Posts

Showing posts from November, 2020

PKP258

 *Pkp258*- * Hanya Orang Beriman Rasa Berdosa Dan Ingin Bertaubat* Assalamu’alaikum... Tahniah, mubarak’alaikum.. Jemaah subuh samaada di rumah Nya atau bersama ahli keluarga. Alhamdulillah. Bangun dari sebuah lena dan masih ada ruang untuk bertaubat lagi pagi ini. Setiap hari ada saja salah dan silap, jika mungkin dosa besar dihindari, dosa kecil sentiasa berlaku sama ada secara sedar atau tidak. Hadis sering kita dengar, ada menyebut: Sabda Rasulullah SAW: “Setiap anak Adam pasti sering melakukan dosa dan kesalahan, dan sebaik baik orang yang berdosa adalah orang yang rajin bertaubat.” (Tirmidzi dan Ibnu Majah) Malah, kita sering bertemu dengan ayat ini: “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah SWT dengan taubat nasuha” (At Tahrim: 8) Indeed, hanya orang yang beriman saja mampu berasa berdosa dan akan melakukan taubat. Sayu hati di awal pagi ini, dalam sibuk mengejar hidup, kita sering terlupa ukhrawi yang jauh lebih penting. Apa lagi bila terjumpa dengan sabda n...

PKP257

 *Pkp257*- Dosa Berulang? Ada Taubat kah? Assalamu’alaikum... Di ketika bumi Btho sejak dari awal dinihari di timpa titisan air hujan, diri di pembaringan mencari waktu sesuai untuk bangkit bersujud mohon lagi keampunan, walau sedar hari ini akan dihinggap debu debu dosa lagi. Bermain di kotak fikiran siapa kah kita disisi Allah jika kita terus berulang ulang bertaubat dan esoknya “ tahu buat” lagi dosa yang sama. Secara peribadi terasa malu sangat padaNya, tapi tetap tekad untuk tidak berhenti dari bersujud mohon keampunan pada setiap malam. Ini semua atas sifatNya yang Maha Pengampun. “Dia lah Allah Yang Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun Sesungguhnya Allah benar benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun” (Al-Hajj:60) Buat salah dan dosa memang manusia, tapi Allah Yang Maha Pengampun dosa senantiasa menanti taubat semua hamba Nya. Tetaplah berkhusnudzan akan kebaikanNya; sebab rahmat Allah, mengalahkan murka Nya. Hanya inilah yang tinggal untuk meneruskan sebuah kehidupan dengan tenang ...

PKP256

 *Pkp258*- * Hanya Orang Beriman Rasa Berdosa Dan Ingin Bertaubat* Assalamu’alaikum... Tahniah, mubarak’alaikum.. Jemaah subuh samaada di rumah Nya atau bersama ahli keluarga. Alhamdulillah. Bangun dari sebuah lena dan masih ada ruang untuk bertaubat lagi pagi ini. Setiap hari ada saja salah dan silap, jika mungkin dosa besar dihindari, dosa kecil sentiasa berlaku sama ada secara sedar atau tidak. Hadis sering kita dengar, ada menyebut: Sabda Rasulullah SAW: “Setiap anak Adam pasti sering melakukan dosa dan kesalahan, dan sebaik baik orang yang berdosa adalah orang yang rajin bertaubat.” (Tirmidzi dan Ibnu Majah) Malah, kita sering bertemu dengan ayat ini: “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah SWT dengan taubat nasuha” (At Tahrim: 8) Indeed, hanya orang yang beriman saja mampu berasa berdosa dan akan melakukan taubat. Sayu hati di awal pagi ini, dalam sibuk mengejar hidup, kita sering terlupa ukhrawi yang jauh lebih penting. Apa lagi bila terjumpa dengan sabda n...

