Posts

Showing posts from February, 2021

Pkp358* - Pagi Bersama...

 *Pkp358* - Pagi Bersama  Allah: Bertasbilah kerana kita akan “hidup” selama lama nya.  Assalamu’alaikum... Selawat dan salam buat Nabi Saw dan para ahli keluarga baginda. Salam ahad buat semua, mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, saudara mara, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan.  Berpagi pagi kita semua bersama Allah SWT. Dengar kan suaara hati kita ketika kita berpagi pagi bersama Allah Swt. Sekadar ulangkaji, Nabi saw mendoa kan yang bangun sebelum Subuh: “Ya Allah, berkahilah umatku di waktu pagi nya.” (AbuDaud dan Ibnu Majah) Dan ada satu perkara yang pernah saya dengar dalam banyak banyak ceramah, sedar atau tidak, siang dan malam, panas terik dan dinginnya malam setianya mereka bergillir tunaikan tanggungjawab kepada Tuhannya, dan semua itu ada hikmah dan pesanan dari Allah. Kata assatizah, dibalik surau burung di hutan, suara katak bersahutan musim hujan, suara azan mengundang kita solat yang tak hentinya berkumandang saling berkaitan dari...

WA57 15Rejab 1442H, Feb26_21Langkah Jebat Menentang Malayan Union...

 *KISAH SEBENAR DI SEBALIK KEBANGKITAN TUJUH ORANG MUAR YANG BERJAYA MENYELAMATKAN KUASA RAJA-RAJA MELAYU* ================================ Oleh : Kamaruddin Abdullah Langkah Jebat Menentang Malayan Union Sejarah merupakan satu khazanah penting untuk dipelihara supaya ia akan menjadi satu pengajaran dan iktibar kepada generasi-generasi akan datang. Ia memberi satu gambaran dan fahaman di mana asas serta benteng yang telah dibina oleh orang-orang lama dirasai nikmatnya oleh generasi yang akan menyusulinya. Walaubagaimana pun, ada peristiwa-peristiwa yang cukup penting dan bermakna tetapi tidak diketahui umum di atas sebab-sebab yang kita sendiri tidak mengetahuinya. Satu daripada peristiwa yang cukup penting ini ialah kebangkitan tujuh orang anak kelahiran Muar menentang penubuhan Malayan Union. Alhamdullillah saya masih hidup dan dapat berkongsi cerita sebenarnya kepada anak-anak muda Muar betapa besarnya pengorbanan orang tujuh ini terhadap bangsa, agama dan tanahair kita. Bacalah...

WA56 Rejab15 1442H, Feb26General Douglas... - _21

  General Douglas MacArthur,  ‘A true leader has a confidence to stand alone, the courage to make tough decisions, and the compassion to listen to the needs of others. He does not set out to be a leader, but becomes one by the equality of his actions and the integrity of his intent’.

Pkp356* - Seminggu Berlalu 19 ...

 *Pkp356* - Seminggu Berlalu 19 Feb 2021 dan “Istighfar saya perlu kepada istighfar yang banyak.”  Assalamu’alaikum... Selawat dan salam buat Nabi saw dan para ahlinyal. Salam jumaat kepada ahli ahli saya, mak ayah, adik beradik, ipar duai, saudara mara dan sahabat sahabiah.  Tiba petang nanti, seminggu peristiwa hidup mati semula berlalu, dan sore semalam, saya termenung sendirian di laman hijau rumah, melihat Club 56 Degree tersandar pencen, beberapa butir bola golf terperuk di bawah pokok pokok kecil laman hijau, saya memaksa diri merasai  pada keupayaan yang terbatas, tika kesan dilengan kanan bekas cucukan dawai ANGIO masih jelas. Apa lagi, bila di tanya sang Doktor, berapa hari kah selepas Procedure - Stenting dan Ballon, ujian STRESS boleh di jalankan. Jawapan doktor ialah : “ I WILL NOT STRESS THE PATIENT WITHIN THREE MONTHS!”. Jawapan yang boleh dipersepsikan macam macam. Salah satunya, dia agak geram dengan soalan “berapa hari?”. Maka kena akurlah dengan ke...

Pkp355* - Salam Pagi Khamis, Doa mendoakan lah sesama ...

