<PkpYr2.246]ENDEMIC?> Di Sapa Rakan Jemaah. #FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN •MEMPERTAHANKAN MADINAH (2) السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Selamat pagi. Salam diberi pembuka bicara pagi Rabu ini. Sama samalah kita baiki diri agar menjejaki sempurna sebagai insan, wahai Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Semoga kemunculan saya di setiap pagi memberi manfaat kepada saya dan kita semua. Mudah mudahan nya juga kemunculan setiap pagi di alam maya ini bukan sekadar ada macam takde. Teruslah kita sesama kita doa mendoa kan, saling bantu membantu antara kita mudah mudahan diberkati Allah. amiin. “Lambat masuk...” disapa rakan kariah surau al amin seketika beransur pulang seusai isya berjemaah diikuti bacaan al Mulk. Saya terus tersenyum memahami apa yang dimaksud kannya. Lima minit sebelum masuk isya’, saya kelihatan duduk bersila atas sejadah didepan ustaz mendengar kuliah maghrib. ...
Posts
Showing posts from November, 2021
Kisah Raja India Memeluk Islam
- Get link
- X
- Other Apps
*KISAH RAJA INDIA YANG MEMELUK ISLAM DI HADAPAN RASULULLAH SAW DAN SIAPAKAH MALIK BIN DINAR YANG MAKAMNYA BERADA DI INDIA?* Mula-mula saya pun keliru, setahu saya Malik bin Dinar adalah seorang Tabiin dan makamnya bukan berada di India. Tapi, ada rakan saya beritahu, dia pernah melawat Masjid Cheraman yang merupakan masjid pertama di India, dipercayai dibina pada tahun 629M (Tahun ke-8 Hijrah). Ada juga sumber mengatakan Malik bin Dinar lah orang yang membina masjid ini. Lagilah saya keliru. Bagaimana orang boleh bina masjid yang didirikan sebelum dia lahir? Akhirnya, saya menemui jawapan tersebut melalui sebuah manuskrip berjudul “Origin of Islam in India” yang dihasilkan oleh Ir. Shoaib Mohamed, seorang pengkaji Sejarah India. Antara kitab yang boleh dirujuk ialah Kitab Rihlat al-Muluk, Umar bin Suhrawardi dan Kitab Tarikh Zuhur al Islam fil Malibar, Muhammad bin Malik. Rupa-rupanya, terdapat seorang sahabat Nabi yang bernama Malik bin Dinar. Beliau bersama-sama 12 orang sahabat...
PkpYr2.245
- Get link
- X
- Other Apps
*[PkpYr2.245]ENDEMIC?* #hamdallah #FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN •MEMPERTAHANKAN MADINAH (1) السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam keceriaan seawal pagi Selasa buat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Alhamdulillah الْحَمْدُ للَّ Kalimat tahmid segala puji bagi Allah SWT yang ternyata memiliki makna yang luas. Terdiri dari kata al, hamd, dan lillah. Kata al untuk menunjukkan makna semua, hamd itu pujian, dan lillah itu tertuju pada Allah. Dimaknai sebagai ungkapan syukur atas nikmat yang telah diberikan Allah SWT. Semakin bersyukur, makin banyak pula nikmat yang akan diberikan Allah SWT. Ini Janji Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7, وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguh...
5 TIPS BIJAK MENGURUSKAN MASA ⏰
- Get link
- X
- Other Apps
5 TIPS BIJAK MENGURUSKAN MASA ⏰ Semua orang di dalam dunia ini Allah kurniakan masa 24 jam, tetapi sedar atau tidak, kita selalu mengabaikan kepentingan masa yang diberikan. Seperti yang disebut di dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda: نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ Maksudnya: “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (HR Bukhari, hadis sahih) Sahabat, mari kita cuba amalkan tips di bawah, mudah-mudahan ia membantu kita dalam menguruskan waktu dengan sebaiknya: 1. SEDIAKAN TO-DO LIST HARIAN Sebaiknya, kita senaraikan tugasan yang ingin dibuat pada esok hari sebelum tidur, supaya keesokan harinya kita tidak terkejar-kejar atau kelam kabut. 2. JADUALKAN APA YANG UTAMA Tetapkan tugasan yang perlu diselesaikan segera. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat menyebutkan: “Menetapkan sesuatu pada martabatnya, ...
