Posts

Showing posts from January, 2021

Pkp144* - Sabtu Untuk Aktiviti - Ex KPP bertemu dan Berpisah kerana Allah buat ke 10.

 *Pkp144* - Sabtu Untuk Aktiviti - Ex KPP bertemu dan Berpisah kerana Allah buat  ke 10.  Assalamu’alaikum.. Selamat berhari sabtu pula, hari rehat tapi sibuk bekerja dengan aktiviti masyarakat pula. Untuk kita sesama muslim, persaudaraan dan perpaduan yang kuat dalam masyarakat mesti di mulai dengan membina iman dalam diri setiap umat manusia. Bila hati gersang dari iman, manusia akan hidup mengikut kemahuan hawa nafsu dan petunjuk dari syaitan. Dan Allah di ketepikan. Sama sama kita pelihara hubungan sesama kita kerana ia bukan satu peraturan Allah yang sempit. Bahkan, ia memberi peluang luas kepada kemaslahatan umat Islam sejagat. Alhamdulillah, pagi ini kami kumpulan bekas pelajar pelajar intake 86 bagi Kolej Pengajian Persediaan sekali lagi buat kali ke 10 bertemu dan berpisah kerana Allah sambil beriadhah sukan Golf  dalam usia 50 an memupuk persahabatan hampir hilang suatu ketika dulu. Tapi atas kehendak Allah, ianya mekar berpupuk semula. Semoga perhimpunan p...

☆Khamis, 6 Aug 2020, 15 Dzul Hijjah 1441☆

 AsSalamu'alaikum Subuh berjemàh di rumah. Perlu keluar pagi atas urusan kerja. Sarapan di restoren Mamak dekat Lucky Gardrn Bangsar. Jumpa kawan2 dari NST dan MMZ, TM. PKP 143 Jumlah kes bertambah di negeri Jelapang padi. Bermula dari satu pekan kecil di Kedah. Dibawa masuk dari India oleh seorang PR Malaysia. Covid 19 yg lebih ganas katanya. Hampir 7000 orang telah dikurantin di Kedah. Ketika ini gejala ini sedang menular di Shah Alam. KKM nenamakan ianya sebagai kluster "Sivaganga". Katanya nama ini nama tempat di India. Kawasan Tamil Naidu. Apa apa pun bila Allah kata jadi maka jadi Amanah Bila disebut Amanah macam2 tafsiran yang keluar. Pokoknya ia pasti sifat yg perlu ada pada setiap induvidu kerana sifat itu ada pada setiap nabi. Rasulullah SAW tidak ketinggalan memberikan nasihat supaya kita umatnya, bersifat Amanah dalam kehidupan dan bersabda: "Sesungguhnya sifat amanah bertunjang dalam hati sanubari manusia, kemudian al-Quran diturunkan, maka...

WA Satu Pandangan

 Kuasai politik, kuasai agama Ada dua peristiwa yang hampir sama kejadian dan nama, tetapi dilayan dengan berbeza sekali. Beberapa minggu lepas kita dengar kisah tentang Ayasofya atau Hagia Sophia yang dikembalikan fungsinya sebagai masjid setelah 86 tahun lalu ditukar menjadi muzium. Kedengaran suara-suara kecaman, kritikan, kutukan dari negara-negara luar Turki yang menyifatkan tindakan itu sebagai satu tindakan yang jahat kerana ia adalah simbol kepada agama Kristian sebelum Turki ditakluk oleh Muhammad al-Fateh. Tetapi kritikan itu ditepis oleh pentadbiran Turki dengan mengatakan penghinaan itu adalah bukan sahaja kepada Turki, seluruh umat Islam. Memcampuri urusan dalam Turki juga adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Bukan Greece sahaja yang mengkritik, malahan beberapa negara lain, turut sama membuat kecaman terhadap Turki bagi isu ini. Alhamdulillah semuanya semakin kendur kerana ketegasan Turki melawan campur tangan negara luar.  Hagia Sophia yang telah jelas dib...

