Posts

Showing posts from March, 2021

Pkp.Yr2.D14...

 *Pkp.Yr2.D14* *Hari khamis tiba lagi dan malam jumaat menyusul. Pesan pada diri * السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah. Jangan lupa berselawat pada Nabi saw dan ahli baginda sebagai pemacu menuju rahmat Allah kerana:  “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang orang yang beriman berselawatlah kamu padanya  dan ucaplah salam sejahtera dgn penghormatan yang sepenuhnya” - Surah Al Ahzab (56). Salam khamis buat Mak Ayah, ahli2ku, adik beradik, ipar duai, saudara Mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan, semuanya saya doa kan dalam rahmat dan redha Allah.  In shaa Allah. Hari khamis tiba lagi, panjang umur kita, akan kita tempuhi lagi pula malam ini, malam jumaat. Untuk pagi, saja saya nak ingatkan diri tentang aktiviti yang terbaik yang boleh kita sama sama lakukan pada malam, dinihari dan subuh pagi Jumaat, semoga ada kelebihan kita sama sama raih disisi Allah. Jadi sama sama kita s...

Pkp.yr2.D13...

 *[Pkp.yr2.D13]* *Sempat 10 Minit bersama Ustaz Anuar Ramli* السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw dan ahli ahli baginda. Salam pagi Rabu, Mak ayah, ahli2ku, adik beradik, ipar duai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan. Rahmat Allah untuk kalian semua. Aaminn.  Menyelusuri pagi sebelum menyingkap hari, terasa bening di hati. Tenang hadir menemani jiwa selepas doa dan munajat pada Nya Yang Esa. Semoga Allah kekalkan aktiviti ini hingga akhir hayat.  Jadikan sifat suka mengadiu pada Allah walaupun sekecik mana masaalah kita sebagai satu kelaziman. Terkadang mungkin bila kita bercerita masaalah kepada orang lain, kita berasa lega. Namun, ia tak memberi kan apa yang kita nak. Allah mengetahui segala galanya. Maka, elok nya ceritakanlah kepada Nya terlebih dahulu. Walaupun kita tidak dapat melihat Nya, kita tetap akan merasakan ketenangan kurniaanNya  setelah kita mengadu kepada Nya.  Ayat yang biasa kita temui dalam bac...

Pkp.yr2.D11

 [Pkp.yr2.D11] Usrah Family NCS: PERSEDIAAN UNTUK RAMADHAN. Tafsir Surah Al Waqiah Ayat 56 -62 .  Part 2.  ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH... Salam di pertengahan Sya’ban.  Sama sama mulakan awal pagi ini dengan berselawat pada Nabi saw dan ahli keluarga baginda. Sambil kita iringkan doa sejahtera buat Mak Ayah, ahli, adik beradik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua anya.  Tinggal hanya kurang 15 hari lagi kita akan sama sama memasuki bulan mulia bulan Ramadhan al Mubarak. Hari ini sudah “nisfu” syaaban. Malam tadi, sebaik azan maghrib di alunkan, maka bermulalah malam separuh bulan Syaaban. Inilah  hari dimana buku catatan amalan Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti buku catatan baru. Catatan pertama dicatatkan dibuku baru bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib semalam. Indeed, kita  digalakkan bangun malam berjaga beriktikaf sebahagian malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lala...

Pkp.yr2.D12

 *[Pkp.yr2.D12]*  •PROSA PAGI SEUSAINYA NISFU SYAABAN. •Tafsir AlWaqiah Ayat 62-73. Final.  ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH..  Selawat dan salam pada Nabi saw dan ahli keluarga baginda. Di doakan suatu kesejahteraan buat Mak Ayah, ahli2 saya, adik beradik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.  Walaupun kita tidak tahu samada jalan  masih jauh dan panjang, atau hanya tinggal selekoh di depan saja, kita kena merintisnya, sama samalah kita fahami erti sebuah kehidupan.. Prosa seusainya Nisfu syaaban... Sebaik nisfu syaaban berlabuh sore semalam, entah mengapa, sayu rasa hati mengenang Ramadhan bakal datang lagi. Entah sempat atau tak Ramadhan buat diri kali ini. Allah Maha Tahu semuanya. Moga kalau ada lagi untuk kali 53 ini, ia nya menjadi bekal buat hari mendatang yang tidak tahu entah dimana penghujung. Mungkin sebentar lagi, mungkin esok, mungkin bulan hadapan, atau tahun seterusnya, tak siapa tahu akhir garis masanya dan bagaimana...