PkpYr2.244
- Get link
- X
- Other Apps
<PkpYr2.244]ENDEMIC?> #Janganlah ENGKAU serah kan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. #Last 20 minit with Ust Hafiz #FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.( REHAT LAGI) السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam isnin buat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Sayangnya, budaya yang kita dibesarkan untuk tidak suka pada Isnin. Ini di gembar gemburkan budaya barat, hinggakan ada lagu I don’t Like Monday dan kartun “i hate monday”. Hinggalah wujud “monday morning blues”. Sedangkan dalam Islam, muslim tidak pernah meletakkan Isnin sebagai sebegitu. Dalam satu hadis ada diriwayatkan pokok yang merupakan satu kejadian hebat kerana ianya adalah tempat keluarnya oksigen, di ciptakan Allah pada hari isnin. Ada satu riwayat hadis: DIBUKA PINTU PINTU SYURGA PADA HARI ISNIN DAN KHAMS. Renung renungkanlah dan jadikan isnin sebagai salah satu dari hari hari yang produktif dunia dan akhirat untu...
PkpYr2.243.]ENDEMIC
- Get link
- X
- Other Apps
*[PkpYr2.243.]ENDEMIC?* #selayaknya “Penghulu Istighfar” #Selamat “Bertempur” Rakan Kpp #FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN.( Berehat) السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam ceria dan kemuliaan buat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Selamat pagi Ahad... Alhamdulillah. Selamat pulang ke gagang Seri Minang malam tadi. Cuma yang agak terkilan, tidak. sempat tutup malam dengan AlMulk dek kerana letih sangat, kepala di bantal terus sahaja lena diulik mimpi. Mujur pagi ini, setting alarm di Iphone yang kejut kan awal waktu ketika fajar sadiq belum tergaris di ufuk langit. Diberi kekuatan untuk terus berkarya demi kerana agama. In shaa Allah seusai subuh nanti Ustaz Zulkifli Ahmad bakal mengisi lagi kutipan ilmu di surau Al amin: Tajuk “Memahami Fiqh Keutamaan”. Moga sesuatu yang baik untuk jiwa dan minda. Sama sama kita hamburkan utaian pujian kepada zat Yang Maha Esa, menguasai tu...
PkpYr2.242
- Get link
- X
- Other Apps
*[PkpYr2.242]ENDEMIC?* #UKHUWAFILLAH DI KB LAGI #FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Diucapkan pada Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah rakan taulan semua. Salam sabtu penuh di kedamaian dari saya sekali lagi di KB, semoga semua nya di dalam keadaan aman tenteram disamping insan insan tersayang. Terima kasih kerana sudi singgah seketika menikmati santapan santai di sini. Moga ada manafaat nya. Pagi ini, seumur hidup selepas 22 tahun terlibat dalam sukan golf, akan terakam sejarah dalam hidup saya, kali pertama ber”golf” di negeri kelahiran. In shaa Allah, saya menjadi peserta pada Perodua Tour lagi hari ini di lapangan Kelantan Golf Club Pengkalan Chepa, dan moga bibit Ukhuwahfillah sesama kami di Kota Bharu ada lagi kali ini. Walaupun masih pemat kembara minggu lepas tapi saya puas kerana memenuhi saat kali ini di negeri sendiri. Beza nya kali ini permusafiran saya bermula...