Pkp128* - Ahlan wa Sahlan Ya ZulHijjah..

*Pkp128* - Ahlan wa Sahlan Ya ZulHijjah... Assalamu’alaikum ... Saat yang manis akan terasa dalam kita beribadah diketika kita selesai kerjakan sesuatu ibadah sebelum nya kita amat malas melakukannya. Sebab itulah dalam soal ibadah kita banyak kena bermula dengan “paksa” diri kerana kita kena melatih diri untuk membiasakan dengan nya. Jadi, bila mana tiba satu hari atau keadaan di mana fadhilat dan kelebihan nya yang Allah kurniakan begitu hebat dari segi kiraan pahalanya, kita akan dapat melakukkannya dengan senang. Begitulah ketika kita berada dalam 10 hari pertama zulhijjjah. Semalam bermula nya hari pertama dalam bulan Zulhijjah dan tahniah pada yang berpuasa semalam. Semoga semua nya akan mendapat balasan yang setimpal. Semalam di kuliah Maghrib, di surau AlAmin, Ustaz Bakhtiar banyak mengulas tentang akan kehebatan 10 hari pertama ZulhIjjah. Firman Allah di dalam Surah AlFajr ayat 2, “Dan malam yang sepuluh (yang ada banyak kelebihan di sisi Allah)” Kata Ustaz, Ibnu Kat...

*Pkp152* ~ DIARI Kota Bahru. SATU SUSUNAN ALLAH.

 *Pkp152* ~ DIARI Kota Bahru. SATU SUSUNAN ALLAH.  Assalamu’alaikum... Alhamdulillah. Perjalanan yang lancar bermula dari rumah menuju ke Klia 2 dengan secebis doa keluar rumah dan doa musafir. Selepas 152 hari dalam PkP, inilah kali pertama saya balik ke Tanah Rendah Sekebun Bunga tempat tanah tumpah dari arwah ibu melahirkan saya. Atas alasan selesaikan urusan pusaka, ia menjadi satu kepulangan yang baik, apatah lagi bila ditemani kekanda bersama. Ada juga nostalgia masa lalu kami borakkan selain dari kisah keluarga dan COVID disepanjang perjalanan. Menerima berita kematian nenek saudara kepada suami kekanda saya sebelum menaiki pesawat, kami selamat mendarat di Airport Sultan Ismail Petra jam 748 malam, terus menuju ke Kg Badak Daerah Banchok ziarahi jenazah nenek yang diberitakan seolah olah tahu saat kematiannya sebelum ajalnya. Yang ini panjang ceritanya. Dan yang menggembirakan, sebaik tiba di masjid AnNur Kg Badak, just nice dengam azan isya. Terimakasih ya Allah, atas...

Pkp321* - *LIVE FB - Kuliah Kitab La Tahzan

 *Pkp321* - *LIVE FB - Kuliah Kitab La Tahzan. Muhasabah* Assalamu’alaikum... Yang dirahmati Allah semua, banyak perkara yang hendak kita syukurkan. Jangan sampai kita terlupa kerana bilamana tiba saat saat diuji ramai dari kita akan lupa pada segala nikmat yang telah diberikan sebelum. Yang diratap adalah kepedihan ketika itu; sedangkan, ujian yang di ratap itu terkandung banyak hikmat dan nikmat yang kita tidak tahu sehingga seberapa lama barulah kita sedar, ujian itu semua adalah baik untuk kita.  Al Baqarah :216, “...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah Yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahui nya” Disebalik pkp2.0, banyak yang hendak di syukuri. Hasil dari PkP1.0, ramai assatizah sudah belajar bahawa pengajian perlu diteruskan. Kuliah kuliah perlu diteruskan demi kesinambungan penyampaian ilmu.  Alhamdulillah. Sepanjang pkp2....

