamat menggali ilmu..
"Sirru 'ala barakatillah" 

 esok lak In shaa Allah 

Barakallahufikum 
Wassalam

*#Copyright © by: Ncs68*
*25 April 2026*

Comments

Popular posts from this blog