Posts

Showing posts from February, 2022

PkpYr3.319..OMICRON

 *[PkpYr3.319..OMICRON?]* # Pesanan Ustaz Miftah dan Ustaz Yusri Arifinn : memang sibuk dengan urusan dunia tapi kena paksa diri sibuk dengan urusan agama juga .  #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (Rehat Lagi...)    ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Di pagi pertengahan minggu ini, Mak ayah, ahli ahli saya, adikberadik, iparduai, makcik pakcik saudaramara sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua, JOM kita mulakan dengan positif dan jernih minda, walau hari ini kita mungkin berbeza. Ada yang ok dan ada juga yang tidak ok. Mulakan pagi dengan ucapan Alhamdulillah. Sama sama jadikan diri hebat dengan tidak bertangguh dan mengeluh. Mulianya kita bukan pada siapa kita, tapi atas apa yang kita lakukan. Berbuat suatu yang baik adalah ibadah, buatlah dengan ikhlas. Jangan beralasan tapi gunakan peluang yang dihidangkan.  Mujurlah malam tadi, terpilih juga untuk duduk di depan ustaz Miftah tadah telinga di peghujung kuliah. Jaga adab berada dalam maj...

PkpYr3.317..OMICRON

 *[PkpYr3.317..OMICRON?]* #Sedar diri sendiri #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (PENYUSUNAN AL-QURAN)   ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara, para sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua.... Bersilih ganti perkhabaran duka tentang kematian di sekitar BtHO malah seluruh alam. Sekitar BTHO khusus nya, tidak pernah “bercuti” dari berita tentang kematian. Allahuakbar. Apakah masih ralit kita dengan sebuah kehidupan dan yang paling dicemburui adalah jumaat lalu perginya salah seorang jemaah masjid BTHO. Tidak terkata dan malamnya, Ustaz Nazri usai kuliah nya nampak sebak ketika mencerita kan kan segala kebaikan arwah. Di adakan zikit tahlil munajat pada Allah semoga semua yang telah pergi awalnya diampunkan dosa mereka. Rasa cemburu pada kisah kematiannya tapi hati serta jiwa masih tidak pernah juga cuba mengambil pengajaran. “Rasa Composed” hanya datang seketika.  Meminjam kisah ...

PkpYr3.316..OMICRON

 *[PkpYr3.316..OMICRON?]* #Rindu Cuti Jumaat dan Peluang Jadi Muazzin. Jom usaha solat berjmeaah #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (TAMKIN (KUASA PEMERINTAHAN) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam cuti berehat pagi Ahad buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua. Sepatutnya kita bercuti pada hari Jumaat. Selama darjah 1 hingga tingkatan lima saya menikmati cuti hati Jumaat kerana menetap di Kota Bharu. Betapa semangnya urusan ibadah solat Jumaat hendak di tunaikan. Jumaat lepas, teringat aduan kawan saya yang dia tak sempat solat jumaat kerana rushing urusan kerja. Apatah lagi, solat jumaat masih baru di benqr kan selepas di tutup akibat SOP Covid. Mungkinkah pemerintah akan juga di pertanggungjawabkan nanti?  Sejarahnya, ketika British menjajah Malaya,  Negeri negeri Selat seperti l Pulau Pinang, Melaka dan Singapore, l ditetapkan cuti hujung minggu adalah hari Sab...

PkpYr3.315

 *[PkpYr3.315..OMICRON?]* #JAGA2 DENGAN FUTUR #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (REHAT) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Dalam perlindungan Allah buat Mak ayah, ahli ahli saya, adikberadik, iparduai, makcik pakcik, saudaramara, para sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua. Dalam menjalani sehari hari, kita selalu ingin jer berada dalam perlindungan Nya. Dengan begitu, kita boleh telusuri hidup dengan tenang tanpa khuwatir. Maka, jangan buat buat lupa untuk rajin beribadah, juga bersedekah dan menjauhi larangan Nya. Dan paling ampuh, jangan lupa berdoa.  “Ya Allah, sesungguhnya kami memuji Mu atas segala nikmat, kami  juga bersyukur pada Mu atas semua  kebaikan, kami memohon ampun kepada Mu dari semua dosa, kami memohon pada Mu semua kebaikan, kami mohon perlindungan Mu dari semua bala dan tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Mu Yang Maha Luhur dan Maha Agung” Aaminnn...  Jumaat berlalu, tinggal perancangan yang hanya ditentukan...

