Ahad
*NCS @ 8 DzulKaedah 1447 H*
* Tetaplah memberi peringatan,
* Ia bermanfaat
•Ustaz Saifudin
* Kulliyah subuh Ahad seawal pagi 1 DzulKaedah 1447 Hijrah.
* Perbincangan kisah perjalann nabi dan rasul yang tercatat dalam al Quran (pt2)
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Di pagi ahad yang tenang dan damai ini, rafaklah kesyukuran atas segala galanya membuatkan kita ada didunia dan masih kekal dibumi hingga hari ini…
Segala puji bagi Allah yang memelihara kita, membuka hati untuk bersabar, dan memberikan ketenangan pada pagi ini. Semoga hari ini diisi dengan: Keberkatan dalam setiap urusan dunia dan akhirat. Hati yang lapang dan tenang serta langkah yang penuh harapandan semangat baharu. Moga Allah swt permudahkan urusan kita pada hari ini dan di masa akan datang. Aamiin ya Rabbal 'Alamin. Selamat beristirahat dan menikmati hari Ahad!
Pagi ini terus kepda perkongsian …
* Perbincangan kisah perjalann nabi dan rasul yang tercatat dalam al Quran (pt2)
Dalam ayat surah toha ditafsirkan bagaimana samiri telah berjaya mem pengaruhi kaum israel keluarkan emas dikumpul kan di cairkan dan dijadikan patung seekor anak lembu, dan patung itu boleh pula bercakap. Dia gunakan jejak jejak nabi dan masukkan ke dalam patung sehingga patung keluarkan suara. Sebenarnya suara itu keluar kerana adanya lubang didepan patung dan belakang patung bila angin berlalu keluarlah bunyi. Ini telah memperdaya kaum israelZ
Rujuk Ayat 88 surah toha
Dalam masyarakat kita sebenar nya ada yang samiri buat berbuat satu perkara untuk menpenga ruhi akan masyarakat.
Nabi harun cuba halang israel dari ikut samiri tapi tak berjaya. Hingga nabi musa balik dan betapa kecewa nabi musa melihat status kaumnya yang sudah sesat. Nabi musa terus mendatangi nabi harun seraya nabi pegang janggut menyatakan rasa marah kerana harun tak cukup buat kaum israel dari ikut samiri.
Akhir nya, nabi musa sedarkan puak israel dan halau samiri dari tanah kanaan. Patung lembu itu di bakar dan dibuang ke laut. Di situ hari ini, ada sebuah bukit berbentuk anak lembu tapi ianya bukan lah patung itu, kebetulan. Kaum israel sedar balik dan nabi musa pilih 70 orang dari mereka bermunajat ke tursina. Bila sampai di tursina, datang Awam gelap mereka masuk bersama nabi musa. Ter dengarlah nabi musa ber dialog Allah, dan selepas keluar dari munajat itu, puak 70 yang terpilih dan kononnya terbaik baiknya tapj mereka ini pula buat kenyataan yang mereka tak akan ikut beriman jika tidak melihat Allah. Lalu Allah murka awan tadi di berikan petir sambar mereka dan 70 orang itu mati semua nya. Nabi musa as ber doa rayu Allah hidupkan mereka semula. Agar mereka bersyukur. Mereka ini diberikan peluang untuk bertaubat. Dikalangan 70 orang adalah ada yushak bin nun.
Ssghnya kisah nabi musa as ini ia nya berterabur dalam al quran dan ianya perlu di kaji untuk ambil apa intipati sebalik kisah nabi musa as.
Sirru ala barakatillah
Tamat 722 am .
#Akhirkalam
Terimakasih Allah atas kurniaan lena yang khusyuk malam tadi dan syukur kerana sedar juga aebelum subuh untuk rutin harian di dinihari. Tidak ada nikmat yang lebih besar selain diberikan ketenangan hati untuk berehat dan kekuatan fizikal bangun beribadah memula kan rutin pagi dengan penuh keberkatan.
Walaubagaimanapun, semalam ada rasa sedih bila saat solat berjemaah hanya subuh saja di rumah Nya. Jangan lah terlalu menghukum diri. Ramai bergelut untuk bangun Subuh pun sukar, tapi Allah telah pilih kita lagi untuk hadir ke rumah Nya pada waktu yang paling berat itu. Itu satu kemenangan besar.
Maka jangan lupa sebelum balik dari masjid waktu Subuh, pasang niat: "Ya Allah, jemput aku kembali untuk waktu waktu yang berbaki lagi hari ." Niat yang ikhlas sudah dicatat sebagai pahala.
Jika kekangan urusan menghalang ke masjid, jadikan rumah atau pejabat sebagai "surau" kecil dengan mengajak rakan atau keluarga berjemaah.
Pesan untuk diri ini; Kalau hanya mampu satu waktu di masjid buat masa ini, pasti kan waktu itu dilakukan dengan paling sempurna datang awal, solat sunat rawatib, dan berzikir lama sedikit.
In shaa Allah, semoganya kelamaan, "kemantapan" pada waktu Subuh ini akan menjadi magnet menarik waktu waktu lain untuk ikut sama ke masjid.
Semoga perasaan sedih ini ditukar dengan kekuatan untuk terus memakmurkan masjid.
"Sirru 'ala barakatillah"
See you tomorrow..
Barakallahufikum
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
*26 April 2026*

Comments
Post a Comment