Posts

Showing posts from January, 2020
*Bicara Musafir tamat permusafiran. [Bersama Sama ini ada sekeping nota kuliah ustaz Syukri Omar]* Assalamu’alaikum... Kembali semula ke tempat permastautin malam tadi jam 10 malam, menandakan tamatnya status Musafir. Agak lewat keluar dari Forest City Golf Resort, hinggakan solat musafir ditunaikan dalam X70 saja. Tapi doanya tidak kurang.. mohon yg jauh didekatkan, jika ada musibah tertulis di loh mahfuz, mohon tukarkan jadi kebajikan.. Semoga semua yang telah diusahakan untuk menjadi perjalaanan ini sebagai sesuatu yang bermanafaat dunia dan akhirat, diterima si Dia yang Berkuasa... Diniatkan perjalanan kerana Ukhuwafillah, mengelak dari perkara syubhah apalagi maksiat, perbanyakkan zikir dengan bantuan audio kenderaan, perbanyakkan beramal dgn sunah sunah asas nabi saw, stay “tune to azan” terutama subuh.... Malah, macam macam kita boleh buat, jika kita sentiasa ingat kepada si Dia.. Dan sesungguhnya itulah sebahagian demostrasi syukur dan terimakasih nya ke hadrat Nya ...
*Hari Jumaat Hari Mulia: sesungguhnya segala kehebatan dan kemuliaan adalah milik Allah. Sharing is Caring: kata kata Ustaz Halim ( AMALAN SEDIKIT TAPI PAHALA BANYAK)* Assalamu’alaikum... Salam Jumaat. Hari yang penuh kemuliaan, semoga kemuliaan itu menjadi satu anugerah untuk kita raih dari Allah swt. Jom kita buru kemuliaan mengikut piawai Islam dgn tidak melanggar batas syarak. “Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah lah segala kemuliaan ” - sebahagian ayat 10 Fatir. Pagi ini kita mulakan susun atur langkah kita dgn satu niat - memperjuangkan kalimah toyibah, ‘tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya” Gunakanlah kesempatan yang ada di dalam hari junaat ini kerana didalam hari Jumaat banyak amalan amalan yang walau di buat sedikit tetapi pahalanya banyak. Untung juga malam tadi. Selepas hampir 3 hari tak berkuliah di Surau Al Amin, malam tadi dap...
Tinggi dan banyaknya ilmu memang tidak menjamin seseorang menjadi soleh. Tapi keindahan akhlak, kejernihan akal dan kesucian hati jauh lebih mulia dan lebih di senangi di hadapan Allah Ta'ala. (Habib Quraisy Baharun)
*Menulis untuk pahala* - JANGAN BERKIRA DENGAN ALLAH.. Assalamu’alaikum Salam pagi sabtu buat semua.. selamat bercuti! Dah jadi satu kebiasaan untuk saya menutup dinihari sebelum azan subuh, dgn “bersahur” kata kata. Saya nikmati setiap gerakan jari mengetik Iphone. Semua nya untuk ummah, semoga semua tersentuh seawal pagi hingga rasa bahagia. Begitulah setiap hari, antara “pena” dan pagi. Harapan nyata, semuanya spt satu sedekah buat semua.. Untuk saya secara peribadi, mencipta tulisan sepertinya mengisi air ke dalam gelas. Jika terus dan terus maka gelas pun penuh. Begitulah tulisan tulisan ilmu jika terus dan terus dilakukan maka fikiran tak kan kosong. Dek kerana selalu terisi dengan rangkaian kata dari ilmu ilmu agama yang mengandung makna. Inilah yang akhir nya akan berubah menjadi satu tenaga positif yang selalu nya menyemangati raga utk jadi setia pada yang Esa. Biar pun saya bukanlah “baik sangat” disisi Allah. Terasa rasa menulis seperti  nafas alam. Getaran jar...
