Posts

Showing posts from July, 2021

WA #146 Tafsir

 MUTIARA DARI AL QURAAN Ayat 97 Surah Al A'raaf, artinya; " PATUTKAH PENDUDUK NEGERI-NEGERI ITU (BERSEDAP HATI) SERTA BERASA AMAN DARIPADA KEDATANGAN AZAB KAMI KEPADA MEREKA PADA MALAM HARI, SEMASA MEREKA SEDANG TIDUR ?". **************************** Bala ujian azab dari Allah boleh datang pada bila-bila sahaja. Tidakkah pernah kita dengar dan lihat di media sosial berlaku di tempat orang, tanah runtuh, gempa bumi dan berbagai lagi. Alhamdulillah di tempat kita jarang berlaku perkara yang demikian.  Kita selalu baca di dalam al Quraan dan kita selalu dengar dari tazkirah orang alim bahawa segala bencana yang menimpa itu adalah amaran Allah kepada mereka yang melakukan maksiat dan kederhakan kepadaNya.  Janganlah mengundang kemurkaan Allah dengan melakukan kerusakan di muka bumi ini. Biasanya maksiat dilakukan oleh orang yang jahil dalam agama. Tidak hairanlah jika orang yang demikian melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah. Tetapi sekarang berlaku kerosakan di bumi yan...

WA #145 Politik

 *RIBUT TIDAK MENJADI, NYIOR CONDONG TEGAK KEMBALI* 1. Bidalan orang tua-tua, bila nyior condong, bukan sahaja kera, kura-kura pun suka meniti. 2. Sedikit polemik berlaku di parlimen pada 26 Julai baru-baru ini, sudah kita nampak bagaimana pihak-pihak tertentu, umpama ikan menyambar umpan, segera menangguk di air yang keruh. Dengan ghairahnya mereka berdrama dan menampakkan niat sebenar mereka selama ini, iaitu mahu merampas kuasa. 3. Maka terselongkarlah nawaitu sebenar kenapa mereka terus memaksa mahu sidang Parlimen diadakan seberapa segera, di saat negara menghadapi penularan Covid-19 paling tinggi. Saat di mana semua orang dikawal ketat pergerakannya di bawah PKP. 4. Namun apabila Parlimen bersidang, mereka langsung tidak peduli, malah tidak pun berminat berbincang bagaimana isu Covid-19 diuruskan, dan bagaimana ekonomi patut dipulihkan. Langsung tidak ada usaha ke arah itu. Yang mereka asak adalah soal politik dan menggugat kedudukan Kerajaan. 5. Dalam tempoh seming...

Pkp.Yr2.Day127

 [*Pkp.Yr2.Day127*] •Tazkirah Pagi Ahad. Oh Betapanya. •PERMATA BUAT ORANG BERIMAN: Pesanan Ustaz Wan Jemizan dalam kuliah ONLINE: BENAR MEMBAWA KEBAIKAN.  ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Semoga semuanya selamat seawal pagi Ahad hari ini buat makayah , ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan. Bagi kita umat Islam, ada kepentingan untuk kita kekal menyebut hari ini  sebagai hari “AHAD”, kerana "Ahad" mengingatkan kepada nama "Allah" yang Maha "Ahad" sama erti "MahaTunggal", "Maha Satu" dan "Maha Esa". "Allah" tidak beranak dan tidak diperanakkan. Semoga  kita kekalkan Allah menjadi perkara nombor satu dalam hidup kita, diikuti Rasulullah saw. Teruskanlah dengan niat niat yang baik dalam memulakan sebuah hari.  Niat datang dari hati dan hati yang bersih menghasilkan tindakan yang bersih. Imam alGhazali, hati manusia ibarat kol...