PkpYr2.240]ENDEMIC
- Get link
- X
- Other Apps
*[PkpYr2.240]ENDEMIC?* #IBRAH DARI BACAAN FATIHAH UNTUK ARWAH HAJI GHAOUS #Pesan Ustaz Hishamudin: Ikhlas السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kepada Mak ayah, ahli saya, adikberadik, iparduai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Siangnya sibuk urusan dunia, sesekali menyentuh dosa nista, mujurlah tak lagha jauh; maka, wajarlah kalau malamnya di isi sesuatu yang lebih berharga, moga luntur lah dosa dosa yang melekat. Tiada siapa pun takut dan peduli nasib diri disana nanti ketika di dunia penuh nafsu ini. Hakikatnya, diri perlu selalu peka; kalaul ah taraf Abu Hanzalah pun boleh sangka dirinya munafik apatah lagi kita ini. Apa apa pun, siapa pun kita, akan hanya di ketahui selepas kita tiada lagi di bumi ini. Malam tadi, Allah pilih saya lagi untuk bersama mereka yang soleh lagi musleh duduk dalam majlis ilmu dan kali ini bentangan kuliah maghrib giliran oleh ustaz Hishamudin Abdul Aziz. Memang nya sejak dari maghrib, saya terasa agak syahd...
PkpYr2.241]ENDEMIC
- Get link
- X
- Other Apps
*[PkpYr2.241]ENDEMIC?* #RENTENTAN DARI MAKAN MALAM DI RESTORAN YEMEN: Solat Isyak Afdal dilewatkan atau diawalkan? #FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam jumaat. Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudaramara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Alhamdulillah. Bertemu lagi dengan Jumaat. Sekian lama tidak berada di luar rumah pada malam tibanya Jumaat, malam tadi, saya bersama teman dari Utara dan juga sahabat setempat atas izinNya berukhuwah sambil makan malam di Restoran Yemen sekitar Glenmarie, Shah Alam. Lama dah juga tidak mentaakhir solat isya’ selepas waktunya. Kalau tidak pasti nya, biiznillah, isya akan berjemaah di rumahNya. Ini mengundang kerutan di dahi saya, apakah apa yang lakukan malam jumaat yang mulia malam tadi mengundang barokah Allah atau tidak. Untuk itu sila rujuk ke bahagian AKHIR KALAM... Sebagai menambah bahan bacaan pagi hari ini, jom kita sambung bacaan buku Fiqh Siasah Khulafa Ar...
PkpYr2.239
- Get link
- X
- Other Apps
*[PkpYr2.239]ENDEMIC?* #PERJUANGAN PERTAHAN AQIDAH #FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Kekalkan momentum Islam dalam jiwa walau sehebat setinggi mana kita. Juga seterukmana kita tewas dan kalah. Islam, agama yang syumul menjana manusia amnya dan individu muslim khususnya ke arah hidup yang bersistem dan teratur dalam mencapai konsep ubudiah dan tauhidiah yang di bawa oleh para Rasul yang di ajar oleh Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril dari zaman ke zaman sejak insan pertama Adam hingga zaman Nabi Muhammad saw. “Islam mencakupi segala aspek kehidupan individu, keluarga, masyarakat mahupun negara dan ia suatu wadah dan suatu pegangan akidah” Teingat satu ayat tersohor menyaksikan semua sahabat menangis bila ayat ini di wahyukan menyedari mereka akan hilang permata insan agung, surah al maidah ayat 3. “Pada har...
PkpYr2.238]ENDEMIC
- Get link
- X
- Other Apps
*[PkpYr2.238]ENDEMIC?* #Keindahan pelangi adalah gambaran keindahan kasih sayang Allah dan juga APA ITU ISKEMIA? #FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudara mara, juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Dengan izin.... Keindahan pelangi adalah gambaran keindahan kasih sayang Allah yang sering bermain di mata hati ini. Tiada cara buat umat seperti kami mencari kasih sayang Allah, yang bukan hanya sekadar ingin dilihat tapi ingin juga kami merasainya jua, betapa indah kasih sayang Mu ya Allah. Antaranya usaha merasai kasih sayang Allah adalah berusaha khusu’ dalam solat. Usaha ini perlu diperbaiki untuk naikkan mutu solat supaya jadi lebih sempurn dan PALING PENTING, kita bukan yang tiada usaha untuk khusyuk dalam solat. Terimgat ayat yang sempat belajar masa kelas bahasa Arab dulu: “Maka kecelakaan besar bagi orang yang bersolat iaitu mereka yang lalai daripada m...
