*Pkp106* •Aku Tidak Layak Untuk Syurga Mu, tapi aku tidak akan mampu menanggung seksa neraka Mu... Assalamu’alaikum .. Salam pertengahan minggu pada semua. Di awal pagi, terjaga dari tidur ketika speaker bluetooth yang disambung kan ke zikir dan munajat pagi dari SPOTIFY sedang kumandangkan satu doa yang memang biasa kita dengar: *Tuhanku aku tidak layak untuk SyurgaMu tetapi aku tidak pula sanggup untuk menanggung seksa nerakaMu..”* Doa ini begitu menyentuh hati saya yang sedang sungguh bercelaru antara dosa dan pahala. Tak siapa sangka tiba tiba kita boleh dapati diri kita tiba tiba tersepit terjebak antara pahala pahala dan dosa dosa. Sedang kan kita baru saja bertandang ke madrasah PKP ( first two month yang benar benar terkurung) dan juga madrasah Ramadhan dengan masih terasa hebatnya munajat sepuluh malam terakhir. Tiba tiba air mata sedih mengalir, kenangkan nasib diri yang kalah dengan nafsu dan bisikan iblis. Semoga Allah terus berikan kekuatan pada saya untuk terus ...
Posts
Showing posts from June, 2020
- Get link
- X
- Other Apps
*PKp.105* Seawal pagi, apa yang kita mahu? Assalamu’alaikum.. Sementara masih dalam dunia PkP, pastinya masih ada sesuatu yang kita kena cari. Dan teruskan lah semua pencarian itu kerana hidup kena diteruskan. Dan mulakanlah ia di seawal pagi, sebelum subuh tiba. Pernah kah kita sibuk nak bertanya kenapa ramai orang yang berjaya dalam hidup kebanyakan akan bangun sebelum subuh. Jawapannya pada satu hadis nabi saw yang selalu saya baca dalam whatsapp group: Nabi Saw bersabda: Ya Allah, berkahilah umatku di waktu lagi. (Tirmidzi) Sebentar lagi sinaran mentari akan menyimbah bumi, biasanya kalau kita berada di hutan belantara kicau burung burung bernyanyi kendengaran menyambut mentari pagi yang indah lagi berseri. Itu semua sebagai tanda puji pada yang “Berkuasa” atas nikmat alam raya untuk kita semua. “Tidakkah engkau ketahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepada Nya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung ...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp104* Syaitan dalam Jiwa. Ya Allah Tolong lah... Assalamu’alaikum... Alhamdulillah. Selamat kembali petang semalam ke Seri Minang. Walaupun jiwa seronok kerana akhirnya pagi semalam dapat berjemaah subuh di Masjid kluang selepas 102 hari tidak berjemaah di masjid atau surau, sehinggakan menitis airmata saat imam masjid membaca kan doa, tapi bila pulang ke sini, ada suatu kekurangan dirasakan. Apa yang kurang? Inilah sesuatu yang hendak kena bangun kan semula dalam jiwa saya. Kena susun iman saya semula agar lebih ikhlas dalam segala perbuatan ibadah saya. Kena kuatkan semangat dalaman ketika menentang bisikan syaitan terutamanya yang rasakan semakin galak berlari dalam jiwa. Inilah dia tugas si syaitan seperti ular berlingkar dalam sarang jiwa, bila kita galak bermaksiat dia akan bangkit menggalakkan kita lagi. Saya kena banyak berdoa, kena banyak baiki hati. Ingat lagi kisah bagaimana syaitan memasuki syurga memujuk adam dan hawa? Si ular lah yang menbawa masuk semula syaitan...