Mereka Yang Malas Berzikir

 Mereka Yang Malas Berzikir =========  1. al-Imam Ibn al-Qayyim menempelak kumpulan manusia yang berat lidahnya untuk berzikir menyebut dan mengingati Allah. Malah beliau menyifatkan sifat sedemikian sebagai hukuman yang Allah tentukan ke atas mereka. Kata Ibn al-Qayyim: أشد عقوبة في الدنيا أن يمسك الله لسانك عن ذكره “Seberat-berat hukuman yang dikenakan di dunia adalah Allah menghentikan lisan kamu dari mengingatinya.” 2. Malah, lisan yang berat menyebut zikir kepada Allah ini diumpamakan seperti lidah mereka diikat oleh syaitan. Kata Ibn al-Qayyim: أول قيود الشيطان على الإنسان تقييد اللسان عن الذكر “Ikatan yang terawal yang dilakukan oleh syaitan ke atas manusia adalah dengan mengingat lisan (lidah) mereka daripada berzikir kepada Allah. 3. Ibn al-Qayyim lantas mengingatkan perkara ini sepertimana yang disebutkan dalam al-Quran. Firman Allah:  اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ “Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menye...

PKP 156

 *Pkp156* - 1 Muharram 1442. SELAMAT TAHUN BATU, MAAF ZAHIR DAN BATIN.  Assalamu’alaikum... Salam tahun baru 1442 pada semua umat islam seluruh dunia.  Renung dalam dalam sejenak kisah perjuangan Nabi saw dan para sahabat ketika mana jika sekiranya kita ada di zaman itu belum tentu nasib kita dan siapa kita. Tapi yang pasti, mereka semua telah tempuhi satu perjuangan yang tiada tolok banding untuk letak kan Isalm di kedudukan sekarang ini. Kerana itu penting kita beranggapan tahun baru hijrah merupakan salah satu hari kebesaran Islam.  Pagi pagi tahun baru terasa sayu dan hiba teringatkan saat cemas Rasulullah SAW ketika perang pertama perang Badar. Hatinya pilu bila membayangkan nasib Islam sekiranya Muslimin tidak menang dalam Perang Badar. Doa nabi ketika perang badar: Allahumma ya Allah. Kaum Quraisy kini datang dengan segala keangkuhannya, berusaha mendustakan Rasul Mu. Ya Allah, pertolongan Mu juga yang Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika pasukan Islam ini...

PKP 157

 *Pkp157* - Umat Akhir Zaman hidup berapa lama? Satu Pengiraan Pendapat untuk renungan.  Assalamu’alaikum... Salam Jumaat. Mulakan pagi dengan sedekah dan dengan minda sentiasa berbuat baik pada semua orang. Mindset: Jangan  balas kejahatan dengan dendam, tapi balaslah ia dengan senyuman dan kesabaran. Mudah dibaca mudah dieja tapi susah untuk di cerna dan di mula.  ‎ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ “ Tolaklah (kejahatan yang ditujukan padamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap mu, dengan serta merta akan menjadi seolah olah seorang sahabat karib” (Fussilat: 34) Saya check dalam buku tafsir Ibnu Kathir, dengan ringkas disebut:   “jika ada orang yang melakukan kejahatan kepadamu, maka tolaklah dengan cara yang lebih baik”’ Kata ulamak pula : Ini dikhususkan pada orang orang kafir - berkaitan bab balas dendam pada m...

