*pkp137* - SOLAT SUNAT AIDIL ADHA DI RUMAH LAGI... Assalamu’alaikum.. Sama sama kita raikan apa yang ada disebalik roh hari raya Aidil Adha. Ianya bukan satu “ritual”, ianya adalah suatu ibadah. Marilah kita memuhasabah diri dengan mendidik jiwa menghayati roh korban dengan sebenar benarnya. Letakkan cinta kepada Allah melebihi segala galanya, dalam masa yang sama tidak abaikan kasih sayang sesama makhlukNya, asas kasih sayang Ar’Rahman. Berkorban untuk perkara lain itu tidak salah, yang salah ialah 'mengorbankan Allah' dengan mengutama kan kepentingan lain apabila bertembung... Pagi raya semalam seusai solat subuh berjemaah, terus berusaha bersiap untuk solat sunat raya yang diadakan seawal 8 pagi. Awalnya waktu solat sunat hari raya, mungkin SoP dari majlis agama dan macam macam urusan, akhirnya, tak sempat untuk ke surau untuk berjemaah di sana. Kami anak beranak solat hari raya sekali lagi solat sunat hari raya dan berkhutbah di rumah. Kemudiannya saya mula terca...
Posts
Showing posts from July, 2020
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp136* - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. #Throwback. Assalamu’alaikum... Sehari sebelum semalam, diberitakan SERIBU jemaah haji ke Arafah realisasikan kemuncak haji dengan berwukuf disana diketika Covid 19 belum reda hinggakan ibadah rukun Islam kelima kali ini hanya dalam skala kecil dan ketat. Kali ini jauh kecil jika dibanding lebih 2.5 juta jemaah setiap tahun, 75 peratus dari jemaah adalah jemaah dari luar Arab Saudi. Tapi kali ini, semua 1,000 jemaah, tidak ada satu pun yang masuk ke Arab Saudi khusus untuk mengerjakan haji. Bertabah dan bersabar wahai hati kepada yang sudah terpilih tahun ini. Ada hikmah besar disebaliknya. Kita hanya tahu hikmahnya kemudian. Semalam juga hari khamis, waktu gelincir matahari tanda zohor di Mekah ada lah jam 12:27 tengahari bersamaan 5:27 petang waktu Malaysia. Seketika kami yang masih berada di pejabat berhenti bertugas untuk mengambil peluang merasai kehebatan waktu wukuf ini walaupun bukan di tempat nya. Pada Kebiasaanya, sehari dua s...
☆Jumaat , 31 Julai 2020 Bersamaan 9 Dzul Hijjah 1441☆
- Get link
- X
- Other Apps
Eidul Adha Datang Lagi. Tahun Hijrah 9 Zulhijah 1430, bersamaan Khamis 26 November Tahun Masihi 2009 genap lah 11 tahun aku dan isteri menjalani ibadah Haji, rukun ke 5 yg dituntut dalam islam. Masih di Mekah bersiap siap ke arafah, kami disambut dengan hujan lebat dan ribut yg singgah di hotel penginapan kami - Al Janadriah. Hotel yang baru saja dibuka dan menyambut kami (KT50) sebagai tetamu sulong. Diluar hotel keadaan hujan amat lebat. Bas yg disediakan utk kami ke Arafah tiba agak lewat. Setiba di Arafah, waktu sudah hampir magrib, disambut dgn lampu yg terpadam serta khemah yg berselerakan. Natijah dari ribut yg baru berlalu. Ini lah yg di khabarkan oleh jemà ah haji yg tiba lebih awal. Sepanjang perjalanan ke Arafah kesan2 ribut dapat dilihat dgn jelas. Sesungguhnya Ada hikmah apabila Allah melewatkan perjalanan kami. Sekiranya kami bertolak lebih awal nescaya kami juga akan mengharungi nasib yg sama. Kami bersyukur ya Allah, sesungguhnya Kau lebih mengetahui dan me...