Posts

Showing posts from August, 2021

PkpYr2.Day156

 *[PkpYr2.Day156]* #Pasca sambutan Merdeka #ULAMAK DAN KEMERDEKAAN (Bahagian Akhir) #Alfatihah Untuk Arwah Tun Ahmad Sarji dan Noreema ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam sejahtera buat yang dikasihi Allah makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda Saw, sahabat baginda saw serta orang orang yang mengikuti jejak langkah baginda Saw. Masih dalam mode merdeka, tapi sejauh manakah hendak merdeka kerana tanpa ada batasan dalam kehidupan, kita pasti akan membinasa kan diri kita sendiri. Bayang kan lah jika Islam tidak hadir memperkasakan syariat membatasi pergerakan manusia, sudah tentu tunggang terbalik dunia dibuatnya.  Daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW: ‎الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ “Dunia ialah penjara bagi ...

PkpYr2.Day155

 <[PkpYr2.Day155]> #Merdeka! Merdeka Merdeka!  #Sudah merdeka tetapi jangan sejarah masih terjajah... ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam merdeka makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua. Pagi ini saya berhenti dari mengulas cetusan Nota ulamak dan kemerdekaan, tapi saya nak korek apa yang berlaku pada hari ini pada 64 tahun lalu.... 30 Ogos 1957 hari Jumaat. Paginya, Stadium Merdeka bernilai RM 2.3 Juta  telah dirasmikan dan digunakan bagi tujuan perisytiharan kemerdekaan. Assebab  ianya dinamakan Stadium Merdeka. Pada malamnya, hampir 30,000 berkumpul. Tepat 9 malam, bendera Union Jack dinaikkan. Tepat jam 12 tengah malam, Lagu God Save the Queen pun berkumandang buat kali terakhir, pada masa yang sama, bendera Union Jack diturunkan. Dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan bersama sama lagu Negaraku. Tunku Abdul Rahman menjerit merdeka be...

WA#169 Rencana

 MUTIARA DARI AL QURAAN  SEJARAH PEMBINAAN KAABAH Apabila Allah mengutuskan Nabi Allah Adam AS kedunia setelah dikeluarkan dari syurga, diturunkan bersama Baginda Adam AS ' RumahNya ' ( Baitullah ) serta memerintahkan Baginda mendirikan Kaabah yaitu Baitullah ( Rumah Allah ). Kemudian firmanNya kepada Adam AS, " Wahai Adam aku menurunkaan bersamamu ' RumahKu ', maka lakukanlah tawaf disekelilingnya sebagaimana tawaf yang dilakukan di sekeliling 'Arasyku ! Serta sembahlah Aku dengan menghadap ke arahnya sebagaimana yang dilakukan ke arah 'ArasyKu ". Kemudian apabila banjir besar menenggelami seluruh pelusuk dunia di zaman Nabi Allah Nuh AS, Baitullah telah diangkat oleh Allah SWT. Kemudian datang para Nabi seterusnya melakukan tawaf di tempat itu walaupun Baitullah sudah tidak ada di situ. Sehingga datang Nabi Allah Ibrahim AS maka Allah SWT mewahyukan kepada Baginda supaya membina semula Kaabah di tempat tersebut. Sebagaimana firman Allah pada Ayat 125...

PkpYr2.Day154

 *[PkpYr2.Day154]* #SALAM MERDEKA PART 3 #Kolaborasi nota Dr Mat Rofa dan Penggalian. ULAMAK & KEMERDEKAAN TANAH MELAYU #TokJanggutTakPernahDigantung ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ....buat makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua. Dalam pada meraikan makin tibanya hari kemerdekaan, tiba tiba terpandang satu nota lama yang menyentuh hati. Bukan bermaksud hendak mengata pada sesiapa tapi lebih pada perkasa jiwa; maka, saya sharekan disini: “Walau sebanyak mana pun ilmu yang telah digali manusia, hakikatnya masih sekelumit dibandingkan dengan ilmu Allah yang melangit. Justeru itu, sebanyak manapun dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang, sewajar nya terus merendahkan diri kepada Allah. Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan merendah diri sesama manusia. Justeru itu, jika lah ada ahli ilmu yang sombong, dia pada hakikat...