Pkp.yr2.D10

 [[Pkp.yr2.D10]•] •Face Mask MU dan YNWA. •Ustaz Shukri Omar Tafsir Surah Al Waqiah Part 1 -  Ayat 40 - 57.  ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH... Selawat dan salam buat Nabi Besar Nabi Junjungan Nabi Muhammad saw dan ahli ahli baginda.Di doakan moga Mak Ayah, ahli2ku, adik beradik, ipar duai, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan semua sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah swt. Aaaminn. Dalam ralit kita mengulit hidup kita, jangan sampai terleka dengan si covid 19 yang masih mengintai peluang atas kelailain kita untuk menaikkan “curve” yang sedang mendatar sekarang ini. Teruskan dengan SOP, nak nak bila dalam perkumpulan sepeti di Masjid, teruskan juga berdoa mohon pada Nya. In shaa Allah selamat. Semoga jika ada pencetus lagi si covid ini. Ia bukan datang dari kluster Masjid. Walahiya zubilllah. Muslim itu berhati hati tapi sentiasa husnul zon.  Sudah memasuki hari keempat hari ini, kuliah maghrib berkangsung di surau Al Amin. Seusai solat subuh semalam pula, sudah be...

Pkp.yr2.D9...

 *[Pkp.yr2.D9]•RAHSIA TUJUH (Pt 7 Terakhir) *KENANGAN Di HARI  SABTU* ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH... Yang di rahmati Allah, ayah ibu, ahli ahli ku, adik beradik, iparduai, sahabat sahabiah dan rakan taulan semuanya, didoakan semua berada dalam lindungan Allah sepanjang masa.  ‎يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا “Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak perlu segala sesuatu, dengan rahmat Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserah kan kepadaku sekali pun sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dari Mu selamanya” Alhamdulillah. Hari Jumaat sekarang makin terbuka solatnya seperti biasa, cuma kita kena berusaha sedikit. Pergilah dulu ke mana mana masjid walaupun dah lewat. Pastikan kita tidak dibenar kan masuk. Allah lihat pada usaha.  Tiba di perkarangan masjid lama Hidayah Tmn Melawati 1:20 tengah hari, azan be...

Pkp.yr2.D8...

 *[Pkp.yr2.D8]• RAHSIA TUJUH (Pt 6)* KENANGAN Di HARI JUMAAT. DALAM KENANGAN.  ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH.... Salam pagi jumaat buat mak ayah, ahli2ku, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.  Pagi pagi Jumaat begini, macam macam perkara datang ke benak fikiran. Apa lagi hidup kita ini penuh kenangan, penuh “gambar” lama. Ada masa ketika, saya masuk ke ruang  FB Peminat Gambar Gambar Lama. Dan Laman ini cukup nostalgia dan cukup mengingatkan saya pada kematian.  Banyak gambar gambar di situ adalah gambar gambar mereka yang telah tiada di muka bumi ini. Begitulah juga suatu hari nanti, gambar kenangan kita akan di post semula sebagai usaha mengingati saat ketika kita hidup. Antara kata kata yang ditulis adalah:  “Saya tak ingat tahun bila, mungkin tahun 1989 ketika usia saya dua tahun. Tapi setahu saya ini satu2nya gambar saya (sedang bersimpuh) dengan arwah abang (hujung sekali), mak kata abg meninggal kerana demam panas...

Pkp.yr2.D6]•RAHSIA...

 *[Pkp.yr2.D6]•RAHSIA TUJUH (Pt 4)* KENANGAN DI HARI RABU. (ADA QUOTE DARI “MAT SALLEH”) Assalamu’alaikum... Salam sejahtera Salam hari Rabu, buat mak ayah, ahli2 ku, adik beradik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.  Do not spoil your day and other’s qs well.  “Don’t let one bad moment ruin your day. Think of it as a bad minute, not a bad day, and you’ll be OK. Stress begins when your worry list is longer than your gratitude list. Happiness begins when your gratitude list is longer than your worry list. So find something to be thankful for today. Be sure to appreciate what you’ve got. Be thankful for the little things in life that mean a lot”  Take care everybody.  Saja saya nak quote kata kata dalam bahasa “mat salleh” ni. Ramai yang rasa macam WOW. Walau ayat ayat panjang kat atas tu, alQiran dah lama sebut malah lebih ringkas dan mudah, tapi kita kurang cuba nak fahami nya. Antaranya:  "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu...