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum, *QURBAN DAN AQIQAH DI BUMI SUDAN BERSAMA PMMS 2020/1441H* Melihat kepada situasi Covid19 dan tekanan ekonomi yang berlaku kepada sebahagian besar fakir miskin Sudan, PMMS sentiasa dihubungi NGO Sudan bagi mendapatkan daging Qurban Aidiladha untuk mereka agihkan kepada fakir miskin yang memerlukan dengan tahap pengangguran yang tinggi kerana kesan Covid19. Sehubungan dengan itu Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan(PMMS) mengambil pendekatan melaksanakan Qurban dan Aqiqah dengan pendekatan yang baru. Antaranya pendekatannya ialah PMMS akan menjadi perunding dan pemudahcara bagi mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai Qurban dan Aqiqah bagi tahun 2020/1441 H. Bagi urusan pembelian penyembelihan dan packing akan dilaksanakan oleh Pusat Sembelihan Kadaro Sudan mengikut SOP yang ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bagi urusan edaran daging kepada fakir miskin akan dilaksanakan oleh pihak NGO tempatan Sudan yang berpengalaman dalam menguruskan progam keb...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp103* DIARI BALIK KLUANG Assalamu’alaikum... Alhamdulillah. Petang semalam adalah kali pertama sejak bermula nya PKP, saya memandu merentasi negeri. Memandu ke Kluang, dengan penuh harapan untuk singgah di masjid Kluang kerana di khabarkan masjid disana sudah dibenarkan solat lima waktu dibuka kepada jemaah yang tidak terhad pada empat puluh orang sahaja. Solat zohor saya niat kan di himpun ke dalam waktu asar dan akan solat di masjid kluang. Sepanjang perjalanan lagu lagu cinta Rasul dan kasih Allah di mainkan melalui lagu lagu pilihan dari spotify yang disambung ke corong speaker kereta melalui sistem bluetooth. Betapa nya dunia zaman sekarang dengan segala kecanggihan yang ada, tinggal kita saja untuk memilih bagaimana menggunakannya untuk kebaikan. Malangnya, saya terlupa bahawa Malaysia masih dalam PKP dan Kluang juga tidak lepas dari terikat dengan SOP. Masjid Kluang walaupun membenarkan ramai jemaah hadir untuk solat tapi ianya hanya di buka untuk waktu solat sahaja. Sa...
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum, *QURBAN DAN AQIQAH DI BUMI SUDAN BERSAMA PMMS 2020/1441H* Melihat kepada situasi Covid19 dan tekanan ekonomi yang berlaku kepada sebahagian besar fakir miskin Sudan, PMMS sentiasa dihubungi NGO Sudan bagi mendapatkan daging Qurban Aidiladha untuk mereka agihkan kepada fakir miskin yang memerlukan dengan tahap pengangguran yang tinggi kerana kesan Covid19. Sehubungan dengan itu Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan(PMMS) mengambil pendekatan melaksanakan Qurban dan Aqiqah dengan pendekatan yang baru. Antaranya pendekatannya ialah PMMS akan menjadi perunding dan pemudahcara bagi mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai Qurban dan Aqiqah bagi tahun 2020/1441 H. Bagi urusan pembelian penyembelihan dan packing akan dilaksanakan oleh Pusat Sembelihan Kadaro Sudan mengikut SOP yang ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bagi urusan edaran daging kepada fakir miskin akan dilaksanakan oleh pihak NGO tempatan Sudan yang berpengalaman dalam menguruskan progam keb...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp102* NakHati Tenang? Sentiasa lah Ingat Allah... Assalamu’alaikum... Sudah semakin jauh kita belayar merentasi lautan Covid 19, sayup sayup memasuki hari ke 102, semoga cabaran ini akan berakhir tidak lama lagi. Walaupun hidup tidak selalu nya indah, tapi jadikanlah ianya selalu indah dalam diri sendiri. Elakkan diri kita selalu mengeluh, teruskan setiap hari dengan bangun seawal pagi sebelum subuh. Teruskan mensyukuri nikmat hidup ini. Berzikirlah untuk menunjukkan syukur dan ingatinya kita kepada Tuhan Yang Maha Esa pencipta seluruh alam ini. أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. “Kami telah memasuki waktu pagi dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi Nya. Bagi Nya kerajaan dan bagi Nya pujian” *Ingat Allah selalu, TEN...