PKP 191

 *Pkp191* - Jiwa Yang Resah Parah Berdosa Disimbah Nota Kuliah Ustaz Mohd Khair.  Assalamu’alaikum.. Semakin lama, semakin takut bila diri bergelumbang dengan dosa, rasa bersalah datang dan pergi. Sehebat mana pun kita, jiwa akan makin goyah, apatah lagi jika faham dan tahu akan akibat kesalahan kesalahan yang di lakukan terutama di sisi Illahi.  Bertaubat sudah, tinggal lagi masih mengulangi salah dan dosa terdahulu. Ketika berdosa hilang rasa bersalah, seusainya pasti sayu, berapa kali lagi harus memohon keampunan Nya. Ini lah manusia.... Bukan tidak tahu, berdosa itu perlahan membuat jiwa sakit. Jika lambat ”berubat”, lama kelamaan akan berkarat. Lagi tak berguna jika tak sempat taubat nasuha, datang pula kematian. Ini sebuah pengingat besar, khuatir sungguh, takut takut datang rasa : “ sebuah dosa menjadi biasa”. Tolonglah ya Allah hindari dari ini semua.. TAPI, apakah manusia boleh lepas bebas dari dosa? Tentu tidak. Hanya Rasulullah Saw manusia yang terjaga dari sem...

WA32 Jan31_21 - Hawa : Assalamualaikum..mak.

 Satu Cerita Yang Bernafaat Untuk Semua ! ! ! ! Baik Sesiapa Pun...  Hawa : Assalamualaikum..mak. Ni ikan yang emak pesan, nak letak kat mana.? Ibu : Seekor letak bawah tudung saji, seekor lagi letak je dalam pinggan atas meja. Hawa : Baik mak. Tak lama selepas tu datang seekor kucing makan ikan di atas meja. Si ibu hanya melihat sambil tersenyum. Datang si Hawa lalu terkejut..😳 Hawa : Ibu.!! Kucing makan ikan atas meja, kenapa ibu tak halau. Ibu : (sambil tersenyum) Kenapa nk halau..?? Hawa : Ye..lah, kucing makan ikan yang Hawa beli tu. Ibu : Biarkan lah, Hawa yg tak tutup ikan tu, bukan salah kucing.  Dia nampak *"rezeki",* jadi dia makan lah. Hawa : Ibu yang suruh letak mcm tu atas meja, Hawa ikut je..hhmmmmmmm. Ibu : Hawa, ibu saja je nk suruh Hawa letak ikan mcm tu, kucing tu pun ibu yg bagi masuk. Hawa : Tapi kenapa..?? Ibu : Dalam hidup ni kita dibagi pilihan. Tapi apa pilihan yang kita ambil, itu kita yg tentukan. Hawa : Hawa tak paham lah ibu. Ibu : Kucing itu ...

Pkp320* - Semoga Kita dalam Redha Allah.

 *Pkp320* - Semoga Kita dalam Redha Allah.  Assalamu’alaikum ... Hari ini tepat 320 hari selepas kali pertama Perdana Menteri, mengumumkan akan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan 18 Mac 2020 lalu. Selepas melalui tiga fasa PKP termasuklah PKP Bersyarat (PKPB) diikuti dengan PKP Pemulihan (PKPP) dan balik semula PkP 2.0 yang dijangka tamat 4 Februari 2021., seolah olahnya tiada tanda tanda si Covid19 akan reda.  Apa apapun dengan semangat di pagi Ahad ini, sama samalah kita semua terus berhati hati, tak ambil mudah walaupun banyak kelonggaran diberikan, saling mengingati antara satu sama lain terutama mengenai SOP dan peraturan supaya akhir nya kita bebas daripada COVID-19. Ayuh Malaysia! Buktikannya!   Dalam pada itu, kami sekeluarga mencuba pelbagai cara untuk mengatasi kebosanan hidup dalam pkp2.0, tapi ini semua menjadikan kita lebih creative. Tapi yang pasti, usaha usaha mewujudkan suasana solat berjemaah lima waktu amat dititik beratkan....