 *Pkp355* - Salam Pagi Khamis, Doa mendoakan lah sesama kita. Nota Kuliah on line Tafsir AlBaqarah ayat 115 - 118. Assalamu’alaikum .. Selawat dan salam buat Nabi besar nabi junjungan saw dan ahli ahli keluarga baginda, sama sama kita berselawat seawal pagi.  Dalam sejahtera semua ahli ahli saya, mak ayah, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat, sahabiah yang di rahmati Allah. Sama sama kita doa mendoakan.  Melepasi sehari semalam, syukur sangat, meskipun penuh debaran dan suspen kerana kondisi rumit pada jantung masih berpanjangan.  Masih awal untuk bersenang hati, kena bertabah lagi, kena banyak berdoa dengan doa doa para nabi :  Al anbiya’ :83 ‎۞ وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya  berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihan...

PKP354* - Risalah Sufi Al...

 *PKP354* - Risalah Sufi Al Qusairi. Ada pesanan Untuk Ahli dan semua.  Assalamu’alaikum.. Salam sejahtera selamat pagi semua ahli ahli saya, mak ayah, adik beradik, ipar duai, saudara mara yang di kasihi Allah.  Mohon maaf, pagi semalam, tertulis pkp 253, sepatutnya pkp 353.  Alhamdulillah berlalu semalam hari pertama di rumah tapi hari yang ke 3, STENTING baru dan dua ballon berada di dalam saluran jantung saya yang sebelah kiri. Ada kembar stenting yang masih utuh ada di salur utama jantung sebelah kanan saya berusia 3 tahun lebih. Kata Dr Tey, it is perfectly stated there. Alhamdulillah.  Seusai solat subuh pagi, perlahan lahan turun dari tingkat 3 ke tingkat 1, saya sempat berpesan pada anak anak dan ahli saya untuk selalu melazimi amalan amalan soleh, biar lah siapa pun kita. Terutama dalam bab ibadah, semoga bila tiba saat kita sudah tidak berupaya melakukannya, kerana sakit atau kekangan keadaan , kita masih di ambil kira melakukanya. Hanya itu saja lah ...

Pkp353* - Kembali...

 *Pkp253* - Kembali ke Seri Minang sambung tabiat bangun awal pagi dan sharing nota tafsir ayat 102 baqarah. Terimakasih IJN ku tinggalkan dikau bersama sedikit “komplain”.  Assalamu’alaikum... Yang di rahmati Alllah ahli ahli saya, adiik beradik, ipar duai, saudara mara, sahabat sahabiah sekalian.  Dalam jantung masih berdetup detap tak keruan, mujur Allah beri juga lagi kekuatan untuk bangkit seawal pagi. Pagi, terbuka mata, bukan lagi di ward IJN tapi diruang bilik utama rumah di Seri Minang.  Mubarak’alaikum pada yang bertabiat bangun awal, moga lebih proaktif. Sama sama kita jangkau impian dan matlamat dunia akhirat dengan berusaha gigih demi  mencapai yang diimpikan samaada dunia atau akhirat.  Andai kita seorang pekerja, bila mula punch card, baca bismillah, moga dijauhkan dari bisikan melalaikan, mengantuk, malas. Siapapun kita mula kan dengan BISMILLAH... Kepada para pengusaha dan pemilik bisnes, telah pun ada kajian bahawa mereka yang mengamalkan ...

WA55 Rejab11_1442H, Feb2121RINTIHAN AKHIR ZAMAN...

 Peringatan buat Kita: *RINTIHAN AKHIR ZAMAN* *Baginda Nabi Muhammad SAW' bersabda :  (mafhumnya)* Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke *khusyu'kan dalam solat akan hilang*. Akan tiba masanya atas ummat ku dimana *banyaknya kematian secara mendadak* Akan tiba masanya atas ummat ku dimana *banyaknya gempa bumi terjadi.* Akan tiba masanya atas ummat ku dimana *orang jujur didustakan, orang tepercaya dituduh khianat, dan pengkhianat dipercayai* Akan tiba masanya atas ummat ku dimana *urusan umat dilimpahkan kepada pemimpin yang bukan ahlinya* Akan tiba masanya atas ummat ku dimana *seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal saja*. Akan tiba masanya atas ummat ku dimana *banyaknya terjadi pembunuhan sesama sendiri*. Akan tiba masanya atas ummat ku dimana *banyaknya masjid di bangun megah namun sepi jamaah nya*, Akan tiba masanya atas ummat ku dimana *banyaknya setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsun...

