Khamis


*#NCS @ 11 Zulhijjah 1447* #Tetaplah memberi akan peringatan, Ia bermanfaat. Ustaz Nazri #Feqah (Solat jenazah atas kubur) (2) 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sejahtera. Ahlan wa sahlan ke hari tashrik yang pertama, pada yang belum selesai urusan kurban berjaga jaga dengan tidak potong kuku dan rambut. Menurut Mazhab Syafi'i, ini pahala sunat yang menyerupai orang yang sedang berihram (dalam ibadah Haji). Penyembelihan korban dan pengagihan daging nya masih sah disempurnakan hingga sebelum Maghrib pada 13 Zulhijjah (30 Mei 2026). Semasa hari hari Tasyrik (11 - 13 Zulhijjah), jangan pula ada antara kita yang berpuasa, tiga hari ini bermula hari ini, kita diharamkan berpuasa sebalik nya digalakkan perbanyakkan makan, minum dan berzikir. Semoga amalan kita di terima. 

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah. Sambutan Raya haji semalam disambut dengan sederhana jer. Solat Subuh di rumah Nya, balik sebentar, 745 pagi balik semula ke surauً Al Amin Btho. Bertakbir raya, jam 8 pagi solat raya dah bermula. Semalam tiada urusan korban di surau al amin. Balik berehat, tunggu kunjungan adik beradik beraya. Zohor di rumah Nya. Korban bahagian akan di buat pada hari sabtu. Semoga di permudahkan segala urusan di hari tashrik berbaki. 

Perkongsian pagi hari ini, dah tiba masa untuk sambung nota yang dua hari ditinggal kan. 

* Ustaz Nazri #Feqah (Solat jenazah atas kubur)-  2 . 

Beza solat jenazah ghaib dengan solat jenazah ketika ziarah kubur.  Solat Ghaib: Boleh dilakukan selagi khabar kematian masih diterima, atau dalam tempoh masa tertentu bergantung mazhab. Solat di Kubur: Dibenarkan ikut tempoh tertentu dari tarikh pengebum
ian mengikut mazhab Syafi'e (seperti dalam tempoh 3 hari, atau sebulan, atau selagi jasad belum hancur).

Solat jenazah pada arwah yang sama beberapa kali boleh ke? Ya, boleh melakukan solat jenazah pada arwah yang sama beberapa kali, tetapi hukumnya berbeza mengikut situasi individu yang menyolat
kannya. 

Bab Solat jenazah, wanita boleh solat tapi wanita tidak melepas kan hukum fardhu kifayah. Kalau ada dua budak lelaki, dua ini lebih valid untuk selesaikan fadhu kifayah solat jenazah. Pandangan dalam Mazhab Syafii. Tanggungjawab (fardhu kifayah) solat jenazah diletakkan di bahu kaum lelaki. 
Wanita sah dan ia diharuskan bersolat jenazah utk mendapat pahala. Tapi, kewajipan fardhu kifayah itu tidak gugur jika hanya disempurna kan oleh wanita sahaja selagi ada lelaki yang mampu melakukannya

Apabila tiada lelaki dewasa (baligh), kanak kanak lelaki (mumayyiz) adalah lebih utama dan sah. Solat dua kanak kanak lelaki tersebut menggugurkan tuntutan fardhu kifayah berbanding jemaah wanita.  Status Berje
maah: Solat jenazah tidak disunatkan untuk dilakukan secara berjemaah bagi wanita. Sebaliknya, ia sangat dituntut bagi kaum lelaki. 


Solat jenazah sama dengan solat biasa cuma tiada rukun lain. Jadi bila masbuk kena lah buat takbir sambung selepas imam bagi salam. 

#Akhirulkalam 

Semoga dengan apa yang apa yang nak lalui, kita sentiasa letakkan hukum Allah didepan kita. Kerana itulah jaminan kita tidak terbabas dari jalan Nya. Dalam setiap fasa kehidupan—sama ada ketika diuji dengan kesedihan, kehilangan, mahu
pun urusan seharian; sentiasa berpaut pada syariat akan memberikan ketenangan dan ketetapan hati. Sifat ingin tahu dan usaha untuk memahami hukum agama (seperti urusan solat jenazah sebentar tadi) juga sebahagian daripada bukti kita meletakkan agama di hadapan.

Semoga Allah swt sentiasa mem bimbing setiap langkah kita, menetapkan iman kita, dan melindungi kita semua daripada terbabas dari jalan Nya yang lurus.

Pagi ini akan ke Langkawi gunakan ruang cuti sekolah kerana ada lagi anak yang bersekolah. Semoga cuti ini menjadi sesuatu yang terbaik di gunakan untuk kekal di jalan Nya. Doakan perjalanan pergi dan balik dipermudahkan, serta menjadi detik yang penuh bermakna mengerat silaturahim sesama ahli keluarga.

Meluangkan masa berkualiti bersama anak anak pada musim cuti sekolah juga adalah satu bentuk ibadah yang amat besar pahalanya dalam Islam, terutama dalam mendidik dan menggembira kan hati mereka.

Pada masa yang juga akan men tadabbur Alam melihat indah nya  Ciptaan Tuhan; Langkawi kaya dengan keindahan laut, pantai, dan bukit bukau mempesonakan. sehinggakan bawa menyebut Subhanallah (Maha Suci Allah) setiap kali melihat keindahan alam, ini juga sebagai cara mendekatkan diri kepada Pencipta.

Semoga percutian ini menye garkan kembali minda sebelum kembali kepada tugas hakiki dengan memenuhi tangki emosi dengan kasih sayang yang berteraskan iman. Untuk itu, kami akan berusaha untuk berdoa sepanjang perjalanan. Doa orang yang bermusafir adalah antara doa yang amat mustajab di sisi Allah SWT.

Wallahualam 
Tabarakallah 
Barakallahufikum 

*#Copyright © by: Ncs68*
*28 MAY 2026*


Comments

Popular posts from this blog