Posts

Showing posts from February, 2020
*BERSAMA PROF UUM: PENGANALISA POLITIK DAN KULIAH MAGHRIB DI SURAU GEMILANG @ Saujana Impian: BAB TAYAMUM DAN MASBUK* Assalamu’alaikum Salam untuk semua. Salam atas Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya.  Sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba hamba Allah yang soleh... Semalam, tak sempat nak berkejar untuk tunaikan isya’ di surau Al Amin, selepas masa terguna sedikit untuk sesi politik Malaysia terkini  (yg sudah ada jawapan pada persoalan siapa PM Malaysia ke 8). Sessi ini adalah bersama salah seorang Professor UUM yang sering memberi pendapat di media arus perdana. Akhirnya, satu “Gabungan” dihasilkan yg akan menentukan hala tuju Malaysia. Semoga akan ada barokah dari Allah untuk kita semua.. Alhamdulillah, sempat juga singgah di surau Gemilang Saujana Impian untuk solat isya’ berjemaah. Kebetulan disitu ada pula kuliah yang membentangkan tentang tafsir ayat 1-12 surah al Maidah... Ketika saya baru tiba, ustaz  sedang mengupas tafsirkan ayat yang ke 6...
*Dalam Rejab..dah* Sambungan Al waqiah ayat 1 - ayat 12. Assalamu’alaikum.. Salam pagi.. Lusa jumaat lagi. Kini kit sudah dalam Rejab... الَلهمَ بلَغنا رمضان “Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” Untuk pagi ini.. sama2 kita renungi nota dari kuliah ustaz Syukri Omar ketika kuliah subuh sabtu lepas. [Ustaz Shukri Omar] Sambungan Al waqiah ayat 1 - ayat 12. Nabi saw amat risau dengan apa yg akan berlaku pada umatnya sebelum dan ketika kiamat. Ada yang martabat tinggi ketika di dunia tapi sebab kerana tak taat pada Allah ketika didunia, maka Allah rendahkan martabatya serendah2nya pada hari kiamat. Begitulah sebaliknya. Ini mengingat kan kita pada kisah Uwaish bin Qarni - uwaish di pandang rendah oleh para ahli rombongannya kerana dia hanyalah seorang penjaga unta tetapi sayyidina omar Memohon doa dari uwaish sehingga jadi dalil boleh kita bertawassul dengan doa orang yang soleh. Fakir secara zahir tapi hatinya penuh kecintaan untuk berinfaq supaya hartanya ke...
*Cetusan Ustaz Shukri Harun* - Padang Mashyqr Menunggumu Assalamu’alaikum.. Salam pagi.. salam penuh penghargaan. Hargailah satu kehidupan dan hargailah keamanan. Tengah tengah dunia penuh fitnah dengan tahta, harta dan kuasa, di Malaysia pula di landa revolusi peringkat pemimpin tertinggi yang menuntut kesabaran dari marhaein. Moga ini jadi satu tranformasi, bermulanya para pemimpin di lantik akan lebih memahami keutamaan menjaga senstiviti agama, bangsa dan juga ekonomi negara.. Hakikatnya, Jika  direnung sebentar, apa yg kita miliki? Tidak ada. Semuanya milik Allah, kita cuma hak pakai bukan hak milik. Dalam bab Harta kita pun ada 3 hall: dimakan habis, ditinggal meninggal jadi warisan dan diberikan..dan milik kita yg hakiki cumalah apa yg diberikan. Kematian itu pasti dtgnya. Sebelum itu terjadi, mari kita berikan yg terbaik sebagai bekal nanti. Jangan ikut sangat adat kebanyakan: menerima  lebih seronok dari memberi. Ini buta hati namanya.. Jika tidak har...
*Iklim Politik Malaysia Yg Tak Menentu. Tunggulah* -  Nota Pendek dari Ustaz Wan Jemizan (Permata Buat Orang Yang Beriman) Assalamu’alaikum... Alhamdulillah. Suasana disini tenang dan damiai, menanti matahari keluar “menyeringai” menyimbah cahaya ke bumi sebagai tanda bermulanya sebuah lagi epiloge kehidupan sang manusia sebagai makhluk Allah membawa watak sbg khalifah di muka bumi. Al an’am :165 وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ “Dan Dia lah yg menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” Sehari dua ini cuaca agak panas dan ianya juga ada satu persamaan dengan iklim politik d...
*Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..* *Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, tlg tanya Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."* *Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."* *Kami menangis bersama, entah berapa lama...* *Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...* *Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis :* *'Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia...
*Nota Manis beribadah..* Cetusan dari kuliah ustaz Ahmad Nazri - Roh Solat. Assalamu’alaikum.. Salam pagi isnin penuh keceriaan, semoga kita semua kekal dlm rahmat Nya... Syukur dan ingatilah Allah Tuhan Maha Esa pencipta seluruh alam ini kerana izin kan kita memasuki waktu pagi dan kerajaan hak Nya. Semoga setiap langkah kita akan memberi manafaat kpd kita di dunia dan akhirat. Moga Allah berikan segala kebaikan pada hari ini dan kebaikan sesudahnya. Moga Allah lindungi kita semua dari kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Moga dijauhkan kita dari kemalasan dan kesusahan di hari tua. Seterusnya, kita terindung dari penghujung kehidupan yang teruk dan seksa kubur, kesusahan di padang Mahsyar dan jauh dari seksaan di Neraka ..  Berikan kami syurga mu pada kami tanpa hisab, masuk kan ke dalam golongan yang 70,000 itu. Alhamdulillah. Walaupun siangnya sibuk dengan aktiviti bersama rakan teman di luar sana tapi malamnya, ada usrah keluarga untuk bawa semula, pemikira...
Populis Bila mana Presiden PAS mengubah sokongan, kerana alasan mudharat yang besar kepada agama, ada yang kata, asal dia sahaja, semua boleh, asal dia sahaja, sentiasa ada dalil. Dan bila ada mufti ubah sokongan, walaupun sangat lambat dan dah terlewat, kelihatannya OK sahaja bagi orang ramai. Tiada terlihat buruknya. Andai tak mahu dikutuk, Presiden PAS boleh sahaja menukar status dia jadi agamawan selebriti. Jadi populis di mata manusia, ambil kesempatan menjadi popular dengan mengikut kehendak orang ramai terhadap sesuatu isu semasa. Tok Guru boleh mendiamkan sahaja daripada membuat komen-komen yang menentang arus, yang akan menyebabkan dia dikecam. Namun setelah 40 tahun lebih bergelumang dalam kancah politik, sosok itu sentiasa menjadi buruan, cacian, hinaan, sasaran musuh-musuhnya. Tidak ketinggalan tembakan-tembakan jahat dari agamawan-agamawan yang menurut kehendak pemerintah, ikut menyerang beliau. Tapi apa yang terjadi? Setelah lama beliau diserang, difitnah, dituduh...
*Fikrah Bersukan*  - BERDAMAI LAH DGN  TAKDIR ( USTAZ HASNOL ABU BAKAR)... Assalamu’alaikum.. salam pagi ahad.. Persis orang muda lagak nya, itulah kalau setiap sabtu. Bermula seawal selepas kuliah subuh, dah ada macam2 aktiviti. Tapi amat amat bersyukur, solat zohor kekal berjemaah di rumahNya. Ambil peluang, seusai zohor terasa tenang, lelapkan mata seketika. Sehingga di kejut si anak, untuk bersedia aktiviti sukan bolasepak pula. Bergegas ke Ampang, mengejar solat berjemaah di masjid sana. Alhamdulillah, sempurna lagi tugasan hakiki untuk Illahi walaupun dalam berurusan hal dunia. Petang semalam, agak amat menggembirakan bila team menang dan saya pula di beri peluang ambil sepakan penalti di hujung masa dan dapat pula jaringkan gol. Pakai tektik lama - tunjuk kanan, tendang kanan. Tapi kali ini, membawa fikrah yang berbeza dalam alam sukan. Kalau dulu, “ yang terror adalah aku..”, tapi kini semuanya adalah anugerah illahi, sampai masa hilanglah semua. Inilah salah...
