*Pkp ke 76* *AL FATIHAH UNTUK YG GUGUR SEPANJANG COVID 19 dan TAFSIR AYAT 154 AL BAQARAH KITAB IBNU KATHIR.* Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah. Berita gembira mengenai covid 19 di Malaysia sedang di nantikan dari pemimpin negara. Dengan desas desus mengenai putusnya rantaian corona virus ini, harapan untuk meneruskan kehidupan dengan perasaan lebih tenang semakin cerah. Meskipun begitu, PKPB perlu diteruskan untuk menjaga supaya “new normal” dapat didisplinkan di kalangan kita semua. Sepanjang 76 hari kita melalui detik detik pkp ini, 50 hari yang pertama memang amatlah menggerunkan. Tetapi hakikatnya betapa ramai yang telah menyumbangkan doa untuk membawa kepada putusnya rantaian ini, selain dari usaha usaha fizikal. Inilah natijah yang hendak dibawa bersama dalam kehidupan kita. Berdoa memohon pada Allah dan pada masa yang sama juga berusaha gigih dengan kudrat yang diberikan Allah. Inilah “Dua elemen” yang sebenarnya menguatkan perjalanan kehidupan seorang muslim. Maka, TERUS...
Posts
Showing posts from May, 2020
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp hari ke 75* •Hampir kembali semula ke suasana lama & Tafsri Ibnu Kathir ayat 153 Al Baqarah. Assalamu’alaikum.. Tinggal sehari lagi sebelum esok yang mana dijangka kan ramai akan memulakan semula tugas sebagai pekerja, meskipun masih dalam pkpb. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Jangan sampai kita semua sekali mengabaikan setiap kenangan sejak 18 Mac berlalu begitu sahaja. Jangan biarkan kita sekali lagi hanyut dengan urusan dunia sehingga lupa mengutamakan urusan dgn Allah, hingga Allah hadir kan lagi ujian ujian berat, hingga kita rasa seolah olah tidak tertanggung. Untung kita yg baru keluar dari Madrasah Ramdhan, seharusnya kita masih dekat dengan Allah. In shaa Allah, sekolah pun sedang dalam perancangan untuk di buka semula. Apa2 pun jangan cepat lupa diri, kita tetap milik Allah dan suatu hari nanti kita kena kembali kepada Allah. Selagi masih ada, selagi itu kami akan berusaha untuk kekal berada didalam satu momentum yang sama sejak 18 Mac - ber...
- Get link
- X
- Other Apps
Seringkali ditanya bagaimana kedudukan anak² kecil yang meninggal dunia, Rasulullah ﷺ menggambarkan mereka dalam 2️⃣ kelompok:- . (1) Bagi arwah anak² orang yang tidak beriman, mereka akan menjadi pelayan² di dalam syurga dan hidup bebas di dalamnya tanpa mempedulikan ibu & bapa mereka. (2) Kelompok anak² orang yang soleh, termasuk yang keguguran, akan ditempatkan di dalam syurga Allah di gunung yang indah. . Di gunung itu terdapat pokok² thuba dan anak² ini dijaga oleh Nabi Ibrahim AS dan Sarah AS. Mereka sentiasa berada dalam kekenyangan dan tidak pernah berasa haus, malah sentiasa berdoa kepada Allah agar dapat berpimpinan tangan dengan kedua ibu bapa kerana tidak berkesempatan melakukannya di dunia dahulu. . Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya: "Di syurga terdapat sepohon pokok iaitu pohon thuba yang semuanya dapat menikmati susunya termasuklah bayi² yang meninggal dunia yang masih menyusu dan pengasuh mereka ialah Nabi Ibrahim Khalilullah. . Bagi an...
- Get link
- X
- Other Apps
*PkP hari ke 74* ALHAMDULILLAH dan nota bacaan Tafsir Ibnu Kathir ayat 152 Al Baqarah. Assalamu’alaikum semua, Alhamdulillah. Yang inilah lafaz yang tidak boleh tidak untuk kita tidak ucapkan dalam meneruskan sebuah kehidupan, bilamana setiap kali pagi datang menjelma, ketika mata terbuka, kita masih melihat dunia. Tolong sejenak, pejamkan mata. Tarik nafas dengan lembut. Ucapkanlah dengan perlahan: Alhamdulillahirabbilalamin.. Alhamdulillahirabbilalamin... Alhamdulillahirabbilalamin... Rasakanlah, jiwai, alamilah, rasa kanlah nikmatnya dengan segala kerendahan hati, buang jauh ego diri. Apatah lagi dalam keadaan yang terbaharu, PKPB semakin menuju pada penutupan. Tapi jangan pula terleka terlena sehingga sejarah 1918 berulang semula. Ketika mana manusia penat “di kuarantin” dan jemu tidak berekonomi, akhirnya mansia di hentam sekali lagi oleh Pendemic Flu Sepanyol yang akhir nya bangkit semula membunuh berjuta juta manusia ketika itu. Maka, inilah pentingnya kita belajar ...
