Posts

Showing posts from June, 2021

WA 124 - MUTIARA DARI AL QURAAN

 MUTIARA DARI AL QURAAN  SURAH AL HADIID AYAT 20 Mafhumnya : KETAHUILAH, SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN DUNIA ITU HANYALAH PERMAINAN DAN SENDA GURAUAN, PERHIASAN DAN SALING BERBANGGA DIANTARA KAMU SERTA BERLUMBA DALAM MENAMBAH KEKAYAAN DAN ANAK KETURUNAN. SEPERTI HUJAN YANG MEMBUATKAN TANAMANNYA MEMBANGGAKAN PARA PETANI, KEMUDIAN IA MENJADI KERING DAN KAMU LIHAT WARNANYA MENJADI KUNING DAN KEMUDIAN MENJADI HANCUR. DI AKHIRAT NANTI ADA AZAB YANG KERAS DAN ADA JUGA KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH DAN KEREDHAANNYA, DAN KEHIDUPAN DUNIA TIDAK LAIN HANYALAH KESENANGAN YANG PALSU.  ************************** UNTUK meneruskan kehidupan di dunia ini memerlukan harta dan kekayaan. Untuk mendapatkan harta perlu berusaha untuk mendapatkannya. Islam mengajar Umatnya untuk menjadi orang yang rajin dan berusaha untuk menjadi kaya tetapi ada SOPnya yang wajib dipatuhi. Yang pertama dan utama ialah mencari kekayaan dengan cara yang halal. Di dalam usaha kasab mengumpulkan kekayaan tidak sehingga melalai...

Pkp.Year2.Day97

 [*Pkp.Year2.Day97*] •SALAM DHUHA, SYUKUR Allah atas satu kerehatan panjang, nikmat yang lama hilang. Jangan salahkan EURO 2020.  ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Khamis salam dhuha buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah dan rakan taulan. Jom solat dhuha jangan tangguh lagi... Sama sama kita mulakan sebuah lagi kehidupan di muka bumi Nya dengan ber’itikadkan segala apa yang ada adalah dalam kekuasaanNya. Buang rasa hebat dan ego. Malah, lembutkan hati untuk beribadah dan rasakan lah suatu kenikmatan dalam beribadah Sesungguhnya tidak ada pun satu pemberian Allah pada hambaNya di dunia yang paling berharga selain diizinkan Nya satu kekuatan untuk mendirikan solat walaupun hanya dua rakaat.  Inilah hikmah sebuah pagi untuk kita duduk bersama Allah.  Alhamdulillah. Masih berusaha kekal kan momentum hidup demi kerana Allah. Cuma agak gusar bila peluang berada di rumah All...

WA123 - Siapakah Kita Setela

 Siapakah Kita Setelah Bersara?  *KITA ADALAH MENTOL TERBAKAR*       Seorang ketua pegawai eksekutif kerajaan telah bersara dan berpindah dari kediaman rasminya ke kawasan perumahan di mana dia memiliki sebuah banglo. Dia menganggap dirinya hebat dan tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun. Walaupun ketika berjalan di taman setiap petang, dia tidak menghiraukan orang lain, malah memandang rendah pada mereka.       Suatu hari, seorang tua yang duduk di sebelahnya memulakan perbualan dan mereka sering bertemu selepas itu. Setiap kali perbualan mereka kebanyakannya bagaikan monolog dan pengarah yang telah bersara itu membincangkan topik kegemarannya tentang.. “Tidak ada sesiapa yang dapat membayangkan jawatan besar dan jawatan tinggi yang saya pegang sebelum bersara. Saya datang ke sini kerana terpaksa bersara mandatori ” dan seterusnya.  Orang tua yang menemaninya  mendengar dengan tenang.       Setelah berhari² berlalu ket...

Pkp.Year2.Day97 - BERBUAT BAIKLAH...

 [*Pkp.Year2.Day97*] •BERBUAT BAIKLAH PADA ORANG YG RAPAT DENGAN IBUBAPA KITA #REFLECTION SELESAINYA PERMIT IBU TIRI @JABATAN IMIGRESEN WISMA PKNS SHAH ALAM.  ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam RABU. buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan. Tiada lah rasa yang antara rasa yang seronok yang suka sangat adalah bila dapat memberi manafaat kepada orang lain. Apatah lagi yang menerima manafaat itu pula adalah orang yang pernah menjaga arwah ayah semasa hayat ayah di hujung usia. Terasa seolah olah seperti masih berbakti pada ayah kerana dia pasti gembira bila mengetahui permit isteri nya yang tergantung kelulusan hampir lapan bulan akibat PKP dek covid19. Semalam berkat doa tidak putus dan usaha bantuan dari semua ahli saya, permit ibu tiri saya selamat di tampal dilebaran passportnya. Alhamdulillah, semua urusan di Imigresen Selangor @ wisma PKNS di  Shah Alam dipermu...