*Suntingan Pagi oleh sang musafir - pengisian terakhir dari nota kuliah ustaz Najib Taha* Assalamu’alaikum... Salam dari selatan Tanah air. Alhamdulillah. Perjalanan kita teruskan, walaupun apa jua perasaan yang singgah di benak hati pagi ini. Dan hakikat perjalanan hidup ini ianya akan terhenti suatu masa nanti. Tiada siapa tahu sudah sejauh mana dia sudah “berjalan” dalam kehidupannya tapi mati itu pasti. Semalam, sekembali dari Temerloh beradu semalam di Seri Minang sambung lagi permusafiran ke selatan pula. Bertamu di Somerset JB, sempena meraikan ukhuwah rakan taman BTHO di Forest City. Alhamdulillah. Semoga ada kebaikan dari permusafiran singkat ini lagi. Untuk memastikan setiap kali bermusafir, ada suatu kebaikan yang di raih, kita berdoalah buat saudara mara dan sahabat sekalian. Dan teruskan istiqomah dgn beramal dengan sunnah2 nabi meskipun dlm musafir. Jangan tinggalkan subuh berjemaah di rumahNya kerana mungkin untuk zohor dan asar serta isya” dan maghrib kita pe...
*CORONAVIRUS: ZAHIR DAN BATIN. Di kepil bersama Sambungan Nota Ustaz Najib Taha. - Kelebihan Istighfar* Assalamu’alaikum.. Kelam kabut seluruh negara berdepan dengan Isu virus Corona. Sampaikan ada juga group whatsapp terus “tersumbat” dengan cerita yang sebahagian besarnya adalah “tidak pasti” dan ada juga “yang tidak benar”. Sama sama kita lihat apa yang berlaku dengan mata hati, bukan bermakna duduk diam tak berbuat apa apa. Dongak ke langit, lihat lah betapa jauh langit payungi  dunia. Gerangan kuasa apa kah yang nenahan langit dari jatuh “membaham” bumi. Itulah kuasa yang kita nak kena sedar kerana yang itu benar benar berkuasa. Sepeti biasa, apa yg berlaku juga mungkin sebahagian adegan “mungkin Tuhan mulai bosan, melihat tingkah laku kita”. Ada yg menyeksa bangsa sendiri dek kerana agama berbeza, yang di luar sana pula mengaku sama agama tapi tidak berusaha hatta sekelumit doa cuma. Akhirnya, kedua dua di kejar bencana. Bencana Corona. Nak salahkan siapa, satu mem...
*Hasil Usrah keluarga NCS malam tadi - nota kecil dari ustaz Aizudin* Assalamu’alaikum... Bayu pagi bertiup lembut di luar sana, walau cuaca panas sampai ke malam. Butir butir kecil air yang terkondensasi dari mana entah, ianya menyegarkan suasana. Itulah suasana dinihari di khatulistiwa. Tidak sejuk sangat tapi nyaman. Tadi, sebaik saja bangkit dari tidur yang lena, mati yg sementara, sekujur tubuh bangun memulakan rutin harian: bernafas dan bergerak, seperti semalam. Alhamdullilah. Itulah nikmat dari Nya. Namun tiada yang lebih bernilai daripada nikmat Islam dan Iman. Setiap hari minimum 17 kali dalam solat lima waktu kita mintak kepada Allah nikmat iman dan Islam, setiap saat kita meminta hidayah pada Allah. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. “Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.” Bila sebut nikmat dan hidayah, tidak ada nikmat yang lebih besar daripada nikmat hidayah, hidayah terbesar pada kita adalah iman dan isla...
📝 *PESAN IMAM SHAFIE : 10 HAK* Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara: *1. Hak kepada diri* iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. *2. Hak kepada Malaikat maut* iaitu mengqada’kan segala kewajipan yang tertinggal dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t. *3. Hak kepada kubur* iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. *4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir* iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat. *5. Hak kepada Mizan* iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhl...