Tanah Melayu - Tahu kah Kita
- Get link
- X
- Other Apps
Nasi sudah menjadi bubur. Perkara lama tak guna. di kenang kerana sudah terlepas ke tangan orang di uli di acu hingga hilang jatidiri. Namun semua ini berlaku dgn izin ALLAH. Asbabnya mungkin dari kesalahan kita sendiri. Inilah sejarah sebenar Tanah Melayu sebelum kehadiran penjajah Pada masa dahulu, semenanjung Tanah Melayu turut meliputi wilayah Segenting Kra yang kini termasuk di dalam wilayah Negara Thai dan Myanmar. Penduduk di Negeri Patani bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan (Yawi) sementara penduduk Melayu daripada wilayah Setul hinggalah ke Rundung dan Pulau Dua (Kawthoung) di dalam wilayah Myanmar pada hari ini bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kedah. Penduduk Melayu di kawasan ini bukanlah pendatang, sebaliknya merupakan kaum pribumi yang telah menduduki kawasan ini sejak zaman berzaman, iaitu warisan daripada Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka. Binaan di Rundung (Ranong) yang menjelaskan sempadan sebenar bumi Melayu dan Siam, Selepas kejatuhan Keraja...
- Get link
- X
- Other Apps
#Perkongsian Nota Kuliah ( ) السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 24 Jun 2020 / 3 Zulkaedah 1441H (Rabu). Ustaz Dr Abd Rahman Tajuk: Peribadi Unggul Ummu Sulaim binti Milham dan Abu Talha ●Pendahuluan -Ummu Sulaim mempamirkan kesabaran, ketenangan dan ketabahan yang luar biasa. -Ummu Sulaim adalah wanita solehah yang mempunyai keperibadian unggul dan menjadi idola kepada wanita Islam semenjak zaman Nabi saw sehingga ke hari ini. -Beliau adalah ibu kepada Saidina Anas bin Malik ra. Abdul Talha ialah seorang kaya dan berkahwin dengan Ummu Sulaim. Ummu Sulaim binti Milhan juga dikenali sebagai Ar-Rumaishaa. -Beliau bersama suaminya, Abu Talha merupakan ikon unggul dalam kehidupan rumahtangga muslim dan kegigihan berjuang membantu Nabi saw menegakkan Islam. -Sebelum berkahwin ...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp101* Bersama Prof Di Hotel Reko, Jalan Reko. Iman yang turun dan Naik. Assalamu’alaikum... Salam jumaat penuh barokah. Semoga semua dalam rahmat Allah, di seawal pagi ini. Dalam melepasi seawal 60 hari pertama Pkp, terasa sangat kukuhnya iman terpasak di dada, minda dan jiwa. Selepas tiada apa yang boleh di buat selain solat berjemaah, baca al quran dan baca kita tafsir ibnu kathir, ianya amat menyuburkan iman dengan penuh rasa tenang dan rasai kemanisan beribadah. Namun, bila saja masuk pkpB dan PKpP, hal dunia sudah masuk, semakin sibuk lah pula melayan urusan dunia, hinggakan bacaan Al quran, tidak dapat khatam 30 juz dalam 30 hari, selesai syawal masih berbaki 4 juz, bacaan kitab tafsir juga semakin berkurang dan solat berjemaah bersama ahli tidak lagi 5 waktu. Kekadang terasa juga turunnya “iman” di dada. Apatah lagi, tempat “mengecas” iman yakni masjid masih belum di buka. Kalau tidak, dah ke masjid untuk berjemaah bila berada diluar rumah, bersimpuh di majlis ilmu juga ...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp100* BAHAGIA.... Assalamu’alaikum.. Semoga kita semua sejahtera hendaknya. Akhirnya tiba juga kita semua ke hari 100 berada dalam PKP. Ianya bergerak seiring dengan jumlah hari kerajaan baru yang kini sedang memerintah, 117 hari. Apa kah signifikasi pada dua nombor ini, tak pasti. Tapi setakat hari ini, kita hidup aman dan damai tenang meskipun ada ancaman dari corona virus. Status Ekonomi walaupun secara keseluruhanya masih merudung tapi ada suntikan dan ransangan dari umara’, sedikit sebanyak membantu dan politically, masih dalam keadaan yang belum stabil hasil goyangan antara mereka sesama ahli politik. Tak pe, kita doakan semoga semuanya baik baik saja. Dan semoga suasana politik malaysia akan semakin terkawal senada stabilnya COVID 19. Apa yang kita harapkan adalah kebahagiaan dalam hidup kita. Untuk pagi, kita share kata kata dari tokoh tokong tentang bahagia. Sama dama kita renung sekejap tentang bahagia ini. •Imam al-Ghazali berkata: Bahagia ialah ketikamana ma...