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp135* - Rentetan Dari Kuliah ustaz Wan Jemizan - Permata Bagi Orang Yang Beriman. HUSNUL KHULUQ Assalamu’alaikum... Alhamdulillah. Semalam berusaha juga walaupun lewat menjejaki majlis ilmu di surau Al Amin. Dapat duduk bersimpuh di ruang utama surau menadah telinga menambah ilmu sesungguhnya menenang kan jiwa. Bak kafa Ustaz Abdul Muizz: “ majlis majlis ilmu itu dikira sebagai tempat tadahan hidayah”. Moga kita tergolong dalam golongan yang akan berusaha melapangkan masa untuk belajar kalau tidak ke mana mana daurah atau pengajian tetap sekurang kurangnya kita adalah ahli tetap untuk kuiah dhuha, maghrib dan subuh d Masjid atau surau. Selagi hayat masih ada,yang soleh jangan bongkak, yang berdosa jangan putus asa, selagi belum tamat perjalanan hidup, ujian masih ada, harapan masih wujud buat kita. Yang baik boleh tergelincir, mana yang berdosa masih boleh lagi berubah, selagi belum tamat umur kita, selagi itu berusaha lah sekuat kuatnya menjadi hamba yang diredhaiNya. Janga...
- Get link
- X
- Other Apps
*PKp134* - Dunia Jambatan Akhirat... Assalamu’alaikum... Isnin ke Jumaat, memang cepat pergerakan masa ini. Lama masa tidak berubah tapi dari segi perasaan tempoh masa nya berbeza. Dulu, isnin - jumaat terasa lama sangat, kini isnin jumaat terasa macam si burung datang bertenggek saja. Begitu juga beza rasa masa lama atau singkat, ketika kita menonton tv dengan kita mendengar kuliah. Mana yang di rasa kan lebih lama? Inilah satu mainan perasaan yang berbeza kerana kecintaan kita pada dunia sudan lebih dari kecintaan akhirat. Rata rata assatizah berpesan, jangan tinggalkan dunia tapi jangan cintakan dunia, dunia kena ada dalam “gengaman tangan” kita tapi bukan di hati kita. Yang kena ada di hati kita adalah kecintaan pada akhirat. Semoga kita terus menerus beraktiviti urusan dunia dengan niat untuk meraih kebaikan kedua duanya. Indeed, seorang muslim yang mengejar pahala demi untuk kebahagiaan di akhirat, akan ditambah nikmat dunianya oleh Allah. Inilah isu redha dan rahmat y...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp133* - Nota Kuliah Subuh Ustaz Abdul Muizz: GEJALA KEDEGILAN. DO NOT TAKE FOR GRANTED ALLAH’S FORGIVENESS. Assalamu’alaikum... Salam pagi selasa penuh barokah, didoakan pada yang sedang ditakdirkan dengan takdir yang baik baik, moga akan terus disimbah dengan takdir yang baik selalu dan jangan lupa Allah. Pada sahabat sahabiah yang sedang gundah gulana, renungkan sekejap cari silap dimana, segera kembali pada Allah, juga jangan lupa Allah. Semalam, 1 jam 15 minit tempuh perjalanan dari Shah Alam ke Cheras, niat untuk berjemaah di Al Amin tapi terpaksa singgah di surau Al Mubarakan Bukit Cheras untuk Maghrib. Tiba disitu, ketika iqamah sedang di laungkan. Ada seorang jemaah masih menunggu, dan memantau “makmum masbuk”. Inilah SOP di zaman COVID 19 yang masih belum reda, malah mengancam untuk kembali dengan gelombang baru. Jadi sama sama kita beri kerjasama demi untuk keselamatan dan kesejahteran bersama. Alhamdulillah, dapat amin kan doa imam yang berdoa penuh syahdu. Hati te...