PkpYr2.237]ENDEMIC
- Get link
- X
- Other Apps
[PkpYr2.237]ENDEMIC?* #KISAH JALAN LAMA GOMBAK : Musafir dan Hujan serta doa doanya. #FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Semoga Allah merahmati Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, makcik pakcik, saudara mara juga sahabat sahabiah dan rakan taulan semua dalam hujan yang lebat membasahi bumi BTHO sejak dari malam tadi. Damai terasa dinihari isnin mendengar rintikan hujan menghempap segenap penjuru alam. Menyedarkan betapa hebatnya Allah dalam mentadbir Alam. Jika kita memerhati dan mempelajari. Antara waktu mustajab kita berdoa ialah di saat hujan turun. Di maklum kan dalam satu kuliah bahawa Imam An-Nawawi ada berkata, penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat Allah. So, kenapa kita melepaskan peluang berdoa di saat pintu langit sedang terbuka? Perjalanan saya dari KB ke KL kelmarin, di iringi hujan dari Kuala Lipis. Menelusuri jalan jalan...
PkpYr2.236
- Get link
- X
- Other Apps
*[PkpYr2.236]ENDEMIC?* #CORETAN DI KOTA BHARU #FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam dari tanah tumpah darah saya - negeri cik siti wan kembang tanah rendah sekebun bunga serambi Mekah, buat Mak ayah, ahli saya, adikberadik, iparduai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua... Selamat tiba di perkarangan Masjid muhammadi didepan Khalifah Suite Apartment tika azan asar sedia untuk di kumandangkan. Menempuh laluan menarik dari Kuala terengganu melepasi Penarik & Permaisuri hingga tiba di Besut kemudian merentasi Tok Bali. Alhamdulillah, walau pun tidak sempat singgah makan IKan Celup Tepung ( ICT ) di sepanjang pantai Penarik tapi keindahan persisiran pantai serta air laut biru mereflekkan langit yang serba biru yang mendamai kan. Alhamdulillah. Memikirkan terlalu banyak nikmat Allajh dah kurniakan, saya usaha pertuntukan masa yang agak lama ketika jama takahir zohor di dalam asar, mencari redha Allah dala...
PkpYr2.235]ENDEMIC
- Get link
- X
- Other Apps
*[PkpYr2.235]ENDEMIC?* #MUSAFIR LAGI: Di tengah tengah kehidupan. Sepetang di KT. #FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam dari perantauan dari saya, salam dari tanah Ayah Wang dari saya buat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, saudaramara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Sekian lama tidak memandu menuju ke Pantai Timur, dan terlalu banyak perubahan Infra jalan yang saya telah ketinggalan. Ketika memula kan jejak musafir KL - KT - KT - KB - KB - Kl selama tiga hari semalam, saya masih terbayang kan laluan tepi pantai sepeti dulu. Rupa rupanya LPT telah pun bersambung jauh dari Kuantan langsung ke Bukit Besi terus ke persimpangan KB - KT. Alhamdulillah. Hanya 4 jam sahaja dari KL ke KT. jika tidak di kira sejam keluar dari lingkaran LPT untuk singgah tepian pantai nikmati SATA, dan air kelapa di Kuala Kemaman. I love Kuala Kemaman. Terimakasih sahabat saya Atok Muda Asri sanggup menemani saya t...
<[PkpYr2.234]ENDEMIC?>
- Get link
- X
- Other Apps
<[PkpYr2.234]ENDEMIC?> #PESAN USTAZ NAJIB TAHA DARI Pemberian Yang Indah Dan Menjaga Segala Hati Yang Lalai. #Rehat Baca Buku FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam jumaat, Mak ayah, ahli ahli saya, adikberadik makcik pakcik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Lama sudah tak BERPROSA, bila tiba jumaat malam lena menjemput, terjaga seawal waktu sebelum subuh, ada yang terkandung pada hari hari berlalu menekan minda BERmonolog, terutamanya tentang diri yang lalai dan lagha. “Ketidaktentuan emosi kita sudah tentu berkait dgn ketidaksempurnaan solat kita.ً Walau berusaha agar solat sempurna diterima Allah, sungguh takut solat tidak diterima Allah. Apatah lagi banyak cula membuka tanda seolah solat tidak diterima, antara maksiat masih bermaharahalela di jiwa. Akhirnya, apa yang dapat hanya lah penat dan lelah sahaja. Di Hari nanti Penentuan solat yang ditolak menyebabkan amalan lain tiada nilainya. A...