PERBANDINGAN ANTARA HUKUMAN ARAK DAN RASUAH

 PERBANDINGAN ANTARA HUKUMAN ARAK DAN RASUAH Timbul persoalan mana yang lebih berbahaya antara kemudaratan arak dan rasuah, sepertimana perbezaan mana yang lebih berat antara bodoh dan gila, atau mana yang lebih berbahaya antara mencuri dan merompak. Jawapan kepada semua persoalan tersebut ialah kedua-duanya berbahaya, hanya terdapat perbezaan pada cara, pendekatan dan lapangan sahaja. Maka kedua-dua masalah arak dan rasuah adalah diharamkan oleh Islam. Jika dilihat secara zahir, gila itu lebih berbahaya daripada jahil dan bodoh, tetapi kos untuk mengawal orang gila lebih murah daripada kos mengatasi kebodohan dan kejahilan. Ini kerana perbelanjaan bagi membuka sekolah untuk orang jahil dan bodoh lebih besar berbanding kos untuk mengawal dan merawat penyakit gila, kerana pengidap penyakit jahil dan bodoh lebih ramai daripada mereka yang gila. Namun, kedua-duanya tidak boleh dibiarkan walaupun pada pandangan zahir bahawa gila itu lebih berbahaya. Begitulah tidak sewajarnya bertindak...

UMMI

 *MAKSUD GELARAN UMMI PADA DIRI NABI MUHAMMAD SAW* Apakah yang dimaksudkan dengan "Ummi" itu ? Sesetengah daripada kita beranggapan gelaran ummi pada Rasulullah SAW itu bermaksud orang yang tidak tahu menulis dan membaca. Benarkah gelaran ummi itu dimaksudkan dengan orang yang tidak tahu menulis dan membaca ?  Perkataan “tidak tahu” pada ayat tersebut sebenarnya telah merendahkan sifat kebijaksanan Rasulullah SAW. Sehingga orang kafir mempertikaikan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW, Rasul yang amat kita kasihi. Orang kafir berpendapat, bahawa orang yang bijaksana mestilah tahu menulis dan membaca kerana itu adalah cara atau kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan. Saya ingin menceritakan satu kisah berkenaan dengan seorang ustaz yang sangat mencintai Rasulullah SAW. Ustaz ini mengambil PhD dan beliau telah membuat kajian tentang "UMMI" iaitu sifat yang ada pada Rasulullah SAW. Sejak kecil hingga dewasa, ustaz ini hanya mengetahui maksud ummi pada Rasulullah itu sebagai...
 KERBAU YANG BAIK HATI. Seekor KERBAU YANG BAIK mati dan di masak rendang  gara-gara sebuah kata-kata...😔 📌FITNAH 1. Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang: "kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari..." 2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok: "Tadi saya berjumpa Kerbau, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Kerbau" 3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing: "Kerbau komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!" 4. Kambing berjumpa Ayam: "Khabarnya Kerbau tidak seronok bekerja dengan bos... mungkin ada bos lain yang lebih baik..." 5. Ayam bercerita kepada Monyet: "Kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain!" 6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos: "Bos, tol...

PKP257

 *Pkp257*- Dosa Berulang? Ada Taubat kah? Assalamu’alaikum... Di ketika bumi Btho sejak dari awal dinihari di timpa titisan air hujan, diri di pembaringan mencari waktu sesuai untuk bangkit bersujud mohon lagi keampunan, walau sedar hari ini akan dihinggap debu debu dosa lagi. Bermain di kotak fikiran siapa kah kita disisi Allah jika kita terus berulang ulang bertaubat dan esoknya “ tahu buat” lagi dosa yang sama. Secara peribadi terasa malu sangat padaNya, tapi tetap tekad untuk tidak berhenti dari bersujud mohon keampunan pada setiap malam. Ini semua atas sifatNya yang Maha Pengampun. “Dia lah Allah Yang Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun Sesungguhnya Allah benar benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun” (Al-Hajj:60) Buat salah dan dosa memang manusia, tapi Allah Yang Maha Pengampun dosa senantiasa menanti taubat semua hamba Nya. Tetaplah berkhusnudzan akan kebaikanNya; sebab rahmat Allah, mengalahkan murka Nya. Hanya inilah yang tinggal untuk meneruskan sebuah kehidupan dengan tenang ...

PKP256

 *Pkp256 - Jaga DiRi, Jaga Kesihatan, ikut gaya Nabi Saw.* Assalamu’alaikum  Salam alaik, dikeheningan awal pagi, bertafakur di kesyahduan, merindui janjiMu Tuhan, bantuan Mu dalam berjuang menentang nafsu dan iblis,  meniitis lagi airmata taubat segala dosa. Moga terangkat penghijab kalbu antara Kau dan aku... Dalam meneruskan sebuah kehidupan, menjaga kesihatan diri amatlah penting. Ianya juga untuk memudahkan kerjakan amal ibadah kita. Seawal pagi ini, bangkit tidak awal seperti biasa, kepenatan melayan urusan dunia semalam belum habis lagi. Duduk seketika menanti sebelum subuh terbaca satu artikel. Menarik utk di kongsikan disini.  *BAGAIMANA RASULULLAH S.A.W JAGA KESIHATAN DIRI* •SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH Rasulullah mengajak umatnya bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Antara hikmah yang mendalam dari perbuatan ini - mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik dan memperkuatkan akal fik...

