Posts

Showing posts from April, 2020
*8 RAMADHAN 1441 H, PKP HARI KE 45* - Usrah Keluarga : Ramadhan & COVID 19  - Baiti Jannati ! Assalamu’alaikum ••• Salam Jumaat, Salam Ramadhan, Salam Pkp... Dalam keadaan berbeza  menyambut Ramadan tahun ini ekoran wabak COVID 19, ia tidak menghalang umat Islam tunaikan rukun Islam ketiga dlm suasana normal baharu. Hari jumaat tetap tidak berubah “value” akan kemuliaan nya walaupun tanpa solat jumaat. Dan kami seisi keluarga pun tetap meneruskan acara bulanan kami - Usrah. Cuma isi programnya diubah dgn hanya membaca Hadis 40, pengisian dgn tajuk- covid 19 dan Ramadhan dan di akhiri dengan Open Mic - semua ahli kongsikan satu pengalaman atau pendapat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Anak anak masing2 faham betapa besar hikmah dan nikmat Allah berikan disebalik “Ramadhan dalam PKp”. Ramai ahli saya terkesan dengan majlis zikir setiap kali lepas solat, dapat solat dengan khusuk dan anak yang hafiz pula terasa damai jadi imam terawikh kali ini - kurang tekan...
*Pkp 44, Ramadhan 7* Kuliah On Line: Konklusi kepada Kejatuhan Kerajaan Uthamniyyah. Al Fatihah untuk Sultan Abdul Hamid 2. Assalamu’alaikum.. Salam hari ke tujuh di bulan Ramadhan. Dah jadi macam hari hari utk PKP juga dah. Berlalu laju cepat. Sedar sedar kita akan menyambut hari raya Aidil Fitri. Begitu masa sekarang relatively ia cepat berbanding dengan dulu tapi perkiraan saat, tidak pernah pun berubah tetap sekali pejam dan celik adalah sesaat. Tak tahulah pulak bagaimana kah pula keadaan kecepatan ini akan berlaku lagi sepuluh tahun. Apa pun hal hal ini semua bersifat umum bertujuan  memberi peringatan supaya kita sentiasa bersedia bila bila masa dengan apa jua perubahan dunia. Semuanya dalam ilmu Allah. Lebih baik kita bersiap drpd sekarang untuk kiamat kecil dulu kerana saat mati boleh berlaku bila2 masa sahaja daripada sekarang. Merenung masa depan yang kita sudah tahu perjalaanan nya, kita di tinggalkan untuk laksanakan semua “step” persedian sahaja. Utk dija...
*Pkp 43, Ramadhan 6* *Syahdu bila tahu Ustaz Ebit Liew di benarkan bergerak semula sepanjang PKP.. Assalamu’alaikum.. Syahdu juga dinihari hari ini, walaupun belum memula kan gerakkerja yg sepatut nya tapi terasa tenang dan damai. Walaupun diri tak pernah lepas berdosa tapi mungkin ada doa dari mana mana saudara mara sahabat sahabiah yang mendoakan untuk saya, hingga hadir rasa sebegini. Jazakumullah khair pada yg mendoakan. Atau mungkin hati tersentuh dgn bebasnya Ustz Ebit Liew ke persada medan dakwah utk terus membantu yang kurang bernasib baik takdirnya. Mungkin.. Walaupun saya bukan sebaris dengan Ustaz Ebit Liew, malah jauh sekali tapi dapat saya rasakan apa yg dia buat itu sebenarnya utk menunjuk jalan pada yang mampu agar menurunkan sebahagian yang mereka ada untuk membantu pada yang memerlukan. Soal hendak menunjuk ke atau ikhlas ke, biar lah Allah yang adili. Tapi kalau perkara itu positif, kita ambil dan fikirlah positif. Saya tak bercadang untuk share hadis dan m...
Assalamualaikum. *33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran.* Ramai di kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Qur'an berniat semata² untuk pahala dan masing² kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Qur'an, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yg dia niatkan ketika membaca Al-Qur'an. Ini sebagaimana yg disabdakan oleh Rasulullah saw; _“Sesungguhnya setiap amal yg dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorg akan mendapat (hasil amalnya) apa yg dia niatkan.”_ فالقرءان منهج حياة  تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها _Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulamak untuk mendapatkan keuntungan_ Dari 2 prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dgn beberapa dari niat² ketika membaca Al-Qur'an, antaranya tujuan & niat; 1. Belajar & beramal; (اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به) _Saya niat membaca Al-Qur'an ini ...
