PkpYr2.214
*[PkpYr2.214* *... ENDEMIC?* #Istiqamah # FIQH SIASAH KHULAFA' ALRASYIDIN: TENTERA USAMAH RA - Part 2 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Subuh. Ya Allah , Ku mohon segala keberkatan dunia dan akhirat bagi mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua diturun Rahmatmu pada mereka. Ampuni lah kelemahan dan berkati lah keluarga mereka. Permudah kan lah segala urusan dunia akhirat dan turunkan rezeki yang melimpah ruah. Tamat lah satu permusafiran semalam, bila tiba semula di IGCC jam 710 malam. Dan masih dalam status musafir walaupun melepasi mukim tapi tidak memasuki mukim, maka saya menggunakan kemudahan yang Allah swt berikan dengan singgah di Surau Gemilang berjemaah maghrib berniatkan jamak takdim dan kemudiannya memasukkan isya’ ke dalam waktu maghrib dengan hanya dua rakaat. Semoga ada kasih sayang Allah kerana menggunakan tawaran istimewa ini. Jazakumullahkhair pada yang mendoakan. Saya ada b...