- Get link
- X
- Other Apps
Rupanya di dunia lagi Allah telah memberikan 'Syurga' kepada kita Syurga itu dinamakan Al jannatul Ajlah. Syurga yang disegerakan iaitu HATI YANG SEJAHTERA. Mereka yang mendapat 'syurga' ini sentiasa rasa tenang, bahagia dan gembira dengan hidupnya. Bila diberi nikmat dia bersyukur. Bila kurang dia bersabar. Bila diuji dia bersangka baik. bahkan bila disakiti dia memaafkan Tidak ada langsung hasad dengki dihatinya. Pemilik 'syurga' ini sentiasa TENANG dalam apa jua keadaan. Baik susah mahupun senang. Bahkan ketenangan itu dapat dirasai oleh orang lain bersama dengannya Beruntunglah sesiapa yang Memiliki 'syurga' ini. Kata ahli sufi, sesiapa yang ingin merasai syurga hakiki di akhirat nanti, dia perlu merasai 'syurga' ini terlebih dahulu. Dan yang menakutkan adalah mereka yang tidak merasai syurga ini, maka dia tidak akan merasai syurga yang hakiki kelak. Ini berdasarkan firman Allah : (Iaitu) pada hari di mana harta ...
- Get link
- X
- Other Apps
Tersentak tapi bermakna.. ● Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama. ● Bila sudah besar.. bilik masing-masing. ● Bila sudah nikah.. rumah masing-masing. ● Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising. ● Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing. Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara-maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku.. ● Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan. ● Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong. ● Ingatlah.. di sana tiada abang, kakak, adik... ● Hanya kau dan amalmu. ● Bersedia selalu.. bersiap selalu. ● Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi. ● Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda. ● Jika anda ingat mati.. anda orang yang bijaksana. Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yang Sebenar. ● Buat baik dengan orang tidak semestinya orang akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yang kita buat. ● Hormat orang tidak semestinya kita a...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp 99* Penawar Sakit: Sakit Itu Suatu Kemuliaan Assalamu’alaikum Tahniah mubarak alaikum pada yang telah selamat bertahajjud dan selamat mendirikan subuh secara berjemaah bersama ahli ahli keluarga seawal pagi tadi. Hari ini agak lewat sedikit bertemu sahabat sahabiah semua bersama penulisan pagi atas sebab badan ada sedikit keuzuran. Terimakasih Allah atas ujian ini. Alhamdulillah. Mohon doa moga uzur fizikal dan uzur batin ini disembuhkan Allah segera. Selamat tiba ke hari Rabu hari dipertengahan minggu dan hari tiba di hari angka yang boleh berubah dari 99 ke 66. Sungguh relevan erti nya kerana si COVID 19 ini juga boleh jadi mutant bila terkena anti virus. Dan sifat inilah salah satu sifat yang menyebabkan anti dote nya sampai sekarang belum di temui. Semoga Allah mudah kan utusan para saintis dan pakar kesihatan sedunia dalam usaha menjejaki vaksin bagi COVID 19. Aaamin.... Sakit satu perkara yang mana kita tak mahu berlaku pada kita. Ia membataskan pergerakan...