*PKP 42, RAMADHAN 5* - Tulisan Picisan Pagi : Natijah dari Salah satu aktiviti ketika PKP: Baca Tafsir Ibnu Kathir. Assalamu’alaikum... Alhamdulillah. Selamat melalui sebuah lagi hari bersejarah dlm kehidupan semalam. Ber”Ramadhan” dalam “pkp”. Saat terawikh yg akan tersimpan dalam “tawarikh” hidup kita semua. Walaupun tidak sehebat mana tapi amat bersyukur setidak tidak nya niat untuk khatam al quran sebelum 15 Ramadhan is “on good track”. Malam tadi dah masuk ke juzuk ke 9, kami beramai ramai habis kannya. Surah Al anfal :40 وَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَوْلَاكُمْ ۚ نِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ “Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti dari menceroboh) maka ketahuilah bahawasa nya Allah Pelindung kamu; Dialah sebaik2 Pelindung dan sebaik baik Penolong (yang menyelamatkan dan menjayakan kamu)” Inilah ayat terakhir untuk Juzuk 9. Kalau Ramadhan sebelum ini, kami anak beranak jarang dapat tadarus bersama kerana biasanya saya ...
*27th April: Entering 4th Ramadhan & 41st Day of CMO...* - Anniversary of 27th April 1909. Assalamu’alaikum... Meneruskan kehidupan di bulan mulia dgn tribulasi nya  COVID 19, banyak sekali ia nya merubah kehidupan. Dalam bab pengajian atau kuliah sendiri pun, ramai assatizah memilih kuliah secara on line atau live melalui FB sebagai satu kaedah menyalurkan ilmu. Sekaligus, meneruskan kerja kerja dakwah mereka. Saya ada mengikuti Live FB ustaz ustaz ini, dan diantaranya adalah ustaz Abdul Mu’izz Muhammad. Sahabat sahabiah boleh menaip namanya di untuk mengikuti kuliahnya.. Dan hari ini adalah sebenar nya hari ulangtahun ke 101 tarikh rasmi akan kejatuhan kerajaan Islam Othmaniah di Turki yang ketika di bawah Sultan Abdul Hamid ke 2. Tapi kejatuhan secara TOTAL kerajaan othamniah ialah pada 3 March 1924. Mana tarikh yang perlu kita gali, samaada dah cukup 100 tahun atau tidak kalau ikut tahun masihi selepas peninggalan kerajaan Islam terakhir ini, itu satu perkara khil...
*Ramadhan 3, PKP 40* PKP: Di pandang Dari Satu pandangan Lain: TASAUF. Assalamu’alaikum.. Subhanallah. Tup, tap, tup tap, malam tadi dah malam ke tiga, berterawikh dengan ahli keluarga. Walaupun ada rindu pd kebiasaan selalu, tapi terasa puas menjadi imam solat isya’ dan witir. Si anak yang Al hafiz pula jadi imam solat sunat terawikh. Mengah juga dia kalau saya biarkan dia jadi iman dari isya’ hingga witir ( seperti  malam pertama). Di hujung witir selepas zikir panjang yang mendayu, berdoa sepuas puas nya dalam bahasa ibunda, anak anak dan isteri pun ikut faham apa yg di minta pada Allah. Akhiri malam malam bulan  Ramadhan, kami sudahi dgn tadarus Al Quran 2 juzuk bersama sama. Mana yang lebih baik dari malam malam ramadhan tahun sebelum? Itulah kalau di lihat dalam kacamata tasawuf, PKP  dipandang dari satu sudut pandang lain. Ini adalah kerana salah satu ciri kaum sufi adalah berprasangka baik kepada Tuhan. Mari lihat dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ya...
*Ramadhan 2, Pkp 39* Picisan pagi: Ramadhan bersama COVID 19: Rindu pasti mencengkam lagi.. Assalamu’alaikum... Walaupun malam tadi adalah malam ke 2 kita semua berterawikh, tapi malam tadi baru saya mula merasai seolah2 kehilangan sesuatu, atau lebih pada kerinduan. Berjuta2 penduduk rantau ini juga merentasi seantero dunia, terpaksa berkurung akibat penularan wabak COVID 19. Malah, sudah lun ada negara yang telahpun mengistiharkan yang raya aidilfitri pun hanya akan di adakan di kediaman masing masing.. Maka, sebagai sifat manusia ada juga hati hati yang sedih menangis, rindukan untuk berjemaah solat terawikh dan rindukan pertemuan rakan seagama. Inilah satu “pertunjukan” hebat dari Allah kpd sekalian manusia bukan saja sekalian orang yang beriman. Sehinggakan beberapa minggu kebelakangan ini menyaksikan Tanah Suci Makkah lengang jika ianya berbanding keadaan biasa selama ini yang lazimnya dipenuhi puluhan juta jemaah dari seluruh dunia. Malah, berebut utk datang berpu...
