Sabtu
*#NCS @ 13 Zulhijjah 1447* Tetaplah memberi peringatan, Ia bermanfaat. Hari ke 2 ; Salam dari pantai Chenang, Langkawi. Nota kulliyah Malam sabtu hari Ahad di surau al amin BTHO.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam subuh berjemaah kepada semua tak kira dimana berada nya kita. Sempena hari tashrik ke 3 pagi ini, keberkatan hari tasyrik mulia ini membawa limpahan rahmat, di harap kan rahmat berpanjangan sehingga ke tahun baru. Pada masa yang sama, hari ini ialah hari terakhir untuk bertakbirraya iaitu Takbir Muqayyad (disunatkan dibaca selepas setiap solat fardhu dan masih boleh tunaikan korban; garis tamat nya ialah sebaik tiba maghrib petang nanti.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَّعْدُودَاتٍ
"Bahawa Nabi saw bertak bir pada hari Arafah selepas solat Subuh, dan menghenti kannya selepas solat Asar
di hari Tasyriq yang akhir." (Al Hakim)
Demi peluang yang ada, kita bukanlah orang yang suka melepaskan peluang sebegini yang belum tentu akan di raih nanti. Apa lagi, waktu waktu segini sangat istimewa untuk perbanyak kan amalan ibadah dengan makan, minum dan meng ingati Nya. Sesung guhnya, peluang keemasan jarang datang dua kali.
Perkongsian pagi diterus kan walau masih berada dalam perantaun. ini mem buktikan di mana sahaja kita berada, ruang untuk belajar dan berkongsi manfaat sentiasa ada.
#Malam sabtu hari Ahad di surau al amin BTHO.
“Tidak ada yang mampu menolak takdir Allah kecuali doa, dan tiada ditambah umur kecuali kebaikan” (Turmizi)
Doa dapat menjauhkan diri kita dari ketentuan yang buruk. Oleh itu, perbanyak kan doa kepada Allah swt di jauhkan ketentuan yang buruk. Semoga dengan amalan baik dan doa doa menjadikan kita sebahagian dari ketentuan Allah yang baik.Tidak mungkin ada sesuatu yang keluar dari ketentuan Nya. Oleh kerana itu doa sendiri termasuk dalam ketentuan Nya. Jika doa ditakdirkan sebagai sebab bagi sesuatu, maka seseorang harus berdoa dan melakukan sebab yang Allah telah menjadikannya sebagai sebab.
Teruk kita macamana pun masih ada baca alquran, berjuang agama dengan ikhlas, bangun malam utk berdoa, ini berkat orang sekeliling kita mengangkat azab dari Allah.
Bulan ini ada suatu saat saat para duyufurahman berada disana dan akan berdoa. Demi masa fajar dan demi 10 awal Zulhijjah.
Seorang lelaki keluar jihad dengan seluruh hartanya dan syahid hebat pahala nya tapi beramal di hari 10
hari di awal bulan Zulhijjah lebih besar. Maka, berazam lah untuk berpuasa di hari arafah.
“Tidak dapat menambah umur seseorang itu kecuali dengan buat baik dengan ketaatan pada Nya (amalan soleh)
Dalam konteks yang lebih luas, rezeki dan bertambah pertambahan umur berkait rapat melalui dua aspek:
* Peluang Beramal: Setiap kali usia bertambah, ia ada lah rezeki berupa peluang bertaubat, menambah ilmu, dan melipatgandakan amal kebaikan.
* Keberkatan Silaturahim: Dalam Islam, umur yang panjang dan rezeki yang luas sangat berkait dengan amalan menyambung silaturahim.
“Sesiapa sahaja yang ingin dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah menyam bung silaturrahim” (Bukhari)
Mutiara kata daripada ulama tersohor, Imam Ibn Qayyim ra, menyatakan: "Rezeki dan umur adalah dua pasangan yang dijamin, selama umur masih ada, rezeki akan datang."
Bertambahnya akan umur sepatutnya menjadikan kita lebih matang mengimbangi antara rezeki duniawi dan mempersiapkan diri dengan rezeki ukhrawi.
Sekian.
#Akhirulkalam
Alhamdulillah. Hari kedua semalam dapat menaiki bot hooping island. Sempena hari tashrik dan jumaat, sambil memberi makan helang dan monyet kemu dian snorkeling dan feed fish, zikir zikir pada Nya tak di lupakan. Sungguh indah pengisian percutian kali ini sambil mengisi Hari Tasyrik dan hari Jumaat yang mulia dengan berzikir sambil men gagumi keindahan ciptaan Allah di Pulau Langkawi adalah satu kesyukuran yang sangat tinggi nilainya.
Melihat si helang menyam bar sisa makanan diberi, keaktifan monyet, dan juga macam macam hidupan laut semasa snorkeling memperkuatkan lagi rasa keinsafan pada kebesaran Pencipta, selaras dengan status Langkawi sebagai sebuah Geopark dunia.
Syukur ke atas rahmat Nya atas pengalaman percutian yang cukup indah di pulau Langkawi. Pulau lagenda ini sentiasa memberi momen yang tenang dan mendamai kan. Hari ini jam 430 petang akan terbang balik ke tanah tugas hakiki.
Wallahualam
Barakallahufikum
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
*30 MAY 2026*
Kisaah 2 sahabat riwayat Abu Talhah bin Ubaidullah - Sahaabat yg dijamin Syurga.
Mungkin yang dimaksudkan ialah kisah dua sahabat yang diceritakan oleh Talhah bin Ubaidillah:
Dua orang lelaki memeluk Islam bersama-sama. Salah seorang lebih kuat beribadah dan berjihad. Kemudian beliau syahid dalam peperangan. Seorang lagi hidup setahun lebih lama, sempat melalui Ramadan, berpuasa dan menambah amal ibadah, kemudian meninggal dunia.
Talhah bermimpi melihat kedua-duanya di pintu syurga. Dalam mimpi itu, sahabat yang meninggal kemudian dipanggil masuk syurga terlebih dahulu, manakala yang syahid masuk selepasnya. Para sahabat berasa hairan apabila mendengar cerita itu.
Lalu Nabi ﷺ menjelaskan bahawa sahabat yang hidup lebih lama itu telah mendapat tambahan setahun beramal, termasuk berpuasa Ramadan, solat dan ibadah lain. Sebab itu kedudukannya menjadi lebih tinggi.
KONTENISLAM.COM Berita Terupdate +1
Sabda Nabi ﷺ:
“Bukankah dia hidup setahun lagi selepas rakannya? Bukankah dia sempat berpuasa Ramadan dan melakukan solat selama setahun itu?”
Kemudian Baginda menjelaskan bahawa perbezaan darjat antara mereka sangat besar, seperti jarak antara langit dan bumi. �
KONTENISLAM.COM Berita Terupdate +1
Pengajaran utama kisah ini ialah umur yang dipanjangkan dalam ketaatan merupakan nikmat yang sangat besar. Seseorang yang terus menambah amal soleh boleh mencapai darjat yang amat tinggi di sisi Allah walaupun tidak mati syahid. �
KONTENISLAM.COM Berita Terupdate +1
Jika anda maksudkan riwayat oleh Abu Talhah al-Ansari, beritahu saya sedikit lagi petunjuk kerana Abu Talhah meriwayatkan beberapa kisah yang berbeza.

Comments
Post a Comment