WA31 Jan30_21 3 - WAKTU TIDAK DIGALAKKAN

 3 WAKTU TIDAK DIGALAKKAN MANDI : 1. 30 minit selepas solat Asar. 2. Selepas Maghrib. 3. Selepas Isyak sehingga 12 malam. Penjelasan : 1. 30 minit selepas solat asar. Adalah waktu dimana darah dalam badan panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi letih dan penat untuk bekerja. 2. Lepas Maghrib Jantung kita sudah mulai lemah untuk bekerja.  Kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair. 3. Selepas solat Isyak Ini masanya jantung berehat, jika mandi ketika ini akan mengakibatkan lemah jantung. Sebaiknya mandi selepas jam 1 pagi. Antara pukul 2~3 pagi, itu akan lebih memberikan tenaga kepada badan seperti bateri yang telah lemah dicas semula. Kata Alim Ulamak :-* ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah swt. ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan dahaga dan haus di Padang Masyar. ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah swt pada h...

Pkp319 - Jangan Terjebak dengan Ritual tapi carilah spiritualnya]

 [Pkp319 - Jangan Terjebak dengan Ritual tapi carilah spiritualnya] Assalamu’alaikum.. Salam pkp, salam sabtu, salam liburan. Tidak lupa salam dalam beribadah juga.  Setiap kali selesai solat lima waktu, kita jarang terlepas dari berwirid dengan wirid ini:  اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ وَأَدْ خِلْنَ الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَرَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَا لَيْتَ يَاذَالْجَلاَلِ وَالْأِ كْرَامِ “Ya Allah, Engkau adalah Zat yang mempunyai kesejahteraan dan dari Mu kesejahteraan itu, kepada Mu akan kembali lagi segala kesejahteraan itu. Ya Tuhan kami, hidupkanlah kamu dengan sejahtera. Masukkanlah kami ke syurga kampung kesejahteraan. Engkaulah yang berkuasa memberi berkah yang banyak dan Engkaulah Yang Maha Tinggi, wahai Zat yang memiliki kehebatan dan juga kemuliaan.” Itulah yang kita harapkan dari pagi yang mulia ini, Allah berikan pada kita kesejahteraan, damai dan selamat. Setiap dari ki...

WA30 Jan29_21 - Akibat teks khutbah disediakan orang

Akibat teks khutbah disediakan orang lain dibaca oleh  orang lain. Di samping bahasa Inggeris di jawikan dan tidak diketahui oleh pembaca khutbah. Oh My Jawi Berikut ialah beberapa perkara pelik yg disebut oleh khatib di atas mimbar: 1. Di sebuah mesjid di Negeri Sembilan, "Oleh kerana perniagaan mendatangkan 9/10 daripada keuntungan maka sidang Jumaat sekalian, marilah kita jadikan perniagaan sbg satu 'mutafancirin' ". Saya terkejut. Apa tu mutafancirin? Melayu bukan Arab pun bukan. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'mata pencarian.' "متڤنچرين" 2. Di sebuah mesjid di Kulim, Kedah, "...dihalalkan kita umat Islam memakan kuda, dan diharamkanNya kita memakan keladi...". Dekat nk pengsan makmum sbb ada yg baru lepas mkn sayur keladi. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'keldai'. Selepas khutbah ini lebih sebulan orang Kulim tak mkn keladi sbb difatwakan haram. "كلدي" 3. Di sebuah mesjid di Perak, "...maka 'biro...

WA29 Jan29_21 - *SAYA STRESS tapi kenyataan Samy Vellu...

 *SAYA STRESS tapi kenyataan Samy Vellu buat saya tersenyum.* Sami Vellu hampir 31 tahun jadi menteri. Malaysian Insider ada ceritanya disini. Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan - kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010... “Kita akan merindui pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna, kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan - kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang...Samy Vellu. 1. *Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju :-* "Kita mahu meningkatkan sistem pos, kalu bule hari ni pos, semalam sudah sampai." 2. *Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu :-* "Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat - sangat la besar." 3. *Samy berkata dalam salah satu ceramah :-* "Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini. "K...