*1st Ramadhan,38th RMO* PESANAN UNTUK AHLI KELUARGA NCS UNTUK RAMADHAN VERSI PKP. Assalamu’alaikum... Ramadhan Al mubarak 2020, semoga terkeluarnya kita nanti dari Ramadhan untuk kali ini di temani pegampunan dari Illahi. Termaktub dalam sejarah Islam, Ramadhan kali ini disambut dengan semua ibadah di lakukan di rumah. Malah, sudah pun menjadi bahan sejarah ketamadunan manusia. Sama sama kita tunggu apa kesudahannya disebalik COVID 19. Namun, dengan berbezanya Ramadan kali ini, berpuasa ketika menjalani tempoh PKP, banyak perkara yang membentuk umat Islam. Semoga kita mengambil peluang berpuasa dan beribadah dengan lebih bermakna kerana banyak perkara yang mensia2kan ibadah puasa dihindari. Pd masa yang sama banyak aktiviti sunnah sebelum ini yang tak dapat di buat dapat di buat kali ini tanpa ada sebab yang boleh membatasinya. *PESANAN SAYA PADA AHLI KELUARGA SAYA* Malam tadi, sebelum solat terawikh pertama bermula, saya sempat adakan satu “breifing” kepada ahli keluarga...
*Salam Ramadhan Kareem to All Muslim, forgiven and please forgive - on 37th Day Of CMO* KISAH Harut dan Marut. (Bahagian 2) Assalamu’alaikum... Wahh.. sayu, sayu hati bila pagi ini mula menyedari bahwasanya doa singkap sepanjang Rejab Sya’ban di makbulkan Allah. In shaa Allah, kita memasuki bulan yang penuh kehebatan dan juga kemuliaan. Seusai solat maghrib malam nanti, siap siaplah kita utk memulakan solat yang tiada di bulan lain. Indeed, kali ini kita meraikan kehadiran bulan Ramadhan dengan penuh istimewa bila (kebanyakkan) ahli keluarga ada bersama, betapa besar nikmat PKP disebalik COVID 19. Kerana itu rasa pertama yang di ajar Allah ketika di datangi ujian adalah rasa redha pada apa jua takdir dariNya. In shaa Allah, akan datanglah satu persatu hikmah disebalik nya. Disini saya nak mengambil kesempatan nak mohon maaf sempena Ramadhan al mubarak kali ini. Sekejap senang, sebentar susah kini dalam PKP lagi kita raikan bulan Ramadhan. Selamt berpuasa yaaa...Mohon maaf lahir d...
*Hari ke 36 PKP Covid 19* - SELONGKAR AYAT 102 AL BAQARAH : HARUT MARUT SI MALAIKAT DI MURKAI.. [Bahagian 1] Assalamu’alaikum... Saat ini seluruh dunia dalam berduka. Lebih dari satu juta telah terkena jangkitan virus corona, dan ribuan pula dah meninggal dunia. Semua berdiam diri dalam rumah untuk cegah wabak ini. Semuanya seakan tidak peduli lagi apa yang terjadi di luar rumah. Namun, sangatlah untung pada hambaNya yg tetap setia mengerjakan ibadat di sepertigamalam. Apatah lagi di ketika di uji dgn COVID 19 sebegini, pasti doa mereka dlm perhatian Nya. Jom kita ikut jadi geng tegar bangun malam ini, mudah2an Allah bertambah sayang semua umatnya lantaran semuanya merayu merintih di waktu yg amat mustajab doanya... “Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjat kan doa pd Allah berkaitan dgn dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yg ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Muslim 757) Semog...
USIA 50-70 TAHUN, TIDAK DITERIMA ALASANNYA "Allah Swt tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50-70 tahun". (Hadith Riwayat Bukhari). Al-Khattabi berkata : "Maknanya, Orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 50-70 tahun tidak diterima lagi keuzuran atau alasan, Karena usia itu merupakan yang dekat dengan kematian. Maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, Beribadah dengan khusyuk, Dan bersiap2 bertemu Allah." (Tafsir al-Qurthubi). Fudhail bin Iyadh berkata,: "Berarti sudah 50-70 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, Sekarang hampir sampai. Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, Lalu akan diampuni dosa2mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, Kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus!". Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 55-70 tahun. 1). Jangan berlebihan berhias, bersolek, dan berpakaian. 2). Jangan ber...