*KISAH SITI SARAH CUBA DIPERKOSA OLEH RAJA MESIR* - KHAS UNTUK PARA MUSLIMAT. Ilmu untuk di amalkan. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Salam subuh dan selamat pagi jumaat yang berkah. A vey Good Morning on this very special day... Semoga dlm Rahmat Allah dipermudahkan segala urusan hari ini, dibukakan pintu2 rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah Swt.. Insyaallah. Doa terindah dan terbaik dr saya buat semua sahabat sahabiah semua... Pagi mulia sebegini, saya nak share satu kisah tentang Nabi Ibrahim as dan isterinya Siti Hajar ketika bertemu dengan raja mesir yang sukakan isteri orang. Ianya adalah ter”inspired” dari satu kuliah maghrib oleh ustaz Dr Mahyudin. Kisah ini ada diaebut dalam hadis Imam alBukhari (2217). Rasulullah saw bersabda, ‘Ibrahim tidak pernah berkata dusta, kecuali tiga kali, semuanya terkait Dzat Allah; kata kata Ibrahim tika diajak menyembah berhala berhala kaumnya, katanya: ‘Sesungguhnya, aku sakit,’  (Ash-Shaffat: 89), dan kata kata Ibr...
*CITA CITA DUNIA DAN AKHIRAT* - diikuti salah satu sifat ahli syurga ( Ustaz Mohd Khair) Assalamu’alaikum... Salam sejahtera salam dunia buat semua warga net... Bangkit pagi ini, kita semua terus meneruskan cita cita dunia - senang dan bahagia dan cita cita akhirat - syurga abadi. Itulah maknanya utk sebuah kehidupan. Tetapi dlm banyak banyak makna kehidupan yang di tafsirkan, ianya menjadi tak bermakna, tanpa ilmu, Iman dan Taqwa. Orang senang belum tentu hatinya tenang, orang susah belum tentu hatinya gelisah. Ilmu dan amal membawa pd iman dan taqwa pasti boleh merubah segala. Tinggal lah kita untuk merealisasikan.. Biar jiwa tenang, hati damai. Kita tak mampu mengubah hati orang lain berbaik sangka dgn kita, Tapi kita boleh mendidik hati kita untuk berbaik sangka dgn orang lain . Pesan Ustaz Pahrol. dalam satu rancangan Radio IKiM: “Jika tanganmu pendek untuk membalas kebaikan seseorang, maka panjang kan lisanmu untuk selalu mendoakannya. Pesan pada hati, Benci jangan ...
*Nasihat Agama dan Wasiat Iman [Ustaz Meftah Anuar]* - kita tidak akan menyesal sehingga kita bertemu Allah...mintak nak hidup semula. Assalamu’alaikum.. Salam pagi, salam sejahtera. AlHamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Selawat dan salam kepada hamba dan utusan Nya, Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat baginda. Dalam pada kita meniti kehidupan kehidupan ini, kita kena sedar bahawa tiada sesuatu pun yg akan boleh kita jadikan tempat untuk bergantung, samaada tika kita di dunia mahupun kita di kubur apatah lagi di padang mahsyar. Hanya Dia tempat berpaut.. jangan sampai mudah berkata tapi payah mengota. Maka, dengan itu saya pagi pagi sebegini, nak seru pada  diri sendiri dan setiap diri mukmin untuk wajib letak kan rasa cinta yang amat mendalam pada Tuhan, Allah Subhanahu wa Ta'ala. Pada masa yang sama kita juga wajib mengharapkan kecintaan dari Nya.. Yang lebih penting; yakinlah hari perjumpaan dengan Nya pasti ada. Kerana itu kita perlu meny...
*CARILAH KEBERKATAN: sedikit tapi cukup dan mampu. Diselit sekali Nota Pendek tapi padat dari Ustaz Dr Mahyudin* Assalamu’alaikum... Salam pagi buat semua. Selamat Bertamu di pagi sabtu.. Tiada hari yang tiada berkat. Inilah yang kita hendak cari dalam kehidupan seharian. Untuk sang anak, redha ibu bapa redha Allah, untuk sang isteri pula, redha suami redha Allah. Jadi sang “rijal” pula, kenalah redha Allah kerana redha Allah akan membawa keberkatan. Bagaimanakah caranya? Jaga hubungan kita dengan Sang Pencipta iaitu Allah. Allah ni bagi rezeki bukan dengan bentuk wang ringgit semata mata, banyak rezeki lain yang tidak terhintung nilainya diberikan kepada kita. Jangan mengejar rezeki sampai lupa tanggungjawab pada Allah. Cari erti sebenar keberkatan hidup diredhai Allah. Kalau setiap bulan dapat gaji beribu ribu, tapi masih ada satu ruang kosong yang tidak dapat memuaskan hati, kena cari lah punca nya kenapa. In shaa Allah, Dengan rezeki yang berkat Allah swt akan tanamkan ...