- Get link
- X
- Other Apps
*73rd Day of CMO..* Rindu berjemaah di Masjid, Rindu majlis Ilmu. Hidup perlu diteruskan walaupun ada COVID 19. Assalamu’alaikum... Salam Jumaat.. Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yg terakhir (datang ke dunia) tapi yg terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yg paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu dr kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini Jumaat adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani” Hari ini juga, adalah hari ucapan selawat kita kepada Junjungan Nabi SAW akan dipersembahkan terus pada baginda, dinyatakan dalam banyak hadits. Marilah kita rebut peluang sebegini sebaik baiknya. Basahkan lidah dengan ucapan selawat dan salam pada Junjungan Nabi SAW. Hari ini memasuki hari ke 6 Syawal, tinggal 12 hari lagi sebelum PKPB di ber...
- Get link
- X
- Other Apps
*71st Day of Pkp* Kesinambungan Ramadhan dalam Syawal: Matematik luar biasa dan Kisah Zaman Nabi saw. Assalamu’alaikum.. Semoga Allah terus merahmati kita semua. Selepas selesai kita diuji dengan puasa yang sepatut nya menjadikan kita sebagai Graduan Varsiti Ramadhan, kita pula diajak beramal dgn amalan menjanjikan satu formula matematik yang luar biasa, seperti yang sedang di canang ramai orang sekarang ini iaitu 30hari +6 hari bersamaan 360 hari. Semoga kita ternasuk dalam golongan yang “tamak dan haloba” dalam beribadah. Tahniah pada yang sudah bermula dan berusaha lah pada yang belom. Baginda SAW berwasiat pada Sayyidina Ali ra : "Wahai Ali, sesiapa antara kamu yang menyambung puasa Ramadan dengan enam hari di bulan Syawal, maka Allah akan menulis baginya pahala puasa satu tahun penuh." (Al Hadith). Ramai yang tahu isi hadis di atas tapi berapa ramai yang ambil tahu..? Meninggalkan Ramadhan dan kini berada di Syawal, saya teringat sekeping nota tentang ...
- Get link
- X
- Other Apps
Tazkirah 4 Kelebihan Puasa Enam Syawwal الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله و آله وصحبه وسلم. وبعد PERGINYA bulan Ramadhan tidak bermakna berakhir sudah ibadah yang dikejarkan pada bulan mulia itu, tetapi kesinambungannya adalah berterusan pada bulan Syawwal pula. Puasa enam atau puasa sunat selepas Ramadhan adalah puasa yang disambut selama enam hari pada bulan Syawwal. Hukumnnya adalah sunat muakkad yang dianjurkan, ianya bukanlah wajib. Namun, fadhilat dan kelebihan mengerjakan puasa enam ini adalah sangat besar dan istimewa. Terdapat 4 kelebihannya iaitu : Pertama : Ganjaran Pahala Berpuasa Setahun Jika puasa di bulan Ramadan, Rasulullah Sallallaahu 'alaihi wasallam menjanjikan pengampunan dosa yang lampau, maka dengan melengkapkan puasa enam hari dalam bulan Syawwal pahalanya sama seperti berpuasa setahun. Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub radhiallaahu anhu bahawa Rasulullah Sallallaahu 'alaihi wasallam bersabda maksudnya : “Barangsiapa berpua...
