Posts

Showing posts from December, 2020

WA3

 Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi. Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria seperti biasa....... . Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah: . Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN. . Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari..... . Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu. . Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dengan kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu....

WA2

 Sayyidah Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ bahwa dia ingin seperti wanita wanita lain yang berhias dengan barang kemas. Lalu Rasulullah ﷺ membawa Sayyidah Fatimah ke satu perigi dan menimba ke dalam perigi tersebut. Setelah di angkat naik timba tersebut maka kelihatanlah barang-barang perhiasan emas di dalam timba tersebut. Sabda Rasulullah ﷺ "Ambillah Fatimah!" Oleh kerana teringin berhias seperti wanita yang lainnya, Sayyidah Fatimah pun mengambil. Tapi cuma SATU saja. Diambilnya pun dalam keadaan malu malu. Kalau kitalah di offer begitu, bagaimana? Pastinya kita akan terbeliak mata dan mengambil kesemuanya malah mungkin kita suruh di timba lagi akan emas tersebut. Rasulullah ﷺ kemudian bertanya kepada Fatimah, "Cukupkah Fatimah?" "Cukup Ya Rasulullah." Ujar Fatimah. Kemudian Rasulullah berkata pada Fatimah, ketahuilah oleh mu wahai anakku Fatimah, walaupun kamu mengambil hanya satu emas itu, ia sudah mengurangkan kebahagiaan dan kelazatan kamu...

WA#1

 *Kisah Loobaanggg* Hanya kerana satu lubang, ada tahanan yang lolos lompat pagar. Hanya kerana satu lubang, ada yang kakitangan bawahan yang mampu pakai kereta mewah. Hanya kerana satu lubang, sudah puluhan tahun daging haram dihalalkan. Kerja dan bisnes lebih mudah jika ada lubang. Namun, satu hari nanti kita juga akan dimasukkan ke dalam lubang dan dikambus. Ketika itu permohonan maaf akibat lalai terjatuh ke dalam lubang tidak berguna lagi. Kerana orang mukmin tak akan masuk ke dalam lubang yang sama buat kedua kalinya.

PKP287

 *Pkp287* - HORMATI YANG TUA SAYANGI YANG MUDA Assalamu’alaikum.... Berlalu pantas masa, audah 20 tahun berlalu berada dalam alaf 21, the new millennium yang telah bermula sejak 1 Januari 2000. Hari jumaat nanti akan memasuki tahun 2021. Dunia semakin tua, kita juga semakin tua. Kita selaku khalifah di muka bumi ini telahpun melalui berbagai ujian dan peringatan dari Allah. Dan sehingga hari ini pun kita masih dalam ujian - Isu Covid belum reda.  Peringatan Allah SWT sepatut  nya membuatkan kita kembali kukuhkan diri dengan pengisian iman dan takwa. Sebaliknya pula berlaku, Sikap ‘mendewakan’ dunia dan melupakan kehidupan akhirat semakin menonjol dalam diri kebanyakan manusia moden hari ini. Sepertinya kehadiran manusia di muka bumi ini adalah hanya untuk mengaut apa saja  nikmat tanpa memikirkan satu masa nanti manusia akan beralih ke alam lain. Kejadian kepada umat sebelum kita sepatutnya dijadikan iktibar. Betapa mereka dihukum atas sebab derhaka nyamereka pada ap...

PKP286

 *Pkp286* •TANDA ALLAH SWT AKAN MEMBERI KEBAIKAN  Assalamu’alaikum  Mubarak’alaikum berjamaah subuh... Selamat melepasi seminggu yang berlalu. Hari ini tiba lagi sebuah isnin yang bakal menjadi sebuah hari lagi yang kita akan melihat gelagat kita di tayangan akhirat nanti. Semoga kita selalu berfikir untuk melakonkan watak kita sebaik mungkin.  Dalam pkp masih berkuatkuasa dan COVID-19 masih berleluasa, seminggu lalu banyak cerita pasal Covid disana sini, saya pula masih sibukkan diri dengan kerja dan beriadhah bersama amalan wajib dan sunat dalam beribadah. Semoga momentum ini kekal sambil sabar menunggu saat rumah Allah dibuka untuk di hadiri. Sedarlah betapa Maha Kuasanya Allah menciptakan sesuatu yang melekat di tubuh kita baik sekecil apa pun tidak akan sia sia. “Dan (juga) pada dirimu sendiri (terdapat ayat kebesaran Allah). Maka apakah kamu tidak perhati kan?” (AdzDzariyat :21) Fahami dan nikmati  kebesaran Allah yang ada pada tubuh kita. Pada masa yang s...