*💫Lalat dan Lebah dalam Al-Qur’an* *🍃Al-Qur’an sering menceritakan tentang haiwan ataupun serangga.* *🍃Ada kisah burung gagak yang mengajari manusia cara menguburkan mayat.* *🍃Ada kisah semut dan burung hud hud dengan Nabi Sulaiman as.&* *🍃Ada kisah anjing yang setia menyertai ashabul kahfi. Dan masih banyak kisah yang lainnya.* Kali ini kita akan mengkaji kisah tentang lebah dan lalat dalam Al-Qur’an. Keduanya sama-sama dari jenis serangga, namun keduanya memiliki perbezaan yang sangat nyata. Lebah mendapatkan ilham dan bimbingan dari Allah seperti dalam firman-Nya, وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِي مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتٗا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ – ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ فَٱسۡلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلٗاۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٞ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٞ لِّلنَّاسِۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, “Buatlah sarang di gunung-gunung, di poh...
*KITA TAHU TAPI KITA TAK AMBIL PEDULI* *Kita mengetahui,* bahawa ucapan *"Subhaanallaahi wa bihamdihi"* sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. *Akan tetapi sayang,* Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun. *Kita mengetahui,* bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, *akan tetapi sayang,* Hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha. *Kita mengetahui,* bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. *Tapi sayang,* kita tidak mahu menahan lapar. *Kita mengetahui,* bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. *Tapi sayang,* kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini. *Kita mengetahui,* bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar ...
*BAHAGIAN AKHIR:* *NASRUMINALLAH..* Assalamu’alaikum... Salam jumaat penuh barokah, semoga semuanya dlm perhatian dan bantuan Allah selalu hendaknya. Semoga pagi jumaat ni kita bangkit dengan hati putih bersih. tidak membenci sesiapa ataupun menghina sesiapa. Kekallah kita dgn sifat berserah hanyalah kpd Allah.. Saya tak nak panjang cerita lain pagi ni. Jom kita hayati bahagian akhir nota catatan kuliah Ustaz Bazli tentang : Bantuan Allah... *Ciri mereka yang mendpt pertolongan Allah swt :* •Orang yang melakukan amalan soleh. Berlumba2 berbuat kebaikan dan kebajikan (menbentuk taqwa, membawa orang ke jalan baik).  Menjaga agama dalam seluruh hidupnya. Tapi bila kita sebut pasal  kebaikan dan kebajikan kita akan melihat dari segi material sahaja. Sesungguhnya kebaikan dunia dan akhirat jauh berbeza. Dan kebaikan akhirat jauh lebih banyak dari kebaikan dunia. Sehingga ada yang bertanya kenapa perlu pergi masjid sedangkan kita boleh solat dimana mana. Inilah akan m...
*Bantuan Dari Allah* *Nasruminallah* (PART 1) Assalamu’alaikum... Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah swt. Masih bersua di pagi rabu. Cuma bezanya kita, kita berkongsi “cerita” tanpa bersua. Dalam pada masing masing sibuk mengusung tanggungjawab kehidupan, ada yang sudah lama juga tidak bersua. Namun, apa yang penting kita sering doa mendoakan. Dan pastinya hanya pada Dia kita sentiasa berharapkan pertolongan dalam menyusun hidup ini. "Kami hayati pagi ini ya Allah di mana pagi ini kerajaan alam ini ditangan Mu. Pujian untuk Allah, tidak ada sekutu baginya. Tidak ada tuhan selain Dia, hanya kepadanya kami bakal dihimpunkan " Carilah pertolongan Allah ! Alhamdulillah, dua malam lepas Ustaz Bazli Badarudin berkongsi nota dlm kuliah maghrib berkenaan : “BANTUAN DARI ALLAH NASRUMINALLAH” [Ustaz Bazli Badarudin Bantuan Dari Allah Nasruminallah.] Muslim muslimat yang dimuliakan Allah kerana Islam. Yang pertama, perkara paling penting perlu kit...