PkpYr2.Day153

 *[PkpYr2.Day153]* #SALAM MERDEKA #Kolaborasi nota Dr Mat Rofa dan Penggalian. ULAMAK DAN JUGA KEMERDEKAAN TANAH MELAYU [PART 2] #MEKAH CETUSAN KEMERDEKAAN ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Mulakan dengan Bismillah beserta dengan senyuman. Moga hari ini, hari diberkati buat makayah, ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua. Terasa segar biarpun penat, bila diri berpeluang bersukan dan bila dah merdeka dari belenggu SOP. Jam 930 pm, pada malamnya semalam, “drained” sudah pun awal lagi mengajak diri terus berehat tanpa bangkit. Terjaga jam 145 pagi, jiwa tiba tiba terasa merdeka. Merdeka dari masaalah yang ada, terimakasih yang Esa.  Salam merdeka buat semua rakyat Malaysia. Sama sama kita kaitkan kemerdekaan negara dengan ulama dan agama, semoga hadirlah berkat dari Allah dalam usaha2 memajukan negara. Untuk pagi ini, sekali lagi saya jadikan kuliah online Dr Mat Rofa untu...

WA#168 - Tafsir Khafi

 MUTIARA DARI AL QURAAN  SURAH AL KAHFI AYAT 23 & 24 Mafhumnya : 23 - DAN JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENGATAKAN AKAN SESUATU : "SESUNGGUHNYA AKU AKU AKAN LAKUKANNYA ESOK HARI". 24 - KECUALI (MENGATAKAN) : "JIKA ALLAH KEHENDAKI" (IN SYA ALLAH). DAN INGATLAH (BERZIKIR) KEPADA TUHANMU BILA KAMU LUPA DAN KATAKANLAH : "MUDAH-MUDAHAN TUHANKU AKAN MEMBERI PETUNJUK KEPADAKU YANG LEBIH DEKAT KEBENARANNYA DARIPADA INI" ********************************* Kita disunatkan membaca Surah al Kahfi pada Hari Jumaat. Di antara pengajaran yang Allah datangkan kepada kita di dalam surah ini ialah tentang perkara yang kita akan lakukan. Allah melarang kita daripada mengatakan bahawa kita akan melakukan sesuatu esok hari, tetapi Allah telah ajarkan kepada kita supaya mengatakan, "In sya Allah" saya akan lakukan jika Allah izinkan. Kita tidak pasti bahawa kita akan ada besok. Oleh itu hendaklah kita bersandarkan kepada Allah. Jika Allah masih memberi peluang kepada kit...

PkpYr2.Day152

 *[PkpYr2.Day152]* #SALAM MERDEKA #Kolaborasi nota Dr Mat Rofa dan Penggalian. #ERTI MERDEKA OLEH RABI’ BIN AMIR ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah Lindungilah makayah, ahli saya, adik beradik saya, makcik pakcik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah serta rakan taulan semua. Ya Rahman Rahim, Ampuni dan selamatkanlah kami. ‎لاَّ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang dhalim.” (Al-Anbiya 87) Sama samalah kita panjatkan doa moga yang sulit akan dipermudahkan dan setiap kali selesai sesuatu kesulitan itu Iman dan taqwa kita akan bertambah hingga bawa ke Syurga.  Sempena bulan merdeka ini, jom sama sama kita berdoa agar negara yang terlepas dari penjajahan selepas  Melaka dijajah, it took 510 tahun, akan terus di pacu dengan atas segalanya kehendak kehendak yang baik baik oleh Alla...