- Get link
- X
- Other Apps
*PKP 70, RAMADHAN 1441 H in memory* - AIDIL FITRI YANG FITRAH. Assalamu’alaikum semua. A very Good Morning.. Sesungguhnya memang benar, raya puasa tahun ini hanya ada satu hari sahaja. Allah lah yang membenarkanya dengan segala susunan hebat Nya, renungkan! Apatah lagi, laporan terkini 25 Mei ada menunjukkan ada peningkatan pada kes baru: *Ringkasan Kes COVID-19 pada 25 MEI 2020* [Kes baharu dilaporkan: 172 (Terdapat 5 kes import). Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 7,417. Jumlah kes aktif: 1,323, Kes sembuh: 34. Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,979, Jumlah keseluruhan kes di ICU: 8 (Seramai 4 orang memerlu kan bantuan pernafasan) Kematian: 0, keseluruhan kematian: 115] #Sumber:KKM In shaa Allah, berkat dengan ada nya kesinambungan ibadah kita dari bulan Ramadhan sehingga ke bulan Syawal, corona virus bakal menjauhi kita semua. Kalau ada pun yang melekat secara takdirnya, ianya akan terkikis dari kulit kulit kita oleh setiap doa dan ayat ayat Al quran y...
- Get link
- X
- Other Apps
*PKP 69, hari 2 Ramadhan di tinggalkan* - DIARI HARI RAYA AIDIL FITRI. Jejak Jejak Ramadhan... Assalamu’alaikum... Alhamdulillah. Hari Raya tetap meriah. Walau melawat bersyarat, hanya bertemu di video call atau bertandang hanya untuk bertemu mata. Itulah antara cara meraikan raya puasa kali ini tetapi itu semua sedikit pun tidak mencacatkan kemeriahannya. Aidil Fitri tetap di sambut meriah. SYABAS Malah, saya sendiri seawal pagi, kami anak beranak masih lagi bersemangat, bangun seawalnya meneruskan acara acara dinihari, apalagi awal pagi Aidil fitri. Selesai solat solat sunat aidilfitri, selaku ketua keluarga, menyampaikan khutbah, mengingatkan semula zaman di Rolla, menyampaikan khutbah jumaat. Selesai berhari raya sesama kami, seperti yang telah diuruskan anak anak, sibuk pula merakamkan video untuk tujuan ucapan hari raya pd sanak saudara. Selepas itu barulah, di ada kan beberapa Video Call pada sanak saudara. Jam 12 tengahari, kami dikejut kan dengan ziarah raya style...
- Get link
- X
- Other Apps
*Rahsia Umur...* Bahagian 2....Umur 40. Assalamu'alaikum... Selamat pagi jumaat..penghulu segala hari. Di hadirkanNya lagi buat kita semua menikmati keindahan hidup selaku 'manusia', terlebih nikmat bila islam di jadikan "way of life". Bersyukur sangat.. atas izinNya, sehingga sekarang keinginan utk kekal dgn agamanya nabi muhamad dan ayahanda nabi ibrahim sentiasa membuak2. Makanya...sama2lah kita niatkan perjalanan hidup hari ini adalah hendak mengikuti perintah Allah. *sharing is caring...* Sambungan nota kuliah " Rahsia Umur.."... Pesan Ustaz; hal umur ni, bukan perkara remeh, sebab itulah kena ambil perhatian serius. Kita kena beri tumpuan khusus jika sudah di panjangkan hingga umur 40 dan 60 tahun. *Umur 40* Umur 40 tahun adalah peringkat umur amat matang, dah tahu dan faham fakta2 kehidupan. Boleh berfikir dan bertindak secara rasional. Umur ini adalah seperti umur 'tanda aras/kayu pengukur' bagi menentukan nasib seseor...
- Get link
- X
- Other Apps
*1 Syawal PkP 68* *SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI*- Bertakbirlah untuk Kemenangan dan Roh Aidil Fitri. Patuhi SOP. Assalamu’alaikum... Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat Datang Syawal.. Biar masih berduka dengan pemergian Ramadhan tapi kita kena bersuka ria kerana kemenangan kita mentaati perintah Allah. Sempena PkP ini, kita masih boleh teruskan apa yang di amalkan sepanjang bulan Ramadhan dlm PKP. Moga terus meraih barokah Allah. Semalam seusai solat maghrib berjemaah, kami anak beranak bertakbir raya. Pada awalnya, takbir raya lebih pada pujian pada Allah dan perasaan tenang kerana memuji Allah tetapi bila saja masuk ke takbir di bahagian: •wa a’azza jundahu “dan yg memuliakan tentera tenteraNya (Muslimin)” •wahazamal ahzaaba wahdah - “Dgn mengalah kan tentera Ahzab dengan keesaanNya” Mata terus saja berkaca... Ketika cuaca di musim sejuk dan dlm keadaan makanan makin berkurangan. Tidak dapat nak dibayangkan saat tentera muslim yang sedang berjuang di perang ...