PKP285

 *Pkp285* - SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DUA SRIKANDI KAMI DAN SELURUH AHLI NCS. #Masa untuk muhasabah Assalamu’alaikum... Sehari selepas hari perayaan Krismas sudah menjadi satu kebiasaan buat kami seramai 13 orang berkumpul menyambut apa yang kami jadikan sebagai Mega Birthday. Ini adalah kerana setiap bulan sepanjang Januari hingga November saban tahun tiada sambutan hari lahir di rai kan. Tarikh 26 Disember menjadi tarikh kami bersama meraikan kerana dua wanita tonggak dalam keluarga kami dilahirkan pada tarikh itu. Kali ini kami memilih untuk meraikannya di Garden Residence Mid Valley. Alhamdulillah. Semuanya berlangsung lancar, masing masing menerima hadiah masing masing. Tambah lagi, sempat kami mengadakan usrah mentaddbur ayat ayat al quran dari ayat 153 hingga 160. Moga ada sesuatu yang baik buat kami dari Allah swt atas usaha kami yang tak seberapa ini.  Usrah ditutup dengan program OPEN MIC, semua ahli yang ada berkongsi ilmu yang mereka ada. Semoga bermanafaat. Pagi ni...

PKP284

 *Pkp284* - Pagi Sabtu -  Assalamu’alaikum... Setiap hari merupakan waktu baik yang Allah ciptakan untuk manusia. Namun dari hari yang ada dalam satu minggu, Allah menjadikan beberapa hari istimewa bagi makhluk Nya. Salah satu nama hari yang ada dalam Alquran ialah hari Sabtu.  Tidak semua hari disebutkan dalam Alquran. Dalam Alquran, hari Sabtu disebutkan sebagai hari ibadahnya Bani Israel atau Yahudi. Ada beberapa peristiwa besar pada hari ini. Antaranya, kaum Yahudi dikutuk menjadi kera saat meninggalkan hari ibadah mereka untuk ke laut. Rujuk surah An Nisa ayat 47. Semalam Jumaat berlalu penuh kepenatan disebalik usaha usaha berukhuwah bersama sahabat dari Utara dan teman kpp. Sepatutnya hari ini kena jadi “Hari” yang bermakna untuk istirahat.  Dari sekeping nota, Asal usul kata Sabtu berangkat dari kata "'Subata', yang bermakna rehat, santai, istirahat, atau tidur. Kata ini ada dalam surah An Naba ayat 9 yang berbunyi "waja'alna naumakum subata". Yang be...

PKP283

 *Pkp283* - KISAH SUJUD DI GREEN PAR 3 NILAI SPRING & PERKARA BUAT HATI JADI LALAI Assalamualaikum.  Jumaat kembali lagi. Panjatkan sebanyak banyak doa untuk diri, untuk Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, orang tua kita dan untuk sesiapa yang kita mahu doakan. Indeed, Jumaat adalah hari yang bermakna.  Walaupun di Selangor, lelaki muslim belum dibenarkan  menunaikan solat Jumaat seperti biasa, usah kita bazirkan Jumaat yang kita miliki hari ini dengan perkara yang memudaratkan. Sama samalah kita isi dengan kebersihan hati dan kecantikan akhlak Saya doakan moga Allah SWT memakbulkan segala impian kita dan merahmati kita semua. Amin. Semalam saya bersama teman teman dari Utara beriadhah di Nilai spring Golf Resort. Mereka semua ada kemudahan jamak dan qasar. Saya pula tiba di kelab agak lewat sehinggakan kena solat zohor selepas beriadhah beberapa hole sekitar jam 3. Selepas itu, Kami terus kan riadhah sehingga lah jam 630 ketika masih berbaki dua Hole, di pa...