PkpYr2.Day151

 *[PkpYr2.Day151]* #MOTIVASI PAGI Jumaat...  #TABUNG TASIMAN - KANSER LIMFOMA TAHAP 1 ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Wahai makayah, ahli saya, adik beradik, makci pakcik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua, di hari Jumaat ini, ajarlah diri kita utk selalu menempatkan diri di tempat paling Agung kerana hal dunia kerapkali lebih kita pentingkan daripada Dia. Hari Jumat penuh barokah. Tiada hari seindah Jumaat dan tiada kata seindah dzikir tiada ibadah seindah solat. Setiap amal yang dilakukan pada Hari Jumaat, in shaa Allah, diberikan keberkatan melimpah. Walaupun hanya berkongsi kata kata atau penulisan di ruang maya ini yang mungkin membantu seseorang yang sedang berada dalam kesusahan atau kegelisahan.  “Jadikanlah musibah itu untuk kita mendewasakan diri dan makin meninggikan darjat kita disisi Allah swt” Indeed, setiap kita pernah mengalami musibah, tidak ada yang tak pernah, bahkan Nabi pun. Tetapi ...

PkpYr2.Day150

 *[PkpYr2.Day150]* -#PROSA PAGI dari INSAN PENDOSA YANG INGIN JUGA KE SYURGA #https://youtu.be/qS6FZF1ua8w ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Dalam sujud didinihihari baru sebentar tadi, walaupun diri sendiri berada dalam satu musibah, “hadiah” Mu ya Allah, sebalik dosa yang diri  lakukan, saya rafa’kan doa Allah agar memberi kasih sayangNya pada yang di rahmati Allah makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.  Tidakkan kurang dalam sukatan, tidakkan susut dalam timbangan, inilah doa saya untuk semua, moga jauh segala apa gangguan, hidup bahagia sepanjang masa.  Dan untuk saya, terhimpun segala kekuatan untuk saya menambah rasa ketakwaan - khauf dan raja’ : takut, harap, natijah ujian dan musibah datang satu persatu. Yang pasti, tidak akan saya sekali kali berhenti dari memuji nama Nya, tidak akan saya berhenti bersujud pada Nya, walau sehina mana sekali pu...

PkpYr2.Day149

 *[PkpYr2.Day149]* -#MENGUTIP PESANAN SHEIKH ABDUL QADRI AL JAILANNI : TOK KU PASIR GUDANG - sharing nota kuliah subuh 20 Ogos 2021/11 Muharram 1443H #Manusia Sering Mahu Menunjukkan Kegagahannya (m/s177) (Part 2) ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .... yang di rahmati Allah makayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua, moga selalu dalam redha Allah walau dimana berada sekalipun.  Alhamdulillah. Musibah tidak bererti itu “end of the world”. Sebaliknya, ianya rahmat dan kasih sayang Allah untuk kita melepasinya dengan tetap tidak berputus asa dengan rahmatNya. Jangan leka dan lalai, tetaplah solat di awal waktu, selalu bersama majlis ilmu, jangan tinggal Quran, berzikir selalu, sunah sunah nabi saw diteruskan, sunat sunat utama di teruskan. In shaa Allah, redha Allah atasi kemurkaan Nya. Beberapa orang kenalan saya sekarang, dalam pada berdepan dengan cabaran covid 19, sedang diuji pula de...

PkpYr2.Day148

 *[PkpYr2.Day148]* -MENGUTIP PESANAN SHEIKH ABDUL QADRI AL JAILANNI : TOK KU PASIR GUDANG - sharing nota kuliah subuh 20 Ogos 2021 /11 Muharram 1443H. #Manusia Sering Mahu Menunjukkan Kegagahannya (m/s177) (Part 1) ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .... buat yang disayangi Allah makayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua... All’hamdulillah. Dalam diuji berat dengan masaalah demi satu masaalah selain covid19 dan juga bussines makin merudung tidak ada projek baru yang significant tahun ini, tapi gagah meneruskan kerja kerja amal mengetuai sumbangan POC kepada pihak hospital Kajang pula. Selamat diserahkan pagi semalan kepada pihak Hospital Kajang diterima sendiri oleh pegawai PRO dan Timbalan Pengarah. Terimakasih pada Datuk Mohamad Sabarudin atas segala usahanya bersama 27 orang yang lain. Moga Allah gandakan setiap apa yang telah di sumbangkan, tidak di dunia, di akhirat lebih baik lagi. Am...