- Get link
- X
- Other Apps
*29 Ramadhan, PKP 66* Hari Mencerap Anak Bulan. Selamat Jalan Ramadhan😭 Assalamu’alaikum.. Salam jumaat. Semoga barokah hari jumaat akan di rasai tempiasnya oleh semua umat Islam seluruh dunia apa lagi di hari jumaat terakhir di Ramadhan kali ini. Petang ini anak bulan akan di cerap di kaki langit untuk menentukan samaada bulan syawal di sambut esok atau lusa. Ertinya, Edul Fitri akan di sambut pada hari sabtu atau Ahad. Inilah yang telah dilakukan oleh Nabi Saw dan para sahabat juga para khalifah arrasyidin serta juga ulama salaf. “Berpuasalah setelah melihat anak bulan dan berbukalah ( berhari raya) setelah melihat anak bulan, kalau bulan di lindungi awan, maka sempurnakan lah (bulan yang terdahulu) 30 hari” (At Tirmizi) Kerana itulah petang ini anak bulan akan tetap di cerap. Ketika zaman Nabi saw, kekerapan berpuasa 29 hari lebih banyak berbanding 30 hari. Ini berdasarkan Ibnu Mas’ud: Kami berpuasa bersama sama Nabi 29 hari lebih banyak berbanding 30 hari. (Abi Daud) ...
- Get link
- X
- Other Apps
*Ramadhan 28, Pkp 64* •RAMADHAN BELUM BER LALU LAGI GUYS!, malam 29 dan malam Raya masih berbaki. Assalamu’alaikum... Tinggal malam nanti dan malam esok saja lagi utk kita melepaskan Ramadhan di dalam PKP buat pertama kalinya pergi.. Tiadalah Ramadhan yang terbaik sebaik ini, meskipun masjid masjid di tutup rapat. Sekurang2 nya untuk saya sekeluarga. Dan saya rasa ramai yang bersetuju. Nak nak ketika menyambut 10 malam terakhir ini, luar biasa rasanya perhimpunan kami sekeluarga mengerjakan takat mampu kami diketika dinihati. Terimakasih Allah kerana memilih kami dan sahabat2 lain dan ahli mereka menjadi ahli ahli pemburu Al Qadr walaupun kami sebenarnya tak layak. Kini sudah ramai yang mula berbicara nada sendu pergi nya si Ramadhan sehari dua lagi. Oppps, tunggu dulu. Jangan mainkan “lagu” sendu pergi si Ramadhan lagi. Masih ada berbaki 2 hari - 29 dan 30. Jangan terjebak dgn sendu perpisahan sehingga kita seolah olah beransur tinggal kan amalan amalan ibadah. Apa lag...
- Get link
- X
- Other Apps
*Ramadhan 27* *Pkp hari ke 64* •Rasailah Malam dan Hari Ke 27 Ramadhan dan yang beberapa yang terakhir ini.. Assalamu’alaikum... Hal ini seperti juga akan hal nya hari wuquf di padang Arafah. Cuma bezanya saat mula kita berwukuf, hari nya dan tempatnya telah pun di tetapkan oleh syara’. Yang pasti ia akan ada setahun sekali. Dan Lailatul Qadr pula tidak ketahuan oleh kita bila masa dan saatnya yang tepat, ianya berlaku tapi ia tidak mengira tempat. Tapi betapa kasih dan sayang nya Allah - Ar Rahim, hingga menyediakan saat, masa dan tempat untuk muslim yang mukmin mengangkat martabat masing masing, pada yang berjaya khusuk pada saat saat itu. Moga moga saat saat ini akan membantu kita untuk mengebali diri kita sendiri, hingga mampu mengenali Allah. Kalau Wukuf menyaksikan sekumpulan lautan manusia berhimpun di kawasan lapang mengharapkan keampunan Allah dengan berdoa, berzikir beribadah. Mereka yang sudah pun berpengalaman akan hal ini tahu saat itu, tak henti henti jemaa...