Pk.pYear2.Day96 - sambungan...

 [*Pk.pYear2.Day96*] #sambungan : Pengertian Fitnah dan bentuk nya di akhir zaman. BHGN 2.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam pagi selasa. Seawal pagi begini, entah berapa ramai dari kita yang sanggup membebankan diri berfikir tentang nasib diri di akhir zaman. Apatah lagi dengan keperluan dunia yang hari ini semakin mendesak. Apa apa pun kita tidak boleh “syok sendiri” dengan sekadar ibadat khusus tanpa masuk ke dalam masyarakat zaman zaman begini. Teringat satu hadis:  “Mukmin yang masuk dalam masyarakat, sabar tanggung kesusahannya, lebih besar pahala dari mukmin yang tak  bergaul dengan manusia, dan tak sabar menanggung kejahatan mereka”  Walaupun begitu. Beringat lah di akhir zaman dengan media sosial, yang juga salah satu cara masuk ke dalam masyarakat, terutama dalam saat PkP, tika ruang bertemu amat terhad. Hanya media sosial untuk berbicara.  Di zaman canggih ini, media sosial ni macam senjata. Ada di tanga...

Pkp.Year2.Day95 -Nota kuliah online bersama Ustaz Abdul Mu’izz

 [*Pkp.Year2.Day95*] #Nota kuliah online bersama Ustaz Abdul Mu’izz : Pengertian Fitnah dan bentuk nya di akhir zaman. BHGN 1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam pagi isnin buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan. Ini hanya lah sehari lagi untuk kita di jadikan tempat sebagai  assabab kita selamat di hari “agama” suatu hari nanti.  Alhamdulillah. hari ke sehari berlalu menjejaki bulan demi bulan, memasuki tahun demi tahun, walaupun ada terpalit selut selut dosa dan nista sepanjang menelesuri masa itu tapi masih ada juga usaha membersih kotoran kotoran itu melalui segala amal yang wajib dan sunat. Syukur dan terima kasih Allah kerana tidak “membuta” kan kami tapi diberi kekuatan fikrah dan amal dari ilmu ilmu yang diceduk. Semoga tidak di tarik balik kelazatan dalam beribadah walaupun palitan dosa dan nista tidak pernah bersih dari kami. Apalagi dengan dunia y...

WA 122 - Lawak Org Pencen...

 *DALAM GURAUAN ADA PERINGATAN* Umur 12 tahun, masuk geng basikal.  Umur 25 tahun, masuk geng motor.  Umur 33 tahun, ada duit sikit join geng kereta pulak. Umur 40 tahun, dah stabil sikit join geng motor besar pulak.  Masuk 55 tahun, trend kembali berbasikal. Nak bagi jantung kuat tak nak tersumbat. Umur 60 kembali jalan kaki sbb kepala lutut dah tak kuat, skru dah loose.  Umur 70 masuk geng kerusi roda. SOLAN TERAKHIR DARI CUCU ATUK: Bila Atuk join geng masjid..??? KAWAN ARWAH ATUK TOLONG JAWAB: Last sekali masa dah jadi jenazah.. Yang sombongnya dia duk depan, imam duk belakang..

WQ121 - MUTIARA DARI AL QURAAN

 MUTIARA DARI AL QURAAN  SURAH AL FURQAAN AYAT 74 - 76 Mafhumnya : 74 - DAN ORANG YANG BERDOA, "YA TUHAN KAMI ANUGERAHKANLAH KEPADA KAMI PASANGAN KAMI DAN KETURUNAN KAMI SEBAGAI PENYEJUK HATI KAMI DAN JADIKANLAH KAMI PEMIMPIN BAGI ORANG YANG BERTAKWA". 75 - MEREKA ITU AKAN DIBERI BALASAN DENGAN TEMPAT YANG TINGGI DI DALAM SYURGA ATAS KESABARAN MEREKA DAN DI SANA MEREKA AKAN DISAMBUT DENGAN PENGHORMATAN DAN KESEJAHTERAAN.  76 - MEREKA KEKAL DI DALAMNYA. SYURGA ITU SEBAIK-BAIK TEMPAT KEDIAMAN.  **************************** SALAH satu sifat hamba Allah Yang Rahman, iaitu Yang Maha Pemurah, ialah mereka yang senantiasa berdoa kepada Allah dalam segala hal urusan hidup mereka. Di dalam hal urusan berumahtangga pun hendaklah menyerahkan diri kepada Allah dengan memohon untuk mendapatkan pasangan yang menyukakan hati  dan dikurniakan dengan zuriat yang menjadi penyejuk matahati. Apabila membesar menjadi orang yang bertakwa dan kelak menjadi pemimpin bagi orang yang ber...