Pkp.Yr2.Day147

 *Pkp.Yr2.Day147* #MENCARI KEKUATAN DIRI #Explosion of Feeling (The sinner)  ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam pagi isnin yang penuh barokah dan salam sejahtera seawal pagi, buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua... Bangun seawal pagi ini, tidak sudah sudah merenungi nasib diri sendiri yang dari jahil kepada berilmu jatuh semula ke lembah lebih hina “berilmu tapi tidak bertakwa”. Seolah olah nya terbayang seerah hidup yang penuh rajau dunia, rajau akhirat pula menanti selepas ini. Senyap, termenung sendirian kenapa sejauh ini menghumban diri sendiri. Ketawa besar dan terbahak si syaitan, aku tak pernah suruh kau buat, aku hanya bisikan saja.  Allahuakbar.. tewas !  Tiada apa yang saya nak ceritakan pagi ini selain dari mencari kekuatan diri... Benarlah firman Allah, setiap musibah yang menimpa diri manusia atau alam ini adalah disebabkan manusia sendiri: “Dan...

WA#167 - Rencana

 REZEKI Hamka pernah berkata, Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri.  Kau belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia.  Kau tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia.  Allah swt  hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.  Allah hantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada pro dan kontranya!  Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.  Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti. ...

WA#166 - Tafsir Surah Ghafir Ayat 40

 MUTIARA DARI AL QURAAN  SURAH GHAFIR AYAT 40 Mafhumnya : BARANGSIAPA MENGERJAKAN KEJAHATAN, MAKA DIA TIDAK DIBALAS MELAINKAN DENGAN YANG SETIMPAL DENGAN PERBUATANNYA DAN BARANGSIAPA MENGERJAKAN AMAL SOLEH DARI LELAKI ATAUPUN PEREMPUAN SEDANG DIA MUKMIN, MAKA IA AKAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA, MEREKA DIBERI REZEKI DI DALAMNYA TANPA HISAB.  **************************** ALLAH telah menciptakan jin dan manusia. Tujuan diciptakan kedua makhluk ini ialah untuk beribadah kepadaNya. Allah telah datangkan Rasul dari kalangan manusia yang dipilih oleh Allah untuk membawa Agama Allah  sebagai aturcara hidup di dunia ini. Rasul dari kalangan manusia ini ditugaskan untuk memimpin umat manusia dan jin. Dua kelompok makhluk ini sahaja yang Allah telah tetapkan ada hukum hakam ke atas mereka. Jika berbuat baik, iaitu amalan soleh akan di balas dengan Syurga dan jika berbuat maksiat maka akan di balas dengan Neraka. Syurga adalah tempat menerima balasan jenis nikmat manakala Neraka...

Pkp.Yr2.Day146

 *Pkp.Yr2.Day146* #Tunggu peluang ke Masjid #Bahagian Akhir: kuliah Ustz Abdul Mui’iz : PERISTIWA HIJRAH DAN MADINAH YANG DINANTIKAN (KOTA MADINAH KOTA SELAMAT DARI DAJJAL) ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam keceriaan, sejahtera seawal pagi Ahad, buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah rakan taulan semua. Alhamdulillah hujan kat luar sana. ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ “Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yg bermanfaat.” Jom sama sama kita jadikan hari hari cuti kita seawal pagi Ahad ini, sebagai satu hari ilmu untuk kita perkemaskan fikrah Islam kita. Semalam saya sudah pun memulakan aktiviti Golf di IGCC, Alhamdulillah, semua nya selamat, cuma sebelah malamnya badan ada rasa “cramp” disana sini, lama tidak ber”exercise” secara yang agak lama begitu. Nasib baik ada juga aktiviti basketball sepanjang PKPD sebelum ini. Saya berharap semua golfer dapat guna kan kesempatan kali ini untuk tidak ...