Wa28 Jan29_21 - Harta batil...memakan atau

 *Harta batil...memakan atau mengambil hak orang lain...jom baca kisah2 benar* *Kisah 1:* Ali mati mempunyai 5 anak...yg sulung lelaki....rumah pusaka masih atas nama si mati...rumah disewakan atas persetujuan semua dan setiap tahun buat kenduri adik beradik dgn duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun...tiada lagi kenduri adik beradik....duit pun tidak diagih pada waris...si abg hanya diam membisu....inilah dinamakan memakan harta batil... *Kisah 2 😗 Ali mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak2nya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendpt hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil. *Kisah 3 😗 Jalil mati. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil..si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya...1 sen pun d...

WA27 Jan29_21 - 𝑴𝑬𝑵𝑨𝑭𝑲𝑨𝑯𝑰 𝑶𝑹𝑨𝑵𝑮 𝑻𝑼𝑨

 𝑴𝑬𝑵𝑨𝑭𝑲𝑨𝑯𝑰 𝑶𝑹𝑨𝑵𝑮 𝑻𝑼𝑨 *(𝒔𝒖𝒅𝒖𝒕 𝒓𝒆𝒏𝒖𝒏𝒈𝒂𝒏) 𝑶𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒖𝒂 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒌𝒖𝒕 𝒎𝒊𝒔𝒌𝒊𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊 𝒏𝒂𝒇𝒌𝒂𝒉 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒏𝒂𝒌𝒏𝒚𝒂 𝒔𝒂𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒔𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂._ _𝑻𝒂𝒑𝒊 𝒃𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌𝒖𝒕 𝒌𝒆𝒌𝒖𝒓𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒏𝒈 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒖𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒎𝒂𝒔𝒂 𝒕𝒖𝒂𝒏𝒚𝒂._ _𝑳𝒊𝒉𝒂𝒕 𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒔𝒂𝒂𝒕 𝒊𝒏𝒊,_ _𝑺𝒆𝒉𝒆𝒃𝒂𝒕 𝒂𝒑𝒂𝒑𝒖𝒏,_ _𝑺𝒖𝒌𝒔𝒆𝒔𝒑𝒖𝒏 𝒔𝒆𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊 𝒍𝒂𝒏𝒈𝒊𝒕,_ _𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒕𝒂𝒏𝒑𝒂 𝒅𝒐𝒂 𝒓𝒆𝒔𝒕𝒖 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒖𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒔𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒊𝒕𝒂_ _𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒆𝒕𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏, 𝒌𝒆𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒉𝒂𝒏 & 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑._ _𝑼𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒊𝒔𝒂 𝒅𝒊𝒄𝒂𝒓𝒊,_ _𝒊𝒍𝒎𝒖 𝒃𝒊𝒔𝒂 𝒅𝒊𝒈𝒂𝒍𝒊_ _𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒃𝒊𝒔𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒓𝒂𝒊𝒉_ _𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒌𝒆𝒔𝒆𝒎𝒑𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒔𝒊𝒉𝒊 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒖𝒂 𝒕𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊._ _𝑺𝒂𝒕𝒖 𝒊𝒃𝒖...

PKP318 - *MONOLOG PAGI JUMAAT - Hidup kena Di Teruskan

 *Pkp318* - *MONOLOG PAGI JUMAAT - Hidup kena Di Teruskan* Assalamu’alaikum....  salam Jumaat. Segala puji pada Allah swt atas kurnia dan nikmat yang telahpun dan akan dilimpahkan pada kita semua.  Apa apa pun kehidupan ini harus diteruskan, walaupun kita tidak tahu apa yang akan jadi besok..  Surah Luqman, 34: “Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tidak ada sorang yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya” Jelaslah, kehidupan ini harus diteruskan, walaupun kita tidak tahu bila dan dimana kita akan mati.  Menjengok semula kisah hidup yang sudah berlalu, tak mungkin akan kembali tetapi kehidupan ini kena diteruskan. Di masa kecil bayi hingga sebelum alam sekolah kita sentiasa ada mak ayah “mengendong” kita. Selepas itu  kita merasai zaman anak2, pergi sekolah, bermain dengan kawan, tempuh zaman remaj...