Pkp255

 *Pkp255- Fikrah Jumaat: Dosa ke syurga? Pahala Ke Neraka?* Assalamu’alaikum... Salam jumaat penuh kemuliaan. Tinggal 12 jam lagi untuk kita pastikan kita tidak meng sia sia kan kehebatan Jumaat yang dijanjikan. Macam macam ada.  Sinopsis ayat 261 Al Baqarah, kita orang awam melihatnya sebegini: seringgit akan jadi 7 ringgit. Setiap yang tujuh ringgit akan jadi 700 ringgit. Arithmatik memberi jawapan, tjumlah yang terkumpul menjadi 4900. Kalau ada ringgit kat depan, semua buka mata. Ini skim cepat kaya yang memang sah menjanjikan kekayaan. Tapi betapa kuat keyakinan kita pada janji Allah dalam bab ini? Apa kagi kalau dihari jumaat. Ada Sesiapa kisah? Sebab ia tak masuk ke akaun simpanan atau semasa, tapi akaun akhirat sebab tu ramai yang tak beli kisah ini.  Tapi pagi ini, hal ini bukan isu utama. Cuma saya terpanggil berceloteh kerana teringat hari ini, hari jumaat. Bersedekah adalah salah satu amal ibadat yang amatlah di galakkan di hari jumaat.  Pagi ini, saya leb...

PKP254

 *Pkp254 - Merenung Ilmu dari Hiburan - Hukum dari Sketsa PEREMPUAN TANPA DOSA.* Assalamu’alaikum... Salam diawal pagi khamis. Datang lagi, dengan macam macam perasaan bercampur baur dalam kotak fikiran. kejap suka, sekejap berduka, sekejap seronok, sekejap lara, tiada yang kekal. Begini lah keadaan kita di dunia ini sehinggalah di negara akhirat. Disana kalau seronok dan gembira tiada bertepi malah infiniti, jika dalam syurga tapi sebaliknya pula jika dalam neraka.  Mengingat nasib diri nanti, maka nikmat Islam dan iman tersangat besar nilainya. Ia akan “Disyukuri Atau Disesali” sepenuhnya oleh manusia hanya bila roh sudah bercerai dari badan. “Si cerdik (bijaksana) adalah orang yang menjaga (kawal) diri (dari melanggar arahan Allah) dan bersedia untuk kehidupan selepas mati. Si lemah (bodoh) adalah orang yang mengikut nafsunya dan berangan angan agar Allah mengampunkannya” - Sunan al Tirmidhi, Sunan Ibn Majah. Minggu minggu masih dalam PKP ini, terjebak juga dengan drama ber...

PKP253

 *Pkp253* - *Kata kata bijak Seusai Solat Isya’* Assalamu’alaikum ... Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, keluarga dan para sahabat baginda, serta yang mengikuti jejak langkah baginda hingga hari Akhirat. “Serulah ke jalan tuhan kamu dengan penuh hikmah, nasihat  yang baik dan berdialoglah kamu dengan cara yang terbaik”. (An Nahl: 125). Tiada lagi cerita cerita istimewa sebagaimana ketika sebelum dalam pkp, kerana masjid dan surau masih tertutup rapat untuk di kunjungi. Bermakna, kita tidak punyai kesempatan untuk bersila di majlis ilmu. Biasanya dari situ banyak input ilmu untuk dikongsi bersama. Kini, kita kena “creative” dalam usaha mencari ilmu setiap hari. Saya kenal diri saya, saya sedar diri saya siapa, siapalah saya kalau tanpa majlis majlis ilmu yang penuh barokah. Hasil dari situ saya yang berdaki dosa ini, amat berharap dimudahkan jalan menuju surga, diberikan ketenangan, rahmat, dimuliakan para Malaikat, diterimaNya sebagai jihad fi sabilillah....