- Get link
- X
- Other Apps
*25 Ramadhan, PKP 62* *Kaedah Imam Ghazali* Assalamu’alaikum... Tak boleh nak dipisahkan dari bercerita tentang malam malam ganjil bila 10 hari terakhir tiba. Kalau buat tak tahu pun, tetap akan datang juga perkara ini. Dan lebih terasa lagi, bila sedar bahawa belum pasti tahun depan akan jumpa lagi dengan hari hari keramat ini. Maka, kalau ada yang tak peduli atau tak nak ambil pot pasal ini, mohon maaf lah pada diri sendiri. Tak terkecuali malam tadi dan hari ini, 25 Ramadhan, antara malam malam yang terindah di Ramadhan ini, kalau sudah terlepas tanpa beribadah dan berdoa minta keampunan dosa dosa dulu kini dan yang akan datang kepada pencipta, usahalah siang hari ini kerana masih tetap dalam 25 Ramadhan hingga azan maghrib nanti. Masih ada dhuha, solat wajib dan sunat untuk di tunaikan, yang penting jangan GIVE UP dengan Allah. Malah, malam 27, 29 pun masih ada. Malam raya lagi lah HEBAT! Ya lah, almaklumlah tidak ada siapa dikalangan kita yang mampu berkata "saya be...
- Get link
- X
- Other Apps
Nabi Muhammad adalah Multi-Billionaire Ramai Ustaz selalu memberikan ajaran yang ternyata bercanggah dengan Sejarah dan Fakta bahawa Nabi Muhammad seorang manusia yang miskin. Saya tidak mengerti sebab kenapa mereka perlu mengatakan sebegitu. Seperti biasa, saya masih ingat Pesanan Ustaz Mohd Zain, "Bryan (nama saya sebelum memeluk Islam), ingat setiap kali ada benda tidak faham, jangan sesekali lihat apa orang Islam itu cakap atau buat, tetapi kembali rujuk pada Quran dan Hadis". Prinsip ini saya pegang dan Alhamdulillah... Ternyata selepas bacaan Sirah Nabi, Nabi Muhammad terbukti sebagai seorang Multi-Billionaire yang luar biasa: 1. Nabi Muhammad mengahwini Siti Khatijah dengan mas kahwin 20 ekor unta baka terbaik dan 12 uqiyah emas tulen. Dengan kata lain, sebelum Nabi Muhammad diangkat jadi Rasul sudah superb kaya. Unta adalah kenderaan pada zaman Rasulullah, jadi, 20 Ekor Unta terbaik kalau letak di zaman sekarang adalah seperti 20 kereta terbaik. Apakah kereta ...
- Get link
- X
- Other Apps
*24 Ramadhan, PKP 61* Roh Al Qadr - secara Peribadi. Antara Tanda Malam Al QADR. Assalamu’alaikum.. Yang di rahmati Allah semua para saudara mara sahabat sahabiah sekalian... “Sesungguhnya Kami menurunkan AlQur’an pada malam Lailatul Qadar, tahu kah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pd malam itu turunlah melaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (membawa) segala urusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar.” (AlQadar : 1- 5) Pada tahun 2017, saya ada menulis di ruang FB tentang usaha usaha saya memburu lailatul Qadar. Salah satu dari komen yang saya terima adalah - “Lailatul Qdar bukan untuk orang yg seperti kita”. Saya tidak pun menyanggah kata kata nya tapi saya teruskan usaha saya pada tahun itu dan tahun selepasnya hingga tahun ini. Pada hemat saya, untuk tentukan siapa yang layak bertemu malam al Qadr, tiada siapapun boleh melayakkan sesiapa pun. Apatah lagi dengan penentuan malam ganjil dan malam ...
- Get link
- X
- Other Apps
*Ramadhan 22, PKP59* Perihal furu'iyah: BA'DIYAH DULU ATAU TERAWIH? Assalamu’alaikum. Salam jumaat. Alhamdulillah. Dah sampai ke hari ini kita semua. Di luar sana macam macam hal sedang hangat diperkata kan - Ebit Liew di Kelantan, SOP solat jumaat di komen oleh non muslim, dan juga tentang mana yang kena “perform” dulu ba’diyyah isya’ atau solat terawikh. Mudah2an kehadiran pelbagai isu ini, akan menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia yang semakin matang dalam memenangi sesuatu isu. Terutama selepas kita berjaya membuktikan pada dunia, kita mampu menjadi bangsa yang ada tamadun dan dispilin yang terbaik ketika berlawan dengan wabak corona virus. Dan lagi menjadikan kita di pandang tinggi adalah kepatuhan kita (as muslim) kepada arahan pemerintah berlandaskan fikrah agama Islam. Sesuai sangatlah dengan apa yang di ajar oleh Al Quran: Allah berfirman: فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآ...