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp132* - *sambungan BukU INILAH NERAKA - TOLONGLAH KAMI....* Assalamu’alaikum.. Selamat meneruskan kehidupan yang kita tidak tahu bilakah akan terhenti nya denyutan nadi kita sebagai tanda tamatnya “perfileman” hidup kita. Semoga apa yang kita bakal tontoni nanti menjadi suatu perkara yang dipermudah kan Allah. Semuanya bakal bermula dari alam selepas kehidupan dunia yakni alam kubur atau alam barzakh. Jika di alam barzakh pun kita sudah dipertontonkan syurga, selamatlah kita. Dan begitulah sebaliknya. Kata Ustaz Hafiz Reduan, dalam satu kitab, Nabi saw bersabda, hanyasanya kemudahan orang mukmin dihisab di akhirat dengan Allah, hanya ditunjukkan buku amalan mereka, dan Allah akan arahkan untuk mereka dimasukkan syurga. Tetapi sesiapa yang hisab nya dibincangkan nescaya orang in i akan dibinasakan. Sebab itulah kita sebagai mukmin kena berharap Allah tidak bincangkan amalan kita di akhirat, bila dibuka bedah siasat maka akan binasalah orang itu. Sama sama kita jaga amalan k...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp131* Assalamu’alaikum... Alhamdulillah. Ada masa yang diizinkan Allah untuk berjemaah di rumah Allah bermula subuh diikuti kuliah subuh. Kemudian, dapat lagi pula berriadah sukan golf bersama sahabat sahabat kelab Impian. Zohor dan asar aemalam berjemaah bersama keluarga kerana dalam perjalanan ke kenduri di Kajang dan beberapa tempat. Walaupun ada peluang untuk singgah solat di surau di kg Pasir baru berdekatan kedai sukan Sand Trap Golf Repair, tapi tidak melakukannya kerana terlupa bawa sejadah. Tidak mahu melanggar SOP jadi solat ditangguhkan berjemaah di rumah saja. Malamnya dapat pula berjemaah maghrib dan bersama ustaz Hafiz Reduan untuk kuliah Maghrib. Sehingga selesai isya’, al mulk di baca untuk jadi penutup malam tadi. Maka, nikmat apa yang kita nak dustakan lagi dari Allah. Kesemua amalan soleh dan baik itu, tidak ada satu pun yang akan menbawa kita ke syurga Allah kerana kita ke syurga Allah dengan rahmat Nya. Semoga semua amalan soleh kita akan menjadi penyeba...
- Get link
- X
- Other Apps
*PKP130* - •JERITAN YANG TIDAK DI LAYANI. Sambungan dari InIlAh Neraka... Assalamu’alaikum.. Barakallahufikum. Asal dari kalimat “Baarakallaah”, bila ditukar ke “fiikum”, ianya beerti “kepadamu” untuk lelaki, perempuan, atau orang banyak. Dari satu artikel, Baarakallah tersusun dari 2 kata, yaitu “baaraka (بارك)” , dan “Allah (الله)”. Kata “baaraka” makna nya berkah, kemanfaatan, bertambahnya kebaikan. Kata “Allah” bererti Allah Ta’ala. Jika kedua kata ini digabung bererti “Semoga Allah memberkati”. Itulah yang kita cari dalam hidup, keberkatan. Ianya amat tersembunyi , hanya yang nampak saja akan merasainya. Setiap suruhan dan larangan Allah melalui ajaran nabi saw sememang nya banyak barokah yang terselindung. Seperti anak anak menghormati ibu bapa mendengar kata mereka dan juga si isteri mentaati perintah suami yang soleh. Kerana hormat pada orang tua dan akur pada arahan suami yang soleh adalah antara ajaran Nabi saw. Dan saya pula semalam terasa d...