[Pkp352] — BERADA DI WARD CLASS 3 @ IJN. Nikmat Mana Yang Saya Nak Dustakan Lagi. Sharing Nota kuliah On Line Tafsir Pimpinan ArRahman ayat 102 surah al Baqarah. Assalamu’alaikum.. Salam sejahtera dari IJN buat semua. Petang semalam saya berpindah ward lagi, selepas kekosongan ward di “ward biasa” sudah ada. Selepas di ward covid pada hari pertama selepas procedure, sebaik didapati negative covid 19, saya dimasukkan ke ward sementara bahagian defensive ( 4 orang sebilik) kerana bilik ward biasa masih belum ada yang kosong. Bila ward biasa ( seorang sebilik) bagi pesakit yang guna GL sudah ada, saya pula tak dapat dimasukkan kesana kerana GL belum sedia kerana kedua dua pejabat yang mengendalikan urusan GL( pejabat UIA dan pejabat IJN ) bercuti hari Ahad. Maka, saya terpaksa di ward kan di ward class 3. Alhamdulillah. Semuanya tetap ada hikmah, masuk ke ward 3, tidak lah seperti mana yang disangkakan seperti di hospital kerajaan. Ianya masih terbaik cuma tidak lah satu bilik. Berkongsi 6 orang satu bilik berdinding kan tirai. Due to covid 19 issue, hanya empat pesakit sahaja di tempatkan di bilik besar ini. Cuma mungkin berbeza orang yang sebilik dengan kita, kalau sebelum ini, saya sebilik dengan pensioners dari PDRM dan juga bekas kakitangan kerajaan dan sembang dia orang pun ada gaya gaya ketua jabatan, tapi di sini, kebanyakan adalah orang awan yang kena “fork Out” 25k dari tabung sendiri untuk package rawatan jantung disini. Saya bersyukur di tempatkan di kelas 3 ini, sekurang kurang nya dapat melihat dan juga mendengar kisah dan juha keluhan dari golongan orang kebanyakan berdepan dengan isu kos rawatan yang mahal. Saya juga terasa malu kerana ada yang dah tiga empat hari malah seminggu disini tapi masih belum buat procedure jantung lagi tapi menunggu turn. Sedangkan saya terus saja tiba di petang jumaat dari EMERGENCY langsung ke Bilik Procedure walaupun Ujian Covid 19 belum di ketahui dan isu GL pun belum selesai lagi. Allahuakbar. Nikmat mana yang saya nak dustakan lagi selepas bantuan dua rider dari Allah, saya pula di anugerahkan kemudahan itu. Kalau tidak diturunkan ke kelas 3, mungkin rasa syukur saya tak sampai ke tahap ini. Apa apa pun syukur dan terimakasih pada Allah kerana jantung saya sudah semakin stabil. Sebelum pindah ward, petang semalam juga, ujian echo telah di jalankan dan didapati tiada yang kronik lagi dengan jantung saya . Jazakumullahkhair pada semua doa doa dari sahabat dan sahabiah. Seperkara yang saya nak share sini, staff saya sudah berjaya berhubung dengan riders yang dihantar Allah menyelamatkan saya pada petang jumaat di hari kejadian. In shaa Allah, selepas discharged nanti saya akan menemuinya. Alhamdulillah, orang asal Gombak dan kerjanya runner insuran. Sebagai salah satu tanda syukur pada Allah, selepas solat maghrib semalam, saya di ruang bilik kecil saya di kelilingi tirai, mendengar Kuliah maghrib on line dari FB Tafsir Pimpinan Ar Rahman ( Sheikh Abdullah Basmeih) surah Al Baqarah ayat 102 sahaja. Pagi ini saya nak share beberapa nota yang sempat saya catatkan: •Kita amal ayat 102, Surah Al-Baqarah ni. In shaa Allah ALLAH benteng kita dari kejahatan makhluk melalui sihir. Amin •Kisah harut marut. Kisah dua orang soleh seperti malaikat (pendapat yang paling kuat) •Babylon - disebut dalam alquran sebagai babil. Tamadun terkenal •Cerita karut malaikat Harut Marut terpikat pada wanita isteri orang bernama Zahrah. Katanya Zahrah jadi planet Zuhrah, Dua malaikat itu diikat kaki ke langit dan kepala ke bawah. INI CERITA KARUT malah tak sahih dari tafsir. Nauzubillahi minzalik. •Malaikat ajar sihir untuk diambil pengajaran bukan dijadikan ikutan dan anutan manusia. •Sebahagian ulamak mengatakan ianya haram jika belajar sihir walaupun hanya untuk pengetahuan tetapi ada ulamak setengah kata harus tapi kufur bila beramal dengannya. •Kalau tak ikut wahyu tak ikut nabi tak ikut al quran maka kita akan lama lama terikut dengan syaitan. •Mukjizat Nabi mengajak manusia beriman kepada Allah. Tapi ahli sihir guna sihir untuk keuntungan, dikenali. Contoh: David Copperfield. •Jaga rumahtangga, elakkan dari penceraian kerana ia perkara paling diraikan SYAITAN. •Ilmu sihir ialah ilmu khusus utk kaum yahudi, kerana mereka menolak kebenaran. Banyak lagi notanya, in shaa Allah saya akan share besok pula. Semoga ALLAH lindungi semua kita daripada sihir dan kejahatan mata yang memandang baik manusia, jin, syaitan, Iblis. Amin allahumma amin *Akhir kalam..* Untuk anak anak yang menduduk SPM pagi ini, saya doakan semuanya akan tenang dan damai dalam menjawab soalan soalan. Setakat ini ada dua permintaan dari kawan saya, salah seorang nya rakan sebilik IJN yang memohon agar saya doakan kemudahan anak mereka untuk menghadapi spm. Saya doakan semuanya dipermudah kan dan khusus untuk : Ahmad Irfan bin anuar dan Wan shameil Eizriq Wan samsul kamal. Moga benarlah, ‎أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ “Siapakah yg memperkenan kan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada Nya, dan yang menghilangkan kesusahan.. “ (An-Naml: 62) Dan kita semua tahu, orang sakit termasuk diantara nya. Dalam satu tulisan, saya ketemui ulamak menjelas kan mengapa doa orang sakit lebih mustajab, kerana orang sakit termasuk orang yang terdesak. Dan doanya lebih cepat diijabahi dari pada yang lainnya. Tiada lagi nikmat yang hendak didustakan. Wallahu’alam Barakallahufikum Wassalam Dari IJN, [NCS] @ B229, ward B2 Zone 1.

