Jumaat
Terowong Pencala waktu Dhuha*#NCS @ 26 Zulhijjah 1447*
#Tetap memberi peringatan, Ia bermanfaat •Ustaz burhanudin Helmi - mlm Jumaat di surau al amin
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Jumaat terkakhir bagi 1447 yang penuh barakah dan keinsafan. In shaa Allah kalau panjang umur bertemu lagi Penghulu segala hari ini di tahun baru nanti. Pastinya apa yang berlalu itu akan dirindui samaada manis atau pahit. Jadikan lah ia teladan dan sempadan membina semangat baru menuju Illahi kerana umur tak akan berkurang. Malah ber tambah. Berkat semangat baru itu akan bertambahlah juga rah mat dan redha Allah. Ingat lah, mati itu pasti yang tidak pasti bila akan terjadi nya mati. Ber sedialah selagi hidup, bina lah rumah bahagia di akhirat dari susunan batu bata kehidupan dunia.
“Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah disediakan (dari amal-amalannya) untuk hari esok (hari akhirat)." (Surah alHasyr: 18)
Peringatan Rasulullah SAW: "Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan (kema tian)." ( at-Tirmizi)
Setiap detik yang berlalu ada lah peluang untuk menambah amalan soleh, dan ia tidak akan sia sia di sisi Allah swt.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah. Berlalu khamis semalam, berjuang pertahan kan iman itulah yang termanis. Gagah kan tunaikan yang wajib penuh usaha. Dari subuh berje maah, bergelut zohor dan asar selesai kannya sendirian. Mac am macam perancangan ; ahh irnya, berkat melawan kemala san, Allah swt hadiahkan magh rib dan isya ber jemaah, ada pula jamuan makan sempena puasa khamis di surau al amin. Mewah dengan sup gear box nya. Paling bersyukur, dapat duduk juga seketika menden gar kulliyah. Dan menutup malam dengan almulk dan ba’diyah isya.
TERIMAKASIH ALLAH ; moga adalah kelebihan menyayangi Mu dan mentaati Mu.
Duduk seketika dalam majlis ilmu malam tadi bersama ust Burhanudin; dapat lah sebaris kata katanya, dan dari situ di bina suatu peringatan untuk kita semua. Terimalah bacaan baik utk kita walaupun hanya picisan.
•Ustaz burhanudin Helmi - mlm Jumaat di surau al amin
“Kami dengar dan kami taat, di panggil azan bersolat jemaah akan cuba berusaha untuk tunaikannya. Zaman para sahabat jika tak tunai kan solat berjemaah pasti akan terasa malu untuk bertemu dengan sahabat lain” - Ust Burhanudin Helmi di surau al amin malam tadi jam 828 malam.
Membawa pada kupasan:
Keimanan para sahabat saw dalam menjaga solat berje maah mencerminkan prinsip utama Sami'na wa Ata'na (Kami dengar dan kami taat). Bagi mereka, tertinggal solat berjemaah di masjid bukan sekadar kerugian kecil, malah dianggap sebagai satu musi bah besar dan tanda kelema han iman yang amat memalu kan.
Ini kisah kkisah spesifik perjuangan para sahabat dalam memelihara solat berjemaah untuk dijadikan teladan:
1. Abdullah Ummi Maktum: •Sahabat Buta yang Tiada Keizinan Cuti
Seorang sahabat yang cacat penglihatan (buta). Rumah beliau sangat jauh dari masjid, jalan raya bandar Madinah penuh dengan pohon kurma serta batu batu tajam, dan tidak ada penunjuk jalan yang tetap. Beliau bertemu nabi saw meminta keringanan (rukhsah) untuk solat saja di rumah. Nabi saw bertanya, "Adakah kamu mendengar laungan azan?". Beliau menjawab, "Ya." Nabi saw bersabda, "Maka sahutlah (datanglah ke masjid), aku tak mendapati adanya keringanan bagimu." Walaupun buta dan tanpa pembantu, beliau tetap merangkak dan berjalan ke masjid setiap hari demi menya hut seruan azan.
1. Isyak Berjemaah Saidina Umar bin alKhattab yang Terlepas
Saidina Umar ialah seorang yang amat tegas dalam urusan ibadah. Pada suatu malam, Umar terlewat untuk hadir ke masjid bagi solat Isyak secara berjemaah kerana sibuk meng uruskan beberapa urusan pen ting umat Islam. Apabila men dapati para sahabat lain sudah selesai menunaikan solat ber jemaah, beliau berasa teramat sedih, menyesal, malu. Sebagai bentuk denda (kafarah) atas dirinya sendiri kerana terlepas fadhilat tersebut, Umar menca mbuk dirinya dan menghidup kan seluruh malam itu dengan solat sunat tanpa henti sehin ggalah terbit fajar subuh.Kehil
angan satu solat berjemaah dirasai seperti hilang harta dunia yang paling berharga bagi para sahabat.
1. Saidina Uthman bin Affan: Mengira Langkah ke Masjid
Uthman Affan terkenal dengan sifat pemalu dan sangat men cintai masjid. Walaupun dalam keadaan sibuk menguruskan perniagaan dan urusan khila fah, solat berjemaah tetap menjadi keutamaan tertinggi.
Beliau sentiasa memastikan dirinya berada di saf hadapan. Uthman pernah berkata beliau menghafal setiap langkah kaki
nya menuju ke masjid. Beliau sengaja berjalan langkah yang kecil demi memperbanyakkan pahala ganjaran setiap langkah menuju ke rumah Allah. Setiap cabaran fizikal atau jarak ke masjid ditukar jadi peluang pelaburan akhirat yang lumayan.
1. Sikap Komuniti Sahabat Terhadap yang Meninggalkan Solat Berjemaah
* Abdullah bin Mas’ud : Beliau menceritakan realiti zaman tersebut: "Sesungguhnya kami dahulu melihat (pada zaman para sahabat), tiada yang meninggalkan solat berjemaah melainkan seorang munafik yang telah diketahui kemunafi kannya."
* Saling Menziarahi Kerana Musibah: Apabila ada sahabat yang tidak kelihatan di masjid semasa solat berjemaah tanpa uzur syar'i, para sahabat lain akan segera datang menzia rahi rumahnya. Mereka bukan sahaja mahu bertanya khabar, malah menganggap individu tersebut sedang ditimpa mus ibah iman yang besar dan per lu dibantu.
Semoga dengar dan taatnya kita akan di balas di sana. Lawanlah nafsu kita, juga kemalasan kita.
#Akhirulkalam
Semoga kita semua diberikan hidayah, taufiq, dan panjang umur untuk terus beribadah dan terusan mendapat rahmat dan keampunan Nya
Selamat menanti lembaran baru dalam Islam!
Wallahualam
Barakallahufikum
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
*12 JUNE 2026*

Comments
Post a Comment