Selasa
*#NCS @ 9 Zulhijjah 1447*
#Tetaplah memberi akan peringatan, Ia bermanfaat
#INGATAN DI HARI ARAFAH; Ujian Pada Sebuah Keimanan.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam pagi Arafah di Tanah Melayu kita berada, salam sejahtera buat semua nya dhuyufurahman di tanah Haramain. Walaupun jasad kita berada di Tanah Melayu dan terpisah ribuan batu dari bumi barakah, doa dan keinsafan menyatukan hati kita bersama para dhuyufurrahman tetamu Allah yang sedang berdebar menanti detik nya kemuncak wukuf di Arafah. Semoganya,
amalan kita disini diterima dan doa para jemaah haji di Padang Arafah dimakbulkan Allah swt. Perbezaan zon masa membuat kan kita ada di sini menyambut terbitnya fajar 9 Zulhi jjah lebih awal. Namun, pada hakikatnya matlamatnya tetap sama, mem buru keampunan dan rahmat Allah swt pada hari yang paling utama tahun ini. Di Tanah mel ayu, malam 9 Zulhijjah sudah pun bermula sebaik mentari tenggelam tanda maghrib semalam. Semoga apa yang mereka rasa kita merasainya di kejauhan.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Ambillah ingatan; hari ini, ada waktu paling mustajab berdoa kerana hari Arafah, terutama nya tika waktu wukuf bermula di Arafah (selepas gelincir nya matahari di Arab Saudi, sekitar jam 5:30 petang di Malaysia). Jom banyakkan zikir "La ilaha illallah wahdahu la syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qadir". Dan selepas syuruk di pagi ini sudah boleh bertakbir Raya: takbir muqayyad (selepas solat fardu).
Semoga segala doa, rintihan, dan taubat di Tanah Melayu ini diangkat dan dimakbulkan ber sama sama dengan doa para jemaah di Padang Arafah. Amin
Sekadar ingatan; Garis Masa Waktu Takbir Malaysia (2026) Waktu Mula: Selasa, 26 Mei 2026 (9 Zulhijjah): Bermula sejurus sepas selesai solat Subuh. Waktu Tamat: Sabtu, 30 Mei 2026 (13 Zulhijjah): Berakhir selepas selesai solat Asar pada Hari Tasyrik ketiga.
Walaupun Takbir Muqayyad: Takbir yang bermula pada pagi 9 Zulhijjah. tidak wajib, tetapi amalan ini sangat penting dari sudut rohani kerana kita men contohi sahabat. Para sahabat besar Khalifah Umar AlKhattab dan juga Abdullah bin Umar ra sentiasa bertakbir di khemah khemah mereka di Mina pada hari hari ini sehingga bergema seluruh lembah. Takbir ini lah menghidupkan Syiar, membe zakan agung nya Hari Raya Aidil adha yang mana fokus utamanya adalah zikir dan takbir sepanjang 5 hari (9 hingga 13 Zulhijjah). Jangan susah hati, jika terlepas atau tak bertakbir selepas subuh atau syuruk pagi ini, tidak ber dosa. Tapi, rebutlah peluang bertakbir selepas solat Zohor dan solat Asar sekejap lagi sebelum waktu berwukuf bermula.
Demi menghormati hari arafah dan juga aktiviti mulia nya, pagi ini sekali lagi perkongsian kena di tangguhkan. Sama sama kita hayati panduan amalan paling afdal di waktu wukuf (sekitar jam 5:30 petang ini) juga lafaz takbir yang ringkas untuk di amalkan. Ini semua ulangkaji dan peringatan untuk di amal kan. Ini semua ujian iman kita, percaya atau tidak nya pada semua suruhan nabi saw.
Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Abu Ya'la, Rasulullah saw ber sabda:" tak ada hari yang lebih utama di sisi Allah melainkan Hari Arafah. Pada hari itu Allah turun ke langit dunia, dan Dia membanggakan penduduk bumi di hadapan penduduk langit (malaikat)”
Allah swt berfirman kepada para malaikat menunjukkan betapa mulianya manusia yang sedang beribadah: "Lihatlah hamba hamba Ku, mereka dat ang pada Ku dalam keadaan kusut masai dan berdebu. Aku persaksikan pada kamu (wahai malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka."
#Amalan Paling Afdal Waktu Wukuf (Bermula ~5:30 ptg)
Waktu wukuf di Padang Arafah bermula bila gelincir matahari (masuk waktu Zohor di Arab Saudi), ia bersamaan sekitar jam 5:30 petang di Malaysia. Ini adalah kemuncak di Hari Arafah dimana Allah turun ke langit dunia dengan cara yang selayaknya bagi keagungan Nya dan Dia membanggakan hamba Nya. Manakala para malaikat pula menjadi saksi pada pengampunann Nya. Kedua dua peristiwa agung ini berlaku secara serentak. Demi itu, sama sama kita bersedia dengan:
* Berada dalam Wuduk: Pastikan diri dalam keadaan suci sepanjang waktu kritikal ini.
* Menghadap Kiblat: Duduk dengan tenang menghadap kiblat, sama ada di sejadah atau di luar rumah.
* Fokus Doa (5:30 sehingga Maghrib): Tinggalkan telefon dan urusan dunia. Ini adalah waktu paling mustajab doa dalam setahun.
* Doa untuk Ibu Bapa dan Diri: Pohon keampunan dosa, ketetapan iman, dan syurga tanpa hisab.
* Doa untuk Ummah: Selitkan doa buat saudara mara, rakan rakan, dan seluruh umat Islam yang sedang diuji.
* BerZikir dan Takbir Ringkas
Ini boleh dibuat berulang
kali, terutamanya selepas
solat fardu dan sepanjang
waktu wukuf.
#Zikir Terbaik Hari Arafah
Nabi SAW bersabda, sebaik baik doa pada hari Arafah dan doa yang dibaca oleh para nabi sebelum baginda:
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi Nya. Bagi Nya kerajaan dan bagi Nya pujian. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."
2. BerTakbir Raya Ringkas selepas solat Zohor, Asar, dan seterusnya:
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلّٰهِ الْحَمْدُ
"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian."
Semoga pesanan dan ulang kaji ini menetapkan hati kita semua dalam mentaati sunnah Rasulullah saw.
Selamat lah semuanya..
#Akhirulkalam
Khusus untuk petang Hari Arafah, keistimewaannya melangkaui hari biasa kerana Allah swt sendiri mendekatkan rahmat Nya ke langit dunia untuk mendengar rintihan kita dan memberikan pelepasan dari pada api neraka secara besar besaran.
Semoga coretan ini membuka satu kesedaran untuk tepati tuntutan sunnah dan tambah keyakinan kita kepada sifat Allah yang Maha Mendengar.
Turun Nya Allah ke langit dunia pada petang ini, itu sebahagian dari pada ujian keimanan pada perkara ghaib yang disandar kan kepada sabda Nabi saw.
Berdoalah walau pun hanya seringkas doa di bawah ini dibaca bermula jam 5:30 petang ini supaya kita di masukkan dalam golongan yang menghargai detik agung ini..
"Ya Allah, pada hari Arafah yang agung ini, merdekakanlah leherku, leher kedua ibu bapa ku, dan zuriat keturunanku dari seksaan api neraka. Masukkan lah kami ke Syurga Firdaus Mu tanpa hisab dan tanpa azab."
Selamat beribadah; semoga mendapat keberkatan yang melimpah limpah pada hari yang agung ini! Amin
See you all tomorrow dengan satu perasaan yang baru..
Wallahualam
Tabarakallah
Barakallahufikum
*#Copyright © by: Ncs68*
*26 MAY 2026*
Comments
Post a Comment