- Get link
- X
- Other Apps
*Huruf dalam Alquran* Sejak 1200 tahun silam, ketika dunia blm mengenal KOMPUTER atau alat hitung sejenis, Maka IMAM SYAFI'I telah mampu mendata JUMLAH masing-masing HURUF dalam AL-QURĀN secara detail dan tepat IMAM SYAFI'I dalam kitab Majmu al-Ulum wa Mathli’u an Nujum dan dikutip oleh Imam ibn ‘Arabi dalam mukaddimah al-Futuhuat al-Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al Qur'an di susun sesuai dgn banyaknya : o ا Alif : 48740 huruf, o ل Lam : 33922 huruf, o م Mim : 28922 huruf, o ح Ha ’ : 26925 huruf, o ي Ya’ : 25717 huruf, o و Waw : 25506 huruf, o ن Nun : 17000 huruf, o لا Lam alif : 14707 huruf, o ب Ba ’ : 11420 huruf, o ث Tsa’ : 10480 huruf, o ف Fa’ : 9813 huruf, o ع ‘Ain : 9470 huruf, o ق Qaf : 8099 huruf, o ك Kaf : 8022 huruf, o د Dal : 5998 huruf, o س Sin : 5799 huruf, o ذ Dzal : 4934 huruf, o ه Ha : 4138 huruf, o ج Jim : 3322 huruf, o ص Shad : 2780 huruf, o ر Ra ’ : 2206 huruf, o ش Syin : 2115 huruf, o ض Dhadl : 1822 huruf, ...
- Get link
- X
- Other Apps
*Ramadhan21.PKP58* - 9 Hari Lagi Syawal, Hari Raya Sehari Sahaja. Assalamu’alaikum.. Hanya berbaki 9 hari saja lagi, sebelum hariraya yang bakal menempa hari ini dalam sejarah tamadun manusia moden. Berhari raya dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Balik kampung sudah tiada lagi. Kita tunggu adakah lagu yang satu satunya tiada perkataan Hari Raya dalam senikatanya nyanyian Arwah Sudirman akan diputar atau tidak. Open House sah tidak akan ada yang berani. “ Tidak ada open house. Perkara ini adalah terlarang dibawah Akta 342. Rumah terbuka tidak dibenarkan," Kata Pak Menteri Kanan (Keselamatan). Berhari raya pula hanya sehari. Memang lah Allah susun semua ini, mengikut fitrah azali hari raya puasa. Kalau kita rujuk pada takbir raya untuk raya aidilfitri... “Takbir hari raya aidulfitri bermula sejak maghrib malam 1 syawal sampai selesai solat sunat Eid” Ibn Abi Syaibah meriwayat kan bahwa Nabi saw keluar rumah menuju lapangan solat kemudian bertakbir hingga tiba di ...
- Get link
- X
- Other Apps
*Ramadhan.20,PKP.57* - Akhirnya: Diari 10 Hari Terakhir Ramadhan 1411 H. Assalamu’alaikum.. “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir Ramadan dlm malam ganjil.” - Muhammad Saw. Akhirnya, tiba lah malam 20, dan pagi ini adalah pagi 20 Ramadhan. Malam tadi, secara rasmi, bermulalah “pemburuan” kita semua, tanpa mengira siapa kita, yang pasti jangan putus asa. Biar apa yg hendak dikata, yang penting kita berusaha. Kita pun sedar diri, siapa kah kita nak ditemukan malam mulia ini tapi kita tidak pernah putus asa dengan rahmat Allah. Teruskanlah usaha usaha mencari saat malam al Qadr. Alhamdulillah. Dah dua pagi, kami sekeluarga sudah mula “panas”kan aktiviti iktikaf di rumah, dan dinihari tadi ada lah yang pertama dari 10 malam yang terakhir. Buat julung julung kalinya, saya bersama ahli ahli saya akan berusaha melakukanya bersama sama di sepuluh malam terakhir ini. Kalau tiada ada PKP, belum tentu kami dapat beribadah sama sama seperti ini. Sudah lah selesa dengan ma...