*Sujudlah.. saiam subuh* Nota dari UYE. [Amalan yang di Di perbanyakkan oleh Rasulullah saw] Assalamu’alaikum .. Salam pagi jumaat.. Sujud itu indah. Tenang dan mendamaikan. Sujud pada Mu ya Illahi. ” Sesungguhnya orang2 yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri”  (As Sajadah ayat 15). Sujud bukan setakat hanya mendekatkan kita dengan Allah tp dr sudut perubatan pun ada hikmahnya. Saya pernah terbaca dalam satu tulisan, kesan sujud yg lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yg boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Sujudlah padaNya sebagai tanda kita hamba padaNya. INGATLAH, CCTV ALLAH ada dimana mana. Kelak, akan ditayangkan segala perbuatan kita, baik secara sembunyi mahupun tera...
*Disebalik Muqaddimah kuliah UYE, ada : Bersama Illahi Seawal Pagi dan Antara ABAM dan ASRAF: Ada Apa Untuk Kita* Assalamu’alaikum Salam pagi.. Kuatkan semangat Islam kita. Sama2 mencari yang benar di sisi ALLAH dan RASUL seawal pagi. Maka, sampaikan walau satu ayat supaya kita semua kembali tunduk pada Allah dlm erti kata sebenar.. Seminggu ABAM pergi dgn meninggalkan “pesan” dan “bekal” buat kita: hidup ini kena rapat dgn mak ayah, kuat bersedekah dan juga kena selalu rendah diri sesama kita apatah lagi dgn DIA. Tak kurang juga yang ambik iktibar supaya jaga kesihatan, jaga badan jgn  jadi macam arwah. Tup tup, Allah matikan pula arwah Asraf Sinclair yg sihat dan memang jaga kesihatan. Innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah pada Bunga Citra Lestari serta keluarga. Itulah pada kita kalau nak kenal Allah. Semuanya ada pada nya. Kita hanya perlu berusaha saja untuk terus hidup; selebihnya adalah miliknya. Carilah jalan untuk sentiasa bersedia.. Tapi ingatlah semua ...
*Nota Kembara...SERI MINANG KE KB* - PERKONGSIAN: SEDIKIT LAGI DARI USTAZ ABDULLAH ISA. Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah. Kembara semalam, walaupun singkat, (dari Seri Minang ke Tanah sekebun bunga, ziarahi sekolah lama, selesaikan tanggungjawab berbakti semula disana selepas suatu ketika pernah banyak “berdosa” dengan tingkah laku anak “muda” yang tidak mengerti apa apa), tp ianya menyentuh sebuah pemikiran tentang kembara. Setiap yang mengembara pasti akan ada tujuannya. Orang yang tiada tujuan dalam setiap kembara dilaluinya samalah seperti orang yang tiada tujuan dalam hidupnya. Kata pujangga: “hidup itu sebuah kembara - life is a journey”. Tapi  kadang2 kita tak sedar kita sedang “mengembara”. Dalam “mengembara” di dunia ini lihatlah dengan mati hati. Cari perubahan yang positif. Dari seorang yang baik dulunya menjadi lebih baik hasil selepas mengembara. Dari orang yang kurang agamanya bertambah tambahlah keteguhan imannya. Dari seorang yang dangkal ilmu menjadi ora...
*Siapa di antara kamu yg lebih baik amalnya..* [Sambungan Nota Ustaz Abdullah isa (bab Jihad] Assalamu’alaikum.. Meskipun malam tadi, saya tiba lewat di kuliah Maghrib ustaz hasnol, tetapi sebaik saja saya melabuhkan punggung saya di lantai surau, saya terdengar satu petikan ayat al quran yang menggegar hingga lubuk jiwa dbaca oleh Ustaz Hasnol. Di ketika Iman dan dalaman diri hebat di uji dan di ajak sang laknatullah syaitan yang berpangkat Brigidier General. Ketika ini lah kena kuat kerana nak kan mati bertandakan pada husnul khatimah, nak kan alam barzakh yang damai, nak juga padang Mahsyar yang tidak bergolak. Malah, rumah terakhir adalah rumah di syurga. Ayat itu adalah.. الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا... [الملك : 2] “Dialah yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya...” “Apabila sebuah amalan itu dilakukan dengan ikhlas akan tetapi tidak berlandas kan ilmu atau...