Pkp.Year2.Day94 - Sharing is caring. Part2....

 [*Pkp.Year2.Day94*] #Sharing is caring. Part2. #Sambungan Nota kuliah online bersama Ustaz Najib Taha : Kelebihan Zikir/Zikir paling afdhol.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam pagi Ahad, buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.. Sama sama kita mencari sesuatu yang ilmiah seawal pagi hari percutian yang lagi dalam pergerakan dikawal. Tiada ada apa yang dapat kita laku kan, merungut, melontar pendapat tapi semuanya tetap dalam hak pemimpin untuk bertindak. Secara peribadi, elok dikenal pasti kawasan mana yang beri kontribusi tertinggi jumlah kesnya untuk di fokus tindakan pemulihan untuk  meredakan isu ini. Bukan pukul rata melarang semua dari beraktiviti kerana sudah terlalu ramai yang terkesan dengan Pkp ini.  Saya seawal pagi ini, tetap setia menggores cerita picisan, cukup untuk jadi khutubkhanah buat saya dalam mencari ilmu setiap hari, tidak banyak tapi ...

Pkp.Year2.Day93 - Nota kuliah online bersama Ustaz ..

 [*Pkp.Year2.Day93*] #Sharing is caring. #Nota kuliah online bersama Ustaz Najib Taha : Kelebihan Zikir/Zikir paling afdhol / Part 1. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam sabtu, moga hari ini Allah swt permudahkan segala urusan kita. Selamat bercuti dari kerja dari rumah buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah dan rakan taulan.. Mubarak’alaikum pada yang telah selamat meninggalkan hari mulia Jumaat dengan macam macam kerja kerja soleh. Pada yang melalui hari semalam dengan negatif, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah.  Alhamdulillah. Pagi semalam seusai subuh, dapat sekali lagi bersama anak dan isteri bersimpuh didepan tv yang disambung ke youtube surau al amin untuk kuliah online bersama ustaz Najib Taha. Sudah agak lama juga tidak bertallaqi dengan ustaz Najib. Yang penting, ada juga input mendidik hati. Moga ianya menjadi ilmu untuk di amal dan dikira sebagai usaha untuk dek...

Pkp.Year2.Day92 - Mubah Jadi Ibadah...

 [*Pkp.Year2.Day92*] •Mubah Jadi Ibadah •Vaksin pun boleh jadi ibadah.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Jumaat buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.. Kesan vaksin Second dose Vaksin Pfizer, amat terasa menyelinap masuk, bila pada malamnya selepas paginya di injek hingga saat menulis ini, ada rasa bisa bisa di setiap badan. Mungkin Sessi suaikenal setiap bahagian dalaman badan dengan virus, mengajar bagian badan saya melawan covid19 jika ada yang berjaya meresap masuk nanti. Hinggakan demam, sengal2 jari jemari, tangan dan anggota badan. Sistem pertahanan badan menjadi pening hingga pening kepala saya. Sukatan gula, blood pressure, heartbeat dan oksigen level di ambil, tapi semuanya bacaan normal. Mungkin saya ini di kira dalam kategori high risk disebab kan sakit jantung, sehinggakan effect vaksin menyerap very effective. Moga moga semuanya selamat dan ada kira ki...

Pkp.Year2.Day91 - Sejarah Penciptaan...

 [*Pkp.Year2.Day91*] •Nota Sejarah Penciptaan.  •Jadikan Yang Mubah sebagai Ibadah.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam khamis buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.. Alhamdulillah. Yesterday was just another Remarkable day. Done for 2nd Dose of Pfizer at Hukm by “Drive through”. Moga ini juga akan diterima sebagai satu ibadat. Salute to HUKM atas kejayaan team  menguruskan urusan vaksin secara “drive through”.  Puas hati bila setiap yang dilakukan di niatkan sebagai ibadah. Cuma yang risau bila ibadah yang wajib pula tidak membawa ketenangan. Tapi Untung jika menyedari awal keadaan itu. Inilah sebenar nya hikmah muhasabah diri agar kita selalu mencari jalan memperbaiki hubungan kita dengan Allah swt.  Memang adakala perasaan jauh dari Allah ada mengusik jiwa. Eloknya, cari penawar bersungguh sungguh ketika berpeluang menunai kan perintah Allah. Pa...