 [Pkp352] — BERADA DI WARD CLASS 3 @ IJN. Nikmat Mana Yang Saya Nak Dustakan Lagi. Sharing Nota kuliah On Line Tafsir Pimpinan ArRahman ayat 102 surah al Baqarah.  Assalamu’alaikum.. Salam sejahtera dari IJN buat semua. Petang semalam saya berpindah ward lagi, selepas kekosongan ward di “ward biasa” sudah ada. Selepas di ward covid pada hari pertama selepas procedure, sebaik didapati negative covid 19, saya dimasukkan ke ward sementara bahagian defensive ( 4 orang sebilik) kerana bilik ward biasa masih belum ada yang kosong. Bila ward biasa ( seorang sebilik) bagi pesakit yang guna GL sudah ada, saya pula tak dapat dimasukkan kesana kerana GL belum sedia kerana kedua dua pejabat yang mengendalikan urusan GL( pejabat UIA dan pejabat IJN ) bercuti hari Ahad. Maka, saya terpaksa di ward kan di ward class 3.  Alhamdulillah. Semuanya tetap ada hikmah, masuk ke ward 3, tidak lah seperti mana yang disangkakan seperti di hospital kerajaan. Ianya masih terbaik cuma tidak lah satu ...

Pkp351* - Hikmah dan nikmat sebalik peristiwa petang Jumaat...

