Isnin
*NCS @ 8 Zulhijjah 1447* 
* Tetaplah memberi akan peringatan, Ia bermanfaat
* Ustaz Nazri #isuFeqah: Solat jenazah atas kubur - Part 2 - di tangguhkan. 
* MENGAMIT MEMORI TARWIYAH


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam pagi isnin, salam pagi hari tarwiyyah. Selamat me nggamit kenangan manasik haji. Di hari ini dan ketika ini suatu waktu dahulu sedang mengenakan pakaian ihram berpelikat yang di gunting, bersiap sedia untuk berarak ke arafah esok nya. Tiada apa lagi yang lebih di nanti kan; hari nya, masanya, ia penuh barokah dan doa di makbulkan. Semoga semua kenangan indah itu; saat berada di Tanah Suci suatu waktu dahulu sentiasa men jadi sumber kekuatan, juga ketenangan, dan tarbiyah yang berterusan dalam kehidupan kita hari ini. Walaupun fizikal tidak berada di sana tahun ini, semoga rohani dan hati kita tetap mendapat limpahan barakah, juga kedamaian, dan ganjaran hari hari yang mulia ini.

Masih teringat lagi ketika haji yang pertama 2015 ; 11 tahun lalu, bila tiba saja hari tarwiyyah, badan di saluti demam mengcengkam dek akibat excited beribadah bertahajjud depan baitullah. apa lagi ketika buat haji ifrad. 

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Kenangan haji yg pertama tahun 2015, terutamanya dengan cabaran kesihatan semasa melaksanakan Haji Ifrad, pastinya meninggal kan kesan mendalam yang sukar dilupa kan. Melaksa nakan Haji Ifrad ianya ber maksud; berada dalam keadaan ihram yang sangat lama kerana mendahulukan ibadah haji sebelum umrah, ini memerlukan ketahanan fizikal, mental, kesabaran luar biasa tinggi. Mujurlah ketika itu tiba di Mekah, tiga hari sebelum tiba nya hari tarwiyyah. Moga “Demam” yang di akibat terlalu teruja beribadah depan Baitullah menjadi bukti keikhlasan dan kerinduan jiwa yang sangat lah besar nya pada waktu itu. Demam yang mencengkam tepat pada Hari Tarwiyah mencabar kekuatan sebelum bermula nya kemuncak haji Arafah. Namum ketika tibanya Hari arafah, itu ada lah nikmat, kerana demam lah saya tidak bercakap banyak; hanya berehat dan juga beribadat, berdoa saat di Arafah bersaksi kan langit dan bumi Arafah. Subhana llah, Allah Maha Yg Lebih Mengetahui dan Maha Penyembuh. Walaupun diuji dengan demam, saat saat mustajab di Arafah tetap menjadi nikmat sangat besar bila ia diisi dengan munajat, doa, dan zikir kepada Nya. Ketenangan dan fokus yang hadir ketika berehat daripada berbicara banyak membolehkan  me rasai khusyuk; hubungan yang lebih dekat dengan Allah SWT di bumi penuh barakah itu. Kelemahan fizikal sering kali menjadi asbab hati menjadi lebih lembut  tunduk berdoa. Semoga nya segala doa, rintihan, dan ibadat yang anda panjatkan di Arafah diterima dan dimakbulkan oleh Allah swt, serta diberi kan ganjaran yang sebesar besar nya. Arafah adalah kemuncak haji, tempat di mana doa paling mustajab dan keampunan dibuka seluas luasnya. Keadaan fizikal lemah memaksa tubuh berehat, namun ia membebaskan jiwa untuk bermunajat, menangis, dan menyaksikan kebesaran Allah di bumi yg barakah. Indeed; Pengalaman rohani sebegini amat berharga dan tak semua orang yang akan berpeluang melalui dengan penuh ketenangan.

Semoga kesusahan yang di lalui 11 tahun lalu menjadi asbab haji yang mabrur dan dosa dosa yang diampun kan. 

Walaupun begitu semua pengalaman ini bukan lah beerti kita tidak diuji malah makin hebat diuji. Teruskan 
bersabar dan kekallah taat pada Nya. Ujian tidak akan berhenti hanya kerana kita telah melalui fasa ibadah yang hebat seperti Hari Arafah. Malah, sering kali iman yg semakin meningkat akan mendatangkan ujian yg lebih mencabar sebagai tanda kasih sayang Allah untuk mengangkat darjat hamba Nya. Ketabahan  untuk terus bersabar dan taat adalah kunci utama dalam menghadapi setiap ketentuan Nya.

Perubahan kearah kebaikan dan peningkatan kesabaran selepas haji adalah tanda amalan diterima. Dan Setiap kesakitan, kesusahan, dan ujian yang dihadapi dengan sabar akan menggugurkan dosa dosa lalu. Ujian yang lebih hebat melatih jiwa jadi lebih cekal; malah sentiasa bergantung hanya kepada Allah.

Perkongsian pagi hari ini di tangguhkan, pagi ini hanya sekadar tulisan kerinduan hari hari tarwiyyah saja.

Semoga Kerinduan kepada Hari Tarwiyah (8 Zulhijah) benar benar menandakan hati yang terpaut kesucian Tanah Haram. Esok tunggu lah; Saat para jemaah mula bergerak ke Mina dalam ber pakaian ihram, mengalun talbiyah, dan bersiap sedia untuk wukuf keesokan hari
nya, DAN ia adalah detik permulaan bagi sebuah transformasi rohani yang sangat agung. 

Menzahirkan kerinduan ini melalui tulisan di pagi ini, di harapkan semoga menjadi satu bentuk ibadah, refleksi jiwa yang sangat indah.

Lafazkan "Labbai kallah humma labbaik..." di rumah demi untuk menghidupkan kembali memori getaran jiwa di Mina. Kita yang di tanah melayu, gandakan solat sunat dan zikir pada waktu pagi, bagi menyamai fokus jemaah yang sedang mengumpulkan kekuatan rohani.

#Akhirulkalam 

Tahniah kepada yang ber puasa hari tarwiyyah hari ini; sangat bermakna buat semua umat Islam yang mengambil peluang ber puasa sunat pada Hari Tarwiyah hari ini, Isnin 25 Mei 2026 (8 hb Zulhijjah 1447H). Melaksanakan puasa hari ini bukan saja merebut keberkatan 10 hari terawal Zulhijjah, malah ia juga membawa keberkatan berganda kerana ia jatuh tepat pada hari Isnin yang sememangnya merupakan hari sunnah bagi berpuasa mingguan.

Bagi terus mengekalkan momentum ibadah selepas berbuka nanti, Niat Puasa Arafah pula. Sediakan diri untuk menyambung puasa sunat yang paling utama esok, Selasa 26 Mei 2026 (9 Zulhijjah) yang Ganjaran nya: Berdasarkan pd hadis,   dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan juga  setahun yang akan datang. Gandakan Zikir: Sepanjang malam ini dan esok, basahi lidah dengan tahlil, takbir, dan tahmid

Selamat berpuasa; tahniah juga memberkati pagi sahur tadi dengan makan walau pun sedikit.. 

Terimakasih Allah.

See you all tomorrow 

Wallahualam 
Tabarakallah 
Barakallahufikum 

*#Copyright © by: Ncs68*
*25 MAY 2026*

Comments

Popular posts from this blog