- Get link
- X
- Other Apps
Sekadar berkongsi...... *KONSEP REZEKI* Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa. Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti. Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah Penjual akhbar itu. Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Ku perhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibaca nya. Namun perlahan2 ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya. + "Assalamu 'alaikum" - “Waalaikum salam" + “Bagaimana jualan akhbar tuan?" - “Alhamdulillah, dah terjual satu.” + “Wah susah juga ya kalau hujan begini" - “Insya Allah adalah rezeki nya.” + “Kalau h...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp.98* • Di BELENGGU CINTA. Ohhh.. indahnya bila semua kecintaan hanya keranaMu. DEMI CINTAKU PADAMU Assalamu’alaikum... Wow! sudah mendekati ke angka 100, kita semua berada dalam pkp. Meskipun bahang nya sudah tidak sehebat seperti 50 hari pertama dulu. Semuanya ketika itu dalam ketakutan yang amat sangat, tapi berkat doa dan usaha semua, kini semuanya makin menjadi bahan sejarah. Semoga ia menjadi bahan sejarah yang indah untuk kita semua kenangkan. Semalam saya ke HUKM, temani anakda yang ada appointment di sana. Dari luar pintu masuk utama HUKM, selepas “park” kereta di valley parking, suasana “cautious”, “social distancing”, “wearing mask” masih ada tapi semuanya dalam “mood” yang ceria dan tenang. Demi untuk SOP. Allahuakbar, rasa sangat, aman bumi Malaysia, tak sia sia lah kalau ada cemburu kata bumi ini juga ada barakah dari Allah swt, sehinggakan ada yang ingin takluki Tanah Melayu Jawi ini suatu masa ketika dahulu. Inilah dapat dilihat anugerah kasih saya...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp.97* •Impikanlah Syurga. Jangan Ejek Orang Yang Ikut Nabi Saw. Assalamu’alaikum.. Selamat tinggal Syawal. Sepatutnya, selepas ini kita umat Islam disibukkan dengan satu lagi peristiwa besar dalam kalendar Islam iaitu Manasik Haji. Dan amat lah di harapkan akan ada izin Allah untuk membenarkan umat islam berkumpul menunai kan rukun islam ke 5 ini. Pada yang telah sudahpun pernah menunaikan haji, beerti sudah sempurnalah rukun islam seorang Islam. Inilah ibadah kembara suci yang selalu meruntun jiwa muslim yang berkelana menuju jalan Allah. Seburuk mana pun kisah perjalanan haji seseorang muslim ianya tetap “indah” dan dikenang atas sifat redha dan qanaah nya mereka ketka bepergian ke Haramain. AllahuAkbar.. tanya lah mereka yang sudah ke sana. Inilah antara jalan jalan suci yang kita perlu lalui dalam meletakkan kita ke jalan syurga. Meskipun ada juga yang berkata kalaulah solat tunggang tunggik sekali pun belum pasti masuk syurga tapi apakah yang tidak solat pu...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp.85/ 1st Day PKPP* •Minda Positif Sempena hari Pertama PKP ( Pemulihan) Assalamu’alaikum... Perintah Kawalan Pergerakan hari ini memasuki fasa Pemulihan. Tapi ianya masih di hitung masih dalam kategori PKP. Rentas negeri telah dibuka dan rakyat juga sudah semakin berani, hingga ada yang mula menggunakan “penumbuk” sebagai ganti bersalaman ketika bertemu. Semoga kita tidak lupa untuk terus bergantung harap pada perlindungan Allah secara batiniah, tidak juga lupa pada semua doa doa keramat yang selama ini di guna pakai. Malahan, kita tidak juga lupa jaga diri secara fizikal dengan jaga pergaulan, sentuhan dan kebersihan. Jangan leka dan lalai. Inilah konsep dalam Islam yang perlu kita jaga dan yakini - penyerahan pada Allah (secara batin) dan berusaha ( secara fizikal nya). Moga apa apa yang berlaku, kita semua tetap dalam barokah Allah. *Suntikan Unsur Positif dari Petikan Hadis seawal pagi.