 *Pkp351* - Hikmah dan nikmat sebalik peristiwa petang Jumaat. Bersambung lagi.... Assalamu’alaikum... Selamat pagi Ahad. Hanya sebuah lagi hari yang kita hendak lunaskan dalam meneruskan kehidupan seorang orang di muka bumi.  Di setiap apa yang berlaku dalam kita harungi hidup itu, hendaklah kita sentiasa l jadikan ianya sebagai satu cermin yang boleh kita reflek diri kita kearah sebuah hidup bermodelkan Islam. Barulah kita akan beruntung di kedua dua dunia dan akhirat.  Di sebalik musibah akan ada hikmah dan nikmat. Dalam pada Covid 19 melanda, itu tak boleh ini tak boleh tapi berapa banyak nikmat kita semua boleh sempurnakan tanggungjawab kita. Nak solat berjemaah, mudah, masuk waktu, tidak perlu ke surau, kumpulkan ahli atau rakan pejabat, silakan solat berjemaah. Nak dengar kuliah, tak perlu ke surau, boleh saja dengar selepas solat maghrib sambil sambil makan malam bersama ahli. Semua ahli boleh dengar, kalau tak, di surau, mungkin kita seorang saja. Pokok pangkalny...

Pkp350* - KRONOLOGI HEART...

 *Pkp350* - KRONOLOGI HEART ATTACK. Nak Apa lagi NCS, sebesar nikmat Allah berikan pada kamu.  Assalamu’alaikum  Alhamdulillah. Baru selesai tayammun dengan menepuk tangan ke kain kain dan dinding dinding ward, suci kan diri dari hadas. Boleh lah solat sambil menelentang atas katil wad ccu/covid 19 ni. Metara menunggu ke subuh ni, terasa nak share juga dengan sahabat sahabiah semua, mungkin terselit pengajaran untuk kita semua. Yang pasti semua yang baik datang dari Allah.  Jazakumullahukhoiran kathira pada yang mendoakan saya. Sekali lagi ujian Allah melanda, heart attack untuk kali kedua. Nak cerita apa puncanya, semua nya assebab, dan pengajaran untuk saya. Yang pasti, saya kena ikut apa yang di prescribed kan oleh Doktor. Pesan nabi saw:  "Ya, wahai hamba hamba Allah sekalian berubatlah. Sesungguhnya Allah SWT tidak memberikan kepada kamu penyakit kecuali terdapat bersamanya penyembuh (penawar) kecuali satu penyakit. Sahabat bertanya: Apakah satu itu ? Jawab...

Pkp349* - Musibah, Uqubah, ...

 *Pkp349* - Musibah, Uqubah, bala dan ujian. Jangan Nisbahkan pada Allah swt.  Assalamu’alaikum  Salam jumaat... Alhamdulillah. ‎اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين. Sempena pagi jumaat yang mulia ini, marilah kita sesama Muslim berazam untuk ikut satu persatu nasihat dan bimbingan Rasulullah SAW seperti pengiktirafan yang dinukilkan oleh Allah SWT ayat 21 Surah Al Ahzab, ‎لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا “Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia menyebut dan mengingati Allah banyak banyak (dalam masa susah dan senang)” Yes, indeed, pada diri Nabi SAW adalan idola yang baik bagi sesiapa sahaja yang mengharapkan Allah dan Hari Akhirat, meskipun siapa pun kita, mungkin kita adalah yang baru saja berbuat amal soleh ata...

Pkp348* - Sharing ...

 *Pkp348* - Sharing Is Caring. Mulakan Hidup awal pagi. Bersama nota kuliah subuh LIVE Fb Ustaz Tok Ku - Risalah Sufi.  Assalamu’alaikum...  Salam Khamis.. Tahniah Mubarak’alaikum pada yang berpuasa hari ini. Perbetulkan niat puasa, in shaa Allah, bukan saja pahala bertambah akaun akhirat tapi kesihatan tubuh badan juga dapat. Tahniah mubarak’alaikum juga pada yang bangun sebelum waktu subuh. Terutama yang sekurang kurangnya yang bangun satu jam sebelum subuh. Mereka bangun, dan ambil masa untuk duduk dengan diri sendiri. Mereka ini bangun seawal 4-5 pagi atas pilihan mereka sendiri bukan pun sebab kena bangun sebab nak elak jem pergi kerja atau ada  sesuatu yahnak dibuat. Tapi, ianya telah jadi rutin.  Orang yang mampu bangun awal pagi, mereka melatih diri mereka untuk memliki keazaman yang sangat tinggi. Bukan senang tau nak tolak selimut waktu pagi ni. Sebab tu orang yang kuat ialah orang yang mampu bangun Subuh berjamaah! Sebab tu Nabi kata 2 rakaat sebelum ...

