Rabu
Bezabtaauhid vs Tasauf
Fekah - Utk tahu sah atau tidak, belajar dlam fikh. Wudhunya, takbirnya, bacaannya belar dlam fikh.
Tauhid - Siapa yang kau sembah. Utk mengenal siapa yg disembah, itu TAUHID. Gurunya itu Murabbi.
Tasauh - Adab dalam menyembah. Gurunya dinamakan mursyid.
*#NCS @ 17 Zulhijjah 1447*
#Tetap memberi peringatan, Ia bermanfaat. Pasca Aidil adha. Ustaz Amar @ Surau al amin pagi ahad 24/5/29 (2)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Rabu dalam rindu selalu pada Mu, ya AL Hayyu (Yang Maha Hidup); selamat jalan kan tugas tugas hakiki, demi untuk akhirat yang di nanti, juga demi dunia yang perlu di lalui. Zahir kan lah semangat persiapan terbaik; dunia ini dilalui dengan cemerlang, akhi rat sentiasa di dalam ingatan. Semoga setiap titik peluh usa ha murni hari ini dinilai ibadah memberat kan timbangan di sana kelak.
Al-Qasas Ayat 77: "Dan carilah pada apa yang telah dianuge rahkan Allah kepada mu (keba hagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (pada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepa da mu..."
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah. Bertemu kem bali dengan hari untk bekerja selepas rehat yang panjang. Semoga tugas diamanahkan diberkati, dipermudah kan, menjadi bekalan yang amat bermanfaat dunia akhirat.
Dengan seminggu berehat tidak berkerja, tidak dapat membayangkan jika ia nya berterusan sebegitu, rehat terusan. Berada dalam fasa rehat yang panjang atau tidak bekerja boleh membuatkan minda kita mula rasa gelisah, kosong, hilang arah. Lumrah manusia sentiasa nak aktif dan produktif. Indeed, tanpa ujian dan cabaran, kita tidak akan menghargai erti kebahag
iaan yang sebenar. Inilah se babnya kita diuji, hidup ini kalau tak uji, bahagia siang malam, pasti membosankan. Ujian daripada Allah membukti kan ianya kasih sayang Nya. AlnAnkabut: 2-3: "Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman', sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
Alhamdulillah, istiqamah ketaatan walau dalam cuti panjang, satu nikmat yang sangat besar. AlHijr (99): "Dan sembahlah Tuhanmu, sehing ga datang padamu kematian."
Abdikan diri pada Allah swt sepanjang hayat, samaada dalam waktu sibuk mahupun lapang; SATU ultimatum !
Jom teruskan perkongsian pagi dari kuliyah ustaz Ammar tempohari. Ia nya diharapkan berguna persiapkan diri untuk yang didepan.
#Pasca Aidil adha. Ustaz Amar @ Surau al amin pagi ahad 24/5/29 (2)
#korban di buat di raya ke 2
Permulaan korban bermula selesai dua rakaat dan dua khutbah raya yang “ringkas”pada 10 Zulhijjah. Ertinya pada malam raya, tidak boleh buat korban lagi. Kecuali nak buat sembelihan nazar, akikah atau pun biasa bertujuan menjamu para tetamu di awal pagi sema sa sembelihan dilakukan. Sesu ngguhnya perkara pertama di mula kan hari raya adha adalah solat sunat, kemudian barulah dilakukan korban. Se Eloknya korban dibuat berkumpulan bertaawun sesama kita. Akan ada dua pahala, pahala ibadah korban dan pahala bergotong royong. Peng hujung ibadah korban adalah 13 Zulhijjah sebelum masuk nya waktu maghrib. Waktu dibenarkan ; 10 zulhijjah adalah raya haji, 3 hari hari tasyrik. Boleh di buat pada waktu malam walaupun makruh (sebab nya takut tak nampak: ini safety cautious)
#Mana lebih baik korban luar negara atau di negeri sendiri
Sunat nya; buat korban di tempat kita berada waktu korban dilakukan. Namun, nak buat korban di tempat lain pun boleh. Di luar negara mgkn ada lebih ramai orang susah, tapi ikut hukum nak tolong orang susah di sana macam macam cara lain iaitu cash atau apa apa yang lain. Dari sudut nya korban, kalau rasa nak bantu juga pergilah ke negara itu dan buatlah korban di sana. Elok nya buat korban di tempat kita ada dan tambah ke negara luar.
#Boleh ke bahagian di bahagikan pada 8
Jika ada sepakat daripada 7 bahagian tu nak jadikan ke 8 bahagian. Boleh. Tetap juga kena 1/3 diberi kepada Fakir, 1/3 makan, 1/3 sedekah pada orang islam. Haram bagi upah pada pembantu sembelihan. Tidak boleh di niatkan nak bagi upah. Di Dalam Pengurusan - kena ada akad. Ada dua; akad salam dan wakalah
“Saya serah kan RM && bagi akad salam belikan lembu dan untuk uruskan lembu sembelih dan membahagikan bahagian”
Kalau ada Baki duit di dalam bayaran kena ada akad untuk digunakan untuk pengurusan. Dalam buat akad jangan sorok sorok.
#bayaran bahagian di kongsi kan
Kambing tak boleh bagi tujuh, lembu unta boleh. Status Duit dikumpul kan; ianya boleh dise dekah kepada bahagian tapi seorang saja yang boleh dija dikan peserta korban. Nabi saw pernah bagi kam bing pada sahabat untuk dijadikan korban. Tetapi pada yang ber sedekah itu tidak dapat pahala korban, hanya dapat pahala sedekah. Walau pun begitu, korbannya terhasil.
#umur haiwan korban
•Biri biri setahun
•Kambing 2 tahun
•Lembu 2 tahun
- Tanya juga penjaga boleh ke kita gunakan untuk korban semasa membelinya. Kalau penjaga menipu itu dia den gan Allah. Antara nya nak check boleh check gigi nya lembu.
Tidak jadi kesalahan jika pese rta korban tidak melihat acara korban kerana itu sunat untuk peserta melihat kejadianya sembelihan. Eloknya pihak yang menguruskan itu hadir kan bukti ia nya berlaku.
Sembelihan nazar - tidak boleh di ambil bahagian dagingnya. Kena agihkan semua. Kalau nak bahagian, kena niatkan sembelihan sunat.
TAMMAT
#Akhirkalam
Alhamdulillah. Pagi semalam dalam pada bercuti ganti hari wesak, usai saja subuh, dapat duduk mendengar asatizah syarah dalam bab manifestasi (kesan) lepas ibadah kurban. In shaa Allah, akan di kongsi kan nanti. Akan ada cerita beza taqwa selepas puasa dan taqwa selepas aidil adha.
In shaa Allah kita jumpa lagi esok dengan barokah Nya
Al-Kahf, ayat 23-24.
وَلَا تَقُولَنَّ لِشَا۟ىْءٍ إِنِّى فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا إلَّا أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ ۚ
"Dan janganlah engkau ber kata mengenai sesuatu yang hendak engkau lakukan: 'Sebe narnya aku akan lakukan yang demikian itu esok hari', Melain kan (hendaklah disertakan den gan berkata) 'Insyaa Allah' Jika diizinkan Allah)."
Wa ila liqa'
Wallahualam
Barakallahufikum
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
- 3 JUNE 2026
Comments
Post a Comment