PKP252

 *Pkp252* - Pecinta Pagi... istiqmaahlah dengan amalan baik.  Assalamu’alaikum  Salam pagi...salam Rabu. Selamat Pagi, Pencinta Pagi Hari ini 24 November 2020 bersamaan 8 Rabiul Akhir ketika ini jam  430 Pagi. Awal dari terbuka nya mata dan hati, terus lepaskan rindu pada sang pemilik hati, curahkan cinta rintihkan rasa dan takdir, ketika alam dalam rintikan hujan dan  sepoi angin bertiup lembut. Pagi, waktu terbaik untuk berkarya, jadikan hingga next level berdakwah, jom mulakan bergerak, Jangan sia siakan kesempatan yang telah ada. Maju tanpa ragu dan jangan sampai  menyesali suatu hari nanti. Ciptakan karya yang akan dikenal dan bukan mendunia tapi mengakhiratkan juga.  Apa apa pun Selamat pagi dalam kesejahteraan semoga rahmat dan redha Allah ada bersama... Dalam kehidupan seharian, selalulah sulamkan berbuat perkara baik kerana kita pasti akan tercalit dengan perkara yang tidak baik. Lumrah!  *BUAT BAIK SELEPAS BUAT JAHAT* Ada sebuah hadis me...

PKP251

 ⏺Pkp251 - Motivasi Pagi - Buatlah Yang Terbaik Assalamu’alaikum ... Memasuki ke minggu yang baru, moga sentiasa ada motivasi dan bersentiasa bermotivasi meneruskan lagi episode episode hidup yang baru ini. Almaklum. Kita semua manusia. Punya emosi, punya hati dan punya naluri. KeKadang kita OK Kadang K.O. Walau apapun jua, kita boleh berusaha  berada di status yang mana. Kita diberikn bekal dengan akal dan tenaga. Tinggal lagi hasilnya bukan milik kita. Jadikan ayat ini sebagai motivasi untuk move on pagi ini:  Ar ra’d : 11 ‎لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ “Bagi tiap tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapan nya dan dari belakangnya, mengawas dan menjaga (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah...
 *MENGHINDAR PENIPUAN DAN PERBALAHAN* *_dpt ganjaran 3 tingkatan syurga_* _Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., daripada Nabi Muhammad ﷺ , Baginda bersabda:_ "1️⃣Sesiapa yang *meninggalkan penipuan* yang merupakan suatu kebatilan, nescaya *dibinakan (istana) untuknya di persekitaran syurga*; 2️⃣sesiapa yang *meninggalkan perbalahan* sedangkan ia berada di pihak yang benar, nescaya dibinakan untuknya *di pertengahan syurga*; 3️⃣sesiapa yang *mengelokkan akhlaknya* dibinakan untuknya di tempat *tertinggi didalam syurga*."  (Riwayat at-Tirmizi)  _rujukan 300 Hadis bimbingan - Telaga Biru , Hadis 202 m.s. 138_

PKP250

 *Pkp250* *Tak salah berhibur.* #GEMA VAGANZA LAGI BEST DARI GEGAR VAGANZA Assalammualaikum  Salam ahad salam istirehat salam riadhah salam ibadah.  Dengan kesempatan masa yang terluang dianugerahkan oleh Allah ini, Alhamdulillah, masih terdetik di hati menghasilkan nukilan ringkas ini, moga ada perkiraan disisi Nya. Itu yang maha penting.  In syaa Allan, akan memberi manfaat kepada diri kita semua.  Rasai syukur kepada Allah SWT keranaNYA kita masih boleh menikmati kehidupan hari demi hari dan terus menerus evaluasi diri kita agar kita sentiasa dalam keadaan yang baik dan diatas jalanNya. Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan semoga kita menjadi antara yang menyambung sunnahnya sebagai skrip perilaku kita. Tepok dada tanya iman. Tahap mana rasa rindu kita untuk berjemaah dan menadah ilmu di rumah Allah? Masing masing tahu tahap itu dalam diri. Mujurlah dunia serba camggih ini, banyak tempt untuk kita “resort” pada majlis majlis ilmu - an...