*DIARY HARI SABTU* Sehari beraktiviti dunia, tak kan satu malam tidak boleh susun aktiviti akhirat pula. BERSYUKUR LAH... Assalamu’alaikum... Alhamdulillah. Puas Hati. Selepas Allah memberi pelbagai nikmat dari awal pagi sehingga lewat petang. Paginya, riadhah sukan Golf bersama rakan dari Utara raikan bersama rakan KPP di KGPA. Petangnya pula, ada tugasan Corporate Social Responsibiltiy (walaupun company saya sehalus lubang jarum dalam indistri tersendiri), menaja team bolasepak Shogun All Star FC di liga social KLVEL. Malah ikut bermain sepenuh masa kerana pemain yang hadir cukup2 sebelas orang. What do you expect from 50 plus years old player? Dlm game; Alhamdulillah, ada di sulam dengan selawat, dan semalam ada istighfar lagi. Keputusan 3-3, kami mara ke Final FA cup. Alhamdulillah.. Maka, bila senja muncul, dunia semakin perlahan lahan di lepaskan. Sedar diri, semuanya atas izin Allah. Saya mengatur langkah seterusnya; QUALITY TIME - dinner bersama keluarga seawal jam 6...
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, yang artinya : “Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min : ‘Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka’. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (QS. Al-Ahzab : 59) Abdullah bin Amr radhiyallahu ‘anhuma meriwayatkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah.” (HR. Muslim no. 1467) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu : “Maukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, yaitu istri shalihah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya, dan bila ia pergi si istri ini akan menjaga dirinya.” (HR. Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil rahimah...
*Satu Pencarian seawal Pagi Jumaat: Khauf dan Raja’ - di sebut di kuliah Maghrib ustz Yusri Ariffin* Assalamu’alaikum.. Salam jumaat.. Dikesejukan dinihari jumaat yang mulia ini, tiba tiba saja bergendang di jiwa: Terasa jauh dari Cinta Agung? Menangis “hati” bila dapat rasa, perlahan lahan nikmat lazatnya beribadah semakin kurang di jiwai semenjak kebelakangan ini, walaupun amalan ibadahnya masih sama seperti dulu. Sptnya, maksiat dan ajakan syaitan yang lebih banyak mengusik dan menguasai jiwa. Maka, Kini kena lah mencari balik jalan jalan untuk benar2 seimbangkan Khauf (Rasa Takut) dan Raja’ (Berharap) pada Allah Rabb Jalil. Kena benar benar cari hakikat beristighfar,  mencuci balik titik dosa yang melekat di hati yg membawa pada hingga hilang manisnya beribadat. Tapi bukanlah bermaksud yang kemanisan itu hilang pada keseluruhan nya tapi kita tahu, kita rasa, ia tidak sama seperti dulu. Datang lah rasa sedih dgn situasi yg terkini. Hanya ada diri sendiri untuk dipersalah ...
*PAHALA BERTERUSAN HINGGA SELEPAS MATI* - Catatan Nota Kuliah subuh oleh Ustaz Ahmad Yahya. Assalamu’alaikum... Salam pagi khamis. Pagi pagi gini sedap juga kalau dapat “tonyoh” minda dengan hal hal dunia dan akhirat. Moga ada manafaat. Inilah ragam kehidupan dunia dan akhirat. Berbeza amat, ketika hidup didunia seorang anak mengharap kan “blessing” dr mak ayah untuk sebuah kehidupan yg “Blessed by Allah”. Namun, selepas mak ayah tinggal kan dunia, mak ayah pula perlukan doa dari anak utk tenang dan damai di alam barzakh. Begitu juga, ketika di dunia, ramai yg tak suka di tegur, peringatan demi peringatan adalah sesuatu yang “irritated”; tapi, billa di alam mashsyar, semua orang kita cuba nak berpaut sandarkan kesalahan atas sebab tak ingatkan kita. Inilah selingkar kisah yang dah lama “bocor” untuk kita renungkan. Semoga kita tidak rugi di dunia dan rugi di akhirat.. “....Katakanlah, ‘Sesungguh nya orang2 yang rugi ialah orang2 yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarg...
