Rabu



*#NCS @ 10 Zulhijjah 1447* Tetaplah memberi peringatan, Ia bermanfaat #Memori Haji. Biarpun ianya pahit, tapi itulah yang men jadi ingatan. Selamat Hari Raya Haji. 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DARIPADA saya pencoret warkah yang tak diundang setiap pagi dan mohon maafkan saya diatas apa yang tercatat di sini jika ada yang tidak kena dan ia menganggu perasaan yang membaca. Semoga ibadah korban para sahabat semua  akan di terima Allah. 

Peringatan untuk saya; jangan lah hanya kita berjemaah solat sunat aidil adha Tetapi tidak berjemaah solat subuh nya di rumah Nya. Solat fardu Subuh tu kewajipan asas fardhu 'ain dan rukun Islam dan jauh lebih besar nilainya di sisi Allah swt berbanding solat sunat Aidil adha yang hukumnya sunat muakkad - sangat dituntut.
Jaga jaga la jangan sampai beribadah korban sehingga terlalai solat sebab penat melapah sembelihan. Suatu kerugian yang amat besar kerana solat lima waktu  tiang agama yang wajib dipelihara dalam keadaa apa jua keadaan. Ibadah korban akan menjadi lebih sempurna dan diberkati apabila hak Allah swt yang paling utama, iaitu solat fardu, tetap dijunjung tinggi.

Perkongsian pagi masih lagi di tangguh, sepertinya kulliyah di masjid surau juga di tangguh kerana para assatizah bercuti berhari raya. 

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Pagi ini bersempena dengan tamat sudah saat berwukuf di arafah. Kini di tanah suci para jemaah sedang berbondong menuju ke pdang Muzdalifah - raptai suatu sidain manusia di padang mahsyar. Kenangan 2015 menggamit sekali lagi bilamana saat itu usai duduk sebentar mabit di Muzdalifah, berebut pula keluar untuk ke Mina. Walau bagaimana pun, kesyahduan usai berwukuf dan bermabit di Muzdalifah tetap menjadi memori yang cukup menginsafkan. Pemandangan jutaan jemaah berpusu pusu menuju ke Mina, ianya seakan cerminan kecil perhimpunan di Padang Mahsyar, setiap jiwa berkumpul dengan matlamat yang sama meraih keredaan Ilahi.

Pengalaman yang merasai keperitan, kesesakan, dan keterujaan ketika berebut berkejar menuju ke Mina sememangnya menjadi ujian fizikal mendewasakan rohani. Persiapan jiwa hadap dunia. Kerana nya nanti di mahsyar lagi sesak. Apa lagi saat itu, saya demam dan tak mampu berjalan untuk tunaikan ibadah melontar di jamrah hingga ada mencadangkan di wakil kan saja. Demi Haji pertama, saya memutuskan berjalan kaki secara perlahan lahan melalui terowong dari maktab ke jumrah (2015 masih ada terowong) di temani rakan haji menuju ke Jumrah. Perjalanan nya, berjalan kaki dari khemah maktab jemaah di Mina melalui Terowong Mu'asim ke Jamarat. Ini memori Haji sangat ikonik. Jarak pergi balik dianggar kan sekitar 7 Km. Bayang kan lah berjalan dengan kepala pusing 
VERTIGO dan akhirnya ini telah menjadi titik perjuangan paling manis dalam ibadah Haji 2015. 

Terimakasih ya Allah, Allahu Akbar; Pengalaman ini amat 
dekat di hati. 

Setiap apa yang di lalui dalam manasik haji, biarpun pahit tapi itulah menjadi ingatan kerana ianya menyatakan kuat nya kita saat itu redha dengan apa mehnah ibadah haji. Ia adalah bukti ketabahan rohani saat  kemuncak rasa redha seorang hamba kepada Pencipta Nya. Kesabaran di Arafah dan Mina, harungi cuaca panas terik dan kesesakan semasa berwukuf melontar jamrah, di situlah ada kemuncak jihad. Ujian ketika di Raudhah  dan Masji dil Haram pun tidak kurang kerana kena pula bersaing dengan jutaan jemaah lain demi ruang solat, ini mendidik erti tawaduk dan toleransi. Di balik Tawaf dan Saie; walalupun kepenatan fizikal tapi tetal berjalan di teruskan dengan kudrat doa dan pengharapan yang tidak berbelah bahagi.

Indeed, keseronokan manasik haji sememangnya terletak pada ujian ujian yang mendidik jiwa untuk terus cekal berserah diri pada Allah swt. Moga itu semua diterima sebagai amal soleh dikurniakan Haji Mabrur assebab syurga walau pun pendosa.

Al-Baqarah, Ayat 197

‎"...فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ...

""Sesiapa yang menetapkan niatnya untuk mengerjakan haji, maka tidak boleh men campuri isteri, tidak boleh berbuat maksiat, dan tak boleh berbantah bantahan di dalam masa mengerjakan haji..."

Ayat ini menekankan keperluan menahan amarah dan bersabar mendepani kerenah manusia dan mehnah di sepanjang manasik haji.

#Akhirkalam

Menutup bicara haji ini, apa yang di lalui dalam manasik haji menjadi ingatan kerana ianya menyatakan kuatnya kita saat itu reda dengan apa jua mehnah ibadah haji. Namun, sekembali dari haji seketika dah balik ke tanah perjuangan hakiki, berhati hati lah dengan ujian seterusnya. 

 'Dan sembahlah Tuhanmu sehingga datang kepadamu kematian' (Al-Hijr: 99).

Kekuatan di Tanah Suci kini perlu dibawa pulang untuk mendepani ujian istiqamah yang sebenar. Fasa pasca haji di tanah air lah sememang nya medan perjuangan sebenar bagi mengekalkan kemabruran jika benar lah yang mabrur itu diperolehi. Ujian nak istiqamah, jaga sifat Mazmumah dan juga Ujian berInteraksi, berdepan semula dengan dunia. 

Semoga semua jemaah dalam perlindungan Nya baik di sana walaupun sekembali. 

Wallahualam 
Tabarakallah 
Barakallahufikum 

*#Copyright © by: Ncs68*
*27 MAY 2026*

Comments

Popular posts from this blog