PKP 129
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp129* - sambungan INILAH NERAKA: KeNaLiLaH NERAKA... Assalamu’alaikum... Salam Jumaat salam sejahtera salam barokah buat semua .. Alhamdulilah. Tiba lagi dihari jumaat yang mulia ini, semoga kita semua dapat sengsasikan hari baik di bulan baik ini dengan segala peruntukan hebat yang Allah telah janjikan untuk hari mulia apatah lagi di bulan hebat ini. Semoga Allah membuka hijab hati kita untuk melihat dengan mata hati tentang hal hal tidak nampak dek mata dan tidak ada balasan zahirnya. Malah perkara perkara sam’iyyat (yang didengar, bukan dilihat), hanyalah orang yang beriman sahaja yang merasa gerun dan menjaga batasan Allah. Salah satu balasn Allah adalah Neraka. Kira nya neraka boleh dilihat, tidak ada orang yang akan buat jahat. Untuk itu pagi ini saya kongsikan lagi cerita kisah neraka dari buku nipis INILAH NERAKA. Marilah kenali kita Neraka seperti yang ada di dalam Al Quran. *KENALI NERAKA...* Lindungi ahli dari neraka At Tahrim : 6 ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذ...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp127* - Siapakah ashahul a’araf? Assalamu’alaikum.. Salam sejahtera. Selamat meneruskan kehidupan yang fana’ sementara menanti yang baqa. Semoga kita tidak terpinar dengan yang fana’ tetapi lebih tertarik pada yang baqa’. Yang pasti kita tidak dicipta kan sia sia. Al Mukminun, ayat 115: “Apakah kamu menyangka bahawa Kami (Allah SWT) menjadikan kamu dengan sia sia sahaja tanpa sebarang hikmat daripada penciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” Amat beruntung buat setiap Mukmin yang sentiasa ingatkan dirinya dunia yang dilalui adalah medan ujian Allah untuk melihat siapa antara hamba Nya paling baik amalannya dan bertakwa. Selamat meneruskan sebuah kehidupan, pandai pandai lah bawa diri, kita nanti akan sediri sebelum ke syurga atau neraka. Semoga Allah jauhakan kita dari neraka. Alhamdulillah. Masih dapat sambung isi kandungan dari buku nipis susunan Ustaz Mohamad Hasnil untuk tatapan bersama: *Sambungan.. Ù‡َٰذِÙ‡ِ النَّارُ* - Si...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp126* - SEGARA CARI SIFAT BERHATI HATI DAN TENANG. Say No To PkP II. Sambungan BUKU “ INILAH NERAKA...” Assalamu’alaikum... Dalam pada kita menerus kan perjalanan kehidupan, kita kena teruskan sifat dan sikap berhati hati kerana itu lah sifat muslim. Kini amaran untuk PKP II sedang di laungkan oleh kerajaan Malaysia selepas menyaksikan naik nya jumlah COVID 19 ke “double digit”. Semua orang tahu berapa nilai kerugian yang akan berlaku jika PKP II terpaksa diadakan. Maka, marilah kita sesali seawal mungkin tindak tanduk kita dalam melayani isu COVID 19 yang hakikatnya masih belum pulih sepenuhnya. Jadilah kita antara yang kekal dengan SOP C - 19. Terus Jagalah penjarakkan sosial, jaga sentuhan, sentiasa guna hand sanitizer antara nya. Dan yang paling penting, selain dari SOP C19, sama sama lah kita teruskan kerja kerja seharian kita mengikut SOP yang berpaksikan pada peraturan syariat dalam al Quran, hadis dan alim ulama yang didasarka pada ajaran Rasulullah SAW. Sen...
