Ahad
Kuliah Suboh - Ustaz Bazli Zakaria. "Hijab"
Sifat DiSukai Allah SWT
Tahan Marah Dan Tidak Tergesa Gesa
Beza Antara Definasi (Bahasa) Dan Syarak
Hijab - Tertutup.
Memisahkan antara izinkan Allah SWT.
*#NCS @ 21 Zulhijjah 1447*
#Tetap memberi peringatan, Ia nya bermanfaat. •Permata bagi orang yang beriman di kupas Ustaz Wan Jemizan di surau al Amin btho di pagi hari sabtu @ 6/6/26. (PART 1)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kesejahteraan buat semua semoga Allah swt merestui keberadaannya kita di muka bumi ini. Indeed, keberadaan manusia di muka bumi sering di kaitkan tentang keamanan, kedamaian dan tujuan murni penciptaan manusia sebagai khalifah.
"Wahai orang orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya, dan jangan
lah kamu mengikuti langkah langkah Syaitan. Sesungguh nya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu." (Baqarah: 208)
Kita diseru mohon keamanan, berusaha memakmurkan bumi dengan kebaikan, sentiasa juga memohon kesejahteraan hidup di dunia serta di akhirat. Berusaha cari keseimbangan; kejayaan dunia, kebahagiaan akhirat, ia matlamat utama setiap insan. Kelau tidak ke mana hala nak di bawa ? Di usia senja begini apa lagi dapat dilihat ke depan?
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Membina keamanan dan me makmurkan bumi dengan kebaikan; tanggungjawab bersama, berdoa untuk kesejahteraan dunia akhirat menjadi kompas kehidupan yang hakiki. So, jangan lupa kenapa kita ada disini, dimuka bumi!
Perkongsian adalah sesuatu yang synonym dengan ayat sharing is caring. Kita nakkan semua faham agama dan sama sama jumpa di syurga.
Fussilat (33): "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, beramal soleh, dan berkata: Sesungguh nya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah diri)?"
In shaaAllah; moga nya usaha murni berkongsi nya ilmu dan kefahaman agama akan jadi asbab untuk semua mendapat petunjuk rahmat Nya yang akhirnya menuju ke syurga.
•Permata bagi orang yang beriman di kupas Ustaz Wan Jemizan di surau al Amin btho pada pagi sabtu 6/6/26.
(PART 1)
Alhamdulillahillazi arsala rasulahu bil huda wadi ni haq. "Segala puji bagi Allah yang telah mengutus Rasul Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar."
Ingatlah! Islam yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan Rasulullah saw membawa petunjuk (AlQuran) dan juga kebenaran. So, ianya menjadi tanggungjawab kita meneruskan perkongsian kebaikan ini demi kerana Allah, demi memenangkan dan meninggikan Islam atas segala agama yang lain, walau orang orang musyrik tidak menyukai nya.
#Adab adab di jalanan- jauhi lah budaya lepak
#Hadis 73
Hadis sahih yang diriwayatkan Abu Sa'id alKhudri ra, di dalam hadis ini, Rasulullah saw meng ingatkan para sahabat tentang adab adab ketika berada di laluan awam atau tepi jalan.
Berikut adalah teks lengkap terjemahannya: (Muttafaqun 'Alaih: Riwayat Al Bukhari, No. 2465 & Muslim, No. 2121)
Daripada Abu Sa’id alKhudri ra, dari Nabi SAW, "Jauhkan
lah diri kamu daripada duduk di tepi tepi jalan." Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kami tidak boleh mening galkan majlis kami (tempat duduk itu) kerana ia menjadi tempat kami berbual bual." Baginda bersabda: "Jika kamu mahu terus duduk di situ, maka berikanlah hak pada jalan itu." Sahabat bertanya : "Apakah ia hak jalan itu?" Sabda Baginda:
1. Menundukkan pandangan
2. menahan diri daripada menyakiti (orang yang lalu lalang),
3. menjawab salam
4. menyuruh kepada kebaikan
5. mencegah kemungkaran
Ini ialah satu warning, amaran dan larangan. Ianya di mula
kan dengan kata إِيَّاكُمْ yang bermaksud AWAS. Ini lah satu pendekatan nabi saw yang tidak melarang terus budaya duduk tepi jalan dengan letak kan syarat untuk tunaikan hak jalan. Hakikatnya hak jalan itu adalah larangan kearah ber buat perkara yang tidak elok dan sukar untuk di buat dari berbual bila melepak tepi jalan. Berkumpil melepak ni kalau bak cerita bab agama memang lah ia jarang berlaku, malah lebih pada mengumpat dan mengata, kerana itu lah yang lebih menyeronokkan.
Ada dua perkara perlu di ambil pengajaran: kerja lepak ni tak membawa banyak manafaat dan belajar lah menjaga adab adab bermasyarakat ketika berada di jalanan. Ini suatu hakikat menujukkan bahawa semua perkara ada adab adab nya.
Bersambung esok…part 2
#Akhirulkalam
Teruskan lah usaha mencari kesejahteraan dunia akhirat dengan cara menjaga Hablum minallah dan Hablum minan nas. Ertinya teruskan dirikan solat fardhu, banyak kan zikir, dan baca Quran bagi memben tengi diri dari perkara negatif. berakhlaklah dengan akhlak mulia, menghormati orang tua, sayangi yang muda, dan sebar kasih sayang dan kebaikan di mana sahaja kita berada.
Akhirnya, sentiasa menuntut ilmu yang berguna untuk dunia dan juga akhirat, ajarkannya pada orang lain menyebarkan kebaikan.
Khairunnas anfa'uhum linnas
“Sebaik baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." - Ahmad dan Thabrani.
Nilai seseorang tidak diukur dari harta atau kekuasaan, melainkan dari seberapa besar impak yang positif dan kebaikan yang di beri kepada orang lain. Dan yakinlah, bila kita membantu orang lain, kebaikan itu seben arnya akan kembali kepada diri kita sendiri didunia dan akhirat.
Semoga usaha kecil yang kita lakukan setiap hari akan jadi saham kebaikan membawa berkat di dunia dan mendapat ganjaran yang besar di akhirat kelak.
Wa ila liqa'
Semoga nukilan bertarikh 7 Jun 2026 ini memberi manfaat yang berpanjangan kepada semua yang membaca.
Wallahualam
Barakallahufikum
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
*7 JUNE 2026*

Comments
Post a Comment