Selasa


Rasa Nostra Alam Damai

•Fikrah NCS kala sebuah dinihari 23 Dzulhijjah 1447 H. 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tiba tiba minda terjaga, dengan kecepatan masa yang semakin laju meninggalkan kita, baru saja rasa nya awal muharam di sambut, kini satu lagi awal muharam bakal di sambut; tinggal seminggu lebih kurang kita akan berada di 1448 H. Kalau nak di bandi ngkan dengan dulu dulu pada zaman 70, 80 dan 90 an dulu, masa masih terasa gerakan nya perlahan lahan, enjoy dari pagi sehingga malam meleret leret. Se perkara lagi, bahang alam pun dah tak sama lagi, terkini, kalau panas tu panas melampau. Kalau ada sejuk pun seperti pelik sejuknya. Dalam konteks Islam, peruba han ini adalah ujian atau seba hagian dari proses Allah meru bah alam sebagai tanda ham pirnya perpisahan dunia.Inilah dia fasa akhir zaman di fasa hujung nya.  Ini disebabkan kerana hilang nya keberkatan masa, menjadikan kesibukan harian seolah olah tidak mem beri hasil atau masa yang men cukupi. Ini adalah sebahagian daripada peringatan Allah SWT supaya manusia kembali berta ubat. Firman Allah SWT dalam Surah al-Rum, ayat 41:

"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan man usia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian da ri (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."

Semua ini indikator bahawa dunia berada di hujungnya. Perasaan tentang peredaran masa yang dah makin pantas dan perubahan cuaca yang ekstrem adalah satu realiti yang telah diberi peringatan oleh Nabi Muhammad SAW sejak lebih 1,400 tahun lalu. Fenomena ini merujuk kepada tanda tanda kecil hari kiamat yang sedang berlaku pada fasa akhir zaman. 

Sabda Rasulullah SAW: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga waktu terasa semakin singkat, setahun seperti sebulan, sebu lan seperti seminggu, seming gu seperti sehari, sehari seper ti satu jam, dan satu jam sepe rti nyalaan api." (Hadis Riwayat al Tirmizi) 

Sebagai renungan, perubahan perubahan ini adalah isyarat jelas daripada Allah SWT agar masa yang berbaki ini diguna kan sebaik nya untuk memper banyakkan amal ibadah dan bekalan menuju ke alam akhi rat.

Jadinya, kita pula tidak berhe nti dari  berdosa serasa sepet inya tak cukup masa hidup didunia nak cover dosa dosa dengan amalan soleh dan apatah lagi ibadah yang tak tentu diterima Allah atau tidak. Semoga benarlah Perasaan sentiasa sahaja berdosa dan bimbang amalan tidak diterima adalah fitrah tanda hati yang hidup. Sehinggalah menbawa pada mendorong seseorang untuk terus memperbanyak kan taubat dan istighfar. Dalam Islam, Allah membuka pintu keampunan yang sangat luas dan rahmat Nya mendahului kemurkaan Nya.

Surah Az-Zumar (39:53): Allah SWT berfirman: "Katakanlah: 'Wahai hamba hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah ka mu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguh nya Allah mengampuni dosa dosa semu anya.  Dialah Yang Maha Penga mpunSesungguhnya lagi Maha Penyayang.'"

Hadis Qudsi: Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman: "Wahai anak Adam, sekelompok dari kamu memo hon dan berharap kepada Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosamu setinggi langit kemu dian kamu memohon ampun kepada Ku, nescaya Aku men gampunimu..." (Riwayat at-Tirmizi).

Walaupun amalan mungkin terasa sedikit, Allah SWT Maha Adil Maha Pemurah dengan melipat gandakan ganjaran amalan soleh umat Islam:

Surah Al-An'am (6:160): "Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya..."

Untuk membantu menutup kekurangan amalan dan dosa yang tidak disedari, terdapat pelbagai ibadah ringan yang dijanjikan ganjaran besar:

* Istighfar: Membanyakkan istighfar (Astaghfirullahalazim) setiap hari.
* Zikir ringan: Seperti membaca Subhanallah wabihamdihi 100 kali sehari yang boleh menghapuskan dosa walaupun sebanyak buih di lautan (Riwayat al-Bukhari).
* Menjaga solat fardhu dan amalan sunat: Seperti solat Dhuha dan sunat Rawatib.

Perbanyakkanlah berdoa agar Allah SWT menerima segala amalan kita dan mengurniakan kita husnul khatimah. Tiada manusia yang maksum daripada melakukan kesilapan, tetapi sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang sentiasa bertaubat kepada-Nya.

Inilah hakikatnya kenapa Allah adakan lailatul qadar dan 10 hari pertama zulhijjah serta puasa arafah dan banyak lagi kerana kita tidak akan mampu tutup lubang dosa kita kalau sekadar hidup 75 tahun didunia ini. Kerana itu hampir setiap bulan dalam islam ada saja amalan yang balasanya berganda. Setiap minggu disediakan jumaat pula untuk menggandakan pahala. Setiap hari pula ada dinihari untuk bertajjud dengan janji mereka yang istqamah solat tahajjud adalah ahli syurga.

Allah  menetapkan pelbagai waktu istimewa dan amalan pengganda pahala dengan sifat Rahman dan Rahim Nya kerana usia manusia yang pendek tidak mampu menan dingi beratnya timbangan dosa. 

* 10 Hari Pertama Zulhijjah & Puasa Arafah: Rasulullah SAW bersabda, "Tiada hari-hari di mana amal soleh lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah)." (Hadis Riwayat al-Bukhari). Berpuasa pada Hari Arafah pula menjanji kan pengampunan dosa setah un yang lalu dan setahun yang akan datang (Hadis Riwayat Muslim). 
* Lailatul Qadar: Merupakan malam yang lebih baik dari pada 1000 bulan (bersamaan lebih 83 tahun) sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Qadr, ayat 3. 
* Kemuliaan Hari Jumaat: Digelar sebagai Sayyidul Ayyam (Penghulu Segala Hari). Terdapat pelbagai hadis sahih menyatakan tentang waktu mustajab untuk berdoa pada hari tersebut.
* Solat Tahajjud: Menjanjikan kedudukan di syurga. Sabda Nabi SAW, "Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera." (Hadis Riwayat Ibnu Majah). Ia turut disokong oleh surah al-Isra', ayat 79. 

Sifat kasih sayang Allah SWT ini membuka seluas-luasnya pintu taubat dan ganjaran agar hamba-Nya sentiasa dekat dengan rahmat-Nya

Tinggalalh kita untuk menbuat pilihan..

Bersambung …

Terimakasih kerana sudi bersama saya pagi ini. Sekadar goresan biasa sahaja…

Wa ila liqa' JUMPA LAGI .. 

Wallahualam 
Barakallahufikum 
Wassalam

Comments

Popular posts from this blog