- Get link
- X
- Other Apps
*PKP125* •Ù‡َٰذِÙ‡ِ النَّارُ Assalamu’alaikum.. Salam sejahtera, semoga tugasan yang kita galas hari ini menjadikan kita semakin rapat dengan Allah. Tidak mudah, tapi laksanakan juga selagi kita masih berlegar di ruang oksigen yang ada. Dan oksigen menjadi assebab pada hidupnya kita atas mukabumi ini. Walhal, hakikatnya, ketika kita mati oksigen tidak pun berkurang di ruang udara, kita tetap juga mati beralasan oksigen dalam badan semakin berkurang. Jadi, fahamilah wahai insan, semuanya itu kerana Allah yang menghendakkannya. Dalam salah satu kuliah minggu lepas, Ustaz Hasnil telah membawa satu buku kecil untuk di kongsikan bersama jemaah Surau Al Amin BTHO. Dan tajuk buku kecil itu adalah Hazihinnarrr. inilah Neraka. Saya telah pun memohon izinnya untuk jadikan bahan perkongsian saya setiap pagi di ruang ini. Pagi ini saya sertakan isinya bersama untuk tatapan kita bersama semoga ada yang baik untuk kita jadikan ilmu untuk di amalkan.. *HAZIHINNAR* *INILAH NERAKA* Mari be...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp124* - Diari Semalam: Kuliah Subuh, kisah “ Delivery Man” dan “GraveDigger”, Inilah neraka dari Ustaz Hasnil. Assalamu’alaikum... Memasuki hari ke dua untuk minggu ke tiga di bulan July, setelah hari jumaat di ambil kira sebagai penghulu segala hari. *KULIAH SUBUH PERTAMA DI SURAU AL AMIN* Semalam ada lah hari pertama selepas kuliah subuh yang terakhir saya ikuti adalah seawal March dulu. Dan kuliah yang disampaikan olen Prof Dr Mat Rofa memang di luar kotak. Ianya berkenaan tentang Kenapa Mekah di panggil Ummul Qura. Ianya adalah mengingati hebatnya tanah Mekah yang Allah telah ciptakan sebagai tanah pertama yang muncul di muka bumi selepas asal nya bumi di pemuhi air dan gunung ganang semuanya berada di dalam air. Apa yang lebih hebat lagi adalah Mekah adalah merupakan titik tengah dunia. Ini fakta yang tidak dapat dinafikan. Tapi dengan penuh rasa sayu, kita semua tahu, tahun ini kemuncak haji di Padang Arafah yang berada di Tanah Mekah tidak akan ada yang menghuninya. ...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp123* •TERUSKAN KEHIDUPAN. *Nota Kuliah Ustaz Khairul Amri (II)* Assalamu’alaikum.. Selamat berehat hari ini semua, semoga rehat ini hanya untuk “kerja” sahaja kerana “tugas” kita sebagai hamba Nya tidak ada rehat melainkan bila kita sudah mati. Manusia perlu berjuang. Kerana ada tanggungjawab yang perlu ditunai, ada yang untuk diri sendiri, ada untuk keluarga, agama dan negara. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Yang terbaik akan menang, dan yang leka akan tinggal ke belakang. Itulah adat berjuang. Kekayaan yang dimiliki, anggota tubuh badan yang dinikmati mesti digunakan sebaik mungkin, juga usia yang diberi. Semuanya akan ditanya Allah nanti, ianya untuk apa, bagaimana dan kenapa ia digunakan. Mereka yang terpesona dengan indahnya dunia akan pasti hanyut di dalam arus nafsu. Kerana itu, selagi nyawa masih di badan, perjuangan kehidupan diteruskan. Jadilah Orang beriman, mereka ini menggunakan segala amanah yang diberi oleh Allah sebaik mungkin, demi un...