Pkp.yr2.D7

 *[Pkp.yr2.D7]•RAHSIA TUJUH (Pt5)* KENANGAN HARI KHAMIS. •Ubah masa depan dengan belajar dari yang berlalu, bukan diam dan terpaku.  ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH... Buat mak ayah, ahli2ku, adikberadik iparduai, saudaramara, sahabat dan sahabiah dan juga rakan taulan yang sentiasa dirahmati Allah. Salam khamis.... Alhamdulillah. Mubarak’alaikum tahniah pada yang berpuasa di hari khamis 11 Sya’ban. Semoga semua nya Ikhlas hinggalah diterima Allah jadi assebab beratnya timbangan sebelah kebaikan di hari mizan nanti. Buat saya yang sedang dan masih strugggle dengan hal Gastrik, sedang berkira kira strategi berpuasa Ramadhan kali ini. Jika ada yang sudah berpengalaman, bolehlah kongsi pendapat.  Apa apa pun seawal pagi begini, apa yang nak dicari adalah, semangat dan jati diri Islam, melewati sebuah hari lagi dalam menuju sebuah “kematian” menbolehkan “dibangkitkan” lagi nanti. Terlebih lagi, semua tingkah laku yang dilakukan di sini dipertanggungjawabkan kelak. Itulah sebab m...

Pkp.Yr2.D5...

 *[Pkp.Yr2.D5]• RAHSIA TUJUH (Pt 3)* KENANGAN DI HARI SELASA.  Assalamu’alaikum ... Salam hari selasa, kita kini di pertengahan minggu. Salam dunia akhirat buat semua mak ayah, ahli2 ku, adik beradik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.  Mungkin hari selasa ini membuatkan kita merasa masih jauh untuk menuju cuti jumaat atau weekend,  pekerja pejabat mahupun persendirian, para para suri rumah, anak anak sekolah dan siswa siawazah tentu akan merasakan hari hari pertengahan begini agak berat jika tidak dinikmati, tapi ianya akan tenang saja andai kita terus berdoa bermunajat padaNya seperti selalunya;  siapapun siapa kita. Semoga Allah akan bekalkan kita satu motivasi hari selasa hingga membuatkan kita kembali bangkit percaya pada diri untuk memulai hari hari. aaminn.. Ada seorang berkata kepada Nabi saw, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya si fulan tidak pernah meninggalkan solat malam, tetapi pada pagi harinya dia mencuri." Mendengar itu, bagin...

Pkp.yr2.D4..

 *[Pkp.yr2.D4]• RAHSIA TUJUH (Part 2)* Kenangan di Hari Isnin. Assalamu’alaikum... Salam pagi isnin. Salam kebahagian zahir, batin, dunia dan akhirat buat mak ayah, ahli2 ku, adik beradik, iparduai, saudara mara, para sahabat sahabiah dan rakan taulan.  Bermacam macam hal yang dilakukan manusia untuk memulakan kehidupan di sebuah pagi di suatu hari, tak kira pun di benua mana. Tapi yang pasti, personally, kalau kita dapat mulakannya dengan doa dan munajat kepada Allah terlebih dahulu adalah terbaik bagi seorang muslim. Kadang kadang kita merumitkan diri dengan fikir nak kena bangkit didinihari, berwudhu lagi bersolat dan berzikir. Memang itu ialah yang lebih baik; namun, andai kita jaga pada waktu waktu sebelum azan subuh pun sudah memadai untuk bangun berlunjur kaki duduk diatas tilam, walaupun tidak berwudhu tapi bertafakur sebentar, berzikir sedikit pun tidak apa, tapi berbahasalah dengan Allah, ceritakanlah takdir diri. Semoga ini akan menjadi titik mula pada suatu amalan ...

Pkp.yr2.D3...