*MEMBEBEL SEAWAL PAGI* ~ Inspired By Ustaz Yusri Ariffin. Perumpamaan Perumpamaan Dlm AlQuran. Assalamu’alaikum... Alhamdulillah, celek mata, kita masih hidup lagi. Tapi kita tidak tahu takdir kita. Cuma kita boleh bayangkan: “Kalau Hari Ini Hari Terakhir Hidup Kita”... Bayangkan kalau hanya tinggal satu hari sahaja untuk hidup atau hari ini hari terakhir kita.. Pejam mata dan bayangkan. Tarik nafas dalam dalam. Renunglah seketika. Dah puas hati dgn hidup kita hari ini sebagai muslim dan esok kalau tak hidup lagi pun, kita akan tenang di sana nanti ? Mungkin yang bermain di benak kita adalah kata kata sang Rasul yang letakkan status bijak pd yang selalu ingat mati. Inilah motivasi supaya kita bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun. Persediaan amalan untuk akhira, persediaan ilmu utk hidup, harta pula untuk menyumbang. Yang pasti kita nak yang terbaik untuk kita tinggalkan andai nyawa kita tidak lagi diberi Tuhan keesokan hari. Surah Luqman, ayat 34,: “Dan tiada seseorang p...
15 Jamadil Akhir 1441H 09 Februari 2020M السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم Belajar dari burung... أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ ۚ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَـٰنُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu. (Al-Mulk: 19) Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَقْوَامٌ أَفْئِدَتُهُمْ مِثْلُ أَفْئِدَةِ الطَّيْرِ "Akan masuk syurga suatu kaum yang hati mereka seperti hati burung". (Hadith Riwayat Muslim) Hati burung dikenal lembut, halus, peka , berjaga-jaga dan sangat tinggi tawakkal serta rasa takutnya pada Allah Penciptanya. Inilah hati yang dikatakan sebagai hati penduduk syurga. Rasulullah SAW bersabda: لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ...
*Pesanan Ustaz Mohd Shafei berdepan Corona Virus & Pesan Ustaz Ahmad Yahya melabur untuk masa sakit* Assalamu’alaikum... Sebuah “weekend” berlalu lagi. Semoga ada sesuatu yang di ambil kira oleh Allah dalam apa telah di lakukan sepanjang weekend yang baru berlalu. Malam tadi selaku penutup weekend kali ini, kami satu keluarga berkumpul untuk  solat maghrib berjemaah diikuti majlis tahlil ditujukan pd arwah arwah ayah/datuk  dan ibu/nenek kami yg dah pun berada di alam barzakh. Moga sedikit zikir tahlil kami “merehat”kan mereka di alam sana. Dan dalam pada para arwah tenang di alam barzakh menyaksikan nasib kami di dunia, sempatlah mereka mendoakan dr alam sana buat kami jadi insan yang baik setia pada Allah dan Rasul berdasarkan Al Quran dan Hadis sementara di alam sini. Selepas makan malam, kami berjemaah isya bersama diikuti solat hajat mohon di jauhkan kami dan seluruh rakyat malaysia dari bahaya corona virus yang semakin membimbangkan. Akhir sekali, malam kami di...
*Sedikit Sharing dari kuliah Maghrib : Perspektif dari seorang Prof..* Assalamu’alaikum .. Salam subuh buat semua. Alhamdulillah. Kehidupan diteruskan spt biasa dgn pelbagai aktiviti. Kehadiran hari ahad disambut dengan  cuaca baik tiada musibah alam dan pagi ini sejuk dan dingin penghawa dingin dibilik tidur mendamaikan saya. Untuk kita semua pagi ini, disebalik dingin, damai dan tenang pagi ini, pasti ada bermacam macam kejadian yang kita dah tempohi. Walauapapun terjadi, perjalanan hidup mesti diteruskan. Jadi kan pengalaman itu sebagai anugerah dari Allah Ta’ala, perjalanan hidup mesti diteruskan dan pengalaman itu adalah anugerah dari Allah. ali imran :190 إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda!tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang orang yang berakal” Kata kata orang yang...