Pkp.Yr2.Day126

 [*Pkp.Yr2.Day126*] •MANA MILIK KITA •Nota Catatan Kuliah Subuh Online Tok Ku Pasir Gudang. Pesan Sheikh Abdul Qadir Al Jelani.  •https://youtu.be/927yQ4v1bBY ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Bertemu sabtu lagi minggu ini, selepas minggu yang agak memenatkan dan mendebarkan juga. Semoga makayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua kekal dalam rahmat dan redha Allah swt.  Semenjak PKP, setiap hari seusai subuh, kalau bukan hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, saya akan pasakkan dalam fikiran saya dan ahli ahli saya dengan fikrah asas iman tentang “Semuanya Milik Allah” melalui tazkirah 10 minit. Pkp ini, masa agak mewah seawal pagi kerana tidak kalut nak ke pejabat, masing2 WFH.  Banyak sunggut ayat ayat alQuran yang menegakkan perihal ini. Namun, kita pula mudah lupa akan asas dalam bab aqidah yang ini. Surah Toha :6 ‎لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَمَا ب...

WA#144

 Proklamasi darurat: Menyesalkah Anwar dan Tun?   Pada 9 Mei 1994 Datuk Seri Anwar Ibrahim yang waktu itu adalah Timbalan Perdana Menteri telah membentangkan satu rang undang-undang di Parlimen bagi memasukkan Fasal (1A) ke dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan. Fasal (1A) ini mewajibkan Yang di-Pertuan Agong untuk menerima dan bertindak mengikut nasihat bila-bila sahaja Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat atau selepas menimbangkan nasihat. Di sebalik pelbagai kritikan ke atasnya, Fasal (1A) ini kemudiannya diluluskan oleh Ahli-Ahli Parlimen serta dimasukkan ke dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan melalui Akta A885, seksyen 4, berkuat kuasa dari 24 Jun 1994. Maha Besar Allah, kini Datuk Seri Anwar Ibrahim inilah yang merayu Yang di-Pertuan Agong supaya menyemak balik nasihat Perdana Menteri yang didakwa “tidak munasabah” dan “tidak cukup kuat” dan membatalkan Proklamasi Darurat. Begitulah juga pada 9 April 1981 Tun Dr Mahathir Mo...

Pkp.Yr2.Day125

 [*Pkp.Yr2.Day125*] •BANTUAN UNTUK RAKAN SEKAMPUNG. Moga menjadi pemangkin kepada yang lain. ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Jumaat yang indah lagi penuh barakah, kepada  yang rahmati Allah Makayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan semua, semoga dirahmati dan dan diberkati oleh Allah SWT. Berpagi pagi saya bersama coretan yang ditulis tidak sehebat mana pun tetapi coretan penulisan ini cukup hanya untuk saya beramal dan tempias pada sesiapa yang membaca.. Betapa terasa bertuah diri ini kerana setiap masa ada saja kerja amal yang diberi akan peluang olehNya untuk di buat, terutama dalam zaman pendemic ini. Pagi ini, in shaa Allah akan berkunjung ke IGC lagi untuk serahan makanan kali ke 4 semenjak MCO 2.0 kepada para caddy yang masih berakar kaki nya kerana tidak dapat turun ke padang Golf mencari rezeki. Kali ini pekerja indonesia dan Bangladesh pun di bantu jsekali. Alma...

Pkp.Yr2.Day124

 [*Pkp.Yr2.Day124*] •IBRAH KEMBARA SINGKAT KE TANJUNG MALIM: Lagu:  “Ketika Tangan dan Kaki Berkata” #https://youtu.be/9pGseOqw1aU ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Tertuju khas untuk dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah dan rakan taulan semua, semoga dirahmati dan dan diberkati oleh Allah SWT. Alhamdulillah. Seronok juga pagi semalam, bila dapat merentas negeri, walaupun tak jauh, hanya 95 km tapi cukup untuk meletakkan diri berasa dalam status musafir. Sempatlah juga solat dhuha dan solat musafir seketika sedang memandu “NCS68-AMG” menuju ke bandar kecil molek si Tanjung Malim. Tujuan pengembaraan singkat semalam adalah menghantar tender sebagai perunding untuk menaiktaraf sistem Penghawa dingin di UPSI. Walaupun sudah tahu tawaran tender ini, disertai ramai perunding bertaraf “Jaws” tapi mengambil sikap berusaha itu adalah sifat muslim, berusaha itu juga adalah satu kejayaan,...

