Jumaat
*#NCS @ 12 Zulhijjah 1447*
#Tetaplah memberi akan peringatan, Ia bermanfaat. Salam dari pantai Chenang, Langkawi. Bila tuhan berbica ra: suatu mutiara kata yang cukup bermakna.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Jumnat dalam hari Tashrik yang kedua, semoga redha dan rahmat Allah swt menemani kita dalam memula kan pagi. Seterusnya bawa kita dlindungi dari musibah dan maksiat, malah di permudah kan berbuat kebaikan dan amalan soleh. Banyakkan berzikir dan membaca doa ini untuk memohon pertolongan agar dihindarkan daripada dosa:
“Ya Allah, haramkanlah ke atasku kelazatan melakukan maksiat kepada Mu, dan kurniakanlah kepadaku kelazatan untuk taat pada Mu.”
Moga doa indah ini dimakbul kan Allah. Selamat beramal dalam hari Tasyrik yang kedua, yang juga di hari penghulu segala hari.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
"Dan barang siapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sungguh, dia diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Ali 'Imran: 101)
Sabda Rasulullah Saw: "Jaga
lah Allah, nescaya Allah men jagamu. Jagalah Allah, nesca ya engkau mendapati Nya di hadapanmu." (At Tirmizi).
Memulakan pagi dengan peringatan yang baik;suatu rezeki yang sangat besar. Sifat membaca dan mencari ilmu di awal hari bukan je menenang kan jiwa, malah mengundang keberkatan sepanjang hari.
Terimakasih Allah izinkan kita mula kan pagi Jumaat dengan bahan bacaan yang baik baik, moga Allah menggerakkan hati kita ke arah kebaikan. Semoga hari Jumaat dan hari Tasyrik kita dipenuhi dengan ketenangan, kelapangan rezeki, dan amalan yang diterima.
Untuk pengisian pagi ini di sertakan nota di cetuskan dari pendengaran di radio zayyan. Ilmu dimana mana, nak tak nak saja walau pun dah hampir tiga hari tidak duduk dalam majlis ilmu.
#Bila tuhan berbicara
Pagi ini kita berkongsi mutiara kata yang cukup bermakna ;
“Kita sentiasa rasa seronok bila dalam hidup disini didunia ini kita di back up oleh mana mana juga sumber sehingga kita lupa yang back up terbaik kita adalah Dia. Indeed, kita akan di uji, sehingga kita kawan ke sedara ke keluarga ke sudah tak boleh tolong kita, yang tinggal hanya Allah sebenar benar nya back up”
- corong zayyan.
Peringatan yang sangat indah dan mendalam. Bait ini mem
bawa suatu makna tentang hakikat pergantungan hidup manusia.
Kadangkala apabila kita terlalu selesa dengan bantuan dari manusia sama ada kawan, keluarga, atau pengaruh; kita terlupa segala kekuatan dan jalan keluar itu datang dari pada Nya. Ujian yang datang dalam pelbagai bentuk (seperti kehilangan tempat bergantung atau putus asa dengan pertolo ngan manusia) itu sebenarnya cara Allah mengajar kita untuk meletakkan pergantungan 100% hanya kepada Nya.
Apabila manusia sudah tidak mampu membantu, itulah saat paling dekat kita dengan Allah.
surah Al-Baqarah ayat 286: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Biasanya, bila diuji dengan kesusahan yang amat berat, barulah mata hati kita terbuka untuk melihat siapa pelindung yang sebenar. Allah menguji dengan kegagalan bantuan daripada keluarga dan rakan rakan supaya kita berhenti berharap kepada makhluk. Saat tiada lagi manusia yang mampu menolong, jiwa akan secara automatik tunduk dan merayu hanya kepada Dia. Berbeza dengan manusia yang mempunyai had, kuasa dan kasih sayang Allah itu tiada sempadan.
Semoga peringatan ini menjadi satu bentuk muhasabah diri yang menyuburkan lagi rasa tawakal dan kasih sayang kita kepada Nya.
#Akhirulkalam
Pagi ini kami di Langkawi beradu di pantai cenang. Apa pun dimana pun keberadaan nya kita tidak pernah mengha lang kita dari taat pada Nya.
Di temani suasana subuh di Pantai Cenang, Langkawi menenangkan dengan deruan ombak dan angin sepoi sepoi bahasa. Mengagumi keindahan alam ciptaan Nya di situ seme mangnya satu bentuk tarbiah peribadi yang sangat dekat dengan jiwa.
Sebentar lagi kami akan ke program hooking island tapi kami berdoa moga kesero nokan bercuti dan bermusafir tidak sesekali menjadi alasan mengabaikan tanggung jawab sebagai hamba Allah
Semoga permusafian ini akan diberkati dan dipenuhi dengan ketenangan jiwa.
Selamat berhari Jumaat. Salam dari pantai Chenamg. Jumpa esok
Wallahualam
Tabarakallah
Barakallahufikum
*#Copyright © by: Ncs68*
*29 MAY 2026*

Comments
Post a Comment