 *[Pkp.yr2.D3]* *RAHSIA TUJUH* Assalamu’alaikum  Di doakan kebahagian zahir dan batin dunia dan akhirat buat mak ayah, ahli2 ku, adik beradik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.  Di awal pagi ahad, satu hari lagi yang sentiasa hebat disisi Allah. Allah jadi kan seminggu ada tujuh hari. Dan di dalam hari hari itu ada terkandung pula peristiwa peristiwa tertentu yang menjadi rahsia keutamaan dari hari hari itu. Demikianlah Allah SWT jadikan sesuatu di alam ini ada rahsianya yang tersendiri perlu dikaji dan di ketahui umat manusia Nanti, setelah manusia tinggalkan  dunia ini, salah satu proses kehidupan yang  kekal sekali roh memasuki jasad, di akhirat nanti, di sediakan tujuh tinggkat neraka pada  yang ingkar. Neraka itu pula disediakan dengan tujuh pintu. Indeed, by right, segala kekuasaan yang ditunjukkan Allah SWT itu kepada kita; by right, kenalah kita jadikan ia nya bahan meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya. Dalam satu bacaan sa...

Pkp.yr2.D2...

 *Pkp.yr2.D2.* •TRIBUTE TO ALLAHYARHAM USTAZ ABDULLAH ISA. Koleksi Nota nota dari pengajian bersama Arwah. Dari Kitab Riyadius Sholihin.  Assalamu’alaikum... Salam pagi sabtu.  Yang di rahmati Allah mak ayah, ahli2 ku, adik beradik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.  Jumaat pertama dalam sya’ban berlalu. Semakin menuju ke Ramadhan kita semua. Semoga berjayalah kita berada di Ramadhan kali ini. Dengan berita terkini, terawikh sedang dirancang dilaksanakan seperti kebiasaan bukan seperti setahun lalu. Moga hadirnya kita ke Ramadhan kali ini, bakal mengubah haluan kita ke arah yang lebih baik.  Yang pasti,  para para arwah Allahyarham Allahyarhamah yang kembali ke rahmatullah sepanjang Rejab Sya’ban ini, tidak akan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan di dunia fana’ ini. Tiada lagi peluang untuk bertemu dengan malam disediakan oleh Allah untuk beribadah di malam yang lebih baik dari seribu bulan.  Begitulah dengan arwah Ustaz Abdull...

Correction:PkpYr2.Day1* -*

 *Correction:PkpYr2.Day1* -*Mohon Lah Perlindungan & Zikir* Assalamu’alaikum... Salam Jumaat buat semua yang dikasihi Allah, mak ayah, ahli2ku, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.  Saya ingin mengambil kesempatan dipagi jumaat yang mulia ini, memperbetul kan jumlah hari PkP yang sebenarnya yang kita semua dah lalui. Alhamdulillah. Hari ini sepatutnya adalah hari yang pertama tahun kedua kita semua di Tanah Melayu berada dalam PkP. Semoga kita terus dalam doa doa yang seperti sebelumnya kerana kisah Covid ini belum berakhir. Sama sama lah kita berlindung dari semua ini kepada Allah swt.  *Mohon Lah Perlindungan & Zikir* Memang benar, setiap ujian dan musibah adalah rahsia takdir Allah semenjak zaman azali, bahkan ujian adalah jalan bagi seseorang mukmin meningkatkan keimanannya. Tidak ada satu makhluk pun yang tahu apa yang akan menimpanya esok. Walau pun demikian, kita tidak dilarang berlindung dari musibah dan takdir buruk. ...

Pkpyr2d10* •JANGAN PERNAH...

 *Pkpyr2d10* •JANGAN PERNAH SEKALI PERKECILKAN AMALAN BAIK WALAU KECIL. KITA TIDAK TAHU PERBUATAN MANA ASSEBAB KITA KE SYURGA NYA.  Assalamu’alaikum... Buat ibu ayah, ahli2 ku, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, rakan dan taulan and yang di rahmati Allah swt. Selamat pagi yg penuh keceriaan dan kesejahteraan buat semua nya.  Alhamdulillah. Dapat juga malam tadi sedekahkan zikir tahlil kepada arwah mak ayah atuk nenek saya yang dah lama mendahului kami. Sengaja saya hadirkan diri solat berjemaah maghrib di surau kerana nak luangkan masa solat berjemaah isya bersama keluarga diikuti zikir tahlil. Moga akan damai dan tenang lah mereka di alam sana sehinggakan mereka pula boleh berdoa memohon ketaatan kita yang paling padu pada Allah dan Rasul sehingga lah membawa kita damai, sejahtera, tenang di dunia ini.  Saya mohon Allah istiqamah kan saya dan ahli ahli saya dan kesemua kita untuk sentiasa berusaha untuk buat kebaikan. Kita tidak tahu amalan mana yang akan memba...