WA120 - Mutiara Dari Al-Quraan Surah Al-Mu'minun Ayat 14

 Mutiara Dari Al-Quraan Surah Al-Mu'minun Ayat 14 (mafhumnya)  MAHA SUCI ALLAH, SEBAIK-BAIK PENCIPTA. ************************** SUBHANALLAH.  Jika kita tinggal di kampung, kita lihat bahawa terdapat banyak tumbuhan yang keci-kecil yang tumbuh dan hidup meliar di tepi rumah kita. Ada yang tumbuh di tepi pangkal tiang rumah dan di tepi telaga ataupun di celah-celah rumput. Apabila kita melihatnya dari dekat kita dapati kebanyakannya mempunyai bunga yang cantik. Apabila kita rakam baru kita nampak bahawa ia sangat cantik. Kalau orang tidak pernah melihatnya tidak akan menyangka bahawa itu adalah hanya bunga dari pokok yang kecil-kecil yang tumbuh di celah-celah rumput.  Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta. Pada Ayat yang lain Allah ada berfirman bahawa Dia tidak menciptakan setiap sesuatu itu dengan sia-sia. Sekurang-nya ia dapat menjadi peringatan bagi kita. Dengan melihat bunga yang tumbuh di celah-celah rumput itu dapat mengingatkan kita kepada orang-orang yang ad...

Pkp.Year2.Day90 - Kiriman Untuk Ibu Ayah ...

 [*Pkp.Year2.Day90*] •”Kiriman Untuk Ibu Ayah Di Alam Barzakh”, Sandarkan pada hadis yang sahih.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat serta sahabiah dan rakan taulan.. “Ayah dan Ibu, ayah dan ibu, itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari”, ini antara bait bait lirik lagu dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang jelas mengingatkan kita  permulaan hidup setiap dari kita. Alhamdulillah. Lebih terasa damai bila malam tadi usai berjemaah maghrib, bukan bersandar mana mana hadis tapi yakin dengan janji satu sabda nabi saw, : “Sesiapa membaca satu huruf dari  alQuran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu  kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”, kami sekeluarga bersatu dengan ahli keluarga di JB, kluang...

Pkp.Year2.Day89 - EXPORTING HAPPINESS...

 [*Pkp.Year2.Day89*] •EXPORTING HAPPINESS NOT IMPORTING.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.. Agaknya dah sampai masa nya, kita semua keluar dari berasa panik dek wabak Covid 19 ini. Sebaliknya, kita luang kan masa seawal pagi ketika masih berembun lagi, turun ke sekitar perumahan beriadah. Semoga dapatlah juga mengendurkan emosi tegang ini, seterusnya kita lebih tenang berdepan PKP ini. Secara peribadinya, ini adalah aktiviti lain selain dari ibadah, zikir, baca Al Quran, yang telahpun menjadi rutin harian selama dalam PKP ini. Above all, jangan berhenti mengadu kepada Yang Maha Berkuasa. Banyak kajian menyokong kebaikan bangun awal pagi. Kalau baca kajian ini, orang yang suka bangun awal  am nya terbukti lebih sihat, lebih bahagia dan proaktif. Umat Islam lebih lebih lagi patut membudayakan ini, kerana ia sebahagian daripada sunnah N...

WA119 - MUTIARA DARI AL QURAAN SURAH AL BAQARAH AYAT 117

 MUTIARA DARI AL QURAAN  SURAH AL BAQARAH  AYAT 117 Mafhumnya : ALLAH PENCIPTA LANGIT DAN BUMI DAN APABILA DIA HENDAK MENCIPTAKAN SESUATU, DIA HANYA MENGATAKAN : 'KUN' (JADILAH), 'FAYAKUN' (MAKA JADILAH SESUATU ITU).   *********************************************** Di dalam ayat yang lain Allah perintahkan kepada kita supaya berjalanlah kamu di atas muka bumi ini dan lihatlah apa yang ada di sekeliling kamu. Kita dapat melihat segala keindahan dan keunikan serta kehebatan yang ada pada ciptaan Allah, semuanya membuat kita yang beriman akan mengucapkan SUBHANALLAH, MA SYA ALLAH, ALLAHU AKBAR. Terus kita ingat kepada Allah Yang Maha Pencipta.  Beruntung bagi orang yang mampu untuk bermusafir atau berholiday melihat keindahan alam ini. Di samping meluaskan pandangan dengan melawat tempat-tempat menarik dapat pula mengambil iktibar dari pandangan yang di lihat pada tempat-tempat peninggalan sejarah di mana Allah telah mengazabkan penduduknya dan Allah telah le...