PkpYr2.233]ENDEMIC?*
- Get link
- X
- Other Apps
*[PkpYr2.233]ENDEMIC?* #IBRAH DARI RIADAH @ BUGC #BUKU FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai, saudaramara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Dalam beraktiviti di seawal pagi segini, seeloknya kita sulamkannya dengan bacaan ayat ayat zikir yang mudah mudahyang kita sedia sudah hafal. Sambil kita memandu menuju destinasi tugas, juga sambil ketika beriadhah pagi, dan dalam apa apa aktiviti yang kelihatan seperti tidak ada interaksi dengan insan manusia lain. Ada baiknya kita gunakan masa yang terluang itu untuk zikir zikir seperti membaca ayat kursi, membaca surah tiga Qul, membaca sayyidul istighfar dan macam macam ayat alquran, zikir, doa yang dah dihafal. Ingatan untuk diri sendiri. SeMoga kita akan dilindungi Allah dari gangguan hingga lah ke petang. Malah, segala sesuatu akan dicukupkan untuk kita olehNya. Mudah mudahan mati kita dalam keampunan Allah swt. Aaaminnn. Sa...
PkpYr2.2321]ENDEMIC
- Get link
- X
- Other Apps
*[PkpYr2.2321]ENDEMIC?* #Pesan Ustaz Meftah. Sharing is Caring # BUKU FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN: MENOLAK SALAH FAHAM QRIENTALIS (Part 4) السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Yang di kasihi lagi dinrqhmati Allah swt : Mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, saudaramara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Selamat berjuang untuk hidup. Hidup tidak berhenti disini, selagi tidak berada di alam kekal, journey kita masih panjang. Barzakh, kiamat, dibangkitkan semula, menuju mahsyar, berada di mahsyar, di hari Mizan, titian sirat, akhirnya syurga dan neraka. Sekadar peringatan pada diri yang lalai ini. Alhamdulillah. Semalam berlalu ada lagi keizinan Nya untuk menjejaki majlis ilmu walaupun tidak lama tapi kekal momentum : hidup mencari ilmu, dan sampaikan semula untuk tatapan bersama. Disini sedikit catatan dari penghujung kuliah ustaz Meftah untuk kita semua renungi: “Jika boleh kita akan mohon di tangguh kan mati, tapi memang tak bole...
PkpYr2.231]ENDEMIC
- Get link
- X
- Other Apps
*[PkpYr2.231]ENDEMIC?* #TAHSINUL QURAN BERSAMA IMAM RASHIDI & GENG NGAJI DI OASIS. # BUKU FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN: MENOLAK SALAH FAHAM QRIENTALIS (Part 3) السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Yang di rahmati Allah swt Mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Alhamdulillah. Kembali saya kepangkuan asal kedudukan di bumi Seri Minang yang di bersebelahan BTHO. Seperti biasa, kesibukan kerja dan urusan dunia tidak pernah berhenti, demi untuk sebuah kehidupan disini. Kepenatan harungi enam jam petang malam Ahad - perjalanan balik dari Utara - masih amat dirasai. Tapi urusan ukhrawi tidak pernah juga kenal erti henti dan cuti nya. Inilah yang kita kena perhati dan imbangi setiap hari. Semoga Allah swt tidak membiarkan kita mentadbir diri sendiri. Mujurlah atas izinNya saya dibenarkan untuk bersimpuh di depan Imam Rashidi di surau al amin selepas tiga hari merantau ke Utara. Dapatlah juga “tahs...