PKP282

 *Pkp282* - *RENUNGAN PAGI RENTETAN SEMALAM * Assalamualaikum, Selamat Pagi Khamis.  Just another Thursday. Hari ini adalah hari yang baik, jika kita memandangnya dengan baik. Tetapi bidup akan terasa berat bagi yang selalu mengeluh dan yang lupa untuk bersyukur. “Ya Allah, rahmatilah kami dengan kesihatan yang baik. Permudahkanlah urusan kami. Murahkanlah rezeki serta berikanlah kedamaian dalam kehidupan ini. Aamiin” Dalam kekalutan Covid-19 yang seolah olah mendekati diri saya, apa tidaknya ada tiga situasi - di pejabat: ada ahli keluarga staff yang closed contact demgan Positif Covid, di kelab Giolf - ada Guest Player yang sah positif Covid-19 datang bermain di sana dan akhir sekali, ada pula dii kalangan saudara mara saya positif Covid, tiadalah apa yang dapat dibuat oleh kita selain dari teruskan SOP dan berdoa moga di hindari dari virus Covid.  Saat beginilah mula terasa yang amalan dan ibadah yang dilaku kan selaman ini amat penting. Semoga amalan yang soleh dan ib...

PKP281

 *Pkp281* - SEMUANYA HAK ALLAH DAN KERANA ALLAH. Assalamu’alaikum.. Salam Hari Rabu, sama sama kita berazam kurangi maksiat, sentiasa bertaubat dan ingatlah kiamat semakin dekat, Selamat hari Rabu ! Kaki yang dimulakan dengan berlutut berdoa di pagi hari, akan menjadi kaki yang kuat dan tidak tersadung untuk berjalan sepanjang hari. Dan indeed : Aku bukan orang baik. Hanya saja Allah menyayangiku dengan menutup aib aibku. Dalam bersemangat bekerja di hari rabu, kita masih “cautious” dangan COVID 19. Apatah lagi kalau kita dapat maklumat yang orang orang yang bertemu dan berjumpa ada closed contact dengan yang positif  COVID-19. Sama sama kita tidak berhenti berusaha elak diri, amalkan SOP dan juga teruskan berdoa kerna dua perkara semtiasa seiring - tawakkal dan usaha - diikuti doa.  “Ya Allah, kami berlindung kepada Mu dari penyakit kulit, gila, dan dari penyakit lain yang mengerikan dan dari covid 19” Tiada satupun hal di dunia ini yang berlangsung dan terjadi tanpa kua...

PKP280

 *Pkp280* - CARILAH BAHAGIA. TERAPI PAGI... Assalamu’alaikum... Bismillahirahmanirahim dan selamat pagi, salam sejahtera buat semua readers. Semoga  sihat sihat dan berbahagia selalu. Alhamdulillah. Hari ini kita bersyukur kerana bahagia. Seandainya esok ujian melanda, tetap bersyukur. Hati yang selalu bersyukur akan sentiasa dikurniakan rasa BAHAGIA. Bagaimana menjemput bahagia itu datang ke dalam kehidupan? Sering, kita tinggalkan segala nikmat nikmat kecil yang Allah kurniakan sehingga sebesar besar nikmat untuk disyukuri dan dihayati. Kita tercari cari bahagia, sehingga tak sempat nak merasa bagaimana kita bernafas. Bagaimana nafas yang percuma Allah berikan itu masuk ke dalam rongga hidung kita. Bayangkan ramai orang yang tidur semalam, dah tak bangun lagi hari ini. Mereka sudah hilang nikmat besar. Kita biasa bangun awal pagi bersiap siap keluar pergi kerja kan? Apa kata pagi ini, bangun awal pagi, semangat sebarkan bahagia, export the happiness, not import happiness. Ki...

PKP279

 *Pkp279* - Jauhkah kita dari Rahmat Allah. Saksikanlah... Assalamu’alaikum... Salam sejahtera di kedinginan pagi. Semoga kita semua telah di anugerahkan tidur yang nyenyak. Apatah lagi secara sainsnya, masa tidur, tubuh manusia melakukan suatu penyesuaian dengan cara menurunkan suhu agar tidur lebih nyenyak. Nah, menjelang waktu bangun tidur, suhu tubuh akan kembali naik dengan sendirinya. Proses kembalikan suhu tubuh pada tahap normal, tidak terjadi dalam waktu cepat. Ini salah satu penyebab kita semua mungkin masih merasa “dingin”  seawal bangun tidur. Walaupun cuaca tidak hujan atau suhu AC tidaklah rendah mana. Apa apa pun syukur kerana dibangkitkan lagi dengan ahli ahli keluarga masih ada di sekeliling. Moga peluang kali ini tidak kita sia siakan.  Semalam seminggu lagi telah berlalu, menunggu di hadapan adalah satu minggu baru, yang bakal menjadi penanda kepada sebuah tahun baru, 2020 masihi bakal tinggalkan kita. Sudah 20 tahun, 1999 meninggalkan kita.  Ertin...