WA26 Jan28_21

 _*DI MANA ADANYA SEMUT DI SITULAH ADA GULA_* _DAN DI MANA ADA CAHAYA DI SITULAH KELKATU BERTERBANGAN_ *_TENANGKANLAH DIRI SERTA HATI.*_ _Allah telah siapkan rezeki untuk kita semasa kita di dunia. Apa sahaja yang kita patut dapat, kita akan dapat, ianya tidak akan lari ke mana. Maka kena redha dengan apa yang Allah berikan. Kalau kita kejar dunia dengan cara yang salah, tentu kita akan rugi nanti.👇👇_ _Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. (20)_ _Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). (21)_ _SURAH 75: *AL QIYAMA* AYAT 20 - 21_

WA25 Jan28_21

 Hadis : *Islam yang paling utama* Diriwayatkan dari Abu Musa r.a., dia berkata: _"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ, Bagaimana orang Islam yang paling utama?"_ Beliau ﷺ menjawab:  ```"Iaitu orang Islam yang orang Islam lainnya merasa aman dari lisan dan tangannya."``` _(HR Bukhari & Muslim)_

PKP317 Jan28_21

 [Pkp317 - Jejak Islam di Dunia:  Bulan Dibelah dan Raja India] Assalamu’alaikum... Salam Dunia. Salam sejahtera buat semua. Siapa pun kita, tanggungjawab kita untuk melaksanakan apa yang diamanahkan Allah tetap menjadi agenda utama setiap hari kita memulakan sebuah pagi. Walaupun dosa menimbun tapi cita cita hendak ke syurga tetap kena ada. Jangan sesekali ada yang berkata sanggup ke neraka dulu, baru lah ke syurga. Kita tidak akan mampu untuk menanggung siksa neraka walau seketika cuma. Oleh itu, sentiasa lah perbaharui taubat taubat kita sehingga kita diberikan taubat yang nasuha.  Itulah saya, yang semakin hari, darah semakin meninggi apalagi dalam PkP, tertimpa lagi dengan dosa dosa nafsu. Hanya tinggal tulisan pagi jadi penawar hati yang sering di racuni kehendak nafsu sendiri.  Seperti yang dijanjikan, pagi ini, kita lihat bagaimana keinginan Abu Lahab yang ingin permain Nabi saw dengan mencabar Nabi membelah bulan dari Jabal Qubis bukan dari tanah Kaabah....

PKP316 TRIBUTE TO BEKAS RAKAN KONGSI, ABANG DAN KAWAN. Allahyarham Tuan Haji Mohamed Rafi’e bin Abdul Kadir

 Pkp316 - TRIBUTE TO BEKAS RAKAN KONGSI, ABANG DAN KAWAN. Allahyarham Tuan Haji Mohamed Rafi’e bin Abdul Kadir (14 Jun 1960 - 25 Januari 2021) Assalamu’alaikum... MAAFKAN SAYA KERANA TERPAKSA MENANGGUHKAN CORETAN TENTANG RAJA KERALA MENGANUT ISLAM - antara “Jasa” ABU LAHAB.  Mati hidup kita “di tangan” Allah!  Semalam, menerima berita pergi nya kerahmatullah bekas rakan kongsi dalam perniagaan yang Allah hadirkan dalam kehidupan saya, membawa saya masuk kekancah perniagaan seawal tahun 1996. Dari situlah saya diberikan satu syarikat tanpa mengeluarkan modal tapi ada share. Dari situ juga saya mula belajar sepak terajang dlm dunia perniagaan. Walau tak sebesar mana apa yang kami niagakan tapi tetap berharga, dia umpama guru, abang dan kawan saya. Dek kerana itu pemergianya agak meninggalkan kesan pada saya.  Apa jua kelemahan yang ada pada arwah di pandangan rakan, kawan, suadara mara ataupun mungkin musuh, dia hanyalah manusia biasa. Begitulah apa jua kelebihan yang ...

