Khamis
Daari Jalan Suasana 1/2*#NCS @ 25 Zulhijjah 1447*
#Tetap memberi peringatan, Ia bermanfaat •Permata bagi orang yang beriman di kupas Ustaz Wan Jemizan di surau al Amin btho pada pagi sabtu 6/6/26. (PART 2)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam ketenangan kedamaian buat sesiapa yang sempat beradu mata dan minda disini. Ucapan istimewa ini kerana semalam diserang hendap percakaran dalam hati teruk berkocakan. Terimakasih Allah dengan ujian kerja kerja dunia, risau masa depan bila kedudu kan keewangan semakin meru ncing sehingga mengganggu keindahan rasa utk beribadah. Allahuakbar. Namun mujurlah Allah kuatkan semangat ini dengan cekalkan hati terus terusan beristighafar dan lawan rasa malas, terus duduki majlis ilmu bersama ustaz zul salleh tafsir al mulk - kisah nya bantuan Allah kepada nabi saw dalam pada mendepani musuh musuh islam. Maka, apalah san gat nya rasa gelisah yang tak tenteram dek overthinking hal berkenaan urusan dunia.
Surah At-Talaq, ayat 2-3: "Sesiapa yang bertakwa pada Allah (dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangan Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala masa alah). Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terduga oleh nya. Dan sesiapa yang berserah diri kepada Allah, nescaya Allah mencu kupkan (keperluannya)."
Daripada Umar alKhattab, sabda Rasulullah saw: "Seki ranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenarnbenar tawakal, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana Dia mem berikan rezeki kepada burung; keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan ia pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang."
Kerana di hujani resah lah saya rasai kehilangan tenang, jadi di seawal pagi ini dititipkan doa agar suatu ketenagan dan juga kedamaian buat semua.
Untuk sebuah ketenangan jom kita tambah lagi tenang melalui bacaan bahan yang baik baik…
•Permata bagi orang yang beriman di kupas Ustaz Wan Jemizan di surau al Amin btho pada pagi sabtu 6/6/26. (PT 2)
Rasullulah saw; awasilah ka mu, daripada duduk ditepi jalan, tanya sahabat; ya nabi saw kami terpaksa ada di tempat duduk kami dan kami berbual disitu. Nabi saw: Jika kamu tidak boleh nak tinggal
kan tempat itu, maka hendak lah kamu beri hak jalan. Tanya Sahabat : apa kah haknya. Nabi saw; tundukkanlah pandangan kamu. Cegah lah dari perkara yang menyakitkan. Dan Jawab salam. Menyuruh berbuat baik. Melarang kemungkaran.
•Jawab lah salam.
Jawab salam adalah wajib kerana ia nya doa dan satu ucapan ukhuwah. Sebab itu kita di sarankan memberi salam pada yang kita kenali dan juga kita tidak kenal. Ini suatu cabaran kepada kita umat akhir zaman kerana di hujung masa dunia, salam dah diabaikan. Sedangkan kita per lukan doa dari semua. Ingatlah sesiapa yang doa kan kebaikan pada seseorang lain, malaikat akan mendaokan doa yang sama pada pendoa itu. Indeed, memberi salam punyai banyak kebaikan, elak persengkataan kerana memulakan pertemuan dengan mendoakan kesejahte raan orang yang kita temui.
•Menyuruh berbuat baik.
Masyarakat yang baik bukan buat hal baik untuk diri sendiri saja tapi akan ajak juga orang lain berbuat amalan baik. Bila ada orang lain berbuat baik jangan kita jadi yang meng halangnya pulak.
•Melarang kemungkaran.
Ini adalah pair dari ajak kearah kebaikan kenalah pula larang kejahatan. Ini methodology dalam islam. Ini kerana ada yang ajak buat baik tapi tak berani cegah kemaksiatan. Of couse, melarang kemungkaran kenalah dengan cara hikmah, janganlah berkasar. Berhikmah dengan menyesuai kan dengan keadaan. Ambil la contoh kisah si badwi kencing dalam surau. Perbuatan mencegah ini bukan kerana kita membenci pada si pelaku, tapi kita benci pada maksiat nya. Pada masa yang sama jaga adab, jangan tegur depan orang ramai. Gunakalah kebijaksanaan dalam melarang kemungkaran.
“Kami di berikan amanat sam paikan pesanan ikut kadar ke mampuan manusia “ - hadis
#rukyah tinggalkan tabiat buruk
#rukyah untuk orang dirasuk dan bersilat - baca wal ya talatof; tepuk dia dan yakin bantuan Allah.
#Akhirulkalam
Kesulitan dunia yang semen tara ini merupakan proses tarbiah daripada Allah untuk mendekatkan lagi diri hamba Nya kepada Nya. Teruskan istiqamah duduk dalam majlis ilmu walau datang tahap malas yang gaban sekalipun dan juga sentiasa mohon kelapangan dada dan ketenangan dari Nya.
Wallahualam
Barakallahufikum
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
*11 JUNE 2026*

Comments
Post a Comment