Pkp.Yr2.Day146

 *Pkp.Yr2.Day146* #JUMAAT PENUH TAKDIR TAKDIR YANG BAIK #Bahagian 3: kuliah Ustz Abdul Mui’iz : PERISTIWA HIJRAH & MADINAH YANG DINANTIKAN ( Inspirasi dari pertanyaan Salman selepas peluk agama Islam - ayat 62 AlBaqarah) ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam sabtu buat mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah rakan taulan semua... Alhamdulillah. Semalam berlalu penuh gemilang. Sempat meraikan sahabat walking Golfer Dr Muhamad di Golfer Terrace IGCC yang bersara dari golf diusia 74 tahun selepas 20 tahun berjalan kaki setiap pagi di IGCC ( sudah boleh dine-in untuk yang dah 2 dose dan pass 14 day). Kata Dr, masa nya sudah tiba untuk dia lepas kan urusan dunia selepas tiga orang dari kalangan ahli keluarga yang mendahuluinya ke alam barzakh datang dalam mimpinya. Semoga Allah merahmati Dr Muhammad kerana yakin nya pada tanda tanda itu semua. Kini, penuh yakin, dia langsaikan nama nya dari semu...

Pkp.Yr2.Day145

 [Pkp.Yr2.Day145] #Kolaborasi sumbangan.  #Biarlah Allah memberi ujian, bukan nya mencampakkan kita ke ujian. #Bahagian 2: kuliah Ustz Abdul Mui’iz : PERISTIWA HIJRAH DAN MADINAH YANG DINANTIKAN ( Inspirasi kisah islamnya Salam Al Farisi dan hijrah nabi saw)  ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam penuh barokah di hari mulia penghulu segala hari buat mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan  sahabiah rakan taulan semua  Alhamdulillah. Dalam sibuk uruskan kemasukan dua tender untuk khidmat perunding M&E semalam, sempat juga menguruskan pembelian enam unit POC dari usaha Datuk Shabudin dan kumpulan nya. Semoga dapatlah menguruskan pula penghantaran POC itu ke mana mana saja hospital yang memerlukan dalam usaha menyelamatkan mangsa mangsa covid19.  Terimakasih Allah. Banyak juga aktiviti yang dibenarkan sempena status terkini dari pimpinan negara seketika masih di awal Muharam in...

Pkp.Yr2.Day144

 *Pkp.Yr2.Day144* #10 Muharam #*[Ustz Abdul Mui’iz]* #PERISTIWA HIJRAH DAN MADINAH YANG DINANTIKAN #Bahagian 1 ( MUQADDIMAH)  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Muncul khamis lagi, cukup pantas, ia memintas kita dan hidup kita. Moga mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah rakan taulan semua kekal berada dalam nikmat perlindungan Allah. •Hasbi robbi jallallah ma fiqolbî ghoirullah “Cukuplah Allah yang mencukupi aku, Tuhan yang agung, Tak ada dihatiku selain Allah” •Nur Muhammad shollallah Laa Ila Ha Ilallah “Cahaya Muhammad selamat atas nya, Tak ada Tuhan selain Allah” Jangan lupakan hadiah paling indah yang selalu Allah berikan pada setiap pagi untuk kita - masih boleh buka kedua mata. Bersyukur lah kerana masih juga diberi kesempatan menjalani hidup dan gunakanlah kesempatan ini untuk melakukan hal yang lebih baik setiap kali kita ini berdepan kehidupan.  Alhamdulillah. Cepat tidak cepat...