NASIHAT EMAS DARI IMAM SYAFI'E 1. "Bila kau tak mahu menanggung penatnya belajar, maka kau akan menanggung pahitnya kebodohan" (Imam As Syafi'e) 2. "Jangan cintai orang yg tidak mencintai Allah, kalau Allah pun dia tinggalkan, apalagi kamu" (Imam As Syafi'e) 3. "Siapa yang menginginkan husnul khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia" (Imam As Syafi'e) 4. "Doa di kala tahajud ibarat panah yang tepat mengenai sasaran" (Imam As Syafi'e) 5. "Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat" (Imam As Syafi'e) 6. "Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu" (Imam As Syafi'e) 7. "Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang di tenun" (Imam As Syafi'e) 8. "Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tangan...
Billy Joshua Chew The Chinese Dilemma - YE LIN SHENG YE LIN SHENG pemegang PhD, Penulis buku THE CHINESE DILEMMA. Kalau tak sempat baca bukunya, baca dan sebarkanlah rumusan bukunya seperti berikut... APA PENULIS KATA BERKENAAN CINA: 1. Pandangan ini adalah dari Ye Lin- Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di: - Malaysia, - Hong Kong, - Australia, - Thailand, - Singapura, -.Britain dan - Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysia lah yang paling : - tidak bersyukur, - kejam, serta - mengkhianati perjanjian ataupun - tidak mahu rujuk perlembagaan Malaysia Dalam buku Ye Lin- Sheng The Chinese Dilemma - East West Publishing, Australia, 2003, Ye Lin- Sheng menulis: 2. Pengiktirafan orang Cina: "Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang- orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap...
*الثلاثاء, hari ke 35, PKP* Ibrah Sepanjang Zaman dari kisah Nabi disihir... Assalamu’alaikum... Melewati setiap hari dalam tempoh Pkp ini, menberi peluang pada kami anak beranak melepasi satu persatu tafsir ayat ayat alquran yang kami dah khatam banyak kali. Tapi kali ini, dengan setiap dibaca tafsir ibnu kathir, walaupun baru mencecah ke ayat 98 Al Baqarah, amat terasa akan kehebatan Al Quran. Benarlah kami bersaksi bahawa alquran hendaklah ditadabburi dengan hadis hadis nabi saw. Terimakasih Allah memberi peluang untuk kami, dan ini lah salah satu hikmah Pkp. Pada masa yang sama juga menberi peluang anakda kami yg satu2 nya al hafiz persiapkan diri berdepan dengan Diploma Al Quran dan Sunnah nya di KUIS nanti. Mohon doa dari semua anak ini bakal meneruskan legacy moyang kami sebelah ayah - Tuan Guru Awang Sungai - yang suatu ketika dulu pernah menjadi guru agama dan pelindung penduduk tepi sungai Salor ketika zaman Jepun ... aaaminn. Meneruskan penulisan pagi ini, saya cuma...
*ISNIN, sittatun wa ‘iysruuna Sya’ban 1441*- RMO Ke 34. •Jaga Pemakanan semasa Pkp Dan kisah Nabi Saw di racuni wanita Bani Israel. Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah. Jantung ada di tahap yang masih baik, risau juga selaku antara orang orang membawa dawai kasa (stenting) di dalam salah satu saluran nya, terutama bila berada dalam PKP. PKP, PKP juga -tapi duduk rumah, kena jaga makan, jangan makan ikut sedap saja. Aktiviti Exercise dah kena control. Dah dua kali , dah kena - sekali, HELI datang tinjau tempat kami basketball. Kali kedua, polis bermotor datang; dgn takdir Allah, masa tu kami anak beranak dah selesai main. Terus di warning si Guard Taman : “kalau ada yang main kat court tu, saya datang tangkap terus. Jogging pun tak boleh..” katanya. Nak berpeluh dengan hanya Berkayuh setempat ataupun “portabe sauna”, berapa lama boleh bertahan. Apa2 pun, Pesanan utk diri sendiri, pastikan makanan diambil pd kadar yg sesuai ikut diet yang seimbang. In sha Allah, moga diet musim PKP...