Pkpyr2d9* •ANTARA ...

 *Pkpyr2d9* •ANTARA CAHAYA MATAHARI DAN CAHAYA KETUHANAN (Hidayah) Assalamu’alaikum  Yang di rahmati Allah, ibu ayah, ahli ahli ku, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, rakan dan taulan. Salam kesejahteraan di doakan buat semuanya.  Sebentar lago Mentari pagi sinari bumi bersama Cahaya nya bersinar indah sekali sudah pasti. Ingin sekali kita jadi seperti makhluk ini, setia pada suruhan Allah sehingga di abadikan sifat ini dalam doa. Sama sama kita berdoa:  “Ya Allah terangilah hati2 kami dgn cahaya petunjuk Mu sebagaimana Engkau terangi dunia ini dgn cahaya matahariMu selama2nya dengan rahmatMu wahai Tuhan yg Maha Penyayang” Makhluk lain pula mengiringi “sham - شَمْس” menyambut pagi dan kita penduduk humi pula akan ikut beraktiviti sesaat nanti dengan semua bergegas.  Seperkara kita perlu sedar, kita adalah hambaNya yang sangat lemah. Kita tahu nikmatNya pada kita tak terhitung banyaknya. Kita tahu ganjaran besar menanti buat mereka yang bersyukur, 
kita seda...

Pkp.yr2.d8*•Hidup kita...

 *Pkp.yr2.d8*•Hidup kita ada bahagian masing masing. Ber’sykurlah dan Bertabah lah.  Assalamu’alaikum.. Yang rahmati Allan, ibu ayah, ahli ahli ku, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, rakan dan taulan. Salam pagi yang penuh kesejahteraan saya  doakan buat semuanya.  Bukanya mata kita pagi ini, kita sudah ada satu perkara yang hendak kita hadapi, itu lah kehidupan. Dan dalam sebuah kehidupan, kita dah ada bahagian masing2. Ada yang bahagia, ada yang susah, semuanya telah pun ditakdirkan. Bersyukur lah dengan apa yang kita ada. Kalau nak lebih, kena usaha lebih. Jangan pernah ada rasa cemburu dengan apa yang orang lain ada. Pagi ini, mana mana yang menerima bahagian bahagia, bersyukur lah dan yang menerima bahagian duka, bertabahlah, saya doakan kedua dua nya dalam redha Allah belaka. Aaminn. Maafkanlah jika apa yang dikongsi kan saya pagi ini, ada menjeruk rasa sesiapa. Semalam, buat saya adalah antara hari yang “paling produktif” selepas kes 19 Feb. Solat berjema...

WA61

 MUTIARA DARI AL QURAAN  SURAH AL HASYR : AYAT 19 Mafhumnya : Dan janganlah kamu jadi spt orang yang lupa kpd Allah, sehingga Allah jadikan mereka lupa kpd diri mereka sendiri. Mereka itulah orang yang fasik. ( Jika kita lupakan kepada Allah, kita akan hidup di dalam maksiat sepanjang masa. Kita tidak melakukan ibadah kepada Allah sebagaimana yang telah diperintahkan, iaitu segala ibadah khusus seperti Solat, puasa, zakat, Haji dsb. Juga segala gerak kerja kita, percakapan kita dan pemikiran kita dilakukan sepatunya menjadi ibadah kepada Allah tetapi sebaliknya menjadi maksiat kepadaNya. Kerana segala apa yang kita lakukan adalah yang bertentangan dengan apa yang Allah perintahkan.  Akibat dari kita lupa kepada Allah maka Allah jadikan kita lupa kepada diri kita sendiri. Kita lupa bahwa kita adalah hamba Allah yang diciptakan untuk beribadah kepadaNya sehingga kita meninggalkan segala ibadah yang difardhukan. Sebaliknya kita lakukan segala apa yang dilarangNya kita melaku...

Pkp yr2 D6...