PKP278

 *Pkp278* - Adillah Juga Pada Diri Sendiri. Barulah kita cuba pula berlaku adil pada orang lain. Kisah Speda Roda Tiga. Assalamu’alaikum... Dinihari semalam, Selamat tiba di Kluang, satu daerah yang tidak menutup masjid dan surau untuk solat berjemaah. Atas kesempatan yang ada, segera lah kami anak beranak solat subuh di Masjid Kluang walau waktu tidur baru cuma 2jam setengah. Terasa benar seronok dapat berdiri di belakang Imam muda Masjid Kluang. Macam macam rasa berlegar dijiwa mengecapi kekusyukkan bersolat ditempat yang paling disukai Allah swt.  Walaubagaimanapun seusai solat terus kembali kerumah mak mentua di jalan sejahtera kerana rasa mengantuk tidak dapat di tahan lagi. Syukurlah Allah beri peluang juga untuk sebelum subuh tetap berteleku berzikir wirid dan berdoa mohon apa yang perlu bukan apa yang mahu. Tidur terpaksa di masuk kan dalam agenda demi untuk tunaikan hak badan. Kita kena adil juga pada badan kita.. *Sudahkah kita adil pada diri kita sendiri?* Rasanya r...

PKP277

 *Pkp277* - Jika enta belum masuk ke Bandar Tun Hussein Onn, enta masih lagi di luar mukim. MUKIM & Sempadan. Assalamu’alaikum... Semalam berlalu dengan izin Nya, hidup dalam permusafiran. Paginya, memandu ke Hutan Melintang. Petangnya, selamat kembali ke Kajang. Malam nya memandu pula ke Kluang. Semuanya dalam nikmat Nya, yang jauh didekatkan dan yang lama masanya dipendekkan Nya walau sekadar perasaan tapi itu lah kehendakNya yang kita pun inginkan. Segala kemudahan solat di guna pakai, asar di gabung ke zohor, maghrib digabungkan bersama isya” selepas tidak singgah di “kampung btho” sekembali dari Bagan Datuk petangnya. Seusai sore, baru lah masuk ke mukim. Maka, tamatlah status musafir, sebelum bersambung malamnya menjejaki ahli keluarga yang sudah mendahului ke kluang.  Pada awalnya dulu, pengertian mukim dalam bab sempadan mukim untuk jamak dan qasar banyak juga di salahertikan. Hinggalah saya merujuk kepada Ustaz Nazri yang berkata : jika enta belum masuk ke bandar ...

PKP276

 [Pkp276] ~ Kita Rindu Masjid, Masjid pun rindukan kita. Hayati kelebihan Being “Kaki Masjid”. Assalamu’alaikum... Selamat datang ke hari jumaat. Terharu, sore semalam, selepas tunaikan jemputan  beriadhah “9 hole” bersama Club Champion, mula sekitar jam 5 petang. Saya  diberikan kesempatan olehNya untuk berjemaah maghrib di salah sebuah surau berdekatan dengan IGC seusainya riadhah. Menitis airmata seketika berdoa selepas tunaikan solat maghrib berjemaah bersama seramai 20 jemaah yang lain. Terasa benar lain, terasa jiwa terisi sesuatu. Semoga ada peluang untuk begini lagi nanti.  Biarpun masih dalam PkP dan segala SoP masih berkuatkuasa di Selangor sehinggakan solat berjemaah di masjid masjid surau masih di bekukan, tapi pagi ini, itu tidak menghalang saya untuk menggali kehebatan jadi “kaki Masjid”.  Jika ada diantara kita yang pernah jadi “kaki” pelbagai aktiviti yang negatif, apakah ubat untuk mengubah keadaan itu? Saya yakin jawapannya ada lah : “Jadilah K...