*🕋Assalamualaikum* *MUTIARA QURAN HARI INI* *Allah SWT Berfirman* Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? *(Ar-Rahmaan 55:49)* Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; - *(Ar-Rahmaan 55:50)* Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. *(Ar-Rahmaan 55:51)* Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). *(Ar-Rahmaan 55:52)*
_*~ NURANI ~*_ _*- Manfaatnya Diam..*_ _Pesan Nabi saw kepada Saidina Ali ra ;_ _يَا عَلِيُّ : رَأْسُ الْعِبَادَةِ الصُّمْتُ إِلَّا مِنْ ذِكْرِ اللهِ_ _Wahai Ali : Pangkal ibadah adalah diam, kecuali zikir kepada Allah. (Kitab Washiyatul Mushthafa lil Imam Ali, halaman 14)._ _Seorang cendekiawan mengatakan, bahawa diam itu mengandung 7000 kebaikan dan semuanya itu dirangkum dalam 7 kalimat, yang masing-masing kalimat mengandung 1000 kebaikan. Ketujuh kalimat itu adalah ;_ _1.  Diam itu merupakan ibadah tanpa susah payah._ _2.  Diam itu merupakan perhiasan tanpa emas permata._ _3.  Diam itu merupakan kewibawaan tanpa kekuasaan._ _4.  Diam itu merupakan benteng tanpa pagar._ _5.  Diam itu merupakan kekayaan tanpa merendahkan orang lain._ _6.  Diam itu merupakan istirehat bagi malaikat pencatat amal._ _7.  Diam itu merupakan penutup aib._ _Ada yang mengatakan, bahawa diam itu merupakan hiasan bagi orang yang pandai dan sebagai tirai ba...
PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA *Bacalah pesanan in dengan mata dan hati* *Jahat atau baik kita..* *solat jangan ditinggalkan.* *Solat bukan sebab kita baik.* *Solat sebab perintah Allah.* *Solat kita adalah lambang kehidupan kita...* *Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...* *NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.* *Jika tidak, sudah pasti gunung yg hendak ditukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...* *Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....* *Kalau dah mati...* *Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..* *Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...* *Sedekah masa hidup itu bonus...* *Ilmu yg di kongsi itu bonus...* *Sehebat mana pun kita...kita tetap akan mati....* *Sehina mana pun kita...kita tetap akan mati...* *Takut mcm mana pun dengan mati...tetap akan mati...* *Berani mcm mana pun ...tetap akan mati* *Sayang Macam mana pun kita dengan Kehid...
Point to ponder... Who would have believed that the Italian delegation present in Somalia whose residents permit ended, have refused to return to Italy and asked the Somali government to renew their residency. Who would have believed that the Somali Prime Minister left Somalia to live in Britain after the end of his rule fearing for his life. He died yesterday in Britain from the Coronavirus. Who would have believed Trump's separation wall between America and Mexico to prevent illegal immigration of Mexicans. Now Mexico is currently closing it and rejecting American immigrants coming to their country. Who would have believed just two months ago, Spain was suffering from illegal immigration boats coming to it from all the countries of Africa through Morocco. Currently the boats sail the opposite, illegal immigration boats carrying Spanish immigrants trying to enter Morocco. Who would have believed the strongest army and the strongest economy in the world are in fear. Allah ...
*TULISAN HARI KE 28 PKP*~ Sharing Is Caring. •Bani Isreal dan Nikmat Nikmat TAPI tetap kufur. [Bahan Bacaan Dlm Musim COVID 19 - Kitab Tafsir Ibnu Kathir] Assalamu’alaikum.. Salam dhuha, salam PkP hari ke 28. Semoga semua ceria aktiviti hebat masing2. Jangan lupa yang wajib.. Tahniah pada yg berjemaah subuh seawal waktu solat bersama ahli ahli keluarga dan meneruskannya dengan zikir (termasuk membaca al quran) sehingga terbit mentari. Diikuti, akhirnya dengan solat isyrak dan juga dhuha. MUBARAK ALAIKUM..! Di sebalik mengurungkan diri, banyak perkara juga yg kita kecapi. Semoga akan bertambah berisi dengan ilmu ilmu Allah utk di jadikan amalan dan panduan untuk kita semua tempohi masa depan. Terutama dgn fitnah fitnah akhir zaman. Fitnah di akhir zaman ini, Allah akan di bukakan seluas langit. Jadi, bersiap siagalah kita dengan segala ilmu dan panduan untuk meraih kedudukan yang terbaik berdepan dgn “filteration process” demi “filteration process”. Do not take it for grante...