Salaam. KELANTAN- CHAMPA Kelantan sebagai Pusat Majapahit Barat mengubah kpd Empayar Chermin Jeddah yg banyak perkembangkan Islam di Tanah Jawa dan Melaka. Dakwah di Pasai semasa Sultan  Zainal Abidin. Kehadrat Yg Mulia Syed Hussien Jamadil Kubra dari Arab sangat termulia sekali berkahwin dgn empat Puteri dari keluarga Di Raja Chermin Jeddah maka lahirlah keturunan kumpulan Wali Sanga atau Wali Sembilan. Ibrahim Asmaro menjadi menantu Raja Champa dan mendapat dua orang anak  Sunan Ampel dan Maulana Ishak ke tanah Jawa. Sunan Ampel gantikan tempat bapa saudaranya Maulana Malik Ibrahim dan membuat perancangan sampai ke Desa Glagah Wangi - Bintoro Demak Maulana Ishak diusir oleh mertuanya Raja Blambangan ( Jawa Timur). Maulana Ishak pergi ke Melaka dinaikkan nama Ulamak Sufi di zaman Sultan Mansor Shah dan Bendahara Tun Perak. Anaknya Sunan Giri banyak kejayaan di Kerajaan Islam Demak menjadikan Giri pusat dakwah yg pertama di Jawa. Dengan langkah politik yg disus...
*Bahagian Akhir: AQIDAH DAN CIRI2NYA: Dr Azmir* - Masa berlari.. Assalamu’alaikum. 18 Rabiul Awal 1441. Selepas ini Rabbiul Akhir, Rejab, Sya’ban ... Then, RAMADHAN is again just around the corner. What a running by the time. Masihi pula sudah pun dah berlalu separuh Januari 2020. Seharian semakin pantas: buka mata, tahajjud, dua rakaat sebelum solat subuh, solat subuh, baca quran, solat dhuha, bersenam, bekerja mesyuarat sana sini, qailullah, solat zohor, sambung kerja, bersukan petang, solat maghrib, berkuliah, berAlMulk, duduk depan TV sebelum susun 4 Qul, ayatul kursi, dan dua ayat terakhit di sapu seluruh badan... beradu semula. Itulah rutin bagi sebuah kehidupan. Dosa dan pahala, kita serahkan pada kiraman katibin mencetak nya. Semoga semua nya ada perkiraan disisi yang maha Esa. Dek kerana itu, AQIDAH kita pada setiap apa yang kita telah pelajari kena kuat. Moga kita selamat dunia dan akhirat. Susah nak buat semua semua di atas kalau kita tahu tapi tak nak buat.. Untu...
I saw Angels. The Tsunami changed my life By Claudia Aziza This is Muhammad Cheng’s story. He converted to Islam 2005 after the devastating Tsunami hit his home town in Aceh, Indonesia. I am of Chinese descent. My family has lived in Aceh, in present-day Indonesia, for three generations. We are traders. My ancestors came to this very Islamic part of Southeast Asia for trading. They stayed because they found it a conducive environment. The rulers were just and the people were friendly and did not bother us. My family kept their old Chinese traditions of venerating and worshipping our ancestors. And I did the same. Before I opened my shop I usually gave offerings to the altar of our ancestors. During the day I repeated to offer incense several times My shop was very close to the Grand Mosque. I could hear the call for prayer everyday but it never occurred to me to become Muslim. Never until this fatal morning. I was just about to open my shop near the Grand Mosque of Banda A...