PKP#275

 *Pkp275* - *MOTIVASI PAGI UNTUK DIRI. Biarkan semalam berlalu...* Assalamu’alaikum... Setiap hari, pagi memberi  semangat kepada segenap penghuni dunia.. Allah dengan segenap cinta, kasih dan sayangNya menciptakan keadaan yang sejuk di pagi hari.  Maka tak salah setiap pagi kita bersemangat dengan cinta, dan kasih sayangNya yang tidak terkira itu sehingga kita semua berusaha, berkejar kejaran meraih redha Nya. "Kami telah berada dalam subuh   dan jadilah segala kekuasaan kepunyaan Allah, demikian juga kebesaran dan keagungan, penciptaan makhluk, segala urusan, malam dan siang dan segala yang terjadi pada kedua nya semuanya kepunyaan Allah Ta’ala. Ya Allah, jadikanlah permulaan hari ini suatu kebaikan dan pertengahannya suatu kemenangan dan penghabisannya suatu kejayaan, wahai Tuhan yang paling Penyayang dari segala penyayang." Aaaminn... Semoga apa yang dilakukan akan membawa pada kebaikan.  Semalam berlalu biarlah ianya berlalu. Masa lalu sudah menjadi se...
 Syurga *lelaki*  pada perempuan iaitu *IBU* Syurga *perempuan*  pada lelaki iaitu *suami.* Sehebat-hebat *suami*  kena patuh pada *ibu.* Sehebat-hebat *ibu*  kena patuh pada *suami.* Masa *hidup*  anak perlukan *doa ibu bapa.*       Masa *mati*  ibu bapa perlukan *doa anak.* Di *dunia*  nasab itu pada *lelaki.* Di *akhirat*  nasab itu pada *perempuan.* *Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlu orang lain* untuk *kebumikan jenazahnya.* *Setinggi-tinggi ilmu*  yang manusia ada.  Dia tetap perlu *belajar*  daripada seorang *guru.* Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara.  Pasti yang dirindu adalah *keluarga.* Walau *sekaya* mana pun seorang manusia.  Dia tetap perlu untuk *berurusan* dengan *orang lain...* Seorang *General Manager* tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa *general worker.* Seorang *raja* tidak berkuasa  tanpa ada *rakyat jelata.*  Inilah manusia... ...
 Assalamualaikum.... PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Zikir Dibaca Pagi dan Petang Menjauhkan Kecelakaan Daripada Aban bin Utsman ia berkata; saya mendengar Utsman bin 'Affan RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang hari mengucapkan; بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ  BISMILLAAHILLADZII LAA YADHURRU MA'AS MIHI SYAI UN FIL ARDHI WA LAA FIS SAMAAI WA HUWAS SAMII'UL 'ALIIM (Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang boleh memudaratkan di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui) sebanyak tiga kali melainkan ia tidak akan diganggu oleh sesuatupun." (Sunan Tirmidzi No: 3310) Status: Hadis Hasan Sahih.

PKP274

 *Pkp274* - *...MENGELAK SEKSA KUBUR DISEBABKAN AIR KENCING?* Assalamu’alaikum... Salam pagi semoga kita selamat dari perkara perkara yang tidak kita ingini dan dari ujian berat sehingga kita kufur tanpa disedari. Terasa benar minda, jiwa dan hati semakin gersang dengan ilmu ilmu. Walaupun ada berbagai media untuk di raih ilmu melaluinya tapi keberkatan semacam tidak sama dengan jika kita bersimpuh di majlis ilmu atau daurah daurah. Sama sama lah kita mencari keberkatan ini disebalik PKP yang semakin lama makin menjejaki ke angka 300 hari. Semua berlalu bagai debu ditiup bayu diatas tunggul kayu. Tanpa kesan.  Sore Semalam sesuai riadah di IGC, ada rasa untuk berjemaah di surau berdekatan tapi tidak sempat juga, apatah lagi bila terfikir taharah diri dan pakaian yang terasa meragukan. Teringat pula pada sebuah hadis: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, Muhammad bin Hazm berkata, telah menceritakan kepada kami Al A’masy dari Mujahid dan Thawus dari ...

PKP273

 *Pkp273* [ Adab dalam bekerja, membawa pada gaji berkat Assalamu’alaikum warahmatullahi  semua.. Bertemu lagi kita pagi ini. Bertemu lagi kita dengan pagi seawal pagi ini. Kalau subuh dikira dengan hadirnya fajar sadiq, malam pula dikira dengan hadirnya waktu maghrib. Dalam perkiraan islam, waktu malam dikira berakhir bila berakhirnya waktu isya’.  Semoga kita dapat gunakan masa malam dengan berehat sepenuhnya. Semoga tisu tisu badan yang dah koyak akan pulih semula. Pengalaman saya, tubuh bila kurang istirahat akan merasa lelah, kurang dari segi produktivit, level stres yang meningkat, akhirnya akan jadi depress.  Saya pernah terbaca waktu berehat yang cukup penting adalah antara jam 11 hingga jam 3, kerana pada waktu itu badan membuang segala toksid yang ada.  Sebuah penelitian ada sebut that kalau bangun pagi akan bantu kita merasa lebih positif dan jadi proaktif. Tubuh segar pastinya akan menjadikan kita lebih semangat bekerja, kan? Pagi ini saya sertakan s...