* Untuk seawal sebuah pagi ini, marilah kita sama sama mulakan kehidupan hari ini de...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp92* •SEJARAH & TANAH JAWI TANAH MELAYU ( Bahan Bacaan PKP) Assalamu’alaikum Salam sejahtera buat semua. In shaa Allah, saya akan berhenti menggunakan urutan hari pkp ini bilamana ianya telah secara rasmi tempoh pkp di tamatkan. Ketika itu terciptalah sejarah kehidupan kita rakyat Malaysia kerana semuanya tinggal kenangan nanti. Sejarah bukan hanya untuk dikenang tapi ianya untuk kita belajar dan juga perbaiki diri menjadi lebih baik di masa hadapan. Bebeapa hari lalu, ketika sedang duduk berehat selepas makan malam, saya di hampiri isteri saya yang teruja dengan satu tulisan oleh bekas pegawai tabung haji mengenai kisah kisah sejarah mengerjakan haji pada tahun tahun sewaktu masih menaiki kapal. Dan dari situ juga saya ada terdengar bangsa melayu dipanggil sebagai Jawi. Pagi ini, ia memanggil saya untuk mencari sedikit bahan tapi mungkin ianya boleh di “contest”. Ianya juga mungkin membuka minda untuk sama sama cari akan kebenarannya. *Benarkah kenyataan ini?* ...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp.96* Jangan ada dalam Jiwa: “Peduli apa, kubur lain lain” Assalamu’alaikum... Selamat tinggal Syawal yang penuh makna kerana buat pertama kali dalam sejarah rakyat Malaysia, Syawal hanya ada pada 1 Syawal sahaja. Moga sedar lah kita semua akan kehebatan kemuliaan Allah yang boleh berbuat apa saja yang Dia kehendaki. Dalam masa yang sama, kita semua tidak “selfish” dalam berdepan dengan serangan COVID 19, inilah suri teladan terbaik buat umat di masa depan. Apatah lagi, kita memang disaran kan untuk menjadi manusia yang bermanafaat kepada orang lain. Jangan kita merasakan kita ini tidak perlu pada bantuan orang lain, hinggakan bila di beri peringatan tentang hidup dunia dan akhirat, kita buat tak tahu malah marah pulak. Pagi ni saya nak berprosan sikit kepada mereka yang merasakan bahawa mereka tidak perlu pada orang lain. Moga ini boleh bantu buka minda untuk kita terus hidup bermasyarakat. Sedang azan tidak pernah berhenti dari memberikan takzkirah lima kali sehari men...
PKP 95
- Get link
- X
- Other Apps
*PKP 94* Nasakhnya ayat 180 surah al baqarah. Semua orang akan mati.. Assalamu’alaikum... Saya ingiin membuka pagi ini dengan beberapa kata kata yang boleh membantu saya perbetulkan urutan perjalanan hidup. Moga ia nya juga dapat membantu semua yang menbacanya. “Sama sama kita teruskan kembara di tanah gersang ini dan Kembara ini bukan untuk diri sendiri tapi ianya kembara menuju Ilahi.” “Hidup kita hanya sekali, HENCE biarlah bererti.” Kehidupan yang diberikan ini hanya satu, hanya satu! inilah proses filtiration pada kita semua. Kerana itulah setiap langkah perlu kita manfaatkan sebaik mungkin untuk meraih bahagia dunia dan akhirat. Hidup ini juga bukan semata mata untuk bekerja. Ada tanggungjawab lain yang perlu kita tunaikan, dalam banyak banyak tanggungjawab itu, hak yang paling penting adalah tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Selalulah berpegang pada akur janji kita setiap kali kita solat: “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyal...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp.94* Sekeping Nota tasawuf lama dari Ustaz Jahid Sidek: “KAEDAH MENCAPAI CITA CITA” Assalamu’alaikum.. Ketika di luar sana suasana dan sikap rakyat Malaysia kepada isu COVID 19 sudah semakin berani, bulan Syawal semakin menuju ke penghujung nya. Kalau ghalibnya, hujung minggu ini bakal menjadi hujung minggu paling sibuk di kotaraya ini kerana rakyat berebut rebut mengadakan majlis rumah terbuka hari raya. Ketika ini juga ramai yang keluar memenuhi jalan raya memenuhi jemputan rumah terbuka. Habis jem krengg seluruh kuala lumpur. Tapi hujung minggu ini 29 dan 30 Syawal, tidak seperti nya selalu, kerana walaupun ramai yang sudah berani bertemu dan bersalaman ala ala pak black di Amerika tapi masih ramai yang mengikuti SOP dalam tempoh pkp pemulihan. Alhamdulillah. Semoga Malaysia maju aman dan makmur dan akan bertambah hebat lagi bila islam di praktikan kebanyakkan rakyat Malaysia. Tahniah diucap kan pada semua tak kira bangsa, agama dan umur serta pangkat kerana telah memartaba...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp.93* Pesanan Untuk Diri: Hakikat Berdoa - Jangan Berhenti Berdoa. Assalamu’alaikum.. Semoga dalam sejahtera semua hendaknya. Seawal pagi pagi segini, selain dari mengucapkan syukur pada Allah, kita juga kena tidak lekang dari berdoa. Sikit sikit berdoa. Sikit sikit berdoa. Inilah adalah satu sifat kebergatungan pada Allah swt yang wajib kita asah supaya keyakinan kita pada Allah semakin tajam setiap hari. Yakin bahawa setiap perkara itu kita hanya boleh berusaha dan ketentuan akan kejadiannya adalah hak milik Allah yang mutlak. Mula mula kita berdoa seawal kita bangun pagi, doa kesyukuran selepas berdepan dengan mati kecil, roh selamat kembali ke jasad untuk celek mata masih mampu melihat dunia - masih di kelilingi semua yang kita sayang. اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada Nya kami dikembalikan” Banyak lagi do...
- Get link
- X
- Other Apps
*PKP 91* - Dinihari bersama Si Pendosa yang tahu dia berdosa: *Tangisan Dan Menangislah...* Assalamu’alaikum... Salam kedinginan pagi penuh syahdu, seawal dinihari sepertiga malam ini, kalau diamati seolah olah terdengar suara alam seperti cengkerik sedang berkumandang berdendang menggetar hati hati yang sedang menangis ketika ini, menangis takutkan pada azab dan ancaman Allah. Mudah2an airmata itu akan menjadi saksi pada semua perbuatan baik mereka seterus nya mengangkat martabat kedudukan mereka disisi penduduk langit. Dan kita yang kurang berupaya ini, seeloknya cuba lah meniru sekali sekala gaya hidup sebegini kalau tak setiap hari pun mungkin boleh sekali sahaja seminggu. Mudah2an ada juga tersisa kebaikan untuk kita raih disana nanti. Untuk seawal pagi sebigini, izinkan saya berkongsi rasa mengenai tangisan dan inilah satu bahan datang dari hati seorang pendosa yang tahu dia berdosa. Ianya ter”inspired” dari bahan bacaan dan ceramah ceramah yang di dengari selaku pen...
- Get link
- X
- Other Apps
*Ketika Memasuki Pkp ke 90* •*Bicara Pagi:*BerDoa untuk perkara yang kecil dan remeh?* Assalamu’alaikum... Akhirnya tiba ke angka keramat ini, 90 hari dalam sejarah. Namun, suasana di luar sana seolah olah sudah tiada lagi corona virus ini. Apa apa pun kekalkan sikap berhati hati kerana itu adalah sebahagian dari sifat seorang muslim yang mukmin. Hari hujung minggu semalam, agak lumayan kerana merentas ke negeri Sembilan sehingga ke Kelab Golf Serimas menyantuni rakan rakan Golf di sana. Alhamdulillah. Surau kelab yang cantik di rumah kelab di buka, dapatlah berjemaah zohor dan asar bersama teman teman dengan sempurna. Kedengaran azan dari masjd terdekat masjid Quarters KLIA yang tersergam indah sayup sayup memanggil ketika waktu maghrib tapi masih belum boleh solat di sana. Terasa kesayuannya. Akhirnya, maghrib kami di sempurnakan berjemaah bersama rakan rakan di surau Kelab Serimas. Sekeping doa yang masih kekal seusai setiap kali solat adalah: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُو...