Rabu


*#NCS @ 24 Zulhijjah 1447*
#Tetap memberi peringatan, Ia bermanfaat.  Pesanan untuk diri sendiri di pertengahan minggu terakhir di hari Rabu terakhir dalam Zulhijjah 1447 H. 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam pagi Rabu pertengahan minggu terakhir dalam Zulhij jah ini, betapanya kita akan merindui jejak semalam yang berlalu, dengan penuh harapan semoga apa yang berlaku sem alam menyedarkan kita untuk tidak mengulangi kesilapan ya ng sama. Lembaran Zulhijjah yang bakal melabuhkan tirai nya sememangnya menjemput kita bermuhasabah sedalam dalamnya tentang segala khilaf yang lalu. Prinsip mukmin yang bijak; tak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali; satu pegangan yang matang. Bagaimanapun, setiap dari kita akan berdepan corak cabaran hidup yang berbeza dalam usa ha untuk berubah dan membai ki diri. Oleh itu biar jiwa sentia sa dahagakan kebaikan dan pembaikan diri (muhasabah).

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Terima kasih Allah, ada lagi di pagi ini di alam maya Nya, jan jilah pada diri untuk terus kan hidup odengan prinsip ketega san, kecerdikan, kebijaksanaan yang digariskan da lam Islam.

Seorang mukmin tidak akan disengat/dipatuk dua kali dari lubang yang sama." ( Bukhari dan muslim) 

Rasulullah saw mendidik kita supa ya jadi insan yang bijak (fathonah), sentiasa berwas pada, dan menolak kenaifan yang menyebabkan diri ditipu atau melakukan dosa yang sama berulang kali. 

Quran pula sentiasa memuji hamba Nya yang segera sedar selepas melakukan kesilapan dan berazam kuat untuk tidak mengulanginya lagi. Allah SWT berfirman: 

‎وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُnuوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

"Dan juga orang orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka... dan mereka juga tidak mene ruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya)." < Ali Imran 135> 

Kunci pengampunan Allah bukan sekadar memohon maaf, tetapi ketegasan jiwa tidak berterusan (istiqamah meninggalkan) khilaf yang semalam. 

Para ulama sering mengingat kan bahawa masa lalu adalah sekolah, bukannya tempat tinggal.  Syarah Syeikh al-Uthaimin: Ketika mengulas hadis "tidak disengat dua kali", beliau menyatakan bahawa seorang mukmin yang sempu rna imannya adalah seorang yang cerdas, pintar, berhati hati, dan tidak boleh ditipu dengan helah yang sama. Mengula ngi kesilapan adalah tanda kelala ian jiwa.

Kata Hikmah Khalifah Umar bin al-Khattab RA: menegaskan  kepentingan bermuhasabah sebelum terlambat:"Hisablah (auditlah) diri kamu sebelum kamu dihisab (di akhirat kelak), dan timbanglah amalanmu sebelum ia ditimbang."

Ayuh kita tutup tirai bulan ini dengan tekad: jadikan kesila pan semalam sebagai benteng hari ini, kerana mukmin yang bijak tidak akan masuk ke lubang yang sama dua kali. Semoga langkah kita ke hada pan dipandu hidayah Nya.

Perkongsian pagi dari kulliyah yang sebelum ini belum berse dia lagi untuk disiarkan disini.

#Akhirulkalam 

Semoga setiap langkah kita sentiasa diberkati diredhai. Al Quran dan Hadis merupakan dua sumber rujukan utama dalam Islam yang menjadi panduan hidup umat Islam.

Al-Quran: Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi SAW sebagai mukjizat, men jadi petunjuk yang jelas bagi seluruh umat manusia dalam membezakan antara yang hak dan batil.

Hadis: Segala ucapan, perbua tan, ketetapan, sifat Rasulullah SAW yang berfungsi sebagai penjelas pelengkap kepada ajaran yang terkandung di dalam al-Quran.

Berpandukan kepada kedua dua sumber ini, setiap Muslim didorong sentiasa melakukan amalan kebaikan, menjaga hubungan sesama manusia, dan memohon petunjuk dalam setiap keputusan.

Terimakasih kerana sudi menjeguk ke sini  pagi ini. Sekadar pesanan untuk diri sendiri sahaja…

Wa ila liqa' JUMPA LAGI .. 

Wallahualam 
Barakallahufikum 
Wassalam

*#Copyright © by: Ncs68*
*11 JUNE 2026*


Azan 

1. Diilhamkan akan Abdullah Bin Zaid. Apabila di beritahu pada Nabi SAW, sabda Baginda "BETUL", dan disuruh pergi mengajar Bilal Ibn Rabah. 

Comments

Popular posts from this blog