PkpYr3.315..OMICRON

 *[PkpYr3.315..OMICRON?]* #Yaumul jumuah, Yaumuh barakah, Sayyidul ayyam, Eidul muslimin #https://youtu.be/Qe4yVqjVLN4 #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (KESAN DARI  PERISTIWA MURTAD) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Sobahul khair YAUMUL JUMA'AH SAY'YIDUL AYYAM, Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua. Hari jumaat adalah hari yang paling mulia. Oleh itu marilah kita sama ingat mengingati sesama kita melakukan amalan ibadah terbaik. Berpesan pesan dangan amalan mulia. Penuhilah hari ini dengan istighfar, selawat kepada Nabi Muhammad saw dan berdoa. Sebenarnya semua itu tidaklah berat cuma kita memberatkannya. Jika istiqomah menjadi amalan, ia akan sentiasa berada di bibir  dan hati kita.  Yaumul jumuah, Yaumuh barakah, Sayyidul ayyam, Eidul muslimin.  Terimakasih Ya Allah kerana tetap memilih kami semua untuk istiqamah di jalan Mu. Paling penting, sentiasa ada b...

PkpYr3.314..OMICRON

 *[PkpYr3.314..OMICRON?]* #MENYESAL WALAUPUN DAH BUAT SEHABIS BAIK.  #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (Pengajran)  ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ..dan sobahul khair Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara dan sahabat sahabiah, rakan taulan semua. Pagi ini dongak ke atas sana kita akan Melihat kebesaran Allah mencipta Awan Pagi Hari. Mengikut kata kajian manusia, Awan ini ada pada ketinggian 6 – 18km dan ia termasuk jenis Cirrus kerana awan ini halus, berstruktur serat, tidak menimbulkan hujan, terdiri dari hablor air yang terjadi disebabkan suhu terlalu dingin pada atmosfer dan berwarna putih dengan pinggiran tidak jelas. Perghhh, betapamya hebat ciptaan Allah swt, manusia boleh mengkajinya dan  kehalusan penciptaan amatlah mengagumkan sehingga kita semua kena membenarkan Alquran dan hadis, bukan takat kagumi begitu sahaja. Kena taat... Alhamdulillah. Pertengahan minggu berlalu semalam menyaksikan solat...

PkpYr3.314.OMICRON

 *[PkpYr3.314.OMICRON?]* #ZIKIR TAHLIL LAILAHAILLALLAH  #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (BEREHAT)  ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ..dan Selamat pagi Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, makcikpakcik dan saudara mara, sahabat serta  sahabiah, rakan taulan yang di kasihi Allah swt semua,  Alhamdulillah. Seusai isya berjemaah di surau Al Amin selepas dua malam terlepas berjemaah, saya sertai majlis zikirrullah LAILAHAILLAH diterajui Imam solat. Setiap zikir itu saya sedekahkan pada arwah ayah ibu, datuk  nenek dan keturunan saya yang telah mendahului saya ke alam barzakh serta ibu bapa mertua samada masih hidup atau yang sidah di alam baezakh. Kalau nak harapkan saya lalukan hal ini dirumah bersama ahli ahli saya, tidak tahu bila pula. Dah berapa lama tak berzikir untuk mereka semua. Maka, di kesempatan yang ada, saya guna kan walaupun bermacam macam pendapat yang against majlis sebegini kerana katanya nabi tidak pernah ...

PkpYr3.313

 *[PkpYr3.313.OMICRON?]*l #Bertemu sahabat lama  #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (SERANGAN KE ATAS HADRAMAUT DAN KINDAH) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Di kesejahteraan awal pagi Rabu ini, Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua, moga urusan di permudahkan.  Semalam berlalu dengan berbagai warna kehidupan. Antara yang menarik adalah pertemuan saya dengan kawan lama yang sama sama selesaikan projek MMU. Antara yang saya suka nak sharekan pagi ini adalah perkongsian sahabat lama saya tentang membayar hutang. Dia pernah teguk ilmu ini dari Hj Helmi Al Linggi. Katanya dalam bab bayar hutang ini, sepatut mya kena ada dalam jiwa dan hati bukan setakat niat nak bayar tapi bayarlah secara ansur ansur walau pun sedikit. In shaa Allah. Ia akan selesai dari masa ke semasa. In shaa Allah, jika kita mati pada waktu itu pun, kita dalam keadaan cuba dan berusaha untuk selesaikan hu...

PkpYr3.311.OMICRON

 *[PkpYr3.311.OMICRON?]* #Pesanan Ustaz Fadhil Noor  #PETIKAN FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin.(TENTERA BANTUAN(1)) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara, dan juga sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua. Terima kasih atas kesudian singgah di sini pada hari minggu dan Selamat pagi Ahad. Bersyukur dan fikir positif. Terima seadanya demi kebahagiaan hidup dunia akhirat. Bagi warga di negeri yang cutinya hari Jumaat, sudah tentu lah bekerja dan anak anak pula bersekolah, ONLINE Atau Fizikal. “Ya Allah rahmatilah kami dlm setiap pekerjaan dan urusan serta jauhkanlah kami dari segala bencana yg turun dari langit dan yang melata dibumi dengan perlindungan Mu” Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya, Indeed; Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                          ...

