Ahad


Kuliah Suboh Surau Al Amin

hadis daripada Abdullah bin Salam yang menceritakan kata-kata pertama Rasulullah ﷺ ketika Baginda tiba di Madinah. 

Beliau berkata:
"Ketika Rasulullah ﷺ datang ke Madinah, orang ramai bergegas keluar untuk melihat Baginda. Aku turut datang melihatnya. Apabila aku meneliti wajah Baginda, aku mengetahui bahawa wajah itu bukan wajah seorang pendusta.
Perkara pertama yang aku dengar daripada Baginda ialah:
'Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, hubungkanlah silaturahim, dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.'

— Riwayat Sunan al-Tirmidhi dan Sunan Ibn Majah
1. Sebarkan Salam
2. Memberi makan
3. Jaga sairatulrahim - Hubungan dng manusia
4. Solat Malam - Hubungan dng Allah SWT

*#NCS @ 14 Zulhijjah 1447* Tetaplah memberi peringatan, Ia bermanfaat. Tahniah! Duyu furrahman selesai rukun Islam kelima. Sekembali ke tanah air; Fasa penting kekalkan momen tum ibadah.

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam 14 Zulhijjah, berakhir lah sudah hari tashrik untuk 1447 H. In shaa Allah, para dhufurah man juga ada yang sudah pun kembali ke Kota Mekah: menye lesaikan baki rukun haji- tawaf rukun dan sai'. Semoga segala penat lelah, doa, amalan para jemaah haji sepanjang berada di Tanah Suci diterima Allah; bawa balik ganjaran haji yang mabrur. Selamat bagi yang sedang menyempurnakannya. Di akhirnya, pulang ke tanah air dengan gelaran ibadah yang penuh keberkatan.

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Bukanlah haji di pangkal nama yang seharusnya nak di kejar kerana itu hanya lah suatu penghormatan duniawi, tapi perubahan dalam peranjakkan keimanan ke yang lebih tinggi diharapkan dan ianya bertahan sampai hujung nyawa. Tetapi pesan bekas jemaah seperti saya, mohon para jemaah haji sekembali Tanah Air, berjaga jaga ujian hebat, tanda haji diterima. Ini adalah satu realiti sering dilalui ramai jemaah haji. Apabila seseorang itu kembali dari Tanah Suci bersama darjat haji mabrur, syaitan dan juga nafsu akan cuba sedaya upaya nya merosakkan nilai mabrur itu. 

Bersempen selesainya para dhuyufurahman menunaikan ibadah haji, perkongsian pagi ini di sertakan sedikit pesanan buat haji dan hajjah yang bakal kembali semula ke tanah hakiki bersama perjuangan mengekal kan iman. Kembali ke tanah air, usai haji, suatu fasa yang baru, yang sangat penting dalam mengekalkan momentum ibadah.

#Usai musim haji

Dari suatu pencarian dari nota nota yang lalu di temui suatu panduan ringkas persediaan hadapi ujian hebat tersebut

* Jaga Niat dan Keikhlasan: Sentiasa perbaharui niat yang setiap amalan yang dilakukan adalah kerana Allah swt, bukan mengekalkan pandangan atau pujian manusia pd gelaran haji.
* Istiqamah dlm Beribadah: Kekalkan rutin solat berjemaah di masjid,baca Quran, dan ber sedekah sebagaimana yang dibiasakan di Tanah Suci.
* Perbaiki Akhlak dan juga Hubungan (Muamalah): Ujian sering kali datang di dalam bentuk emosi. Bersabar dgn  kerenah manusia dan elakkan sifat meninggi diri, riak, atau cepat menghukum orang lain.
* Doa mohon Perlindungan: Sentiasa berdoa dikuatkan iman; ditetapkan hati. Antara doa yang sering diama:"Wahai Tuhan yang membolak balik kan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama Mu.”
* Jaga Pergaulan Pertuturan: Teruskan kekalkan kesabaran, elakkan daripada berkata kata kesat, bergosip, atau menyakiti hati orang lain, sebagaimana disiplin yang dijaga semasa ihram.
* Suburkan Sifat Mahmudah: Sifat pemurah, mudah memaaf kan, dan sentiasa rendah diri dalam bermasyarakat.
* Menjadi Teladan: Sebagai seorang haji/hajjah, peribadi kini menjadi contoh kepada keluarga dan masyarakat. Sen tiasa mempamerkan nilai Islam yang syumul.