PKP249

 *Pkp249 ~ Prosa Pagi Dari Pendosa yang Tahu tapi tidak mampu* : RAHMAT ALLAH ATASI MURKANYA. Assalamu’alaikum.. Salam pagi sabtu yang syahdu buat semua warga internet. Nikmatilah kesyahduan ini..Yang tiada kekal abadi kerana keabadian bukan milik kita... Di Pagi yang jalanannya masih gelap, ketika binatang bertasbih, cahaya kazib berzikir dalam sinarannya, syahdu adalah semangat membuat tubuh mengerti bahwa darah bergerak, jantung berdetak, kerana hidup adalah gerak, seperti jam yang tak lelah. Di kesyahduan pagi penuh kedinginan, ketika ini juga berapa ramai dari kita yang airmatanya jatuh berlinangan tanda kekesalan dan penuh harapan, memohon ditabahkan hati meneruskan kehidupan di bumi fana’ ini dari Sang Pencipta.  Secara peribadi, macam macam ujian ujian datang melanda, ujian keimanan dan ketaqwaan paling di khuatiri. Hingga kini terasa diri hina kerdil disisiNya. Apa taknya, diri yang sering mengharapkan kebahagian dunia dan akhirat, sehingga doa ini, tidak pernah terti...

PKP248

 *Pkp248 ~ NUKILAN DARI AKAL SEPI DI PAGI SEBUAH HARI BERNAMA JUMAAT* Assalamu’alaikum... Salam Jumaat, salam kerinduan solat Jumaat di Negeri Selangor yang masih belum di buka solat nya di sini, salam pkpb. Sakan rindu suasana dulu, berduyun duyun ke rumah Allah, ada yang seawal jam 12, ada yang selewat hanya dapat setengah rakaat solat jumaat selebihnya solat zohor bangun 4 rakaat secara sendirian. Usah di cerita sayu hati menyaksikan barokah hari jumaat berlalu begitu sahaja tanpa himpunan manusia sejagat. Ya Allah apa apa pun tolong lah hidupkan semula himpunan jemaah mingguan ini segera, hanya pada Mu, kami berserah... Untuk menjadi pengubat luka pagi ini, mindset berfikir hari ini Hari jumaat sudah. Esok sabtu, leh cuti. Lepas bebas bertugas demi bangsa,agama dan negara sebentar tapi tidak tugasan sebagai hamba Allah. Selamat bercuti, selamat beribadah lebih hebat... Pagi ini, macam biasa 4.30 pagi , dah bangun, kerja mengetuk keyboard iphone, melepas rasa berkongsi ilmu, dir...

PKP247

 *Pkp247 - LEMBUTKAN LAH HATI KITA.. * Assalamu’alaikum... Jom pagi pagi gini, sama sama kita cari sesuatu yang boleh melembutkan hati2 kita. Moga moga lembut hati kita untuk sentiasa sedar dan ingat akan nasib diri kita di suatu hari nanti.  Hari mati, hari kiamat, hari tika di padang mahsyar... Pernah terdengar akan satu kata kata: "orang yang paling lembut hatinya (yang tunduk dan patuh kepada Allah dan hati yang sejahtera) ialah orang yang paling sedikit dosanya." Kata kata sebegini perlahan lahan menusuk ke hati, pedih bila lihat diri sendiri. Allahuakbar? Dimana kah kita?  Malah ada terjumpa dalam kalam Al Quran, “Sungguh celaka orang orang yang berhati keras dari mengingat Allah, mereka itu berada dalam kesesatan yang amat nyata.” (az Zumar: 22). *Lembut dan kuatkan hati hati kita* Kadang kadang saya bingung sendiri, hal yang semudah berdosa itu pun kita susah nak lumatkan dalam jiwa saya. Bukan tak tahu tapi tahu. Hati menjadi sakit, kotor, kasar, keras, buta atau...

PKP246

 *Pkp246 - sekadar kongsi rasa pagi rabu.* - Rujuklah selalu padaNya.... Assalamu’alaikum  ...salam rabu Hari ni punch card ke pejabat Dinihari jam 445 pagi, tak lah awai sangat, lagi jalan selamat telah pun di buat, witir di buat seusai ba’diyyah isya’ kerana khuatir terlepas lagi. Tapi yang nyara arini, semangat. Semoga semangat ini akan kekal sampai ke akhir hayat, moga dipanjang kan umur tapi dalam ketaatan padaNya. aminnnn... Tambah berkat hidup kita, jangan lupa mulakan pagi hari ini, bersedekah Alfatihah untuk ibu bapa samada yang masih hidup atau pun telah meninggal. Semoga hidup di rahmati Allah selalu.  Dalam kelam kabut mengurus kan kehidupan, banyak kali kita tergelincir dari rasa “ingat” pada Allah. Kekadang kita lagha dengan urusan pekerjaan, kekadang dengan urusan bersukan. Semuanya itu perlu pada satu composisi. Diri kita kena “compose” balik untuk kembali ingat padaNya. Itulah yang terjadi semalam, paginya sibuk dengan urusan kerja, petang sibuk dengan ur...

PKP245

 *Pkp245 - TETAMU BAWA BERKAT* TQ Dell For Your Time. Assalamu’alaikum  Hari ini hari selasa. Sekejap je dah hari selasa. Rasa macam baru semalam jer hari sabtu. Tiba tiba dah hari selasa balik. Tapi yang tak perasannya, mana pergi hari ahad ?  Semalam seharian di pejabat. Selesai masaalah pejabat dan kerja kerja, semuanya cuba dipasangkan niat untuk Allah, tapi sesekali terlintas juga untuk diri sendiri. Semoga itu hanya sepintas lalu saja. Khuatir ia nya hanya manafaat dunia saja kalau dilupakan niat kerana Nya.  Walaupun dalam PKPB, petang nya dikunjungi sahabat KPP yang dah hampir dua bulan tak bertemu. Last kami bertemu mata ialah sebelum PkPB di Selangor bermula . Nampak gembira dapat bertemu sahabat yang satu ini, yang ada “same wavelength” dalam banyak hal. Kami bercerita hal kedudukan ekonomi dan perniagaan yang masing masing ada pattern dan routinenya sendiri. Semoga Allah akan memudahkan urusan kami. Kami akhir nya bersama sama tunaikan solat asar berjemaa...

PKP244

 *Pkp244* - *Terbaik dari Ali XPDC dalam Gegar Vaganza.* Assalamu’alaikum... Kebijaksanaan yang tertinggi kepada kejernihan akal dan kebersihan hati seseorang Mukmin adalah pada yang selalu meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan dalam hidup. Hal ini diperolehi bukan sahaja melalui ilmu tetapi pengalaman serta pengajaran dalam kehidupan. Memulakan sebuah hari dengan fikrah: jika berdepan kegagalan dalam sesuatu usaha, tapi tetap terima kegagalan itu sebagai satu pengajaran dan mencari hikmah tersembunyi sebaliknya.  Seorang yang sentiasa melihat hikmah sebalik kejadian akan ada kejernihan hati suci murni. Ini semua boleh diraih melalui hubungan baik dengan pemilik alam - Allah SWT. Manusia yang hati dan bibirnya dibasahi zikir pada Allah mempunyai suatu ketenangan luar biasa, bahkan jiwanya melihat seluruh hidup ini  dari sudut pandangan yang baik. *TERBAIK DARI ALI XPDC* Malam tadi saya berkesempatan menonton Gegar Gavanza yang menjadi pilihan ramai ketika ini di malam mi...

PKP243

 *Pkp243* - Secebis kisah dari  “Penarik Becha/Trishaw Puller (1955)* Assalamu’alaikum... Alhamdulillah bersyukur, pagi ini masih diberikan nikmat terus menghirup udara yang percuma ini. Tinggal cuma kita kena “bayar” dengan “dengar dan taat padaNya”. Di keheningan ini, entah kenapa tiba tiba ada perasaan berbeza, terasa saja ingin sendirian, nak nak bila ingat pada dosa dosa. Padahal, akan sendirian nanti di saat kematian. Barangkali dalam setiap juzuk juzuk kehidupan yang dilalui, kita akan rasa perasaan yang berbeza beza ini. Tapi, tidak dalam hal hal ingat Allah. ALLAH yang menggengam rasa dan hati kita. ALLAH yang memberi kita bahagia dan sedih. Jadikan setiap rasa yang ALLAH berikan sebagai rasa syukur. Hari ini kita tertawa, besok? Mungkin kita sedang sedih. Hari ini kita boleh makan, besok? Tiada siapa tahu,  terkena penyakit. Dan Sungguh, hanya rasa syukur yang boleh membuat ini menjadi nikmat. Maka, rasakan rasa syukur itu. Nikmati kehidupan. Jangan habiskan wak...