 *Pkp yr2 D6* •SHARING IS CARING: Nota Kuliah On Line TokKU. Alhamdulillah Produktif Friday Yesterday.  Assalamu’alaikum semua... Salam kesejahteraan buat mak ayah, Ahli2ku, adik beradik, iparduai, juga sahabat sahabiah rakan taulan senuaa.  Alhamdulillah. Jumaat berlalu pergi lagi, dan perlahan lahan kita tinggal kan Rejab memasuki Syaaban. Terus lah berdoa untuk takdir yang baik sempena kehadiran Ramadhan tak lama lagi, kerana kita tidak tahu apa kah kita berpeluang lagi berada di dalam bulan Ramadhan:  ‎أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان “Duhai Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan bulan Sya’ban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadlan.” Jumaat semalam, saya agak “ kicking” dalam melepasi nya, walaupun masih dalam “pantang”. Zaujah memandu saya dan tinggalkan saya di Kelab IGC seawal pagi untuk saya exercise jalan kaki bersama sahabat golf walaupun begitu tidaklah beria memukul apa apa bola kecil tersebut. Selepas itu ...

Pkp.yr2.d8* •Ujian...

 *Pkp.yr2.d8* •Ujian dan stress. Jaga Jantung.  Assalamu’alaikum.. Salam kesejahteraan buat ibuayah, ahli ahliku, adik beradik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah rakan taulan sekalian.  Masih Dalam tempoh merawat jantung, masih berhati hati dengan aktiviti aktiviti. Secara fizikalnya selepas masuk hari ke 24 hari ini, dah mula rasa akan kekuatannya. Tinggal sahaja pesan doktor dan mereka yang “concerned” , serta kekuatan mental yang menghalang saya dari melaku kan aktiviti seperti dulu semula.  Seperkara yang saya juga concern dalam hidup adalah Stress. Pada saya, ia sesuatu yang susah diukur. Rata rata kalangan kita tidak sedar yang kita kadang kadang berada dalam stress. Dalam satu bacaan di tegaskan Stres jika tidak ditangani dengan betul boleh sebab kan macam macam jenis penyakit dan kesan buruk pada tubuh badan kita. Tapi kita sering memandang ringan tentang stress. Antaranya adalah sakit jantung. Hormon berperanan penting untuk memastikan kualiti kesiha...

WA60_30Rejab 1442H, Mac14_21

 *Thought of the Day* The question was, *"The people of which religion will enter Paradise... Judaism, Christianity or Islam???* To answer this question the scholars of each religion were called upon.  The famous scholar Imam Mohammed Abdullah represented the Muslims! A famous Cardinal represented the Christians and a famous Rabbi represented the Jews... And this question was put forth to them:  *Who will go to Paradise?*  *Jews, Christians or Muslims???*    Imam Mohammed Abdullah, who was representing the Muslims, stood up and gave such a logical answer in front of the gathering, that left the Christian Cardinal and the Jewish Rabbi absolutely speechless. They left the gathering with their heads bowed down.  The answer given by the Muslim Imam was short, concise , polite and full of wisdom. There was a smile on the faces of the Muslim community and this chapter was closed forever.  Imam Mohammed Abdullah said, “If the Jews go to paradise, we will...

WA59 29Rejab 1442H, Mac13_21

 HARI INI DALAM SEJARAH : PERJANJIAN BANGKOK (1909) Hari ini 112 tahun yang lalu, satu perjanjian yang mengubah nasib umat Melayu telah berlangsung. Perjanjian itu dibuat oleh Kerajaan Britain dan Kerajaan Siam pada 10 Mac 1909 yang memfaraidkan negeri-negeri Melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu sesama mereka.  Ia ditandatangani di ibukota Siam – Bangkok, justeru ia turut dikenali dengan nama Perjanjian Bangkok (1909). Inilah perjanjian yang memisahkan adik-beradik, kaum kerabat serta saudara mara dan boleh dikatakan menjadi titik hitam dalam sejarah umat Melayu.   Britain pada awal abad ke-20 berusaha untuk meneguhkan kedudukannya  dalam menghadapi  Perancis di rantau Asia Tenggara.  Untuk itu, ia berunding bagi mendapatkan kerjasama Siam dalam menghadapi saingannya. Siam pula yang ketika itu di bawah pemerintahan Raja Chulalongkorn (Rama V) (1868-1910) sedang melakukan pembaharuan demi menghadapi cabaran kuasa-kuasa  imperialis Eropah. ...