Pkp347- REFLECTION...

 [Pkp347- REFLECTION OF THE DAY: MULUT JAHAT TAPI HATI BAIK, ye ke?] Assalamu’alaikum... Alhamdulillah. Syukur pada Allah atas segala takdir takdir yang baik telah Allah jatuhkan dalam kehidupan keluarga besar kami. Mudah mudahan ianya berkekalan untuk selamanya. Dan bersambung pula di alam barzakh, alam akhirat, mahsyar dan titian sirat nanti. Siapa tak nak syurga, jangan cakap la, semua nak kan syurga tapi semua itu kena ada pengorbanan. Berapa banyak ayat dalam al quran menyebut tentang NO PAiN NO GAIN. Maksudnya nak kan sesuatu kena rasa susah nya, kena ada pengorbanannya. Nak kan syurga kena ada banyak pengorbanannya, nak kan hidayah kena berusaha, nak kan ganjaran tahajjud didunia dan akhirat, kenalah rasa susan lawan nafsu bangun tengah tengah dinihari.  Kita kena ingat, Allah selalu melihat usaha usaha hambanya, seperti dalam  surah Ar-Ra'ad ayat 11: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada d...

Pkp346* - KEHIDUPAN DI DUNIA. ...

 *Pkp346* - KEHIDUPAN DI DUNIA.  Assalamu’alaikum... Alhamdulillah, semua pujian  dan syukur kepada Ilahi dengan segala kurniaan dan anugerah yang tak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya.  Seawal pagi sebegini, terasa sedar diri yang  kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah permainan dan hiburan yang melalaikan. Kita sibuk dengan perhiasan dan rasa nak bermegah megah antara kita - nak lebih kuat, bangsa keturunan malan berlumba lumba banyakkan harta benda. Sedangkan sampai ke satu masa nanti), semua akan hancur bersepai; dan semua dari kita tahu, bahawa akan ada akhirat dan akan ada azab yang berat di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia ini dan ada pula keampunan besar serta keredaan Allah disediakan bagi orang orang utamakan akhirat. Dan ingatlah, hidup di dunia ini tak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya. Semoga kita tidak terpedaya.  ...

WA54 Rejab5 1442H - KEPENTINGAN USUL FIQH...

 KEPENTINGAN USUL FIQH: ADAKAH MENGAMALKAN HADIS BOLEH DIANGGAP MENGAMALKAN SUNNAH?  Untuk menjawab persoalan ini, kita terlebih dahulu perlu memahami skop makna yang terdapat pada kalimah " hadis" dan juga "sunnah".  Maksud Al-Hadis ialah: Segala sesuatu yang bersumber daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sama ada perkataan, perbuatan, ketetapan, ciri-ciri tubuh badan, akhlak dan tingkah laku atau perjalanan hidup (sirah) beliau sama ada sebelum atau sesudah beliau diangkat menjadi Rasul.  [Dr. Mustafa al-Siba'i, Al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tasyri' al-Islami]  Maksud sunnah: Imam Ibn Manzur(rah) menjelaskan dalam karangannya ‘Lisanul ‘Arab’ (kamus yang paling terkenal dalam keilmuan Islam) bahawa, kalimah ‘sunnah’ yang disebut berulang-ulang dalam hadis, dari sudut bahasa ialah: الطريقة والصراط yang bererti cara dan jalan hidup.  Beliau mengatakan, seseorang yang memulakan sebuah inisiatif baik yg dimulakannya lalu ia diikuti oleh orang sel...

Pkp345* - Ahlan Wa ...