WA#165 - IKLAN

 *“ Peluang Wakaf Langsaikan Hutang Masjid Yokohama “* _"Dan belanjakanlah hartamu di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" (QS. Al-Baqarah : 195)_ Berdasarkan hadis di atas, kita sebagai umat islam dituntut untuk mengeluarkan harta di jalan Allah walaupun dengan nilai yang sedikit. Jadi kami di MyFundAction ingin menyeru anda semua untuk turut sama dalam misi melangsaikan hutang kos pembinaan Masjid JA’ME Yokohama di Jepun dengan berwakaf serendah Rm30/lot. InsyaAllah sambil berwakaf, pahala berdakwah jugak menyusul. Siapa. tahu, wakaf kita ini menjadi saksi lebih ramai saudara baru di Jepun tertarik untuk mendalami Islam.InsyaAllah. Klik link di bawah untuk daftar wakaf: ✅ https://ezy.la/yokohama ✅ https://ezy.la/yokohama

Pkp.Yr2.Day143

 [Pkp.Yr2.Day143] #ihfazillah yahfazka #*[Ustaz Dr Azhar]: sifat munafiq - Menyembunyikan persaksian kepada jalan yang benar (tanda ke 23)  Bahagian 2. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam dinihari Rabu buat yang dikasihi Allah mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan semua. Sesungguhnya tiada watak lain yang paling sesuai untuk kita lakunkan dalam teruskan kehidupan hari ini dan hari seterusnya selain dari watak hamba kepada Allah swt.  Nabi saw berpesan kepada Ibn Abbas, satu pesanan "ihfazillah yahfazka" ertinya “Jagalah Allah nescaya Allah akan mejagamu”. Seteruk mana pun kita menghempap diri kita dengan dosa tapi watak ini kena kekalkan selamanya.  Dinukilkan dalam Riwayat Ahmad no. 2669, alTirmizi no. 2516 dan alHakim no. 6302): “Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Jagalah Allah nescaya Allah akan mejagamu. Jagalah Allah nesc...

WA#164- Rencana

 *NAK PILIH SIAPA?* Oleh Faizal Yusup Pada satu hari di zaman dahulu kala telah berlaku satu mesyuarat agung diantara anggota-anggota tubuh badan. Pada ketika itu mereka cuba memilih siapakah yang sepatutnya jadi boss di antara mereka.  Tangan berkata dialah yang patut jadi boss kerana dia boleh melakukan pelbagai kerja yang boleh membawa manfaat kepada tubuh badan. Kaki berkata dialah yang sepatutnya boss kerana dia yang membawa tubuh badan ke sini ke sana. Mata berkata dialah sepatutnya dia boss diantara mereka kerana tanpanya seluruh tubuh badan itu akan menghadapi masalah untuk ke sana dan ke sini. Mulut berkata dialah sepatutnya jadi bos kerana dia boleh bersuara dan berkata-kata. Telinga juga nak jadi bos, Hidung, Otak juga nak jadi bos malah semua bahagian anggota nak jadi boss. Begitu juga Bontot. Bila Bontot mengatakan hasrat nak jadi bos seluruh anggota gelakkan dia. Mereka semua ketawa berdekah-dekah… Bontot merajuk. Seminggu dia tidak bekerja. Genap seminggu tak bo...

Pkp.Yr2.Day142

 *Pkp.Yr2.Day142* #Sediki Terurai Kemelut Poltik dan Jantung saya; semalam.  #*[Ustaz Dr Azhar]: sifat munafiq - Menyembunyikan persaksian kepada jalan yang benar (tanda ke 23)  Bahagian 1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Sejauh manapun kita semua terpisah, kamu semua di hati saya sebagai saudara yang seagama, dalam tidur dalam terjaga, saya ucapkan salam sejahtera di awal pagi selasa buat mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan semua. Indeed, kita pun diibaratkan kasih suci yang bahagia, saya pun turut mendoakan syurga dan  mahligai kan menjadi nyata untuk kita semua. Daripada Anas bin Malik ra Nabi Saw bersabda: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu hingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Riwayat al Bukhari (13)] Pagi Semalam, sebahagian kemelut politik negara sedikit terungkai. Kita selaku rakyat marhaen...