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp122* IRAMA PAGI JUMAAT... Assalamu’alaikum... Terjaga sebelum subuh di pagi jumaat, terasa syukur amat pada Nya. Terpilih juga insan yang sehina saya ini untuk bangun melakukan apa yang patut dalam usaha menyapu dosa dosa yang tak pernah berhenti. Dalam pada berdoa memohon agar cahaya Illahi menyimbahi diri dari atas, bawah, depan, belakang, kanan, kiri juga menembusi penglihatan, pendengaran, hati dan juga lisan, sempat menangisi diri yang semakin hanyut dalam buaian nafsu sendiri. Ya Allah tolonglah ampun kan aku dan kami semua.. Seketika itu juga ditemani speaker bluetooth didinihari sebegini ditemani irama merdu. *Harapan PadaMu Subur Kembali* https://youtu.be/3EBr1wWGWMc Wahai tuhanku Yang Esa Bila kenangkan Qohhar Mu Rasa gerun di hatiku kerana takutkan seksaMu, Hamba Mu rasa berputus asa, siapa kah dapat bersihkan diri, dari segala dosa yang menggunung setiap hari setiap ketika Tika mengenang Ghaffar Mu Putus asa tiada lagi Semangatku pulih semula Harapan...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp121* - RENUNGAN PAGI: Bersama Allah Assalamu’alaikum... Semalam diizinkan Allah berkumpul geng geng yang telah sama sama berkelana ke Perth suatu masa dulu sambil meninjau ninjau permbikinan Water Frront di sana. Beriadah bersama di Kota Permai GC, bersolat berjemaah disitu dan makan malam di sana. Ada yang masih mengimbau saat di sana terutama (selain dari golfing di sana) saat saat setiap kali ke mana mana kami berjemaah di masjid masjid sekitar Perth dan ada juga yang syahdu teringat kan saat berjemaah ada yang menjadi imam ketika di rumah “Air Bnb” membaca surah al fajr ketika subuh berjemaah. nostalgia.. Selesai acara sekitar jam 8, masing masing beredar dan saya menuju ke Cheras dengan niat akan singgah di mana mana masjid untuk solat isya’, sesuai dengan semua surau sudah dibuka walau pun dalam PKp. Akhirnya, saya singgah di Surau Al Mubarakah Bukit Cheras. Walaupun tidak sempat bersama jemaah untuk majlis ilmu tapi hati tenang kerana dapat juga tunaikan solat berjemaa...
- Get link
- X
- Other Apps
*PKP120* - RENUNG RENUNGKANLAH, SATU CETUSAN HARI RABU. Assalamu’alaikum.. Salam sejahtera. Selamat tiba ke hari rabu yang ke 2497 dalam hidup saya jika di hitung secara kasar dari tahun masihi sejak hari di tandai sebagai hari lahir saya. Sebanyak itu lah peristiwa berbeza telah berlaku dalam hidup saya dan begitulah juga untuk semua manusia. Dan semuanya akan diputar semula untuk tontonan semua seketika di Padang Mahsyar nanti. “Di Hari Pengadilan, ianya akan dimulakan dengan setiap manusia melihat tayangan gambar hidupnya selama di Alam Dunia.Dari sebuah hadis Rasulullah saw bermaksud, barangsiapa menutup keburukan dan keaiban orang lain di dunia, kelak ALLAH akan juga menutup keburukan dan keaiban dirinya di Hari Pengadilan. Bagi siapa yang suka membuka keburukan dan keaiban diri orang lain di dunia, ALLAH juga akan menayangkan keburukan dan keaiban dirinya di Mahsyar dan dapat dilihat oleh sekelian umat manusia. Begitulah Maha Adilnya ALLAH swt” KALAM INSANI LIVE...
- Get link
- X
- Other Apps
*PKP119* - *Isi Kuliah Maghrib di Masjid BTHO pada malam PkP ke 119* Assalamu’alaikum.. Salam sejahtera... Dalam kita menyusun hidup kita untuk sebuah hari lagi, hari ini, kena sentiasa ingat menyusunnya berpandukan aturan Allah SWT. Sudah menjadi lumrah setiap orang nakkan pada kesempurnaan dalam kehidupan. Seboleh boleh nya kita nak setiap apa yang kita lakukan selama ini diterma oleh Allah swt. Untuk pagi ini, dalam hidup ni, kita kena sentiasa berdoa mintak Allah susun hidup kita dengan yang terbaik. Kita doa jugak moga2 jika ada pilihan yang kita kena buat, Allah ilhamkan kita untuk pilih mana yang terbaik dan yang Dia redha. Segala dugaan dan cubaan, bersangka baiklah dengan Allah dan yakin lah bahawa akan hadirnya kesenangan bersama dengan ujian tadi. Moga2 kita kembali kepada Allah dalam keadaan kita redha dengan Allah dan Allah redha dengan kita. Itulah yang selalu saya usahakan setiap, cuba seimbangkan setiap aktiviti sebaik mungkin. Semalam hampir sep...