WA #143 Politik

 Minda Presiden PAS APABILA POLITIK DIPISAHKAN DARIPADA AGAMA Apabila politik dianggap tiada kaitan dengan agama, maka politik dirosakkan, termasuklah ahli politik juga ikut bersama. Inilah yang menjadi penyakit kronik kepada sekularisme dengan segala ideologinya. Sekalipun perubahan atau reformasi dilakukan oleh para pemikir atau golongan yang dinamakan sebagai ahli falsafah dalam kalangan mereka.  Mereka sering kali menyebutkan tentang keperluan integriti, ‘good governance’ (tadbir urus yang baik), kedaulatan undang-undang dan lain-lain kata slogan yang dicipta dan hanya indah khabar daripada sebutannya. Hal ini demikian kerana laksana jasad yang tiada roh yang memandu akal dan ilmu, dan boleh berubah menjadi penipu kerana politik kenegaraan dianggap di luar daripada ilmu Allah SWT dan hukuman-Nya.  Rasulullah SAW telah memberikan suatu amaran dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi RH, bahawa sesungguhnya bencana akan menimpa umat Islam apabila berla...

Pkp.Yr2.Day123

 [*Pkp.Yr2.Day123*] •SUBUH SEBELUM WAKTUNYA: TARHIM. RINDU SERINDUNYA SAAT SUBUH BERJEMAAH DIRUMAHNYA.  ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Ucapan lengkap dari sebuah salam yang begitu indah dan  yang di dalamnya ada salah satu nama Allah, asssalam, Maha Sejahtera, Yang Maha memberi kesejahteraan dan kedamaian. Ini semua tertuju khas buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua, semoga dirahmati dan dan diberkati oleh Allah SWT. Mubarakalaikum solat subuh berjemaah bersama ahli keluarga bagi yang tak boleh ke masjid.. Lama rasanya tak tersentuh dengan suasana awal pagi, walaupun kerap juga izinNya saya dapat menyapa subuh sebelum waktunya. Pagi ini sepeti kebiasaan, jaga awal dari waktu. Anugerah Allah.  Kalau di kampung kampung dulu akan sering terdengar “tarhim”, satu rayuan mohon keafiatan serta keampunan pada Allah. Dulu, bacaan ini seringny...

WA #142 Seloka

 *An Airbus 380 is on it's way across the Atlantic. It flies consistently at 800 km/h at 30,000 feet, when suddenly a Eurofighter with Tempo Mach 2 appears.* *The pilot of the fighter jet slows down, flies alongside the Airbus and greets the pilot of the passenger plane by radio: "Airbus, boring flight isn’t it?* *Now have a look here !* *He rolls his jet on its back, accelerates, breaks through the sound barrier, rises rapidly to a dizzying height, then swoops down almost to sea level in a breathtaking dive. He loops back next to the Airbus and asks, "Well, how was that?"* *The Airbus pilot answers: "Very impressive, but now you look !"* *The jet pilot watches the Airbus, but nothing happens. It continues to fly stubbornly straight, with the same speed. After 15 minutes, the Airbus pilot radios, "Well, how was that?"* *Confused, the jet pilot asks, "What did you do?" The AirBus pilot laughs and says, "I got up, stretched my legs, w...

Pkp.Yr2.Day122

 [*Pkp.Yr2.Day122*] •PESANAN HALUS DARI USTAZ DR FAIRUZ, NAZIR MASJID BTHO Perihal: KESALAHAN HALUS, Bahaya Lidah Ke 19. IHYA ULUMUDDIN.  ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua, moga semua nya dalam rahmat Allah selalu.  Alhamdulillah. Setiap pagi seusai berjemaah subuh di  pagi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, telah kami tetapkan untuk dijadikan pagi mencari ilmu dgn duduk mendengar kuliah Online yang dipancar ke tv dari fb atau youtube di sepanjang PKP ini. Setakat ini. tahap saya memang dah cukuplah sebegitu, sekurang nya menjamu jiwa yang sentiasa perlu kan majlis seumpama secara tallaqi. Tapi di zaman pkp begini, tiada tallagi, cukup dengan tidak meninggalkan terus majlis majlis ilmu. Sebaliknya, kalau dulu antara maghrib dan isya’, kami akan rancang awal awal, solat maghrib di masjid dan kemudian duduk ber...