WA118 - Allah Memanggil...

 ALLAH MEMANGGIL KITA HANYA 3 KALI SAJA SEUMUR HIDUP 1) Panggilan pertama adalah Azan. Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak cepat marah akan sikap kita. Kadang kita terlambat atau sengaja melewat2kan solat, bahkan tidak sholat sama sekali karana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'. 2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba2 Nya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran" . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam2. Yang tidak punya duit menjadi punya duit, yang tidak merencan...

Pkp.Year2.Day87 - Part 2: Kurnia Rabbani...

 [*Pkp.Year2.Day87*] •Part 2: Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani, Syeikh Abdul Qadir Jailani: Jangan Banyak Bicara Tanpa Beramal.  •Jom, Kira usia maksima kita hidup di muka bumi.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ahad yang hening ini, moga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan sentiasa dahulukan Allah dan utamakan Nabi dalam susun juzuk2 kehidupan, moga bila tiba saat hujung nyawa kita sepertinya disediakan walau kita tidak bersedia.  Semakin kita melepasi sebuah hari, beerti kita semakin dekat dengan mati. Logik akal sering di gunakan dalam menentukan corak kehidupan kita. Pagi ini, saya tiba tiba teringat kepada satu formula tidak rasmi yang pernah di kemukakan oleh Prof Kamil dalam salah satu  ceramahnya. Formula itu adalah cara mengira umur maksima yang boleh di capai dalam kehidupan seseorang berdasarkan pada usia ibu dan ayah kita. Katanya, ianya berda...

Pkp.Year2.Day88 - Part 3 (Akhir): Pesan

 [*Pkp.Year2.Day88*] •Part 3 (Akhir): Pesan Syeikh Abdul Qadir Jalani: Jangan Banyak Bicara Tanpa Beramal. Syarahan Tokku PG. Jom ceriakan pagi Isnin.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Di doakan moga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua berada dalam lindungan Allah. Selamat pagi Isnin.  Biasanya, sebelum adanya si covid 19 ni, bila tiba hari Isnin di negeri yang baru bermula kerja, ramai yang rasa bosan nak mulakan hari bekerja ini. Begitu juga pelajar. Maklum lah, dua hari sakan berehat tambah tambah lagi dalam Pkp begini. Inilah kesan bila seronok berehat di rumah. Sama sama kita jadikan hari Isnin tidaklah memboringkan sangat. Kita perlu bersedia secara mental dengan bangun seawal pagi hari isnin ini, dan dirikanlah solat subuh berjamaah bersama ahli di rumah kerana Masjid masih tutup untuk kita tunai kan berjemaah di rumah Nya. Cuba elak dari sesuatu yang boleh...

Pkp.Year2.Day86

 [*Pkp.Year2.Day86*] “Lagi dari Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani Penulis: Sidi Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani: Jangan Banyak Bicara Tanpa Beramal (m/s 105) Part 1 Sebarkan ilmu bermanfaat, semoga berpanjangan manfaatnya dan menjadi pahala yang terus kita peroleh walau selepas mati. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Di penjuru sebuah pagi yang serba hening ini, di doakan moga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua menjadikan solat, amalan, hidup dan mati kerana Allah Ta'ala. Taqabbal ya Rab. Dari Allah kita diciptakan dan kepada Nya jua akan dikembalikan dan diperhitung kan segala amalan di dunia. Bantulah kami yang dhoif wahai Yang Berkuasa memberi petunjuk dan hidayah jalan kebenaran makrifahMu. Mengemis cinta Agung dari Allah demi menagih cinta Hakiki dari Nya.. Semalam pagi Jumaat, seusai solat subuh, terpilih oleh Allah akan kami sekeluarga untuk bersimpuh lagi di ruang tamu ...

Pkp.Year2.Day85 - JANGAN SEKADAR...

