PkpYr2.277
[PkpYr2.277- OMICRON?] #Kalau Pun Sungguh Nak Sambut Kehadiran 2022. NatIjah Telemovie - PESAN DARI TUHAN Buat Semua. #FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN (Berehat) السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Selamat Sabtu pertama di tahun 2022 M yang penuh barokah kepada Makayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, dan sahabat sahabiah serta rakan taulan semua.. Syabas. Mubarak’alaikum pada rakyat Malaysia yang menyambut Masihi 2022 dengan penuh kelainan kali ini, selepas arahan daripada umarak membatal kan acara biasa - mercun dan bunga api KLCC - pada malam tadi. Walau pun di sekitar jam 12 tengah malam, ada juga lah kedengaran letupan disana sini tapi ianya lasting hanya 10 minit saja. Malah, di surau masjid di seluruh Selangor usai solat maghrib malam tadi, di arahkan diadakan bacaan yassin dan solat hajat. TAHNIAH. Moga ia menjemput rahmat Allah. Saya terperap didepan TV melihat satu produksi 2019 gandingan lakunan Remy Ishak dan Azhan Rani ( yang s...