PKP272

 [Pkp272 ] - Kaburo maqtan. Fastabiqul khaerat... Assalamu’alaikum  Salam pagi seawal pagi buat semua. Syukur yang tidak berbelah bahagi pada Nya yang tidak pernah tidak memberikan nikmat pada makhluk Nya.  Dan saya masih diberi nikmat kekuatan untuk terus menerus berkarya disini, walaupun ada yang membenci, meluat tapi saya tahu ada yang sukakan picisan ini. Namun, hakikat sebenarnya disini tempat saya mencari jatidiri saya yang saya tahu sentiasa berdosa. Saya ini jauh dari sempurna, kekadang ada yang melatah berkata, nak akan jalan agama tapi perangai tak serupa bikin. Apa apa pun saya tetap saya, pada saya, saya kena sentiasa compose bersama islam walaupun diluar sana fitnah akhir zaman merata rata. Ada masa nya hanyut dengan fitnah tapi sekadar untuk berkawan bersahabat dengan alam dan makhluk. Kerana itu waktu dinihari sangat dinanti untuk istiqamah mohon restu Illahi. Saya sentiasa damba kan saat saat ini kerana saya tahu saya tak akan mampu bertahan tanpa dosa wal...

PKP271

 [Pkp271] Tiada Kebetulan dalam kehidupan. Susulan Kemalangan di simpang UPM selepas makan malam di Gerume Good Place, Evo Malll Bangi.... Assalamu’alaikum...  Yang di rahmati Allah semua sahabat sahabiah semua, semoga dalam rahmat dan redha Allah swt. Semoga banyak amalan kita bermula awal pagi hari ini mengundang rahmat Allah SWT. Seperkara yang kita kena renungkan pagi ini adalah melazimi amal soleh setiap masa. Ini kerana kematian datang tanpa diduga, sebab itu kita tidak boleh mencampurkan amal soleh dan buruk sekali kerana dibimbangi kematian nanti datang dalam keadaan kita sedang lakukan perkara buruk. Sudah pasti setiap Muslim ada cita cita mahu meninggal dunia dalam khusnul khatimah. Barakallahufikum pada yang bangkit pagi ini dengan satu keazaman untuk sentiasa istiqmah dengan amalan yang baik, jika berkata kata, kata kata penuh sopan. Jika menulis, tulis kandungan yang mendatangkan manfaat.  Semoga Allah merahmati kita hari ini dan hari seterusnya... Untuk saya...

SEDEKAH

 Sedekah yang diberikan secara zahir ada kelebihannya sekiranya ia dilakukan untuk menggalakkan orang lain untuk turut bersedekah. Al-Quran menyatakan bahawa semua sumbangan yang diberi untuk mencari keredhaan Allah SWT akan diberikan pahala sebagai ganjarannya dan diberikan keberkatan kepadanya. Digalakkan untuk bersedekah kepada orang-orang fakir yang berjuang untuk menegakkan agama Allah SWT. Ketahuilah bahawa keikhlasan dalam memberikan sumbangan itulah perkara paling penting yang akan dinilai oleh Allah SWT. Marilah kita memperbanyakkan amal dengan bersedekah pada hari Jumaat yang mulia ini. Semoga Allah SWT membalas kebaikan yang dilakukan dengan sebaik-baik ganjaran. [Kuliah Dhuha Jumaat, 11 Disember 2020]

PKP270

 [Pkp270]- HIDUP INI HANYA SEBENTAR. Sharing is caring. Nota Surah Al Insan.  Assalamu’alaikum... Senang begitu saja melepaskan jumaat berllalu, walaupun teliti juga alkhafi 10 pertama dan 10 terakhir tapi jiwa tetap kosomg, minggu minggu kebelakangan ini masjid masjid di selamgor  masih sepi dari jemaah solat jumaat. Terasa janggal bila waktu zohor tiba, manusia masih sibuk dengan urusan dunia; sedangkan asa ayat alquran menyebut   “Wahai orang orang yang beriman! bila dikumandang kan seruan mengerjakan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah, tinggalkanlah jual beli; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. Kemudian setelah selesai solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak banyak supaya kamu berjaya.” (Surah al Jum’ah, ayat 9) Terasa benar kehilangan akan satu kenikmatan bila berada di hari Jumaat. Apatah lagi, seusai zohor, terus s...