 [*Pkp.Year2.Day85*] •JANGAN SEKADAR BERFALSAFAH TAPI TIDAK  BERAMAL. Monolog hasil Cetusan dari kuliah Ustaz Abdul Samad.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam jumaat, moga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua terpilih dalam golongan yang beramal dengan Islam walau senang untuk berkata kata daripada melakukan apa yang di kata.  Alhamdulillah. Walau dalam Pkp, kita tetap di pilih Allah untuk sentiasa dahagakan ilmu. Semoga semua ilmu kita itu menjadi pokok yang dengannya kita akan meraih buahnya hasil dari beramal nya kita dengan ilmu. Buah buah itu rasailah sendiri akan kemanisan didunia di akhirat. Inilah semua yang bakal menjadi peneman kita disuatu hari nanti. Akhir akhir ini, banyak masa dihabiskan mendengar kuliah you tube UAS. Cukup terkesan dengan ilmu beliau.  Sehinggakan ada saat saat Kadang kadang terbayang ketika tinggal seorang diri dalam k...

WA117 - Story Of Yusuf & Musa

 Forwarding…. I find this very useful.  Gems while reflecting on the story of Yusuf (A.S) & to the story of Musa (A.S), while comparing Sura Yusuf and Sura Qasas. I thought it beneficial to share. 1. The story of Yusuf makes you wonder why the mom was never mentioned; the story of Musa makes you wonder why the dad was never mentioned. 2. Yusuf story begins with the interaction between father and son; Musa story begins with the interaction between mother and son 3. In Yusuf story, his siblings were the reason Yusuf got separated from his family; In Musa story, his sibling was the reason Musa got reunited with his family 4. In Yusuf story, the siblings convinced their dad INTELLECTUALLY to let go of Yusuf; In Musa story, Allah convinced the mom EMOTIONALLY to let go of Musa 5. In Yusuf story, the dad (who IS a prophet) was NEVER told if he will ever reunite with his son; in Musa story, the mom (who is NOT a prophet) was told that she WILL reunite with her son  6. In Yus...

WA116 - Tafsir SURAH AL AN-BIYA' AYAT 107 & 108...

 MUTIARA DARI AL QURAAN  SURAH AL AN-BIYA' AYAT 107 & 108 Mafhumnya : 107 - DAN TIADALAH KAMI MENGUTUSKAN KAMU (WAHAI MUHAMMAD) MELAINKAN UNTUK MENJADI RAHMAT BAGI SELURUH ALAM.  108 - KATAKANLAH, (WAHAI MUHAMMAD), "SESUNGGUHNYA YANG DIWAHYUKAN KEPADAKU ADALAH : BAHAWASANYA TUHANMU ADALAH TUHAN YANG MAHA ESA, MAKA HENDAKLAH KAMU BERSERAH DIRI KEPADANYA". ************************** NABI Muhammad S.A.W pembawa Rahmat bagi seluruh alam. Luasnya alam ini yang meliputi beberapa alam yang kita tidak ketahui dan tidak sedar akan kewujudannya. Kita telah berada di Alam Ruh di mana semua ruh telah mengaku beriman kepada Allah apabila Allah bertanya siapkah Tuhan kamu, maka seluruh para ruh telah masing-masing menjawab bahwa Allah Tuhanku. Seluruh para ruh berkumpul menunggu giliran untuk ditiupkan ke dalam jasad sewaktu masih janin berusia empat bulan di dalam rahim ibu. Kemudian setelah di dalam kandungan ibu selama sembilan bulan maka ia dilahirkan maka masuklah ia ke dalam ...

Pkp.Year2.Day84 - Abu Hanzalah dan...

 [*Pkp.Year2.Day84*] •Abu Hanzalah dan Abu Bakar Telah Munafiq??? Hanya kerana seketika bersama Rasulullah mereka rasakan seolah olah syurga dan neraka sangat hampir. Tapi dirumah meraka ketawa riang bersama anak isteri. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam pagi khamis, moga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua kekal dijalan Islam walau kekadang kita terleka.  Sama sama kita beriltizam berusaha dan mencuba perkasakan kehidupan kita hayati Islam sepenuhnya. Moga berhasil kita umat islam suatu hari nanti jadi 'khalifah' yang rahmatan lil aalamin untuk dunia sejagat berpaksi kan AlQuran dan alsunnah.    Apa apa pun kemantapan ekonomi amat penting untuk merealisasikan wawasan ini. Ingat pesan nabi saw :  “Hampir hampir kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qada dan qadar.”  Kita yang dah senja ini, diharapkan sangat ada sifat hendak ...