Pkp.Yr2.Day121

 [*Pkp.Yr2.Day121*] •Psikospiritual: Tekanan pandemik dapat diatasi. In shaa Allah. ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan Ratapan pada nasib kita dalam pada berdepan dengan covid19 tidak mgkn tamat dalam masa terdekat ini, meski ramai yang telah berusaha menyiapkan diri  berdepan dengan norma baharu, tapi masih ramai juga, insan yang terkesan dgn situasi ini. Apatah lagi, semalam pula mencapatkan jumlah kes tertinggi. Sama sama lah kita cari sesuatu kaedah yang boleh diguna pakai setiap individu dalam mengharungi era pandemik yang penuh cabaran ini. Dalam satu artikel, saya ada terbaca, Psikospiritual Islam gabungan antara elemen psikologi dan kerohanian yang berasaskan kepada prinsip Islam; in shaa Allah, adalah satu kaedah yang boleh digunakan untuk  menangani masalah dalaman yang berlaku dalam kalangan masyarakat. ...

Pkp.Yr2.Day120

 [*Pkp.Yr2.Day120*] •SALAM TAKZIAH UNTUK KELUARGA ANJANG AKI. Tinggallah kita untuk ambil ibrahNya. Sharing is caring: Nota kuliah Tokku pasir gudang. Adab adab dengan Allah swt. ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan. Salam takziah pada keluarga Allahyarham Datuk Baharuddin omar atas perginya antara satu watak tersohor dalam masyarakat di bidang drama TV tanah melayu kepangkuan Illahi. Tiada lah doa yang terbaik selain dari doa Ummu Salamah saya hulurkan disini. “Ya Allah kami hanya menghitung pahala musibah ini di sisiMu, maka berikanlah kepada keluarga arwah pahala itu, dan gantikanlah kepada mereka dengan sesuatu yang lebih baik dari musibah ini.” Daripada Ummi Salamah katanya, Rasulullah SAW bersabda:  “Jika ada diantara kamu tertimpa musibah, hendaklah dia berkata : ‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّه...

WA #141 Rencana

 BAGAIAMAN ALLAH ﷻ AKAN LAYAN KITA?  # Cara kita melayan orang lain Barang siapa ingin tahu bagaimana Allah ﷻ akan melayaninya maka hendaklah dia melihat cara dia melayani makhluk-makhluk Allah.  Sekiranya dia melayani orang-orang di sekelilingnya dengan baik, berlemah-lembut, bersifat pemaaf, suka membantu, hormat-menghormati, menjaga kehormatan orang lain dan sedaya upaya bersangka baik dengan mereka di samping menjauhi perbuatan mengumpat nescaya Allah ﷻ akan mewujudkan untuknya orang-orang yang turut bersikap sedemikian kepadanya.  - Ibnu al-Qayyim rahimahullah.

Pkp.Yr2.Day119

 [*Pkp.Yr2.Day119*] •Ustz Abd Mu’izz: Phenomena Tekanan Jiwa Menurut Al quran dan Hadis. Uruskan lah berdasarkan narative alquran. Jangan pula jadi toxic sensitevity. (Final Part) ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan. Alhamdulillah. Jumaat  dah berlalu, hebat menentang teguran syaitan, paginya seusai subuh berjemaah, duduk bersama Tokku Pasir Gudang di FB. Tengaharinya pula, sempat raikan “feel” solat jumaat bertazkirah di pejabat sebelum zohor dan bersimpuh disurau pejabat sebelum azan zohor. Apa2 pun penutup hari tasyrik semalam ditutup dengan takbir seusai solat asar. Jumpa lagi tahun depan.  Tak nak lengahkan masa, jom sama sama hayati apa ulasan Ustaz Abdul Mu’izz berkenaan cara berdepan  tekanan perasaan menurut narrative al quran dan hadis.  *Phenomena Tekanan Jiwa Menurut Al quran dan Hadis. [Final]...