*ERTI AQIDAH DAN CIRI CIRINYA* - Ustaz Dr Azmil Dari UM. Assalamu’alaikum... Alhamdulillah. Muncul kita lagi di pagi Ahad. Hari yang tidak pernah tidak mulia kerana atas sifat setianya pada Allah. Muncul tetap pada kadar dan waktu di tetapkan. Tinggallah kita untuk meletakkan kesetiaan kita pada Allah pada tempat yang sewajarnya. Mudah2 an kita juga mampu sujud dan ruku’ pada waktu yang telah di tetapkan. Sesghnya, kita tidak punyai waktu yang banyak untuk sekadar membawa kehidupan ikut acuan sendiri. Ikutlah acuan al quran dan al hadis untuk selamat dunia dan akhirat. Mudah tapi sukar... Tanggungjawab tetap tanggungjawab.. Alhamdulillah. Seusai subuh semalam dihidangkan dgn satu kuliah subuh yang amat baik untuk lebih dapam memahami apa yang saya anuti selama ini. Terimakasih ustaz Dr Azmil dari UM. Pagi ini saya nak share muqaddimahnya. “ERTI AQIDAH DAN CIRI CIRINYA”.. Ustaz Dr Azmil Akidah dan Ciri Ciri nya “Tunjukkanlah pd kami kenenaran dan rezekikanlah pada kami u...
*Input dan ouput* - disertai nota Aqidah dan ciri cirinya oleh Dr Azmil. (PART 2) Assalamu’alaikum... pada sekalian Muslimin muslimat yang dimuliakan Allah kerana Islam.  Juga tak lupa “salam sejahtera..” Dalam hidup kita, kita perlu kan input dan output. Baik physical mahupun mental. Bila kita makan, kita perlu buang. Buang bukan setakat buang sisa sisa melalui pengkumuhan tapi juga kena ada exercise untuk membuag toxic yang terhasil dari lebihan yang tidak diserap jadi tenaga. Wahai sahabat sahabiah jom kita jadi muslim yang sihat dengan “exercise”, sekurang kurangnya 30 minit sehari, enam hari seminggu. Mental dan soul kita juga perlukan input dan output. Dari segi mentalnya, untuk elakkan kita cepat nyanyuk kita kena sentiasa gunakan untuk berfikir pd peringkat “Problem solving” supaya sel otak tak mati. Jiwa kita juga perlukan input, dengan berzikir dan mendengar majlis majlis ilmu. Selepas itu, dari apa yang di dengari; kita perlu amali dan sampai kan. Moga ada kebe...
*ERTI AQIDAH DAN CIRI CIRINYA* - Ustaz Dr Azmil Dari UM. Assalamu’alaikum... Alhamdulillah. Muncul kita lagi di pagi Ahad. Hari yang tidak pernah tidak mulia kerana atas sifat setianya pada Allah. Muncul tetap pada kadar dan waktu di tetapkan. Tinggallah kita untuk meletakkan kesetiaan kita pada Allah pada tempat yang sewajarnya. Mudah2 an kita juga mampu sujud dan ruku’ pada waktu yang telah di tetapkan. Sesghnya, kita tidak punyai waktu yang banyak untuk sekadar membawa kehidupan ikut acuan sendiri. Ikutlah acuan al quran dan al hadis untuk selamat dunia dan akhirat. Mudah tapi sukar... Tanggungjawab tetap tanggungjawab.. Alhamdulillah. Seusai subuh semalam dihidangkan dgn satu kuliah subuh yang amat baik untuk lebih dapam memahami apa yang saya anuti selama ini. Terimakasih ustaz Dr Azmil dari UM. Pagi ini saya nak share muqaddimahnya. “ERTI AQIDAH DAN CIRI CIRINYA”.. Ustaz Dr Azmil Akidah dan Ciri Ciri nya “Tunjukkanlah pd kami kenenaran dan rezekikanlah pada kami u...
*SECEBIS INRAH DARI PERSINGGAHAN UNTUK ISYA’ Di Surau Section 4 Bandar Baru Bangi* - KELEBIHAN SURAH TOHA. Assalamu’alaikum.. Selingkar kisah berlalu semalam. Yang pasti, diri tak pernah berhenti dr berdosa. Moga moga Allah buka pintu hidayah untuk kita2 semua untuk sentiasa pula berusaha untuk neutralize kan segala dosa dosa. Dan, maha penting untuk kita akhiri kehidupan dengan keadaan “sejengkal dari syurga”. Tidak mudah tapi bukan “impossible”. Kalau ada yang ketika hidup nya sejengkal dari neraka, akan ada juga yang ketika saat matinya sejengkal dr syurga. Semalam, bersolat isya’ di surau section 4 Bandar Baru Bangi selepas menikmati “sup urat keting” bersama sahabat. Seusai solat, satu solat hajat di adakan yang bersempena pemergian salah seorang anak ahli jemaah surau tersebut melanjtukan pengajian ke timur tengah. Yang menjadi imamnya adalah ayah nya. Seketika di ruang wirid dan doa, si ayahnya membaca kan 12 ayat pertama dari surah Toha. Alhamdulillah. Terkesan juga d...