*BERGANTUNGLAH PADA ALLAH - Kitab Hikam.* Assalamu’alaikum dear all... Salam kesejahteraan seawal pagi..Moga takdir memihak kepada kita hari ini, berkat ketaatan kita padaNya.. Selaku umat akhir zaman, seharusnya kita kena pertaruhkan pada ketaatan kita padaNya utk menjamin masa depan yang terbaik utk merempuh saat saat hidup didunia, dibarzakh dan diakhirat.  Kenapa ada segmen di barzakh, biasa nya hanya ada “dunia” dan “akhirat” sahaja. Kerana itu lah salah satu alam yang saya sangat khuatir untuk melaluinya. Selepas kita ini bebas segala, tiba tiba kita kena hidup di satu alam yang sempit, yang secara zahirnya kifa spt “terikat” tidak boleh bergerak lagi. Hanya yang menentukan keadaan kita hanyalah amalan kita. Ketika di alam barzakh, kita benar benar bergantung pada Allah.. disitulah baru kita tahu siapa kita sebenarnya. Kemana hala jalan kita selepas itu dan yang pasti kita juga akan berada lama di alam barzakh. Bayangkan pada jenazah jenazah yang dah meninggal sejak dar...
[*TAK SALAH UNTUK BERGEMBIRA, TAPI IANYA SALAH BILA LUPA DIA*]  & *Part 2* *Ustaz Abdul Muizz*: *Demokrasi: sidekick* Assalamu’alaikum.. Dalam pada kita melepasi sehari lagi hari “libur” utk warga warga yang Ahad nya adalah cuti, kita melalui satu proses yang sama saban minggu. Dan hari ini tanpa gagal kita bertemu lagi dgn Isnin. Ertinya kita akan terus membenarkan apa yg telah Qalam tuliskan buat kita di Loh Mahfuz. Nak ubah apa yang ada, sila lah berdoa. Itulah kehidupan, sehari harian kita bergelak ketawa bersama teman teman dan ahli kita, kemudian, suasana betukar wajah, hadir pula satu ujian lain. Kesusahan. Kerana itu senang dan juga susah sentiasa ada turun naiknya. Maka, kekallah ada atas jalan Allah, yakni dgn amalan2 ajaran nabi saw, tak salah pun nak kalau kita nak bergembira tapi jangan lupa pada yang Esa. Islam lah antara yang dari Allah kepada manusia.. sistem lain semuanya dari manusia kepada manusia, dan ianya tidak akan bertembung.. *Part 2* *Ustaz ...
╔📖✨════════╗     MUTIARA AL-QUR'AN ╚════════📖✨ ╝ MUSIBAH •┈┈┈┈•✿❁✿•┈┈┈┈• Al-Imam Ibnul Qayyim Rahimahullâhu berkata, والله سبحانه وتعالى يبتلى عبده ليسمع شكواه وتضرعه ودعاءه، وقد ذم سبحانه من لم يتضرع إليه ولم يستكن له وقت البلاء، كما قال تعالى: Allah Subhânahu wa Ta'âlâ menguji hamba-Nya agar Ia dapat mendengarkan keluh kesah, kerendahan diri dan do'anya. Allâh Subhânahu wa Ta'ala benar-benar mencela orang yang tidak mau merendahkan diri kepada-Nya dan mencari ketenangan dengan-Nya di kala musibah melanda. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, ( وَلَقَدْ اَخَذْنٰهُمْ بِالْعَذَابِ فَمَا اسْتَكَانُوْا لِرَبِّهِمْ وَمَا يَتَضَرَّعُوْنَ ) Dan sungguh kami telah menimpakan adzab kepada mereka, akan tetapi mereka tidak mau meminta ketenangan kepada Rabb mereka dan tidak pula merendahkan diri. ( QS. Al-Mu'minun : 76) [📚 'Uddah ash-Shôbirîn Hal: 62-63] •┈┈┈┈•✿❁✿•┈┈┈┈•
‎🌸*بـــــــــــسم اللـــــــه الرحمـــــن الرحـــــــيم*🌸 KALAM AL-IMAM SYAFI'I RAHIMAHULLAH ‎كلما تعلقت بشخص اذاقك الله مر التعلق. لتعلم ان الله يغار على قلب تعلق بغيره فيصدك عن ذاك ليردك اليه Setiap kali engkau menggantungkan hajatmu kepada manusia, setiap itu pula Allah menjadikannya tidak sesuai harapan, Agar engkau tahu, Allah cemburu kepada hamba-Nya yang berharap pada selain-Nya. Allah membuatmu kecewa, agar kamu kembali dan hanya berharap kepada-Nya. ‎🌸 *ﺍﻟﻠﻬــــــــﻤﮯ ﺻــــــﻞ ﻋﻠﮯ ﺳﻴﺪﻧﺎﻣﺤﻤــــــــﺪ* 🌸