Selasa


Kuliah Suboh Surau Al Amin  - Ust Shafie Halim

Hikmah Korban
Penghujung Zulhijjaah 1447. Buku baru, tahun baru. Amalan dan akhlak bertambah baik. 

Ibadah korban mengzahiran
° Lahir nilai pengorbanan(value) setiap keddukan sebgai suami atau ayah, isteri atau ibu.  
° Lahir keSyukuran - Mindset harta yg ada bukan hak kita. 
° Lahir Taqwa

Ujian Ibrahim
° Lambat dpt anak
° Dapat anak, arahan tinggalkan anak.
° Lpas itu sembelih anak.

Hari pertama -Mimpi sembelih anak. Arafah (Diketahui). Mimpi sebagai mainan.
Hari Kedua - Konfirm sembelih anak.

Solat - Bila dpat 50 rakaat, Allah SWT turunkn nabi dan berjumpa nabi Musa. Why? Mengapa bukan Ibrahim di langit ke 7?

Islam adalah satu agama  yang ada - Prinsip, Fakta dan Hujjah. 

Al Massa - Dialog diantara Abu Lahab dijawab direct dari Allah SWT. 




*#NCS @ 16 Zulhijjah 1447*
#Tetap memberi peringatan, Ia bermanfaat. Pasca Aidil adha. Ustaz Amar @ Surau al amin pagi ahad 24/5/29 (1)

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sqlqm sejahtera juga salam keberkatan seawal pagi Selasa semoga menjadi hari bahagia buat semua umat manusia. 
Mohonlah pada Nya; cuti nya lagi di hari ini tidak menjadi mudharat pada kita semua terutama dalam mencari rezeki demi untuk sbkesinambungan hidup di dunia dan juga demi akhirat. Keseimbangan dalam kelangsungan hidup di dunia dan mengumpul bekalan untuk akhirat adalah kunci sebuah keberkatan hidup. Semoga hari cuti; hari rehat hari ini dipenuhi dengan pengisian  bermanfaat, menyegarkan kembali tubuh badan minda, dan mendekat kan diri kepada Pencipta.

Selamat bercuti pada yang ambil keputusan bercuti dan selamat bertugas pada yang sebalik nya bertugas walau boleh bercuti. Yang pasti anak anak masih bercuti dari persekolahan. 

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan dan nyawa untuk memulakan hari baharu ini. Niat lah dengan ikhlas demi Nya untuk mengimarahkan rumah Allah. Jom mulakan pagi Ke rumah Nya untuk solat subuh berjemaah kerana Nya. Lepaskan lah hari semalam walau pun ada juga sedikit kekurangan. Terima kasih Allah, dapat juga berjemaah isya berjemaah semalam selepas solat wajib yang lain berjemaah hanya di rumah. Mujurlah,  maghrib semalam, di M3 Mall, selepas budak yang diupah mempolish Vgr 768 tidak tepati janji siap jam 7, sehingga terlepas berjemaah maghrib di masjid Salahudin al ayubi, tapi dapat juga akhirnya  berjemaah di surau M3 Mall. Terkilan juga isya tidak sertai Al mulk lepas isya di Masjid AItulah, Alakullihal; terimaksih Al Sharif. Itulah, pagi ini masih bernyawa.

Al-Insyirah ayat 5-6:
"Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."

Terus kepada perkongsian pagi, berharap lah agar Allah terima ianya suatu ibadah juga. Semoga mya perkongsian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah pada hari ini.

* Ustaz Amar @ Surau al amin pagi ahad 24/5/29

Soal jawab fiq qurban dan akikah. Bahas sebuah kitab tulisan abu Usamah. 

#seekor kambing vs sebaha gian dari lembu

Hakikatnya seekor kambing lebih afdhal dari seekor lembu kerana korbankan satu nyawa lebih afdahl  dari sebahagian. Dalam kitab feqah,

“Mengorbankan seekor kam bing adalah lebih baik dari sebahgian dari seekor unta dan rasanya lebih sedap” 

Atas sebab satu nyawa satu orang peserta.

#Apa hukum sembelih haiwan yang sedang bunting.

Hukumnya Harus. Kata nabi saw, sah sembelih ibu sah sembelihlah janin itu. Janin itu ertinya bayi dalam kandungan. Dalam kita ni beriltizam den gan mazhab syafii kena juga lihat dalam mazhab lain. Pen dapat majoriti ulamak, tidak di galakkan korban dengan hai wan bunting. Dlm kitab, jika haiwan yang bunting tidak digalakkan dijadikan korban kerana dagingnya akan ber kurangan. Inilah antara as sebab nya haiwan bunting tidak digalak kan dijadikan korban. Sembelihan biasa tiada ada masaalah. Tiada kel ebihan pula untuk pilih jantan atau betina. Haiwan bunting tidak cacat dalam pandangan untuk dijadikan korban. Janin yang mati hasil dari sembeli han ibunya adalah halal untuk di makan, kecuali kalau janin itu keluar sebagai anak sele pas ibu Nya disembelih ( nak makan anak nya kena sem belih)

Bersambung esok 

#Akhirulkalam 

“Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya dan hal ini tidak dimi liki oleh siapa pun selain orang mukmin. Jika ia mendapat ke senangan, ia bersyukur, maka itu kebaikan baginya. Jika ia ditimpa kesusahan, ia bersa bar, maka itu kebaikan bagi nya.”

Semoga hari pada hari ini dipermudah kan, segala urusan berjalan lancar, dan langkah anda sentiasa diiringi rahmat serta hidayah Nya. 

Selamat beramal!

Wallahualam 
Barakallahufikum 
Wassalam

*#Copyright © by: Ncs68*
*2 JUNE 2026*

Comments

Popular posts from this blog