- Get link
- X
- Other Apps
NAMA OH NAMA Catatan menunjukkan nama orang Melayu dulu-dulu asalnya adalah daripada perkataan2 Melayu harian spt Buyong, Itam, Putih, Golok, Panjang, Bulat dsbnya. Yg perempuan pula biasanya mengambil nama bunga spt Melati, Kemboja, Kenanga, Tanjung dsbnya. Nama2 ini boleh dieja dgn sistem tulisan Pallava dan bunyinya tepat spt sebutan. Perubahan masa dan pengaruh Arab serta Islam kemudiannya menyebabkan orang2 Melayu mengambil nama Arab. Maka datanglah nama2 spt Hasan, Husin, Ahmad, Muhammad, Ali, Mustofa, Siti Aminah, Khodijah, Rofeah dsbnya. Sistem ejaan Pallava tidak mampu membawa bunyi yg tepat. Mustofa umpamanya dieja Pallava berbunyi Muntopa, Qosim berbunyi Kesim. Maka orang Melayu mengambil sistem ejaan Arab kemudian diMelayukan dgn penambahan beberapa huruf supaya sesuai dgn bunyi Melayu spt cha, pa, nga, nya dll. Sistem tulisan ini disebut Jawi. Lama2 org Melayu semakin kreatif mencipta nama mereka. Ada yg digabung2 dgn nama Arab dan nama etnik lain. Kdg2 digabung ta...
- Get link
- X
- Other Apps
*pKp117* PESANAN RINGKAS DARI USTAZ AMRI... Assalamu’alaikum Selamat sejahtera. Selamat menikmati percutian sempena Ahad di sesetengah negeri.. Pada saya semalam (sabtu) adalah satu tarikh yang kena di catit dalam tulisan tulisan saya, kerana majlis majlis ilmu di Masjid dan surau sudahpun diadakan seperti biasa, cuma kena ikut SOP (jarak sosial). Semalam, saya dapat duduk didalam kuliah subuh (ustaz Amri) dan kuliah Maghrib (Ustaz Najib Taha). Kedua duanya membawa pengisian yang memberi input pada minda untuk memikirkan sesuatu untuk beramal berdasarkan ilmu. Semoga bermulalah doa doa malaikat kepada yang menghadiri majlis majlis ilmu. Dan juga, kita semua digerakkan Allah untuk terus mengimarahkan majlis ilmu dan menambah kan lagi syiar islam. Jom mulakan gerakan mencari ilmu selepas hidup dalam PKp selama 115 hari. Berita selanjutnya, bermula 15 Julai ini, dilaporkan jumlah yang boleh hadir untuk solat di Masjid sudah tiada had, cuma yang hadir perlu mengamalkan jarak so...
- Get link
- X
- Other Apps
*Pkp116* - Cerita Istiqamah Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah, sudan semakin reda nampak nya si COVID 19. Semakin ramai pula antara kita yang dah mula take things for granted dalam isu ini. Subuh pagi semalam, kami jemaah Masjid BTHO dikejutkan oleh kehadiran pegawai Jais datang subuh berjemaah bersama. Ada Ajk menunggu di pintu masuk ingatkan tentang sejadah dan mask. Saya pun termasuk antara yang lupa untuk ber”Mask”. Mujur ada spare di dalam kereta. Masih Procedure seperti biasa, masuk ikut main entrance dan ambil suhu, catat nama. Semoga usaha usaha ini semua di ambil kira oleh Allah. Berusaha adalah sifat muslim, bila berusaha kita sudah berjaya kerana disitu lah keupayaan kita kerana untuk menentukan jadi atau tidak, ianya hak milik Dia. Jangan kita cuba nak jadi Dia. Jadi dan tak jadi kena redha. Semoga kita semua berjaya kerana kita suka berusaha. Selebihnya berdoa. Sehingga ke hari ini, masih belum dapat menempatkan diri ke surau Al Amin. Selain dari jumlah jemaah yang te...