WA24 Jan26_21

 *Nabi s.a.w tak pernah tinggal Solat Sunat Sebelum Subuh..* Dari Abu Abdillah Bilal Bin Rabah r.a, muazin Nabi s.a.w datang untuk menemui Rasulullah s.a.w untuk azan Subuh.  Tetapi Bilal telah ditanyai sesuatu oleh Aisyah sehinggalah ke waktu pagi benar (agak lewat). Bilal kemudiannya terus melaungkan azan subuh dan diikuti dengan iqamah.  Namun Rasulullah s.a.w belum juga keluar. Ketika Baginda keluar untuk menjadi imam, Baginda memberitahu bahawa Baginda telah ditanyai sesuatu oleh Aisyah sehinggalah waktu menjadi pagi benar dan ada urusan lain yang menyebabkan Baginda lewat keluar. Baginda kemudiannya bersabda: "Sesungguhnya Saya ingin menunaikan dua rakaat solat SUNAT FAJAR terlebih dahulu." Seorang sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, Tuan telah berada di waktu pagi benar (lewat pagi)." Sabda Baginda: "Walaupun *lebih lewat lagi,* saya akan tetap mengerjakan solat sunat fajar dua rakaat dengan *sesempurna* dan sebaik-baiknya." _- hadith hasan riwayat ...

PKP315 Jan26_21

 *Pkp314* - KISAH PROGRAM USRAH KELUARGA NCS. Beberapa petikan hadis untuk santapan bersama. Assalammualaikum... Salam subuh. Salam dunia.  Selamat Pagi Semua.  Semalam berlalu dengan tenang, bila dibelek belek diari semalam, tiada pun insiden yang menyusahkan kita. Kena bersyukur kerana bahagia. Seandainya hari ini atau esok ada ujian melanda, tetaplah bersyukur. Kerana orang yang selalu bersyukur akan sentiasa dikurniakan rasa bahagia. Tiada insan yang sempurna di dunia ini. Sesungguhnya hanya milik illahi, kesempurnaan itu.  Ikhtiarlah untuk membuka pintu rezeki, antaranya ialah setiap pagi, sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibu bapa (tak kira masih hidup atau telah tiada). Semoga hari ini, Allah membuka pintu rezeki yang luas untuk kita semua. Alhamdulillah. Malam tadi berlangsung lagi program usrah bersama ahli ahli keluarga. Semua nya ada kecuali anakda yang masih ada di Amsterdam. Diakhir program dapat juga VIdeo call bersamanya sekejap. Alhamdulillah bermula...

PKP314

 *Pkp314* - KISAH PROGRAM USRAH KELUARGA NCS. Beberapa petikan hadis untuk santapan bersama. Assalammualaikum... Salam subuh. Salam dunia.  Selamat Pagi Semua.  Semalam berlalu dengan tenang, bila dibelek belek diari semalam, tiada pun insiden yang menyusahkan kita. Kena bersyukur kerana bahagia. Seandainya hari ini atau esok ada ujian melanda, tetaplah bersyukur. Kerana orang yang selalu bersyukur akan sentiasa dikurniakan rasa bahagia. Tiada insan yang sempurna di dunia ini. Sesungguhnya hanya milik illahi, kesempurnaan itu.  Ikhtiarlah untuk membuka pintu rezeki, antaranya ialah setiap pagi, sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibu bapa (tak kira masih hidup atau telah tiada). Semoga hari ini, Allah membuka pintu rezeki yang luas untuk kita semua. Alhamdulillah. Malam tadi berlangsung lagi program usrah bersama ahli ahli keluarga. Semua nya ada kecuali anakda yang masih ada di Amsterdam. Diakhir program dapat juga VIdeo call bersamanya sekejap. Alhamdulillah bermula...