 *Pkp345* - Ahlan Wa Sahlan ya Rejab. Sedikit cerita pasal puasa di bulan Rejab.  Assalamu’alaikum... Salam Rejab... Dalam pada melayan pkp yang akan cukup setahun tak lama lagi, kita sekali lagi selamat tiba di Rejab. Bermakna tinggal lagi kurang 60 hari kita akan berada di bulan Ramadhan alMubarak. Maka, autonya kita masuk ke era berdoa:  ‎اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ “Duhai Allah, berkahilah kami pada Rajab dan Sya’ban dan pertemukanlah kami dengan  Ramadlan.” Bulan ke 7 dalam kalendar Islam ini termasuk sebagai antara bulan bulan haram dalam Islam yang berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam. Rejab terpisah dari  ‘rakan rakannya’. Kata para assatizah merujuk pada ayat 36 Surah Taubah: “ALLAH memerintahkan, kita tidak menzalimi diri sendiri dan sesama manusia di bulan bulan haram. Umpamanya, peperangan ataupun apa sahaja yang menyakiti manusia, diharamkan” Benar, kita diharamkan buat perbuatan zalim pada setiap...

WA53 Rejab3 1442H - GARAM tak pernah nakal tapi selalu kena cubit. CILI pula tak pernah cari pasal tapi selalu kena tumbuk. GULA selalu duduk diam-diam tapi dia selalu kena kacau. Begitulah kehidupan kita hari-hari. Penuh dengan Ujian... *Selamat Pagi.*...

 GARAM tak pernah nakal tapi selalu kena cubit. CILI pula tak pernah cari pasal tapi selalu kena tumbuk. GULA selalu duduk diam-diam tapi dia selalu kena kacau. Begitulah kehidupan kita hari-hari.  Penuh dengan Ujian... *Selamat Pagi.*

Pkp344* - KISAH HUJUNG...

 *Pkp344* - KISAH HUJUNG MINGGU: Makan Dulu, Baru Solat atau Sebaliknya? Assalamu’alaikum  Selamat pagi/ sabah al khair.. Alhamdulillah. Sudah banyak Allah redakan perasaan dan jiwa kita selama berada dalam Pkp2.0. Ramai yang resah dan risau, lebih lebih lagi pengalaman “manis” di dalam pkp1.0 selama tiga bulan, sebolehnya tidak mahu di ulangi. Selepas dua minggu dalam pkp2.0, ramai berharap keadaan akan pulih sekurang2nya seperti Pkpp. Tapi ianya ternyata meleset, pkp2.0 diteruskan. Ramailah yang kecewa. Tetapi bermula  dari 4 Februari, yang sepatut nya menjadi tarikh akhir pkp2.0, satu persatu aktiviti di rungkaikan. Dan yang paling ditunggu tunggu ramai termasuk saya adalah solat berjemaah di rumah Allah untuk lima waktu. Hingga tarikh ini, ianya masih hanya untuk AjK yang boleh solat berjemaah lima waktu di rumah Allah. Kita serah semua pada umarak. Jika sekiranya ada cadangan yang constructive, salurlah pada tempat yang betul. Jangan sekadar jadi anjing salak bukit. ...

WA52 Rejab2 1442H - Al-amthal terkait...

 Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim  Al-amthal terkait dgn surah an-Nur ayat 35 dan       Al-Aqsam surah sad ayat 1-5.  Allah merumpamakan Alquran seperti cahaya pelita . Yang diperlukan oleh manusia utk menyinari sadr manusia. Action plan manusia macam mana hati manusia nak terima cahaya Alquran? Dgn cara 3T.  *Tadabbur, Tafakkur, Ta'ammul.*  Setelah kita tadabbur, bagaimana utk mudah faham ayat Alquran? Mesti membersih kan hati kita.  Hati manusia ada 4 lapisan.  Lapisan pertama *sadru*(paling luar),  kedua *qalbu*, ketiga *fu'ad*, dan  keempat *Lub*.  *Lub* adalah tempat hati manusia yang paling ikhlas, murni . Dia adalah pemetik api. Manakala *fu'ad manusia* adalah tempat fitrah iaitu ilmu, kebaikan manusia ( minyak zaitun).  Apabila pemetik bertemu dengan minyak, maka api akan menyala. Nyalaan api ini akan menerangi qalbu manusia, tetapi jika hati manusia ketika itu tidak bersih, maka susah utk cahaya...