WA;#140 - Rencana

 MENGUBAH TAKDIR DENGAN TAKDIR Takdir terbahagi kepada dua iaitu : 1. Takdir Mubram - tiada boleh berubah, ia tetap akan berlaku seperti setiap bernyawa akan mati, dunia akan Kiamat dan lainnya.. 2. Takdir Muallaq - sesuatu yang boleh berubah walaupun sudah tertulis dalam takdirnya seperti musibah, waktu kematian, kejayaan dan lainnya dengan ikhtiar, doa, amal soleh, sedeqah, silaturahim dan lainnya dengan Iradah Allah. Berkata Syeikh Abd. Qadir Al Jailani, "Ramai yang terhenti pada takdir, sedangkan aku melawan takdir dengan takdir.." Pernah terjadi seorang pedagang yang mahu membawa dagangannya ke satu tempat yang jauh, beberapa orang soleh ditemuinya minta petunjuk. Semua nasihatkan agar jangan pergi kerana dalam solat istikharah mereka melihat ada bahaya diperjalanan. Apabila hal ini disampaikan pada Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, beliau mengizinkan pedagang tersebut pergi. Dalam perjalanan dia berehat dan tertidur dibawah satu pohon. Tika itu ia bermimpi segala hartanya ...

Pkp.Yr2.Day118

 [*Pkp.Yr2.Day118*] •Kuliah Ustaz Abd Mu’izz: Phenomena Tekanan Jiwa Menurut Al quran dan Hadis. #Benarkah Nabi Muhammad SAW Cuba Membunuh Diri Ketika Wahyu Terhenti? (PART 2) ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan. Alhamdulillah. Selamat saya serahkan empat unit POC semalam jam tiga petang di perkarangan KECEMASAN HCTM. Dato’ Pengarah dan ketua Jabatan HCTM pun ada bersama. Semoga ini semua akan membantu frontliners menjalankan tugas mereka lebih mudah. Mereka pun stress, rakyat pun tertekan juga. Kita yang sihat buatlah sesuatu untuk membantu.  Wabak Covid19 kini menguji kekuatan fizikal, mental dan spiritual manusia. Ramai orang meluahkan perasaan tentang tekanan yg dihadapi sepanjang PKP ini. Ada yang ditimpa ketakutan berlebihan setelah proses kuarantin di Hospital. Ada juga yang fobia bertemu orang lain. Ada pula pela...

WA139 - Rencana

 "Zaman sekarang ni orang tak jual produk, orang jual emosi." Itu kata kata rakan saya suatu hari bila kami berbual tentang senario hari ini tentang jualan, perkhidmatan, politik, dan beberapa lapangan kehidupan. Kini kita hidup bersekelilingi emosi. Ia mudah dijual dan dibeli. Hatta facebook dulu hanya ada butang like, kini butang like itu boleh dibahagi2 antara like, sad, happy, wow dan angry. Maka berapa ramai pemain kehidupan mula menukar corak mereka. Produk utama yang dijual bukan lagi produk hakiki mereka, sebaliknya emosi. Kualiti, harga, dan fakta, ketepikan sebentar. Emosi diletakkan didepan. Laku emosi, lakulah jualan! Bukan menafikan ada peniaga yang benar benar susah dan emosi serta kisah sedih mereka benar. Tapi perkara ini tak boleh dibiar lama. 10 tahun nanti orang akan berlumba2 menjual emosi, sedangkan barangan jualan mereka hanyalah ibarat free gift sebaik membeli emosi.  Kelak, kualiti barangan, masakan, produk sudah tidak penting lagi. Yang penting dia pa...