Ujian yang datang selepas pulang dari mengerjakan haji adalah tanda kasih sayang Allah untuk menguji sejauh mana keikhlasan dan juga keteguhan iman seseorang hamba dalam mengekalkan kemabruran hajinya.  Semoga Allah sentiasa memberikan taufik dan hidayah agar kita semua - tak kira dah haji ke belum, dapat istiqamah dalam ketaatan pada Nya sehingga ke akhir hayat.

Semoga terus tabah dan istiqamah!

Bagaimana andai tersadung dengan dosa nista walaupun tanda tanda mabrur tu ada? 

Tersadung atau tergelincir melakukan dosa selepas pulang dari menunaikan haji adalah satu fitrah manusia yang tidak sempurna, namun ia bukan penamat pada kemab ruran haji. Haji yang mabrur  tak bermakna seseorang itu maksum (bebas daripada dosa), sebaliknya ia adalah titik permulaan transformasi diri menjadi lebih baik. Maka, akui kesilapan, kesali perbua tan tersebut, berhenti serta merta, dan berazam tegar untuk tidak mengulanginya lagi.

Nabi saw Bersabda: "Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan, dan sebaiknbaik orang yang melakukan kesila pan adalah mereka  bertau bat." (Tirmidzi).

Kesedaran dan rasa bersalah yang di alami selepas berdosa itu sendiri adalah sebahagian daripada tanda iman hidup dan kesan haji yang mabrur. Haji yang mabrur melembutkan hati, membuatkan  rasa gelisah apabila melakukan maksiat, berbeza dengan hati yang keras yang selesa dengan dosa. Dalam masa yang sama perbaiki benteng diri. Kenal pasti punca menyebabkan tersadung (kawan, media sosial, persekitaran); jauhi punca tersebut.

Pengalaman mengajar kita tapi dalam bab ini, ujian tak terhenti selagi bernyawa. 

#Akhir kalam

Alhamdulillah; Selamat sampai ke Seri Minang malam tadi ; di sekitar jam 835 malam; saat itu juga azan isya sedang di kumandangkan di corong surau surau masjid berdekatan termasuklah surau al amin btho. Dek kerana sehingga solat maghrib tadi masih dalam perjalanan, hadiah Allah - jamak dan qasar (masuk kan isya ke dalam maghrib) masih valid, maka isya telah tertunai setiba di rumah. 

"Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringa nan) sebagaimana Dia suka dilaksanakan perintahnNya (azimah)." ( Ahmad)

Perjalanan yang lancar selamat itu sememangnya satu nikmat yang besar. Hebatnya aturan dan kasih sayang Allah. Bila sampai sahaja di rumah, hati dah tenang dan lapang kerana tanggungjawab solat sudah pun diselesaikan.

Terimakasih Allah segala yang baik semasa bermusafir dan bercuti di langkawi, yang pasti subuh kekal berjemaah selama dua berada di pantai chenang. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt atas segala nikmat, ketenangan, dan pengalaman indah sepanjang percutian di Langkawi. Dengan pemandan gan, udara pagi menyegarkan di Pantai Cenang, ia menjadi satu momen kerohanian yang sangat bermakna. Lebihnya  indah apabila urusan ibadah tiang agama tetap jua terjaga dengan konsisten, walaupun  dalam musafir.

Pagi ini selamat kembali ke destinasi asal bersama tugas hakiki.

Jumpa esok lagi..

Wallahualam 
Barakallahufikum 
Wassalam

*#Copyright © by: Ncs68*
*31 MAY 2026*

Comments

Popular posts from this blog