*Nostalgia Bersama Arwah Ayahanda di Pagi Jumaat..* - HAKIKAT MANUSIA DI SEBALIK SURAH YASSIN AYAT 68. Assalamu’alaikum.. Di pagi jumaat yang hening ini, tiba tiba teringatkan pd arwah ayah. Saya sempat melihat evolusi kehidupan nya satu persatu. Dan itu semua hanya membenarkan kejadian dan janji Allah swt. Beza usia antara kami 36 tahun. Pada ketika usia saya mula merakam kehidupan, sekitar sekolah rendah, usia ayah 40 an. Ketika saya dah mula baligh, ayah memasuki usia 50an, seperti usia saya sekarang. Selepas itu, saya dapat melihat detik detik dan merakam di kotak fikiran evolusi usianya dari 50 an sehingga 80 an sehinggalah beliau tinggal kan dunia ada 2018. Dari seorang ayah yang kuat bekerja sehinggalah kepada seorang ayah yang terbaring di sofa lemah tidak berdaya di pagi raya 2018. Penyaksian ini membenar kan janji janji Allah dalam surah yassin ayat 68. وَمَنْ نُعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ ۖ أَفَلَا يَعْقِلُونَ “Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang ...
*Muslim, Mukmin dan Taqwa* Tercetus dari nota Ustaz Dr Azhar Muhamad tentang Bohong.. benda halus yang mengalir dalam kehidupan kita, hanya Allah dan kita yang tahu (Part 1) Assalamu’alaikum... Setiap kali terbangun dari tidur, setiap kali itu juga akan terkenangkan nasib diri di “perantauan” hingga lah kembali ke laman syurga abadi. Bukan sedikit risau tp sampaikan terbayang2 azab di barzakh dan mahsyar. Berharap juga moga segala kerisauan ini boleh bantu diri agar berhenti ketika saat gejolak nafsu datang dalam hati menggoda kearah maksiat TAPI saat berdosa itu kekadang tak sekelumit ada rasa sesal hinggalah selesai sesuatu maksiat. Nak nak kalau dalam bab berbohong. Selamba jer Tapi kita tetap islam. Inilah yang dikatakan “ Iman itu dengan hati, dan Islam itu dengan lidah". Para assatizah sering sebut tentang ayat 14 dari surah Hujarat, bagi menjelaskan islam dan iman. Secara peribadi, saya perlu faham islam - percaya atau Tasdiq dan Iktikad (muslim) yang boleh memb...
*SAMBUNGAN NOTA USTAZ Dr Azhar - Bab Bohong* - Hari hari berlalu, makin pendek umur kita. Assalamu’alaikum.. Kekadang terasa juga manis nya sunyi, sepertinya nak mengenal jiwa sendiri. Hari berlalu pergi, kena tahan angan2 supaya tak jauh pergi sehingga khayalan, kerana hari hari yang berlalu mendekat diri kita dengan kematian.. itu yang pasti. hmm... tengah seronok kendarai kehidupan, tiba2 sampai berita al fatihah buat arwah. Seolah olah macam tak percaya apa yang telah berlaku, alam sekelip mata. ..ya Allah terlalu hebat kuasaMu ya Allah.. Yang berlalu, biarlah berlalu yang pergi biarkanlah ia pergi. Yg penting sekarang ni, kita kemaskan tahap keimanan, ketaqwaan kita kepada yang maha Esa. Agar cahaya kerahmatan kasih sayang dan keredhaan Nya menusuk kedalam hati kita..insyaallah biiznillah. aminn.. *Sambungan Nota Ustaz Dr Azhar - Bab Bohong* DALAM ISLAM ADA KE BOHONG YANG DIBENARKAN? Al imran ayat 28. Keharusan beri walak kpd kafir tapi hanya zahir tidak di hati. ...