WA138 - SURAH FAATHIR AYAT 18

 MUTIARA DARI AL QURAAN  SURAH FAATHIR AYAT 18 Mafhumnya : DAN ORANG YANG BERDOSA TIDAK AKAN MEMIKUL DOSA ORANG LAIN, DAN JIKA IA MEMANGGIL SESEORANG YANG BERAT DOSANYA UNTUK MEMIKUL DOSANYA NESCAYA TIDAK AKAN DIPIKUL SEDIKIT PUN WALAUPUN YANG DIPANGGIL ITU KAUM KERABATNYA.  SESUNGGUHNYA YANG ENGKAU DAPAT BERI PERINGATAN HANYALAH ORANG YANG TAKUT KEPADA TUHANNYA WALAUPUN MEREKA TIDAK MELIHATNYA DAN MEREKA YANG MENGERJAKAN SOLAT. BARANG SIAPA MENYUCIKAN DIRINYA, SESUNGGUHNYA DIA MENYUCIKAN DIRINYA SENDIRI, DAN KEPADA ALLAHLAH TEMPAT KEMBALI.  ******************************* DI DUNIA kita dapat meminta pertolongan orang lain untuk membantu kita apabila di dalam kepayahan dan kesusahan, tetapi di Akhirat nanti tidak ada siapapun yang dapat menolong kita walaupun ia daripada kaum kerabat kita sendiri. Dosa yang kita bawa hasil dari perbuatan jahat kita di dunia akan ditanggung sendiri oleh kita. Tidak ada siapa yang akan membantu kita. Setiap orang sibuk dengan hal masin...

Pkp.Yr2.Day117

 [*Pkp.Yr2.Day117*] •4 unit Portable Oxygen concentrator  dari tiga kumpulan whatsapp group dan satu wakaf peribadi. •Muqaddimah: Phenomena Tekanan Jiwa Menurut Al quran dan Hadis oleh Ustaz Abdul Mu’izz.  ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan. Melihat keadaan mutakhir ini, memang ramai pihak yang berada dalam keadaan amat tertekan dengan natijah dari covid19. Kes masih tinggi, new variant yang seolah menanti masa menghinggap manusia merasa sekali seorang, isu boleh berjangkit airbone. Ini semua meresah kan. Nak meredakan semua itu, saya ikut serta pada satu seruan oleh Ketua Projek Enhanced Low Fidelity Full Face Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) Mask for COVID19 Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM yang memohon satu sumbangan Alat Bantuan Pernafasan “portable Oxygen Concentrator” bagi diguna oleh pesakit...

Pkp.Yr2.Day116

 [*Pkp.Yr2.Day116*] •JANGAN HILANGKAN KEMERIAHAN AIDIL ADHA HANYA KERANA SICOVID. Bukan darah dan daging yang Allah pandang..... ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan. Alhamdulillah. Walaupun tanpa kelibat manusia berkumpul melakukan ibadah sembelihan seperti tahun tahun sebelumnya tapi roh aidil adha tidak kurang sedikitpun kerana kami masih berpagi pagi seawal sebelum subuh mengerjakan yang sunat seperti yang disebut dalam hadis nabi, walaupun kami bukanlah manusia sempurna dari segi tindak tanduk dunia dan akhirat tapi kami hendak ambil peluang tidak mahu terlepas apa lagi bila tahu umat akhir zaman hanya ada peluang sebegini saja untuk menutup segala fitnah, kalau harapkan beriman dan beribadah seperti para sahabat dan tabiin terdahulu memang jauhlah.  ” Sesiapa yang menghidup kan dua malam hari raya (aidiladha dan aid...

Pkp.Yr2.Day115

 [*Pkp.Yr2.Day115*] •Selamat HARI RAYA AIDIL ADHA. ”Indah Aidiladha Kerana Pengorbanan” #”TERBAKARNYA KAPAL HAJI PADA 1502 M” ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah. Perjalanan hari arafah semalam di bumi Malaya, dijadikan oleh Allah penuh dengan aktiviti yang produktif. Syukran terpilih olehNya kami sekeluarga untuk berpuasa dan pada masa yang sama juga menguruskan dana untuk pembelian Portable Oxygen Concentrated yang hendak  diserahkan kepada pihak HCTM sejak dari pagi hari. Syukur lah kepercayaan dari sahabat masih utuh untuk saya usaha kan usaha kecil membantu pihak HCTM melicinkan tugas sebagai frontliners berdepan kes covid19 yang semakin meruncing. Nak komen memang banyak, tapi tutup mulut jangan komen, bantu mereka lebih baik. Serahan kepada pihak HCTM bakal dibuat pada hari Jumaat ini, harap harap Pengarah nya dapat hadir bersama bagi membuktikan kerja saya ini bukan “Fake” tapi “genuine”. Terimakasih zaujah kerana cetusa...