PkpYr3.312.OMICRON

 *[PkpYr3.312.OMICRON?]* #Bergembiralah bagi yang catatannya penuh pahala.. #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (TENTERA BANTUAN(2)) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Yang dikasihi dan dirahmati Allah, Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua.  Sebentar lagi azan subuh akan menyapa gegendang telinga, syukur padaMu ya Rabb kerana masih bernafas di hari baru. “Apabila kita hidup setiap pagi, ingat bahawa Allah menghidupkan kita pagi ini kerana banyak dosa dan Allah beri kesempatan untuk bertaubat pada Allah kerana esok belum tentu lagi Allah hidupkan kita.” - dari Imam Ghazali.  Terkenangkan apa yang telah dilalui semalam, sibuk urusan dunia, sibuk melayani nafsu nafsu berGolf. Hari berlalu begitu saja, terasa takut bila mengenangkan hari esok yang masih belum tentu. Masih ada peluang ? atau sudah terbujur kaku di liang lahad. Takut bila saja memikirkan dosa sebelum.  “Ma...

PkpYr3.310.OMICRON

 *[PkpYr3.310.OMICRON?]* #PESANAN UNTUK DIRI #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (SERANGAN KE ATAS YAMAN(Akhir)) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam sabtu, salam istirehat pada yang berlibur bercuti. Moga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua sentiasa dalam kerahmatan Allah. Dalam meneruskan sebuah kehidupan,  kena banyak masa diperlukan untuk muhasabah diri. Semalam berlalu tanpa ada banyak yang berkesan pada diri bagi urusan akhirat, walaupun dimulakan dengan subuh berjemaah tapi zikir kurang. Apa lagi dengan menjadi si musafir, semua solat tinggal jadi jama’ dan qasar. Cuma yang mampu bersyukur, jamq’ dan qasar di buat dalam berjemaah juga. Selebihnya, banyak sungguh kekosongan sehinggalah tiba semula  di Seri Minang jam 1130 malam, badan dah letih sangat. Semuanya tertinggal. What a “wasting” day. Mujur lah ada ungakapan dari bibir Astaghfirullah juga semalam, sem...

PkpYr3.309.OMICRON

 *[PkpYr3.309.OMICRON?]* #HARI JUMAAT & KIAMAT #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (SERANGAN KE ATAS YAMAN(5)) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Jumaat hari yang kiamat berada dalamnya, semoga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua mengambil sebesar pengajaran daripada sebahagian apa yang ada pada hari Jumaat. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : “Sebaik baik hari apabila terbitnya matahari ialah pada hari Jumaat. Padanya dicipta kan Adam, padanya juga dimasukkan Adam ke dalam syurga dan padanya juga dikeluarkannya (Adam AS) daripada syurga serta tidak akan berlaku kiamat melain kan pada hari Jumaat.”  - Riwayat Muslim (854) Siapa yang bergetar hatinya saat disebut hari kiamat dan merasa takut Hari Kiamat adalah ibadah, dengan nya kesedaran dan semangat untuk persiapkan diri dengan bekal amal soleh semakin membara. Ibadah agung ini kelak akan Allah swt ...

PkpYr3.308

 *[PkpYr3.308.OMICRON?]* #Jauhilah ANA KHAIRUN MINHU  #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (Rehat) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara dan sahabat sahabiah, rakan taulan semua. Salam pagi khamis penuh kesejahteraan seawal pagi seketika mentari masih belum tiba ini, marilah kita berdoa ( hafallah doa ini)  ‎اللهم نور قلوبنا بنور هدايتك كما نورت الارض بنور شمسك ابدا ابدا برحمتك يا ارحم الراحمين. "  “Allahumma nawwir qolbi binuuri hidayatik, Kamaa nawartal ardho binuuri syamsik Abadan, abada, Birohmatika Yaa Arhamar raahimiin” “Ya Allah Terangilah hati hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti yang telah Kau Terangkan bumi dengan cahaya matahari selama lamanya, dengan rahmatMu Ya Maha Permurah lagi Maha Penyayang” Teringat saya kepada Imam Aziz yang pernah menjadi imam surau Al amin suatu ketika dahulu kerana saban usai solat subuh, dia akan dendangkan doa ini dan saya meras...

PkpYr3.307..OMICRON

 *[PkpYr3.307..OMICRON?]* #Jangan risau kabulnya doa tapi risaukan kesempatan untuk berdoa #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (SERANGAN KE ATAS YAMAN(4)) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Rabu buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua. INDEED, saat ini pagi hari Rabu, waktu yang tepat untuk berdoa selepas kita mengawali pagi sebelum subuh dengan minimum dua rakaat tahajjud diikuti satu rakaat witir dan  doa. Apatah lagi, dengan waktu sekarang, jika terjaga jam 6 pagi pun masih sempat untuk aktiviti itu semua. Bagi umat Islam dianjurkan awali sesuatu dengan doa, bahkan setiap hari ada doa dipanjatkan secara khusus. Tinggal nak buat atau tidak. Berdoa pada Allah adalah satu bentuk ketakwaan padaNya yang juga berserah diri dengan melakukan ikhtiar sesuai dengan syariat.  Teringat saya satu Pengisian dari Ustaz Lukman Daud yang syarah tentang Lima perkara untuk lima ...